The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ATURCARA PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lovelymyles12, 2023-06-12 13:36:55

BUKU ATURCARA PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU TAHUN 2023

BUKU ATURCARA PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT DAERAH KENINGAU TAHUN 2023

MATLAMAT Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi semua aspek dalam seni persembahan dan pelbagai cabang bidang kesenian seperti tari, penghasilan filem pendek dan pertandingan kombo. Penglibatan murid-murid dalam festival dan pertandingan-pertandingan yang diselaraskan ini memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan, peragaan bakat dan memupuk penghargaan terhadap nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya OBJEKTIF Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam seni persembahan dalam kalangan murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi menyediakan seni persembahan secara dalam talian Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid. PENGENALAN


7:20 AM Ketibaan Semua Peserta Pertandingan 8:20 AM Ketibaan Wakil Pegawai PPD Keningau EN. S.FADDLY BIN EPOR Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum & Kesenian), Sektor Pembangunan Murid, PPD Keningau. 8:30 AM Sesi memperkenalkan Hakim Pertandingan Acara Pertandingan Bermula Kategori Sekolah Rendah SK Jaya Baru Keningau SK Kampung Keningau SK Bundu Keningau SK Binaong Keningau SK Bingkor Keningau Kategori Sekolah Menengah SMK Gunsanad 2 Keningau SM ST. Francis Xavier Keningau SMK Bingkor Keningau Pertandingan Battle Calon Penari Terbaik Sekolah Rendah Lelaki Calon Penari Terbaik Sekolah Rendah Perempuan Calon Penari Terbaik Sekolah Menengah Lelaki Calon Penari Terbaik Sekolah Rendah Perempuan Acara Perasmian Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Sabah Tanah Airku Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Oleh: Encik Nordin Ampor Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bingkor Ucapan Perasmian Oleh: EN. S.Faddly Bin Epor Wakil PPD Keningau Persembahan Rangkuman Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Penyampaian Penghargaan Kepada: Pegawai Teknik Tarian Daerah Keningau Hakim pertandingan Ajk Kerja Pertandingan Guru Pengiring Penyampaian Anugerah Khas: Penari Lelaki Terbaik Menengah Penari Perempuan Terbaik Menengah Penari Lelaki Terbaik Rendah Penari Perempuan Terbaik Rendah Kareografi Terbaik Menengah Kareografi Terbaik Rendah Busana dan Tatarias Terbaik Menengah Busana dan Tatarias Terbaik Rendah Penyampaian Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Kelima (Wakil Penerima) Keempat (Wakil Penerima) Tempat Ketiga (Semua) Naib Johan (Semua) Johan (Semua) Penyampaian Keputusan Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Tempat Ketiga (Semua) Naib Johan (Semua) Johan (Semua) Penyampaian Cenderahati Kepada Pegawai Perasmi Persembahan Johan Tarian Sekolah Rendah Persembahan Johan Tarian Sekolah Menengah 12:30PM Jamuan Ringan Majlis rasmi dijangka selesai 2:00PM Rakaman Video 1 Kumpulan terbaik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Keningau ATURCARA MAJLIS


SINOPSIS TARIAN SK JAYA BARU KENINGAU KASIH MEMIKAT KASIH “Tarian ini menggabungkan dua jenis tarian iaitu Inang Bakawali dan Joget Secawan Kopi. Tema Kasih Memikat Kasih” dipilih kerana ia memaparkan budaya dan adab masyarakat Melayu yang hidup rukun, aman dan penuh kesantunan. Nilai kasih sayang dan kemesraan menjadi teras dan amalan turun-temurun agar menjadi teladan generasi akan datang. Alunan lenggok jari jemari menggambarkan kelembutan tangan pengasuh membelai anak jagaan dengan penuh kasi sayang seperti anak sendiri. Joget secawan kopi memaparkan suasana usik mengusik antara si gadis dan teruna di kedai kopi” SK KAMPUNG KENINGAU SULAMAN MESRA, KASIH BERTAUT “Tarian ini mengisahkan ikatan persahabatan di antara kanak-kanak. Bermula dari pertemuan pertama sehingga terjalin ikatan persahabatan. Pastinya ada yang disapa cinta, dan pasti ada yang menjadi sahabat baik. Namun tidak semudah itu untuk memperoleh kepercayaan. Lebihlebih lagi apabila melibatkan lelaki dan wanita. Bunga putih melambangkan kesucian manakala kain sapu tangan melambangkan persahabatan. Berlandaskan tarian Mak Inang yang berasal dari Kesultanan Melayu Melaka dan Tarian Joget Nopeng Kinek yang berasal dari negeri Sarawak, tarian ini dijadikan satu karya dan diolah berlandaskan tarian Melayu kini. “ SK BINGKOR KENINGAU PESONA BAKAWALI “SK Bingkor akan membawa Tarian Rampaian Melayu yang diberi nama "Pesona Bakawali". "Pesona Bakawali" ini menggambarkan kesungguhan si jejaka dalam memikat hati si gadis melalui gabungan dua tarian iaitu tarian tarian inang dan tarian joget yang disampaikan menjadi sebuah tarian melayu yang mempersonakan. Langkah si teruna disulam kemas dan disatukan dengan kesantunan si gadis mengeratkan lagi kemesraan yang terjalin dalam keriangan yang penuh adat tradisi kemelayuan. Alunan muzik tradisional melayu yang indah disusuli dengan senyum menguntum si penari melambangkan kasih dalam suasana berseni sambil menggambarkan pergaulan antara si teruna dan dara yang penuh kemesraan, kesopanan serta di sulami dengan pelbagai usikan manja” Indah Rentak Alunan Tari, Ditari dengan hati nurani, ‘Pesona Bakawali’ tarungan di hati, Menambat kasih si teruna hati. Tari Inang lenggok berseri, Langkah ditari gerak selari, Kini menjelma idaman hati, Jiwa bergetar berhari-hari. Busana indah joget melayu, Senyuman si dara memikat teruna, Dua jiwa kini bersatu, Kekal bahagia sepanjang masa. Kain selendang menambat hati Rampaian melayu rancak ditari, Riang gembira indah berseni, ‘Pesona Bakawali’ tersimpul mati.


SK BINAONG KENINGAU GEMALAI TARI SI ANAK “Tarian ini memaparkan kombinasi 2 jenis tarian melayu iaitu inang dan joget. Tarian Inang atau lebih dikenali sebagai Tarian Mak Inang suatu ketika dahulu dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.Rentak tariannya adalah sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja.Kini tarian Mak Inang lebih dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dan seringkali dipertontonkan kepada orang ramai. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Manakala tarian joget pucuk pisang begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kaum melayu. Malah tarian ini menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian. Serta diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. “ SINOPSIS TARIAN SK BUNDU KENINGAU UNTAIAN KASIH “Tarian dimulakan dengan tarian asli yang menampilkan enam orang dara sebagai pembuka tirai kepada persembahan rampaian melayu. Tarian ini mencerminkan lenggokan asli wanita melayu dan keayuan yang menjadi simbolik kepada kejelitaan tatkala menari di khalayak umum dengan lemahgemalainya. Kemudian, diikuti pula oleh golongan teruna melayu yang merupakan pelengkap kepada penyeri suasana dalam mempersembahkan tarian zapin Pada masa yang sama, teruna berusaha untuk menawan hai para gadis dengan lenggokan gerak tari yang umumnya memukau manakala si gadis pula bertindak malu-malu tetapi mash mengekalkan keielitaan dan keayuan langkahnya. Si teruna cuba sedaya upaya untuk menambat hati si gadis dengan sepenuh hati melalui lirikan mata dan senyuman menawan yang mampu mencairkan hati para gadis sehingga pada tarian berikutnya iaitu joget. Dalam tarian ini, hasrat muri hati si teruna dibalas dengan penuh mesra oleh si gadis dan wujudnya bibit-bibit cinta antara kedua-dua insan. Mereka mempersembahkan tarian dengan penuh kegembiraan dan gerak tarijoget yang dipersembahkan begitu menawan ditambah pula dengan lirikan mata dan isyarat badan yang ditonjolkan oleh keempat -empat pasangan tersebut” Anak udang meniti batang, Batang berdahan tidak tergapai; Melihat bulan di pagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. Berlari anak tepian kolam, Singgah berteduh di pohon bidara, Pura-pura mencari ayam, Ekor mata ke anak dara. Ombak menghempas badai gelora, pasir di pantai melarik impian; Bahtera gagah membelah samudera Untaian kasih menyusur tepian.


SMK BINGKOR KENINGAU RAMPAIAN SULAMAN MERINDU Kelip-Kelip Di Tengah Hutan, Bintang Dilangit Indah Menawan, Walau Cinta Banyak Rintangan, Akanku Jaga Demi Kesetiaan. “Bermula Dengan Alunan Lenggok Gemalai Tarian Asli Menggambarkan Si Gadis Yang Merajuk Ditinggalkan Kekasih. Namun Hakikatnya, Sang Pemuda Hanya Ingin Menduga Kesetiaan Kekasihnya. Sang Pemuda Mempersila Si Gadis Menyusur Gerak Indah Zapin Selat Panjang Yang Memaparkan Sambutan Semula Cinta Sang Gadis. Koreografi Ini Memasukkan Elemen-Elemen Sedih Dan Gembira Agar Menarik Mata Yang Memandang” SINOPSIS TARIAN SMK GUNSANAD 2 KENINGAU PAUTAN ANTARA DI DARA & TERUNA “Tarian ini mengambarkan bagaimana lembut dan bersopan santunnya peribadi seorang perempuan manakala penari lelaki yang mengambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga ataupun masyarakat. Tari asli di tarikan dengan penuh kesopanan dan lemah lembut.”


SM ST. FRANCIS XAVIER KENINGAU RAMPAIAN TEDUHAN KASIH “Kisah tentang suami yang menjaga hati isteri dengan membantu menyiapkan kerja-kerja di rumah seperti membuai anak, mencuci, menyidai dan melipat kain. Bagai aur dengan tebing, bermula dengan alunan lenggok gemalai langkah tersusun gerakan tari asli. Selendang di berikan sebagai tanda kasih antara dua darjat. Ikatan kasih sayang antara mereka ketika bermain mencari cinta di dalam gerakan tari zapin. Zapin Sebat yang di bawa oleh SM SFX ini berasal dari Kampung Sebat, daerah kecil Samatan, Lundu. Tarian Melayu Sarawak ini dikoreografi menggunakan 11 ragam gerak dengan mengekalkan asas-asas gerak langkah iaitu Sembah mula, mula langkah, mula langkah pusing, mabuk kemenyan, langkah tiga, tumpah madu, bermain gelombang, meniti gigi air, gigit lembadak, berdayung dan langkah sebaya. Muzik Zapin Sebat mempunyai lagu yang tersendiri dan tidak menggunakan lagu-lagu yang popular. Majlis Seni Sarawak (MSS) telah mencipta satu lagu “Ros Kalas” dendangan Safar Ghafar. Diam membisu bukan bererti tak rindu, Tidak bersuara bukan bermaksud lupa, Walau jauh cinta mereka tetap utuh, Biar segunung hasrat berkasih, adat dan budaya tetap dijunjung tinggi “


PENGERUSI PN.MADALINA JUANIS (GURU BESAR SK BINGKOR KENINGAU) PN. HAJAH FARIDAH BTE KAMARUDDIN (PENGETUA SMK BINGKOR KENINGAU) TIMBALAN PENGERUSI PN.JUINAH UNGGI (PEN.KANAN KO KURIKULUM SK BINGKOR KENNGAU) EN. NORDIN AMPOR (PEN.KANAN KO KURIKULUM SMK BINGKOR KENNGAU) PENYELARAS PROGRAM DR VELERIE WHEELERVON PRIMUS (SK BI NGKOR KENINGAU) PN MALISSAH MOJOS (SMK BI NGKOR KENINGAU) PN LOVELY MYLES CAGAS (SMK BINGKOR KENINGAU) AJK KUTIPAN YURAN: ENCIK FARID MOHAMMAD (K) PN. SYAMSIAH BINTI AWANG JURULATIH TARIAN: CIK SANTIANA RAMLI (K) AJK MAKAN/JAMUAN: PN. JURIAH SINTIM AJK PENYEDIAAN NOMBOR PESERTA: DR VELERIE WHEELERVON PRIMUS (K) PENGURUS HAKIM PERTANDINGAN/ PENYEDIAAN BORANG HAKIM: DR VELERIE WHEELERVON PRIMUS (K) BUKU ATURCARA: DR VELERIE WHEELERVON PRIMUS (K) SIJIL PENYERTAAN: DR VELERIE WHEELERVON PRIMUS (K) AJK HADIAH/CENDERAHATI: PETRONELLA BINTI KURUS (K) ROSE MICHEAL HALLMIH @ CHARLENE BINTI UGI PENGANGKUTAN: SEMUA AJK PERSIAPAN DAN HIASAN PENTAS: PN. NURSABRINA JOE (K) PN. SYLVIA PALAWAT PENDAFTARAN: PN. LOVELY MYLES CAGAS(K) PN. GRACE KORNALIUS PENGACARA MAJLIS: PN. NURHAFIZAH BASRI PESEDIAAN TEMPAT & DAN SUSUN ATUR KERUSI: PN. JARMELLA WASHIF CIK NOORDIANA BINTI MOHD ISHAK PENYEDIAAN SIJIL, HADIAH & TROFI: PN. MALISSAH MOJOS (K) PN. LOVELY MYLES CAGAS PA SISTEM: EN. JON MICHAEL (K) EN. NORDIN NASIR EN. SAZALIE SAHIMIN PERSEDIAAN JAMUAN: PN. NORSYAMIERA AZWA DULLAH(K) PN. NANCY YUSIK KAWALAN PELAJAR: PN. MARLINI LEE SEMUA GURU (AJK) JURULATIH PN. HANIZAH HASSAN (K) PN. CAROLINE BT JRENEUS AJK KERJA SEKOLAH MENENGAH AJK KERJA SEKOLAH RENDAH AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Click to View FlipBook Version