KERTAS KERJA :
PERTANDINGAN DAN KEMAHIRAN SUKAN
(HOKI) MSSD SECARA DALAM TALIAN 2021
TARIKH :
22 Ogos 2021 – 4 September 2021
TEMPAT :
KEDIAMAN MASING-MASING
ANJURAN:
PPD KUALA LANGAT
1.0 PENGENALAN
Pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi
ancaman kepada kesihatan dan keselamatan semua
negara di seluruh dunia termasuk Malaysia
Penularan wabak ini turut memberi impak yang besar terhadap
pelaksanaan kejohanan sukan seperti Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD)
Bagi memastikan pertandingan sukan terus disemarakkan,
pelaksanaan pertandingan secara dalam talian dilihat sebagai
alternatif yang terbaik dan boleh dilaksanakan di pelbagai
peringkat tanpa menjejaskan keselamatan murid pada ketika ini.
Pertandingan kemahiran ini akan turut mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN
Objektif Pertandingan dan Kemahiran Sukan Secara
Dalam Talian MSSM adalah seperti ketetapan
berikut:
i. Memberi peluang kepada murid menyertai
pertandingan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan.
ii. Mewujudkan pertandingan secara dalam talian
bagi memastikan murid terus bergiat aktif dalam
bidang sukan.
3.0 Tarikh : 22 Ogos sehingga 4 September 2021
4.0 Tempat : Di kediaman masing-masing atau tempat yang bersesuaian
5.0 KUMPULAN SASARAN LELAKI PEREMPUAN
BAWAH 12 BAWAH 12
Murid-murid sekolah rendah di daerah Kuala TAHUN TAHUN
Langat. Terbahagi kepada dua kategori
iaitu :
1.LELAKI BAWAH 12 TAHUN
2.PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
6.0 KONSEP PERTANDINGAN
Pertandingan akan menggunakan kaedah
penyediaan video kemahiran yang akan
disediakan oleh atlet murid dan dihantar secara
dalam talian bagi tujuan penjurian bagi
menentukan pemenang.
7.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Perincian kaedah pelaksanaan Pertandingan dan
Kemahiran Sukan (Hoki) Secara Dalam Talian
MSSM adalah seperti di Lampiran 1.
8.0 KEWANGAN Kos keseluruhan pelaksanaan
Pertandingan dan Kemahiran Hoki
Secara Dalam Talian MSSM adalah
sebanyak RM600.00.
Segala kos penganjuran adalah di bawah
tanggungan Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM
menggunakan peruntukan Yuran Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 1)
Penasihat
Tn. Hj. Azhar b. A. Kadir
(Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat)
Pengerusi Kejohanan
Tn. Hj. Zulkifli b. Mohamed
(Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Langat)
Pengurus Kejohanan
En. Mohd Zulkifly b. Mohamed
(PPPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Kuala Langat)
Pengerusi Pengelola
Tn. Hj. Mohamad Rosli B. Azhar
(Guru Besar SK Sijangkang)
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 2)
Naib Pengerusi
Hajah Hairiah Bt Jelani
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1
En. Eawan Johan b. Mohd Mahrol
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2
En. Muaddib b. Masnan
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pegawai Teknik :
Mohd Izharshahrir bin Roslee
(SK Jln Tanjung)
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 3)
Naib Pengerusi
Hajah Hairiah Bt Jelani
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1
En. Eawan Johan b. Mohd Mahrol
(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2
En. Muaddib b. Masnan
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pegawai Teknik :
Mohd Izharshahrir bin Roslee
(SK Jln Tanjung)
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 4)
Penyelaras :
En. Muhammad Fauzi B. Ishak
Setiausaha :
Pn Nurhafizah Bt Idris
Bendahari :
Siti Aminah bt Hashim
(PT Kewangan)
Jurulatih :
En Muhaimin B Mohd Dani
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 5)
Hakim :
En. Mohd Izharshahrir Bin Roslee
En. Norhazam Bin Kasran (K)
En. Suppiah A/L Veeramal
En. Muhaimin Bin Mohd Dani
Pn. Norshahira Binti Tumin
En. Abdul Rahman Bin Abd Wahab (K)
En. Ananthan A/L Madaillagan
En. Muin Bin Bakar
Pn. Rosazilina Binti Sarponin
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA (BAHAGIAN 6)
AJK Sijil :
Pn Noorasmah Bt Rohani
AJK Hadiah :
Pn Siti Fatimah Bt Man
AJK Peralatan :
En Muhammad Aimran B Ibrahim
Pn Noor Zayana Bt M.Hanafiah
AJK Teknikal :
En Ashrul Idhzat B Abidin
En Muhaimin B Mohd Dani
AJK Dokumentasi :
En Mohd Arif Ariffin B Alias
10.0 KESIMPULAN
Bagi memastikan sukan dapat dibudayakan
meskipun negara dilanda pandemik COVID-19,
langkah proaktif perlu diambil dan
dipertimbangkan bermula di peringkat akar umbi.
Pelaksanaan Pertandingan dan Kemahiran Sukan
Secara Dalam Talian MSSM dilihat sebagai
platform yang terbaik dalam memastikan
pertandingan sukan dapat dilaksanakan dan
memberi peluang kepada murid untuk bergiat
aktif semula dalam aktiviti sukan.
Disediakan oleh,
(MUHAIMIN BIN MOHD DANI)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan SiJangkang.
Disemak oleh Disahkan oleh,
(MUHAIMIN BIN MOHD DANI) (HJ MOHAMAD ROSLI B. AZHAR)
(HJH HAIRIAH BT JELANI) Guru Besar,
Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan SiJangkang.
Sekolah Kebangsaan Sijangkang.
LAMPIRAN 1
SUKAN HOKI
1.PENGANJURAN
Majlis Sukan Sekolah Malaysia
1.0 PENGELOLAAN
1.1.Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
1.2.Sektor Pembangunan Bakat Murid Jabatan
Pendidikan Negeri Melaka
1.3.Jawatankuasa Teknikal Hoki MSSM Melaka
2021 (PTPS)
2.0 KUMPULAN SASARAN
1.1.Kategori Bawah 18 tahun Lelaki
1.2.Kategori Bawah 18 tahun Perempuan
1.3.Kategori Bawah 15 tahun Lelaki
1.4.Kategori Bawah 15 tahun Perempuan
1.5.Kategori Bawah 12 tahun Lelaki
1.6.Kategori Bawah 12 tahun Perempuan
3.0 STRUKTUR PERTANDINGAN
3.1. Format Pertandingan
3.1.1Format pertandingan adalah secara individu.
3.1.2. Pemarkahan berdasarkan penilaian kemahiran yang dipamerkan.
3.1.3.Mata diberi berpandukan pemarkahan yang dinilai oleh panel penghakiman.
3.2. Penyertaan dan Kelayakan
3.2.1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah yang
berdaftar dengan MSSM dan mengikut peraturan am MSSM
3.2.2. Setiap negeri hendaklah mendaftar tiga kemahiran yang
dipertandingkan.
3.2.3. Setiap kemahiran terdiri daripada empat (4) peserta yang berbeza.
3.2.4. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu kemahiran sahaja.
3.2.5. Jika didapati mana-mana peserta melanggar syarat penyertaan dan
kelayakan, penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan dan
tindakan tatatertib akan diambil kepada peserta negeri yang
terlibat.
3.2.6. Peserta yang menyertai pertandingan hendaklah melalui
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengerusi Teknik Negeri
masing-masing.
3.2.7. Perkiraan umur peserta yang layak menyertai pertandingan
adalah dikira dari tarikh dilahirkan pada atau selepas 1 Januari
tahun semasa yang ditetapkan mengikut kategori
3.2.8. Setiap negeri wajib menghantar peserta bagi kesemua
kemahiran yang dipertandingkan.
3.2.9. Setiap peserta perlu melengkapkan dokumen pertandingan
seperti ketetapan berikut :
a. Borang Maklumat Pendaftaran Pertandingan untuk
peserta ( melalui link yang akan di berikan)
b. Rakaman Video Penyertaan Pertandingan dan pengisian
Google Form (link Youtube) dan Youtube (unlisted)
3.3. Kemahiran yang dipertandingkan
3.3.1. Mengelecek Slalom
3.3.2. Ketangkasan mengelecek
3.3.3. Jinking
3.4. Tempat Pertandingan :
Peserta boleh melakukan kemahiran di mana-
mana kawasan yang bersimen atau kawasan rata /
sesuai.
3.5. Penyediaan Video Kemahiran (VK)
3.5.1. Rakaman boleh di buat dengan menggunakan peralatan merakam seperti telefon
pintar, perakam video dan kamera. Rakaman hendaklah di buat secara audio dan
visual.
3.5.2. Rakaman hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubahsuai.
3.5.3. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah TIDAK
DIBENARKAN ketika pengujian kemahiran.
3.5.4. Format VK yang dibenarkan untuk dimuat naik (upload) adalah MP4
3.5.5. Rakaman mestilah secara landskap.
3.5.6. Peserta dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap dan bersesuaian
3.5.7. Peserta hendaklah memperkenalkan diri durasi 1 minit (tanpa edit).
i. Nama
ii. No kad pengenalan
iii. Sekolah
iv. Negeri
v. Kemahiran
vi. Pengukuran jarak
3.6. Penghantaran Rakaman Video Kemahiran (VK)
3.6.1. VK yang dihantar hendaklah dinamakan mengikut
Kemahiran_Nama P eserta_ Negeri _ Kategori; Contoh : SLALOM
DRIBBLE_RAZMI BIN ABDUL RAZAK_MELAKA_18LELAKI
3.6.2. Peserta hendaklah memuat naik (upload) VK ke aplikasi Youtube dalam tetapan
“Unlisted” sahaja. Peserta diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada
perkara ini adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
3.6.3. Pautan (link) VK yang telah dimuat naik ke aplikasi Youtube perlu dihantar ke
Pegawai Teknikal MSSM menerusi pautan Google Form sebelum tarikh akhir
yang ditetapkan.
3.6.4. Semua VK yang dihantar menjadi hak milik MSSM. Justeru peserta tidak
dibenarkan memuat naik atau menyebarkannya di mana-mana media sosial.
Sekiranya peserta didapati berbuat demikian, penyertaan peserta akan
dibatalkan.
3.6.5. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung
sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa menyediakan VK tersebut.
3.6.6. Kandungan VK hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2
4. STRATEGI PELAKSANAAN PERTANDINGAN
4.1. Kronologi Pertandingan
4.2. Penjurian dan penghakiman
5.3.1. Penyelaras Hoki MSSM
5.3.2. Pengerusi teknik dan pembangunan sukan (Hoki)
MSSM
5.3.3. Pengerusi teknik dan pembangunan sukan (Hoki)
negeri
5.3.4. Segala keputusan penjurian adalah MUKTAMAD
sebarang bantahan tidak akan dipertimbangkan
5.3.5. Lain-lain yang dipertimbangkan
5. HADIAH DAN SIJIL
5.1. Hadiah individu setiap kemahiran yang dipertandingkan. (1 sehingga 12) setiap
kategori.
5.2. Hadiah Keseluruhan (5 kedudukan terbaik)
5.3. Sijil penyertaan kepada semua peserta dan pegawai
6. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN
Segala hal yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan ini atau soal
perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan serta Pegawai Teknikal dan keputusan itu adalah muktamad.
SYARAT KHAS
PERTANDINGAN VIDEO
KEMAHIRAN
SUKAN HOKI
1.0 MENGELECEK SLALOM
2.0 KETANGKASAN
MENGELECEK
3.0 JINKING
SEKIAN
TERIMA KASIH
SUMBER MEDIA (GAMBAR HIASAN) :
1.SK FAJAR HARAPAN YT CHANNEL
https://www.youtube.com/channel/UCCyPh9Fip9y5A9G_W8V1
SkQ
2. https://www.stadiumastro.com/rencana/impak-hoki-remaja-
negara-gagal-189070
3. https://www.sinarharian.com.my/article/55617/BERITA/Sukan/
Sampai-bila-gagal-ke-Sukan-Olimpik
4. http://skpc3kt.blogspot.com/2018/07/kejohanan-hoki-mssd-
kuala-terengganu.html