The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48241682, 2022-04-19 01:10:08

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM SK LUYANG 2022/2023

BUKU PENGURUSAN KOKURIKULUM SK LUYANG 2022

Keywords: KOKUM

SEKOLAH KEBANGSAAN LUYANG

BUKU PENGURUSAN
KOKURIKULUM

SESI 2022/2023

1.0 KONSEP

• Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri.

• Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

• Dengan andaian bahawa murid- murid tidak mendapat
pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan
pembentukan nilai-nilaiestetika serta sosial yang positif.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara
matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepadaTuhan;

2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan
emosi murid-murid;

2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara
sekolah;

2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;

2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;

2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan
masyarakat;

2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

3.0 STRATEGI

Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya:
3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling
melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
3.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta
mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan
aktif secara individu atau kumpulan;

3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan
pemupukan perpaduan;
3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;

3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan IbuBapa Guru-Guru (PIBG), guru-
guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;

3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;

3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;

3.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;

3.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;

3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.

4.0 PERLAKSANAAN (B) KELAB/ PERSATUAN
a. Persatuan Bahasa Melayu
4.1 PENGLIBATAN b. Persatuan Bahasa Inggeris
• Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 wajib mengikuti c. Persatuan Matematik
c. Persatuan Sains
aktiviti Kokurikulum sekolah. d. Persatuan Pendidikan Islam
• Ibubapa/ penjaga hendaklah memaklumkan e. Doktor Muda
f. Kelab Muzik
pihak sekolah jika sekiranya anak/anak dibawah g. Kelab Seni Budaya
jagaan TIDAK DIBENARKAN mengikuti aktiviti
Kokurikulum atas faktor kesihatan. (C) SUKAN DAN PERMAINAN
a. Bola Tampar
4.2 JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM b. Bola Jaring
Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian: c. Bola Sepak
d. Bola Baling
(A) PASUKAN PAKAIAN SERAGAM ( UNIT e. Catur
BERUNIFORM)
a. Pergerakan Pengakap
b. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
c. Tunas Pasukan Kadet Remaja (TKRS)
d. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
e. Tunas Puteri

4.3 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2022/2023

Aktiviti Kokurikulum akan dijalankan seperti
ketetapan berikut:

HARI : SETIAP RABU
MASA : 12.45 – 2.00 petang

*Tertakluk kepada perubahan.

4.4 PAKAIAN

4.4.1 Pemakaian pakaian Kokurikulum pada setiap hari Rabu.
[ Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 / 2007 bertarikh 7 Ogos 2007 ]

a) Perjumpaan Unit Beruniform
• Murid hendaklah memakai pakaian seragam Badan Beruniform pada hari Rabu setiap minggu

pada waktu persekolahan.
• Murid hendaklah seboleh-bolehnya memilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan

beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju T berkolar yang
melambangkan pasukannya. Rujuk gambar rajah CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM.

b) Perjumpaan Kelab/ Persatuan dan Sukan/ Permainan
• Murid dikehendaki memakai baju T- shirt Pendidikan Jasmani sekolah.
• Seluar track berwarna gelap (hitam atau biru tua).
• Memakai kasut yang lengkap dan bersesuaian.

CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM
A) PENGAKAP

CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM
B) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM
C) PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)

CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM
D) TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

CONTOH PAKAIAN SERAGAM UNIT BERUNIFORM
E) TUNAS PUTERI

*Sila rujuk dengan guru penasihat tentang keperluan pakaian Seragam Tunas Puteri.

4.5 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

5.0 CARTA ORGANISASI

6.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

7.0 LOKASI PERJUMPAAN

Perjumpaan dipecahkan kepada kumpulan untuk menjaga SOP penjarakkan murid semasa perjumpaan. Oleh itu tempat

perjumpaan dibahagikan kepada kumpulan dan tempat perjumpaan seperti di dalam jadual di bawah:

7.0 SENARAI NAMA MURID

7.1 Unit Beruniform







7.2 Kelab dan Persatuan









7.2 Sukan dan Permainan











Sekian,terima kasih

Disediakan oleh :
SU Kokurikulum SKL


Click to View FlipBook Version