1
PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM
MEMUPUK PERPADUAN
Ahli kumpulan :
1) Nur Aliah Irdina binti Azman
(15DUB21F1083)
2) Ismah Adriana binti Aimy Azrul
(15DUB21F1053)
3) Nur Azniza binti Azni
(15DUB21F1033)
2
Isi kandungan
Perkara Muka surat
Kata-kata aluan 3
4
Pengenalan 5
6
Kategori media 7
8
Definisi media sosial
9-10
Kepentingan media sosial 11
12
Peranan setiap pihak bagi
mengawal penyalahgunaan media 13
sosial 14-16
Media sosial menggalakkan interaksi
antara kaum 17
Media sosial memperkenalkan tradisi 18
Peranan media sosial dalam
penyatupaduan rakyat berbilang
bangsa
Cabaran media sosial dalam
memupuk perpaduan
Kesimpulan
Refleksi
Rujukan
3
Kata – kata aluan
ِب ْس ِِم ّل َل ِاِ ال َر ْح َم ِنِ ال َرح
Seindah bicara,
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum W.B.T
Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan yang memelihara
dan mentadbir sekalian alam, tuhan yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasih, Tuhan yang menguasai hari
pembalasan kepadaMulah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan-jalan
orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan
jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat. Alhamdulillah syukur ke
hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNYA dapat
juga kami menyiapkan tugas berkumpulan yang
diamanahkan kepada kami. Tidak akan terhasil walau
satu huruf apatah lagi ayat demi ayat sehingga terhasilnya
tugasan ini tanpa keizinan dari Mu. Ucapan jutaan terima
kasih kepada pensyarah kami Puan Nurul Ain binti
Othman yang telah memberi sepenuh kepercayaan
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
4
Pengenalan
Telah terlakar dalam lembaran sejarah beratus-ratus tahun
dahulu bahawa negara Malaysia mempunyai komposisi yang terdiri
daripada pelbagai etnik atau masyarakat majmuk. Keadaan pluraliti
masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan.
Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya,
persoalan sejarah lampau yang membawa kepada pembawaan
masyarakat seperti yang ada sekarang perlu difahami dengan lebih
mendalam. Perpaduan yang mantap perlu dititik beratkan dalam
kalangan rakyat di sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
bangsa, budaya dan etnik. Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat, begitulah fatwa pujangga yang
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dan integrasi supaya
tenaga rakyat dapat disalurkan kepada memajukan negara dari
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari
kepelbagaian etnik. Sebagai rakyat Malaysia, media yang sedia ada
dan yang baru wujud memainkan peranan dominan agar jurang
anatara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh
ketidaksefahaman dan prasangka.
Antara objektif yang ingin kami capai sepanjang penulisan ini
adalah untuk menunjukkan bagaimanakah saluran media ini
memberikan sumbangan dalam membentuk perpaduan di Malaysia.
Pada penulisan kali ini juga, kita akan melihat sejauh mana
sumbangan yang diperolehi daripada media yang pesat
membangun kini dapat diimplikasikan dalam merealisasikan
keharmonian sesebuah hubungan etnik. Akhir sekali, bagaimanakah
media ini mampu memberi impak yang mendalam terhadap
perpaduan di Malaysia.
5
Kategori media
Media sosial uang ditakrifkan sebagai media untuk
interaksi sosial merupakan antara medium baru
dalam perhubungan dan berkomuniti.Media sosial
pula berbeza dengan media cetak dan media
elektronik kerana memainkan peranan sebagai alat
pemasaran untuk mengangkat sesuatu idea,produk
mahupun kempen.Media sosial sebenarnya mula
wujud pada tahun 1978 iaitu dari penemuan sistem
papan buletin dimana kita boleh memuat turun
maklumat,dapat berkomunikasi dengan menggunakan
surat elektronik yang sambungan masih menggunakan
saluran telefon dengan moden.Perkembangan media
sosial pertama kalinya dilakukan melalui pengiriman
surat elektronik pertama oleh penelti
ARPA(Advanced Research Project Agency)pada
tahun 1971.
6
Definisi media sosial
Media sosial ialah satu rangkaian komunikasi di atas
talian(online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari
serata dunia. Media sosial juga ialah laman web dan alat internet
yang membolehkan perkongsian maklumat, gambar, video dan
pendapat antara pengguna. Media sosial pada mulanya dibuat
sebagai cara untuk berhubung rakan yang telah lama hilang atau
hanya mengikut apa yang dilakukan oleh rakan dalam talian.
Sejak awal lagi, media sosial telah berkembang menjadi teknologi
yang berasakan komputer yang tidak hanya membantu membina
komuniti, tetapi juga dapat memberikan infomasi kepada ramai
orang .
Hampir semua orang dewasa ,remaja malah kanak kanak
berumur 5,6 tahun sekarang mempunyai sekurang kurangnya satu
akaun media sosial kerana media sosial ini telah popular dan dapat
menghilangkan rasa bosan.
Seseorang tokoh barat O’Reilley menyatakan bahawa
pembangunan perisian yang membolehkan penglibatan massa
dalam aktiviti sosial.
Kajian menunjukan media sosial telah digunakan untuk
mengelakan kesunyian , mencari hiburan, dan maklumat untuk
mengeratkan hubungan malah dapat bermain permainan dalam
talian
Antara median sosial yang ramai mengunakan ialah Facebook,
Instagram,Twitter dan WhatsApp
7
Kepentingan media sosial
1. Proses menyebaran infomasi dan maklumat sangat mudah
serta pantas
2. Platform kepada para peniaga untuk mempromosikan
produk mereka lagi-lagi pada musim pandemik ini
3. Merupakan strategi kepada ushawan usahawan bagi
memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi
4. Dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat pelbagai kaum.
5. Dapat mengetahui berita didalam negara dan diluar negara
6. Dapat menghilangkan rasa kesedihan didalam diri seseorang.
7. Dapat mempelajari tentang kebudayaan bangsa lain dengan
mudah.
8. Dapat memajukan negara seperti menunjukkan tempat tempat
yang menarik di dalam negara didalam media sosial untuk menarik
minat pelancong
8
Peranan setiap pihak bagi mengawal
penyalahgunaan media sosial
1. Individu
• Mendisiplinkan diri
• Mengawal diri daripada ketagihan media sosial dengan
melakukan aktiviti lain yang menarik
2. Ibu bapa
• Memantau penggunaan media sosial anak anak
• Mengajar anak anak cara memanfaatkan kebaikan media
sosial
3. Masyarakat
• Melaporkan jenayah siber yang berlaku kepada pihak berkuasa
• Mengamalkan sikap positif seperti tidak mengecam
4. Kerajaan
• Meguatkuasakan undang undang dan melakukan hukuman
kepada pelaku jenayah siber
• Mengadakan kempen cara mengunakan media sosial dengan
betul
9
Media sosial menggalakkan interaksi antara kaum
Media sosial telah memainkan peranan penting dalam kehidupan
sosial terutama dalam masyarakat moden. Menurut McQuail dalam
bukunya Mass Communication Theories, terdapat enam peranan
media. Pertama, media dipandang sebagai jendela yang.
membolehkan masyarakat melihat apa yang sedang terjadi di luar
sana dan tempat belajar untuk mengetahui pelbagai peristiwa.
Kedua, media juga dianggap sebagai cermin pelbagai peristiwa yang
wujud dalam masyarakat dan dunia. Ketiga, media sebagai filter
yang menapis pelbagai isu sama ada isu itu perlu diberi perhatian
ataupun tidak. Keempat, media dilihat sebagai panduan yang
menterjemah dan penunjuk arah ke atas pelbagai ketidakpastian,
atau pemberi alternatif. Kelima, melihat media sebagai forum untuk
menyampaikan maklumat atau informasi serta idea-idea kepada
masyarakat. Keenam, media massa sebagai teman bicara iaitu
10
individu yang mengambil bahagian dalam perbualan dan
komunikasi.
Dengan itu,jelaslah bahawa media memainkan peranan yang
penting dan besar dalam interaksi sosial. Dalam konteks kita
sebagai masyarakat majmuk, media sosial khususnya dilihat mampu
menggalakkan interaksi antara kaum. Wujud kemungkinan
sesebuah kaum itu malu dan kekok untuk berinteraksi dan bergaul
secara realiti dengan kaum yang lain disebabkan masalah dalam
komunikasi bahasa,perbezaan agama dan adat serta sebagainya.
Hal ini menyebabkan penghayatan, keinteraksian, proses
pembelajaran serta persefahaman antara kaum di Malaysia
terbatas. Tetapi, dengan adanya media sosial, perkara-perkara
tersebut dapat diatasi.
Dengan adanya media sosial, masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan persahabatan sama
ada dekat atau melangkaui sempadan. Media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter telah memudahkan proses interaksi
dengan hanya dihujung jari. Kewujudan rakan baru dari kaum yang
lain di laman sosial ini secara tidak langsung berlakunya proses
pembelajaran mengenai agama, budaya, Bahasa, adat, falsafah dan
sebagainya sama ada sedar atau tidak. Kemesraan yang wujud di
laman social tersebut dapat menaikkan keyakinan untuk bersosial
secara realiti kerana sudah wujudnya persefaham dan kemesraan
yang telah terjalin di laman sosial tersebut.
11
Media sosial memperkenalkan tradisi
Penggabungan masyarakat majmuk di
Malaysia pastinya lebih teserlah dengan
adat dan tradisi yang tersendiri. Sebelum
adat dan tradisi nenek moyang kita yang
dipelihara sejak dahulu terus lapuk ditelan zaman,
media dan pihak bertanggungjawab perlu mencari pendekatan yang efisien
untuk mempopularkannya semula seperti peribahasa “di mana batang
terguling, di situ cendawan tumbuh.”
Media telahpun membantu sedikit sebanyak dalam memperkenalkan tradisi
berkenaan persembahan tarian yang ada di Malaysia ini. Perkara ini dapat
dilihat dalam dunia internet yang kini menjadi ikutan pada masa kini. Bukan
itu sahaja, penyelidik juga memberi pendapat bahawa pengaruh media sedikit
sebanyak membentuk ruang horizon berfikir dan bertanya kepada etnik Cina
bagi memahami elemen elemen agama Islam dalam kehidup seharian. Selain
Melayu dan cina, India juga ada keunikannya iaitu Tarian Bhagra yang
merupakan suatu bentuk tarian di mana ianya untuk meraikan penglibatan
dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah Punjab di
India. Peranan media untuk menyebarkan kesenian gerak geri dalam tarian ini
di dalam Youtube dan aplikasi lain dapat menggalakkan lagi generasi muda
berbangsa Melayu mahupun Cina turun padang bagi melaksanakan Tarian
Bhagra ini dah mengaplikasikan tarian ini di majlis perkahwinan.
12
Peranan media sosial dalam penyatupaduan
MENYIARKAN DRAMA ATAU VIDEO
YANG MENERAPKAN NILAI-NILAI
MURNI
-MENANAMKAN SEMANGAT
PERPADUAN,MUHIBAH DAN JATI DIRI
DALAM KALANGAN RAKYAT
-KEADAAN YANG AMAN DAMAI DAPAT
DIPELIHARA
-IMEJ NEGARA DAPAT DIJAMIN
MENGADAKAN KEMPEN ATAS TALIAN
-MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN YANG
BAIK ANTARA MASYARAKAT
-MEMPROMOSI NILAI-NILAI MURNI
MENGENAI KEPENTINGAN PERPADUAN
KEPADA MASYARAKAT
-MENANGANI ISI ETNIK DAN PERKAUNAN
YANG SEMAKIN BERLELUASA DI MEDIA
SOSIAL
MENYIARKAN RANCANGAN YANG BERKAITAN
DENGAN BUDAYA YANG BERLAINAN
-MEMAHAMI BUDAYA KAUM LAIN
-DAPAT MERAIKAN HARI-HARI ISTIMEWA
BERSAMA
-MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN TENTANG
TRADISI KAUM LAIN.
MENYEBARKAN MAKLUMAT YANG BOLEH
MEMBERI KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN
PERPADUAN
-DAPAT MENGELAKKAN BERLAKU PERSELISIHAN
FAHAM ANTARA SATU SAMA LAIN
-MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA
-KEDUDUKAN NEGARA DAPAT DIPERTINGKATKAN
DI SELURUH DUNIA
13
CABARAN MEDIA SOSIAL
DALAM MEMBINA PERPADUAN
1. Penyalahgunaan media sosial oleh masyarakat .
• Berlaku penghinaan bangsa dan mempersendakan agama
orang lain . sebagai contohnya seorang bangsa cina telah menghina
agama islam dan Nabi MUHAMMAD.
2. Berlaku fitnah yang berleluasa antara masyarakat
• Contohnya telah berlakunya fitnah antara bangsa yang
berlainan dan dapat menyebabkan pentengkaran antara mereka.
3. Cabaran dari segi perubahan gaya hidup
• Perubahan gaya hidup dari segi makanan , pakaian dan
tingkah laku yang dipengaruhi oleh media sosiaL Hal ini
menyebabkan mereka melupakan asal usul mereka
14
Kesimpulan
Media sosial adalah satu platform yang memainkan
peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara
kaum .Hal ini kerana media sosial merupakan perkara
yang selalu digunakan oleh semua orang dalam kehidupan
mereka .Tambahan pula,pada zaman teknologi ini dengan
itu masyarakat haruslah berganding bahu bagi melahirkan
semangat perpaduan dalam diri mereka supaya sekaligus
dapat membentuk sebuah nagara yang aman dan harmoni
serta disegani oleh negara lain.
15
Puji syukur kami panjatkan kehadirat Allah SWT,yang telah
memberikan rahmat,taufik serta hidayah-Nya kepada kami sehingga
pada kesempatan ini kami dapat menyelesaikan tugasan ini tepat
“pada waktunya yang bertajuk Peranan Media Sosial Dalam
Memupuk Perpaduan”.
Pada kesempatan ini kami mengucapkan terima
kasih yang sebesar-besarnya kepada:
• ALLAH SWT
• Pensyarah kami, Nurul Ain binti Othman kerana
memberi serba sedikit penerangan tentang
tugasan ini.
• Teman-teman yang telah memberikan banyak
bantuan.
Kami menyedari bahawa tugasan ini masih banyak
kekurangan dan kesalahan serta masih jauh dari sempurna
,oleh kerana itu ulasan dan saranan sangat kami harapkan.
16
Akhir kata dari kami bertiga,kami harap tugasan ini
dapat juga memberi manfaat kepada semua.
17
REFLEKSI
Majalah mengenai peranan media sosial dalam memupuk
perpaduan adalah satu platform yang dimana untuk berkongsi
maklumat dan pendapat mengenai isu isu perpaduan kepada para
pelajar yang dikasihi sekalian . majalah ini merupakan sebuah e-
majalah yang direkaoleh pelajar semester satu Politeknik Sultan
Azlan Shah. Tujuan majalah ini direkakan untuk memenuhi
kehendak kursus.
Antara faktor kenapa tajuk ini yang kami reka ialah kerana perkara
ini adalah perkara yang serius yang perlu dirisaukan oleh
masyarakat terutama golongan remaja . selain itu para pembaca
juga dapat menampahkan ilmu pengetahuan . diharapan semua
yang telah disampaikan di dalam majalah ini dapat membuka mata
para pembaca tentang peranan media sosial dalam memupuk
perpaduan . Sekian terima kasih
18
Rujukan
• https://prezi.com/bplxkxsenh1x/peranan-media-sosial-
dalam-memupuk-perpaduan/
• http://ilmu4shared.blogspot.com/
• https://youtu.be/NSuPeoQrlRM
• https://anyflip.com/vgnhy/cmqo/basic
• https://www.openlearning.com/content/583fc2c126f81b6e
cb6f2249/
• https://cari-idea.blogspot.com/2020/04/apa-itu-media-
sosial.html?m=1
• https://ecommerce-platforms.com/ms/glossary/social-
media
• https://www.slideshare.net/freedy_kalang/cabaran-media-
sosial-dalam-masyarakat-dalam-memastikan-kestabilan-
dalam-masyarakat-berbilang-kaum-di-malaysia
• https://youtu.be/LmQDH71_DPi