BANGUNAN HIJAU KONSEP
PENGENALAN “Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian.Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Selain menjimat dan mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar ianya dapat meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut.Konsep bangunan hijau atau green building mungkin janggal bagi sebagian warga di Malaysia walaupun ciri-ciri bangunan ini telah sedia ada mempraktikkan kepentingan alam semula jadi.Sebenarnya,bangunan hijau adalah bangunan ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan.
JADUAL KERJA BIL TARIKH PERKARA CATATAN 1. 17/1/24 MENERIMA TUGASAN DARIPADA PUAN HIDAYATIMENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA PUAN HIDAYATI 2 DELIMA 2. 18/1/24 MENCARI MAKLUMAT TENTANG KONSEP BANGUNAN HIJAU KIOSK KOMPUTER 3. 18/1/24 MENYATAKAN MASALAH YANG DIHADAPI KIOSK KOMPUTER 4. 18/1/24 MENENTUKAN LOKASI BANGUNAN MENYATAKAN CIRI KONSEP RUMAH HIJAU YANG DIGUNAKAN 2 DELIMA 5. 30/1/24 MEMBUAT LAKARAN PELAN BANGUNAN HIJAUMEMBINA RUMAH HIJAU MENGGUNAKAN APLIKASI MINECRAFT EDUCATION KIOSK KOMPUTER 6. MENGHANTAR TUGASAN KEPADA PUAN HIDAYATI KIOSK KOMPUTER
MAKLUMAT KAJIAN Saya telah membina sebuah bangunan hijau iaitu rumah hijau dengan mengaplikasikan ciri bangunan hijau seperti menggunakan tingkap kaca lutsinar bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana lampu kurang digunakan untuk menerangi rumah. Selain itu, saya juga telah menanam beberapa pokok di sekitar rumah agar kawasan rumah menjadi lebih sejuk kerana gas rumah hijau iaitu karbon dioksida dapat dikurangkan. Hal ini dikatakan kerana, tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida untuk melakukan proses fotosintesis. kEMUDIAN, Saya juga telah menggunakan warna putih untuk mengecat dinding supaya kadar penyerapan haba berkurang. Kemudian, say telah membina sebuah kolam mini di tepi rumah yang beratapkan jaring untuk menakung air hujan dapt menjimatkan penggunaan air.
Dapat mengurangkan gas karbon dioksida di udara kerana menggunakannya untuk melakukan proses fotosintesis. Oleh itu, kawasan rumah menjadi lebih sejuk dan nyaman. Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik keran udara luar boleh masuk dan menggantikan udara panas dalam bangunan. Selain itu, dapat mengurangkan penggunaan lampu elektrik kerana tingkap yang lutsinar menyebabkan cahaya dapat menembusinya sekaligus dapat menerangi isi rumah TUMBUHAN HIJAU TINGKAP (PENGUDARAAN) (pandangan hadapan)
Kecerahan cat yang digunakan mempengaruhi kadar penyerapan haba di dinding bangunan. Semakin cerah cat dinding, semakin berkurang kadar penyerapan haba. Oleh itu, rumah bercat terang menjadi lebih sejuk daripada rumah yang menggunakan cat berwarna gelap. Mempunyai kolam mini di tepi rumah yang beratapkan jaring untuk menakung air hujan dapt menjimatkan penggunaan air. CAT BERWARNA CERAH SUMBER AIR SEMULAJADI (pandangan belakang) (pandangan kiri)
RUMUSAN Pada masa kini, isu global seperti pemanasan global menjadi topik hangat yang sering dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa.Pelbagai institusi terkemuka di dunia telah menjalankan kajian dan penyelidikan bagi membendung pencemaran alam sekitar ini. Bangunan hijau merupakan salah satu solusi yang mempunyai potensi yang paling tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan sumber. Dengan mengaplikasikan konsep bangunan hijau, bangunan yang mesra alam dan mempunyai suasana yang selesa dapat dibangun tanpa memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Diharapkan bangunan hijau akan terus digunapakai di semua negara supaya isu-isu global yang melibatkan alam sekitar dapat dibendung.
RUJUKAN LAMAN WEB ORANG SUMBER BUKU Faqihah Izyani Buku Teks Sains Tingkatan 2 KSSM https://anyflip.com/aolm n/dxxy/basic https://ms.wikipedia.org/ wiki/Bangunan_hijau Amnah Farzana Adam Zikry
Terima Kasih! www.reallygreatsite.com