1 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU2183) TAJUK E-FOLIO ISU-ISU SEMASA ICT DALAM PENDIDIKAN DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NOR AZLINA BINTI ENDUT DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD DANISH AFIQ BIN MUHAMAD NASIR 2233008 NIK DANISH UBAIDAH BIN JAMALDIN 2233011 AMAL AZAMI BIN CHE MOHAMAD ZAKI 2233013 MUHAMMAD AMMAR MUAZ BIN ALI PIAH 2233015 DIPLOMA PERBANKAN ISLAM SESI II 2022/2023
2 ` ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN ........................................................................................................... 3 DEFINISI MAKLUMAT................................................................................................ 3 DEFINISI KOMUNIKASI............................................................................................. 4 DEFINISI ICT DALAM PENDIDIKAN ....................................................................... 5 PERKEMBANGAN ICT DALAM PENDIDIKAN....................................................... 5 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ...................................................................... 7 KEMAHIRAN ICT......................................................................................................... 8 KEBAIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN ................................................................... 9 CONTOH PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN.........................................11 KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN .............................................................12 CARA-CARA MENANGANI ISU ICT DALAM PENDIDIKAN..............................14 KESIMPULAN .............................................................................................................17 RUJUKAN.....................................................................................................................18
3 PENDAHULUAN ﷽ Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW,kepada keluarga baginda serta para sahabat baginda, juga kepada para tabie, tabie tabiin dan ulamak.Alhamdulillah bersyukur ke hidrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami oleh Puan Azlina yang bertajuk Isu-Isu Semasa Berkaitan ICT. ICT atau boleh diistilahkan sebagai teknologi maklumat dan komunikasi semakin maju dari masa ke masa di dunia.Istilah tersebut telah mula wujud pada tahun 1970-an.ICT juga boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk menyebar,memindah dan memapar maklumat.Secara ringkasnya ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Penyebaran ICT yang pesat menyebabkan negara kita juga turut berusaha bagi membangunkan kemudahan perati untuk kegunaan rakyat. DEFINISI MAKLUMAT Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan,pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.Menurut Brown (seperti yang dipetik dalam Paisley dan Chen,1982), maklumat dapat didefinisikan sebagai sistem yang menterjemahkan mesej supaya dapat disimpan, mendapatkan kembali dan kemudiannya dimanipulasikan dan akhirnya menjadi sumber akhir yang sedia digunakan.Menurut Irma Indayu Omar dan Yushiana Mansor (2005) pula, maklumat adalah satu fenomena yang unik.Contohnmya, perkara ‘X’ mungkin dianggap maklumat kepada seorang individu, tetapi tidak bagi individu lain.Justeru,dapat dikatakan, ‘maklumat’ adalah suatu fenomena yang berubah berdasarkan situasi dan ciri-ciri tertentu.Maklumat juga dikatakan suatu komoditi iaitu ia boleh dijual beli, ditukar,dikumpulkan dan disimpan,dipatenkan dan dimiliki.Walaubagaimanapun,ia tidak habis apabila digunakan.
4 Definisi maklumat juga boleh dirujuk melalui kamus.Menurut Kamus Dewan, maklumat dimaksudkan sebagai pengetahuan.Kamus Dewan Besar Utusan pula, memberi tafsiran bahawa maklumat dimaksudkan sebagai laporan, siaran, kenyataan, keterangan, butir-butir dan pengetahuan. DEFINISI KOMUNIKASI Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll) Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001) mendefinisikan kommunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklumbalas digunapakai. Melalui beberapa definisi berikut dapat kita tafsirkan bahawa komunikasi adalah satu proses apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara verbal atau non-verbal yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.
5 PENGENALAN ICT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DEFINISI ICT DALAM PENDIDIKAN Dalam bidang pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan bagi menyelesaikan masalah PdP dan pengurusan pentadbiran (PdT) di sekolah dengan menggabungkan kaedah serta teori pengajaran dengan peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet (e-mel, forum, portal, laman web), video telesidang atau instruksi berasaskan komputer.Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih, menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006). PERKEMBANGAN ICT DALAM PENDIDIKAN Penggunaan peranti komputer dalam system Pendidikan bermula pada tahun 1987 apabila Lembaga Peperiksaan (LP) menggunakan teknologi komputer dalam pengurusan pemprosesan data peperiksaan.Menyedari bahawa pendedahan awal kepada ICT akan menyediakan generasi muda dengan nilai tambah kemahiran yang diperlukan dalam menhghadapi ledapan makumat serta mengharungi arus globalisasi, tidak lama kemudian ICT dijadikan mata pelajaran di sekolah pada tahun 1990-an. Dasar Wawsan 2020 telah memacu penggunaan ICT dengan amat luas dalam Pendidikan negara melalui pelancaran Koridor Raya Multimedia pada tahun 1997 melalui Projek Sekolah Bestari.Pelbagai usaha membudayakan ICT telah diperkenalkan bagi di sekolah bagi marapatkan jurang digital yang dihadapi oleh negara maju.Projek Makmal Komputer yang dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan internet mula dilaksanakan pada tahun 1997.
6 KPM telah melancarkan program pembestarian sekolah bagi tujuan melengkapkan murid dengan Kemahiran Abad Ke-21 yang menekankan penggunaan ICT sebagai pemangkin. Sejajar dengan program pembestarian ini, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui Projek SchoolNet dilaksanakan untuk semua sekolah di seluruh negara. Bagi membudayakan ICT di sekolah dan meningkatkan penggunaan komputer oleh murid, Projek Pusat Akses Sekolah (PuAS) diperkenalkan pada tahun 2006. KPM juga telah menambahbaik kaedah penyampaian program TV Pendidikan dengan pelaksanaan WebTV KPM atau lebih dikenali sebagai eduWebTV pada tahun 2008. Ia merupakan sumber pendidikan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan PdP dalam bentuk audio-visual kepada murid dan guru terutamanya di kawasan pedalaman.
7 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi berilmu yang berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor penting untuk membantu pencapaian pembangunan pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini meliputi perkara berikut: ICT untuk semua murid ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata pelajaran dan sebagai mata pelajaran ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan Pembangunan ICT dalam pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk: Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT Memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT Memperluas kurikulum berasaskan ICT Meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar,tenaga pengajar,dan personel KPM
8 KEMAHIRAN ICT Kemahiran ICT yang diperlukan oleh guru dan peajar adalah berbeza bergantung kepada tugasan ,organisas,minat dan kevenderungan seseorang individu. Dalam konteks pendidikan, kemahiran menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan seperti Microsoft Words, aplikasi paparan seperti Microsoft Excel, aplikasi penyampaian seperti Microsoft Powerpoint, kemahiran mencari maklumat,dan kemahiran mengolah data yang diperoleh menjadi satu kemahiran asas untuk semua.Pengkhususan selebihnya bergantung kepada keperluan tugasan masing-masing.Misalnya: Guru perlu mengetahui bagaimana berkomunikasi melalui e-mel,serta mengintegrasikan ICT sebagai satu bentuk sumber pendidikan dalam PdP. Guru mata pelajaran seni perlu tahu perisian melukis dan diikuti dengan perisian untuk animasi. Pentadbir sekolah perlu mahir menggunakan ICT untuk memudahkan kerja pentadbiran, meningkatkan keberkesanan kerja dan mewujudkan saluran komunikasi dengan guru dan agensi luar dengan menggunakan e-mel. Guru penyelaras bestari perlu tahu menyenggara komputer, memasang dan mengurus rangkaian setempat dan lain-lain.
9 KEBAIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN Antara kebaikan penggunaaan ICT dalam pendidikan ialah dapat menjimatkan masa pencarian maklumat.Hal ini demikian kerana melalui kemudahan internet, guru dan murid-murid tidak perlu lagi mencari akhbar lama untuk mengumpul maklumat.Pada zaman moden ini,semua maklumat berkaitan pembelajaran hanya di hujung jari sahaja dan maklumat tersebut akan terpapar pada skrin komputer atau teknologi pintar yang lain dalam masa yang singkat. Penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menarik perhatian murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung.Hal ini kerana aplikasi yang digunakan iaitu Microsoft Power Point, Kahoot, imej dan visual yang menarik serta bewarna-warni sekaligus dapat mengelakkan murid daripada mengantuk ketika guru sedang menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.Di samping itu,kesan audio dan imej suara yang jelas dapat mengelakkan murid daripada mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pembelajaran kerana lebih tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi ICT.Justeru itu, suasana pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih seronok dan murid-murid akan lebih aktif mengikut aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, penggunaan ICT dalam pendidikan juga boleh menigkatkan daya kefahaman murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh dalam pembelajaran subjek sejarah yang memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.Guru hanya perlu menyediakan persediaan berbentuk grafik contohnya tayangan filem yang mempunyai iktibar dan pengajaran.Hasil pengaplikasian ICT tersebut dapat meransang daya kefahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan persembahan grafik yang ditayangkan oleh guru.Natijahnya, perkara ini dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran yang agak sukar dengan bantuan pembelajaran yang menggunakan ICT.
10 Penggunaan ICT dalam pendidikan juga banyak memberi manfaat kepada guru-guru kerana perkara ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi dan maklumat.Hal ini secara tidak langsung mendedahkan guru kepada penggunaan alatan dan aplikasi ICT seperti penggunaan komputer,LCD dan lain-lain melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi ICT.Pengetahuan dan kemahiran mengendalikan alatan ICT ini amat penting bagi seseorang guru itu kerana guru perlu mengikuti aras pemodenan di abad 21 yang bersifat multimedia ini. dapat menarik perhatian murid Meningkatkan daya kefahaman murid Meningkatkan kemahiran guru dalam bidang ICT Menjimat masa pencarian maklumat
11 CONTOH PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN Penggabungan teknologi baharu ke dalam kehidupan kita telah mengubah dunia untuk mengikuti perkembangan zaman moden.Antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah dalam bidang pendidikan untuk memudahkan proses pembelajaran bagi guru dan murid-murid.Contoh penggunaan ICT dalam pendidikan ialah papan hitam digital,tablet dan meja interaktif. Tablet Komputer riba Buku digital Papan digital interaktif Alat yang terdiri daripada computer,skrin dan projector yang boleh dikawal dari jarak jauh. Sebuah peranti yang lebih kecil berbanding laptop lebih ringan dan mudah dibawa. Tugasan sekolah juga boleh dilakukan dengan lebih efisien menggunakan Microsoft. Alat yang mempunyai teks digital disertai dengan jenis kandungan audiovisual dan
12 KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN Seperti yang kita tahu teknologi maklumat dan komunikasi ataupun dikenali sebagai ICT mempunyai pelbagai manfaat yang boleh kita perolehi dan juga menjimatkan masa para pelajar zaman kini untuk mereka terus mengakses sebarang maklumat yang mereka inginkan dengan mencarinya di dalam Internet. Akan tetapi kebanyakan remaja dalam kalangan pelajar zaman kini yang menyalahgunakan Internet dan mereka lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral. Antara keburukan ICT yang terdapat dalam pendidikan zaman kini ialah pelajar menggunakan Internet melebihi had sehingga menyebabkan mereka leka dan tidak focus terhadap tugasan yang harus disiapkan. Ini juga sebenarnya melibatkan ibu bapa yang seharusnya memantau kegiatan anak-anak mereka ketika mereka mengakses Internet ini supaya tidak disalahgunakan dan tidak menggunakannya melebihi had sehingga menyebabkan mereka menangguhkan tugasan kerja yang harus disiapkan oleh kerana tidak ada sebarang pantauan yang ketat oleh ibu bapa mereka sendiri. Seterusnya, pelajar mengikuti budaya negatif yang didedahkan di dalam laman web dan mereka tidak selidik dahulu sama ada perlakuan itu betul atau salah, ini juga boleh menurunkan budi pekerti seseorang. Pelajar yang mudah terpengaruh akan lebih cepat mempelajari budaya negatif tersebut kerana mereka tidak tahu perlakuan itu merupakan perlakuan yang tidak betul. Mereka juga akan meniru aksi – aksi yang tidak sepatutnya diikuti hasil daripada mereka membuka laman web yang tidak sepatutnya dilayari dek kerana kekurangan pemantauan daripada ibu bapa mereka sendiri.
13 Terdapat juga segelintir guru yang tidak mahir dalam penggunaan teknologi Internet ini kerana ada yang guru-guru dari golongan yang tidak mampu untuk memilikinya dan juga tidak mempunyai kemahiran untuk mempelajarinya atas sebab faktor umur dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, guru – guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa teknologi ini akan merasa terpinggir dan tidak dapat menarik perhatian para pelajarnya untuk mengikuti cara pembelajarannya yang tidak menggunakan sebarang teknologi berkaitan Internet malah masih menggunakan cara pembelajaran tradisional. Seperti yang kita tahu masalah yang semakin teruk dalam kalangan pelajar ataupun remaja iaitu terpengaruh dengan ketagihan video lucah ataupun dipanggil video pornografi, para pelajar mengambil kesempatan ketika mereka mendapat kelebihan untuk menggunakan kemudahan yang diberikan tersebut akan tetapi disalahgunakan oleh segelintir pelajar yang terlampau ketagih dengan pornografi ini. Ini sebenarnya mampu merosakkan akhlak dan jiwa remaja yang masih muda, walhal mereka ini sepatutnya diterapkan dengan amalan – amalan yang lebih baik dan memberi impak positif ketika umur mereka meningkat naik kelak. Ketagihan pornografi ini juga boleh mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik dan memberi kesan yang negatif dalam diri mereka ketika mereka hidup di dalam masyarakat dan mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan hasutan ataupun godaan yang dibuat oleh masyarakat sekeliling. Kemajuan teknologi yang semakin membangun ini tidak disangkal lagila untuk aktiviti jenayah siber ini terjadi. Jenayah siber ini juga sering terjadi dalam kalangan pelajar. Antara jenayah yang dibuat ialah seperti penipuan dari segi wang tunai, kes culik, buli siber dan sebagainya. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang terpaksa mencari duit untuk mereka mengunjungi pusat siber yang membolehkan mereka mendapatkan wang dengan lebih banyak atau menambah nilai telefon bimbit. Dalam keadaan terpaksa juga ada pelajar yang sanggup mencuri duit ibu bapa mereka semata-mata untuk mengakses Internet dengan lebih lagi.
14 Sehubungan dengan itu, pelajar juga tidak kesemuanya tinggal dikawasan yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi untuk membolehkan mereka mengakses Internet dengan lebih mudah. Selain itu, pelajar yang tinggal di Kawasan pedalaman juga tidak kesemuanya mampu untuk memiliki gajet seperti telefon bimbit ataupun komputer riba yang membolehkan mereka melayari laman web untuk mencari sebarang maklumat yang mereka inginkan mengetahuinya. CARA-CARA MENANGANI ISU ICT DALAM PENDIDIKAN Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika ada isu atau keburukan berkaitan sesuatu perkara maka perlulah kita berusaha mencari jalan atau cara untuk mengatasi isu-isu tersebut. Mengapakah usaha-usaha dalam menangani isu dalam sesuatu perkara itu penting? Ini kerana impak negatif yang dibawa dari isu tersebut akan merebak dengan berleluasa jika tidak diatasi dengan segera dan kesan buruk itu dapat mempengaruhi semua pihak yang terlibat. Jadi apakah cara-cara untuk menangani isu ict dalam pendidikan ini? Pertama, membuat jadual harian supaya tiada penangguhan semasa menyiapkan sesuatu tugas. Apabila kita mempunyai jadual harian tersendiri, kita dapat mengelakkan diri kita daripada menangguh tugasan yang diberi contohnya, jika kita tahu pukul 2 petang adalah waktu menyiapkan tugasan, kita perlulah menyimpan teknologi seperti telefon bimbit dan menutup notifikasi supaya kita dapat menyiapkan tugasan tanpa sebarang gangguan. Kita tahu pada masa ini, teknologi ict ini semakin canggih mengikut peredaran masa jadi itulah sebabnya cara kita menguruskan masa menjadi semakin penting ini kerana ia dapat memberi kesan buruk kepada diri kita sekarang dan di masa hadapan.
15 Kedua, memberi latihan atau pertolongan kepada guru dalam mengadaptasi teknologi ict dalam pendidikan. Perkara ini penting kepada guru-guru yang sudah berumur yang tidak berapa minat atau yang berpendapat bahawa teknologi tersebut tidak penting. Ini supaya, guru-guru tidak rasa tertinggal atau terabai dengan penggunaan teknologi tersebut. Jika guru-guru tersebut diberikan perhatian dan latihan yang betul dalam penggunaan teknologi itu, ianya akan dapat menolong mereka dan pelajar-pelajar dalam sesi pembelajaran menjadikannya lebih efektif dan efisien kerana teknologi ict yang dimanfaatkan tersebut. Usaha ini perlu sentiasa diterapkan mengikut perkembangan teknologi yang semakin canggih supaya cara pendidikan menjadi semakin berkesan.
16 Ketiga, memberi pemahaman yang tinggi tentang apa yang akan berlaku jika didapati meniru dalam menyiapkan tugasan. Ini sangat penting kerana jika pelajar-pelajar tidak tahu tentang ini, mereka akan rasa apa yang mereka lakukan itu diterima dan terlepas daripada segala tindakan. Ini sangat berbahaya kerana ianya akan dapat merosakkan masa hadapan pelajar tersebut sekaligus memberi kesan buruk kepada mereka seperti tidak dapat graduasi dan mencari pekerjaan untuk hidup. Ini amatlah benar pada waktu ini di mana segala informasi yang diperlukan dapat dicari dalam internet menggunakan teknologi-teknologi canggih yang dimiliki oleh pelajar. Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab perlulah memberi kerjasama dalam menangani isu ini dan pelajar-pelajar pula diingatkan untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan amanah untuk masa depan yang cerah dan berharga kelak.
17 KESIMPULAN Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang ICT atau teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berpengetahuan tinggi untuk menyambung legasi orang-orang yang berpengaruh untuk memajukan negara.Perkara ini telah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk mendidik generasi muda untuk menjadi pelapis yang boleh mentadbir negara dengan cemerlang pada masa akan datang.Penggunaan komputer dan teknologi sistem maklumat dalam sistem pembelajaran adalah sesuatu inisiatif yang boleh menarik perhatian murid untuk terus menuntut ilmu. Inisiatif yang dilakukan hendaklah seiring dengan kemajuan generasi yang semakin mencabar. Penggunaan teknologi yang terdapat pada masa kini adalah apa yang dilihat oleh generasi kini dan kami yakin bahawa teknologi di masa hadapan pasti akan lebih kompleks berbanding dengan masa kini.Dengan itu,teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat banyak kelebihan dan keburukan penggunaan ICT dalam pendidikan yang perlu dititikberatkan oleh institusi pendidikan Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pendidikan dapat melahirkan generasi yang celik dengan perkembangan teknologi moden serta insan yang berkaliber dan bersedia dalam pekerjaan.Ini secara tidak langsung juga dapat menyambung kepada kemajuan serta produktiviti sesebuah negara.Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran supaya dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam teknologi maklumat iaitu ICT.
18 RUJUKAN 7 contoh Penggunaan ICT Dalam Pendidikan / teknologi. Thpanorama. (n.d.). Retrieved March 10, 2023, from https://ms.thpanorama.com/articles/tecnologa/7-ejemplos-del-uso-de-lastics-en-educacin.html 9 faedah Penggunaan ICT Dalam Pendidikan / psikologi pendidikan Dan Pembangunan. Psikologi, falsafah dan pemikiran tentang kehidupan. (n.d.). Retrieved March 10, 2023, from https://ms.sainte-anastasie.org/articles/psicologa-educativa-y-del-desarrollo/9- beneficios-del-uso-de-las-tic-en-la-educacin.html Asri, N. A. B. M. (1970, January 1). ISU 8: ISU Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran pengenalan. ISU 8: ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN. Retrieved March 10, 2023, from http://sme6044mailaasriupsi.blogspot.com/2015/12/isu-8-isu-penggunaan-teknologidalam.html#:~:text=Antara%20isu%20yang%20sering%20dibangkitkan,penyalahgunaan% 20makmal%20komputer%20dan%20internet Kebaikan & Keburukan. siti rohayu. (2018, December 17). Retrieved March 10, 2023, from https://ayugojess.home.blog/keburukan/#:~:text=Keburukan%20ICT%20Dalam%20Sektor %20Pendidikan%20dan%20Latihan&text=Melayari%20laman%20sesawang%20yang%20 tidak,benteng%20agama%20yang%20tidak%20kukuh. Zainudin, A. F., Published by Fadzliaton Zainudin A civil servant. Current position is the Senior Principal Assistant Director for the Educational Technology & Resources Division, Zainudin, P. by F., Zainudin, F., A civil servant. Current position is the Senior Principal Assistant Director for the Educational Technology & Resources Division, & View all posts by Fadzliaton Zainudin. (2016, November 23). ICT Dalam Pendidikan. Sumber Digital. Retrieved March 10, 2023, from https://sumberdigital.wordpress.com/2015/10/31/ictdalam-pendidikan/
19