The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap SLB - Muhamad Bin Hamzah - SMK Paduka Tuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuluz1982, 2021-04-24 23:06:39

SLB SMK Paduka Tuan

Pertandingan Buku Skrap SLB - Muhamad Bin Hamzah - SMK Paduka Tuan

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

MOHAMED
BIN HAMZAH
PIS, PIL, PLP

(JOHOR)
‫محمد بن‬

‫حمزه‬

Nama :
Nur Alia Sofia Bt Jeffry Sham

Kelas : 3 Bestari

Alamat email :
[email protected]

Alamat Sekolah :
SMK Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 Segamat,

Johor

Senarai
Kandungan

 Pendahuluan
 Biodata Tokoh Pemimpin
 Pendidikan Tokoh Yang Dipilih
 Kerjaya Tokoh Pemimpin
 Sumbangan Tokoh Pemimpin
 Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi Oleh Generasi Sekarang
 Penutup/Kesimpulan
 Sumber Rujukan

Biodata
Tokoh Kepimpinan

 Kelahiran ; 5 Mac 1918, Hospital kandang Kerbau
(Kini hospital Wanita dan Kanak-kanak KK)

 Meninggal dunia : 19 Februari 1993 ( umur 74 tahun )
 Dikebumikan : Tanah perkuburan Islam Kebun Teh, Johor bahru, Johor Malaysia
 Warganegara : Malaysia
 Pendidikan : Seni Lukis
 Pusat Pendidikan : Kolej Raffles, Singapura
 Pekerjaan : Arkitek
 Sumbangan : Mereka bentuk Bendera Malaysia Jalur Gemilang
 Pasangan : kamariah Bte Alias Nong HashimRohaya Robangi binti Daud
 Anak : Mariam binti Mohamed
 Ibu bapa : Hamzah bin Abdullah (bapa), Aminah binti Haji Tahir ( Ibu )

Biodata
Tokoh Kepimpinan

 Haji Mohamed bin Hamzah (5 Mac 1918 - 19 Februari 1993)
merupakan seorang pereka bentuk bendera dan arkitek. Beliau
merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu Bendera Malaysia.

 Mohamed dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura pada 5
Mac 1918, anak kedua daripada 10 beradik.

 Keluarganya menetap di Jalan Mariamah (Kampung Kubor), Johor
Bahru, berdekatan dengan Makam Diraja Mahmoodiah.

 Bapa beliau, Hamzah bin Abdullah merupakan seorang berketurunan
Cina dan anak seorang tauke ladang gambir di Segamat, Johor.
Hamzah diambil sebagai anak angkat oleh Dato' Bentara Dalam,
Dato' Ibrahim bin Abdullah Munsyi dan dibesarkan sebagai seorang
muslim. Ibu Mohamed pula, Aminah binti Haji Tahir merupakan
seorang berketurunan India Muslim dari Melaka.

Pendidikan
Tokoh Kepimpinan

 Mohamed bersekolah di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah pada tahun
1930. Beliau kemudian menamatkan persekolahannya pada peringkat
Senior Cambridge di Maktab Sultan Abu Bakar pada tahun 1935.

 Sepanjang itu, Mohamed mengikuti pelajaran agama di Sekolah Agama
Zahrah pada sebelah petang hari sehingga tamat darjah enam. Mohamed
dikatakan sudah menunjuk minat dalam bidang seni halus, reka cipta
serta seni tulis sama ada dalam tulisan Rumi mahupun tulisan Jawi.

 Semasa di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan di Maktab Sultan Abu
Bakar, Mohamed merupakan seorang pelajar yang aktif dalam kegiatan
sukan dan kokurikulum. Beliau telah menceburi acara padang, termasuk
bola sepak dan badminton.

 Beliau juga telah menyertai kumpulan pengakap Sekolah Bukit Zahrah
ketika berumur 16 tahun, sehingga tamat pelajaran di Maktab Sultan
Abu Bakar.

Pendidikan
Tokoh Kepimpinan

 Pada tahun 1936, Mohamed ditaja oleh kerajaan Johor untuk
melanjutkan pelajarannya dalam bidang seni lukis di Kolej
Raffles, Singapura, Negeri-negeri Selat. Beliau telah mendapat
keputusan cemerlang dalam kursus ini, dengan Sijil Kelas A1 yang
disampaikan pada 31 Januari 1937.

 Pada tahun 1939, beliau juga telah mengikuti 42 mata pelajaran dalam
satu kursus seni melalui pos dari Press Art School, Tudor Hall, Forest
Hill, London yang dibiayai oleh biasiswa Sultan Ibrahim. Sepanjang
kursus tersebut, Mohamed telah menghantarkan hasil kerja lukisannya
ke London. Pensyarah pembimbing di Press Art School telah memberi
ulasan positif terhadap lukisan Mohamed, dan mengatakan bahawa
lukisan-lukisan tersebut adalah "amat menarik dan anggun."

Kerjaya
Tokoh Kepimpinan

 Pada tahun 1938, Mohamed mula bekerja sebagai seorang kerani chandu
di Pejabat Superintendent Chandu Monopoly, Johor Bahru. Setelah
merasakan bahawa perkerjaan tersebut tidak sesuai baginya, beliau
menulis surat kepada Jurutera Jabatan Kerja Raya Johor untuk memohon
jawatan sebagai seorang Pembantu Teknik. Di atas persetujuan Bahagian
Perkhidmatan Johor, beliau dipindahkan ke Jabatan Kerja Raya Johor
sebagai seorang Pelukis Pelan do bawah seorang jurutera JKR negeri
bernama W.A. Kirk. Pada 4 September 1938, Mohamed dilantik
menggalas jawatan Pembantu Teknik Rendah Grade III sebagai seorang
penyurih

 Pada April 1963, Mohamed telah menerima sepucuk surat daripada
Suruhanjaya Perkhidamatan Awam Johor, memaklumkan bahawa beliau
telah dinaik pangkat kepada Pembantu Teknik Tingkatan Tertinggi, di
mana sebahagian besar karya di Johor dikendalikan olehnya, sehinggalah
beliau bersara pada 1 Jun 1971

Kerjaya
Tokoh Kepimpinan

 Mohamed terknal sebagai seorang arkitek yang bagus, sehingga
digelar Mohamed Arkitek oleh ramai orang, kerana jasa dan bakatnya
dalam mereka bentuk struktur-struktur termasyhur seperti Dewan Jubli
Intan, Menara Mahkota, Masjid Jamek Mersing, Pejabat Pos Johor
Bahru, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru, serta banyak bangunan
kerajaan, kuarters, dan masjid di seluruh Johor.

 Beliau kemudiannya diterima semula berkerja dengan JKR Johor dengan
jawatan Pembantu Teknik Tingkatan Biasa di atas sokongan Dato' Cheah
Thean Sun sebagai Pengarah JKR Johor pada ketika itu. Dato' Cheah
mengatakan bahawa Mohamed merupakan seorang yang berpengalaman
luas dan kerjanya sehingga ke hari ini adalah amat memuaskan. Selepas
diambil berkerja semula, Mohamed ditugaskan untuk menjalankan
beberapa perkara termasuk menyemak dan menjawab semua surat
masuk, mengambil tindakan bagi projek-projek persekutuan, memeriksa
pelan dan lukisan projek, serta membuat lawatan ke daerah bagi
memeriksa tapak-tapak bangunan yang akan dibina dan yang sedang
dibina.

Kerjaya
Tokoh Kepimpinan

 Pada pertengahan tahun 1970-an, kerajaan Johor menawarkan Mohamed
pekerjaan kontrak kerana pekerjaannya yang cemerlang dalam bidang
kejuruteraan. Sepanjang kerjayanya, Mohamed dipuji sebagai seorang
yang rajin dan sentiasa kreatif dalam menghasilkan kerja-kerjanya.
Ketika ditemui pihak Persatuan Sejarah Malaysia, rakan sekerjanya
Encik Shukri bin Abdul Kadir mengatakan bahawa beliau merupakan
seorang yang disegani dalam kalangan rakan-rakan sepejabat. Shukri
mengakui bahawa Mohamed ialah seorang pereka cipta yang berkaliber,
menghasilkan pelbagai lakaran termasuk seni bina, potret, logo dan
bendera. Malah, Mohamed juga merekabentuk logo untuk syarikat-
syarikat termasuk jenama ikonik seperti kicap HABHAL (Haji Ahmad
bin Haji Abdul Latif).

 Mohamed telah bersara semula pada 1 Julai 1980 pada usia 62 tahun.
Walaupun begitu, beliau masih diambil bertugas oleh sebuah syarikat
perabot di Johor Bahru sebagai seorang pereka cipta perabot seperti
kerusi, meja, gerobok, kabinet dan sebagainya.

Sumbangan
Tokoh Kepimpinan

Menyedari bakat dan kebolehan Mohamed, beliau sering
diupah oleh Sultan Johor untuk mereka cipta pelbagai grafik bagi kegunaan
kerabat diraja dan kerajaan negeri Johor. Sejak zaman pemerintahan Sultan
Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim
Shah, beliau sering dipanggil untuk melukis logo atau lambang diraja,
bangunan-bangunan dan sebagainya.

Mohamed bergambar di bawah Pintu Gerbang Mahkota
rekaan beliau di Kompleks Kastam, Tambak Johor. Pada tahun 1960,
Mohamed diupah oleh Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur untuk mereka bentuk kad jemputan kerajaan bagi kemahkotaan
Baginda pada 10 Februari 1960. Beliau juga ditugaskan untuk melakar peta
laluan bagi Grand Prix Kemahkotaan Johor, mereka cipta Pintu Gerbang
Mahkota di Pantai Lido, serta banyak tanda dan hiasan kerajaan lain untuk
kemahkotaan Sultan Ismail. Kebanyakan hiasan-hiasan sekitar bandar Johor
Bahru ketika itu adalah hasil idea dan reka cipta Mohamed. Sumbangan
beliau dalam sambutan Kemahkotaan Sultan Ismail telah dirakam dalam
gambar-gambar yang masih disimpan keluarganya sehingga kini.

Minat dan bakat beliau dalam bidang seni lukis juga telah menarik
perhatian kerabat diraja Johor. Mohamed telah melukis beberapa potret termasyhur,
termasuk potret Tengku Aris Bendahara Johor, Yang Amat Mulia Tengku Abu Bakar
Ibni Sultan Ibrahim. Beliau juga telah mereka bentuk jata negeri Johor yang
digunakan sehingga kini, dan lambang-lambang kerabat diraja Johor.[1] Selain itu,
beliau juga telah diupah melukis potret pegawai tentera British termasuk Corporal
Banes, sebelum terbentuk lagi Persekutuan Tanah Melayu.

Di samping itu, Mohamed juga telah dititahkan keda-dua Sultan
Ibrahim dan Sultan Ismail untuk mereka bentuk bintang kebesaran seperti bintang
kebesaran sempena ulang tahun pemerintahan Sultan Ibrahim ke-60 yang
dikurniakan sekali sahaja kepada orang-orang yang telah berjasa dan memberi
sumbangan kepada negeri Johor sepanjang pemerintahan Baginda. Beliau juga telah
mereka bentuk Bidang Darjah Ibrahim Kelas Pertama, Kedua dan Ketiga.
Kebanyakan daripada lakaran logo, seni bina dan potret Mohamed adalah di bawah
simpanan Arkib Negara Johor.

Sumbangan
Tokoh Kepimpinan

Apabila Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) pada 1 Februari 1948, terdapat keperluan kepada panji-panji
dan lambang yang menandakan wujudnya sesebuah negara, Satu jawatankuasa khas
telah ditubuhkan pada Mei 1948 bagi mengelolakan penciptaan bendera
Persekutuan Tanah Melayu. Satu mesyuarat telah diadakan bagi menyediakan garis
panduan memilih rekabentuk bendera PTM. Pemilihan bendera diserahkan kepada
Majlis Perundangan Persekutuan dan Persidangan Raja-Raja. Dan sehubungan
dengan itu mesyuarat telah bersetuju menetapkan warna putih, merah, kuning dan
biru untuk bendera PTM. Satu pertandingan mencipta bendera PTM telah
diiklankan melalui akhbar tempatan dan karyawan diberikan masa sebulan untuk
merekacipta dan menghantar penyertaan pada atau sebelum
10 September 1949.



Sumbangan
Tokoh Kepimpinan

Mohamed bin Hamzah tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan
tersebut. Dalam jangkamasa dua minggu beliau telah mencipta empat reka bentuk bendera
PTM dan dihantar kepada Clerk of Councils, The Council Chamber, Kuala Lumpur pada
13 Ogos 1949. Jawatankuasa Khas pemilihan telah menerima 373 corak bendera dan hanya
tiga corak bendera dipilih. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang dengan
dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir sama dengan reka
bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi
keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru putih dengan bulan bintang
berbucu 11 yang bewarna kuning di bahagian tepi kiri.

Sumbangan
Tokoh Kepimpinan

Mengikut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Khas, pemilihan bendera PTM perlu
mendapat pandangan orang ramai setelah mendapat perkenan oleh Majlis Raja-Raja
sebelum diisytiharkan sebagai bendera PTM. Akhbar Malay Mail telah mengumumkan
bahawa hasil pendapat umum, majoriti orang awam memilih reka bentuk ketiga dan ini
telah direka cipta oleh Encik Mohamed bin Hamzah. Pada awalnya warna bintang bulan
adalah putih, namun di atas cadangan DYMM Sultan Kedah dan dipersetujui oleh Raja-
Raja yang lain, warna putih digantikan dengan warna kuning yang melambangkan warna
DiRaja. Reka bentuk bendera tersebut telah dibawa ke London dan telah mendapat
kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950

Nilai Kepimpinan

 Mohamed sering melukis pemandangan di sekitarnya dan dari imaginasi sendiri, dan
menyimpannya bersama semua lukisan dan lakarannya.[2]

 Selain itu, beliau juga mempunyai hobi-hobi lain seperti mengumpul sampul surat hari
pertama, setem, serta fotografi. Sepanjang hidup Mohamed, beliau sering mengambil
gambar-gambar pemandangan Johor Bahru pada waktu siang dan malam, termasuk
gambar-gambar Pintu Gerbang Mahkota yang direka beliau. Beliau juga banyak
mengambil gambar-gambar ketika pelbagai majlis rasmi istana dan kerajaan.[2]

 Mohamed juga amat minat dalam bidang seni muzik. Beliau telah menyertai satu
kumpulan muziks ghazal bernama Ghazal Kampung Mohd. Amin, Johor Bahru.
Mohamed juga suka menanam pelbagai pokok buah-buahan dan bunga serta membela
ayam di rumahnya

 Selepas Mohamed bersara, beliau berpindah ke Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu
Majidee, Johor Bahru. Sejak itu, beliau telah meluangkan masanya membuat pelbagai
kerja kebajikan di kampung itu. Beliau telah menyertai jemaah Surau Darul Salam,
Kampung Melayu Majidee, serta aktif menyertai sebuah kumpulan Yaasin.

 Beliau juga selalu dipanggil mengubati orang yang diserang hysteria, seperti di
Sekolah Menengan Agama Al Quran Waddin, Jalan Padang 3, Stulang Baru di mana
pelajar-pelajarnya ramai diserang hysteria secara serentak. Mohamed juga terkenal di
kampung tersebut sebagai seorang yang berkebolehan melakukan perubatan
tradisional, dan sering dijemput untuk mengubati penghidap penyakit angin ahmar.[2]

Anugerah
Tokoh Kepimpinan

Nilai Kepimpinan

 Mohamed mempunyai hubungan rapat dengan istana Johor. Kerana sifat Mohamed
yang terpuji dalam disiplin dan perkerjaan, beliau sering dilantik menganggotai
Jawatankuasa Protokol dan Jawatankuasa Perhiasan dan Keceriaan Majlis Di-Raja,
antaranya Majlis Ulang Tahun Keputeraan Sultan, Istiadat Kemahkotaan, Majlis
Perkahwinan Di-Raja, Majlis Tahlil Di-Raja, Majlis Anugerah Kebesaran dan Majlis
Jamuan Di-Raja. beliau ditugaskan untuk menentukan tempat duduk jemputan khas
dan tetamu kehormat lain, melukis pelan pentas atau Astaka Di-Raja dan
memastikannya dibina dan dihias dengan indah.

 Selepas Mohamed bersara, beliau berpindah ke Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu
Majidee, Johor Bahru. Sejak itu, beliau telah meluangkan masanya membuat pelbagai
kerja kebajikan di kampung itu. Beliau telah menyertai jemaah Surau Darul Salam,
Kampung Melayu Majidee, serta aktif menyertai sebuah kumpulan Yaasin.

 Beliau juga selalu dipanggil mengubati orang yang diserang hysteria, seperti di
Sekolah Menengan Agama Al Quran Waddin, Jalan Padang 3, Stulang Baru di mana
pelajar-pelajarnya ramai diserang hysteria secara serentak. Mohamed juga terkenal di
kampung tersebut sebagai seorang yang berkebolehan melakukan perubatan
tradisional, dan sering dijemput untuk mengubati penghidap penyakit angin ahmar.[2]

Kesimpulan Tentang
Tokoh Kepimpinan

Sayang sekali, Allahyarham tidak lagi bersama kita. Kita tidak dapat

tahu apakah motif Allahyarham memilih corak Getih-Getah Samudera. Yang

dapat saya lihat, Allahyarham telah berusaha untuk menggabungkan warisan

identiti agama (bulan bintang Uthmaniyyah) dan warisan bangsa (jalur merah

putih Majapahit) dalam representasi yang begitu moden dan dinamik (betapa

indahnya corak jalur melambai ketika dibelai angin).

Malang sekali, kalau Allahyarham masih hidup, pasti hati beliau teriris

dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Sudah sampai masa kita berikan

pengiktirafan yang sewajarnya kepada Allahyarham. Hormatilah insan mulia

yang telah memberikan kita Jalur Gemilang yang menjadi inspirasi kita tak

kira waktu gembira, suka atau duka. Simbol yang menyatupadukan kita

semua. Lambang yang menjadi kebanggaan setiap anak Malaysia.

Terima kasih Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tenanglah engkau

di sana. Al-Fatihah.

“Puncak dunia telah kau tawan,

Lautan luas telah kau redah,

Membawa semangat jiwa Merdeka,
Semangat jaya kami warganya”

Sumber Rujukan

• Universiti Malaya, Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (3 March 2017).
• "MOHAMED HAMZAH (1918-1993), PEREKACIPTA JALUR GEMILANG"
• Kamil, Kamdi (2007)
• Mohamed Hamzah Perekacipta Jalur Gemilang: Bendera, Lambang & Lagu.
• Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Johor. ISBN 9789834224905
• "Mohamed Bagai Arkitek". Metro. 24 July 2005.
• "Anak Kesal Jasa Bapa Dilupakan". ''Harian Metro''. 1 September 2004.
• Muhamad Razif Nasruddin, dan Zarul Nazli bin Zulkhurnain (2012). "The History and

Design Chronology of Jalur Gemilang” (PDF).
• "1 ‫ چورق بنديرا فيدريشن اکن دفيليه‬3 ‫[ "درفد‬1 daripada 3 corak bendera federesyen akan

dipilih]. 16 .‫ اوتوسن ملايو‬November 1949.
• "Kesultanan Johor: Adik bongkar rahsia Jalur Gemilang" Kesultanan Johor.
• "Pak Samad Jadi Saksi". ''Harian Metro''. 11 September 2004.
• Sonia Ramachandran.
• "Berjam-jam Cipta Bendera". ''Harian Metro''. 31 Ogos 2004.
• "Ceutsan Ilham Datuk Onn". ''Harian Metro''. 3 September 2004.
• "3 Pereka Tanpa Nama". ''Harian Metro''. 2 September 2004.
• "Siapa Pencipta Sebenar?". ''Harian Metro''. 2 September 2004.
• "Menjejak Pencipta Bendera Malaysia". ''Harian Metro''. 29 Ogos 2004.
• "Arkib Mahu Dokumen Asal". ''Harian Metro''. 1 September 2004.
• "Lakaran Asal di Pejabat JKR". ''Harian Metro''. 4 September 2004.
• "6 Jam Cari Lakaran". ''Harian Metro''. 4 September 2004.
• "Salinan Lakaran Bendera Dijumpai". ''Harian Metro''. 7 September 2004.


Click to View FlipBook Version