The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiman Amir, 2024-04-17 20:37:40

HELANG YANG SOMBONG

Buku Cerita

HELANG YANG SOMBONG


Syukur ke hadrat ilahi saya berjaya menghasilkan satu buku cerita kanakkanak yang bertajuk “Helang Yang Sombong”. Jutaan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Zalhisyam bin Abdul Ghaizi. Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu dalam proses penghasilan buku ini dari aspek moral dan rohani. Prakata


Di sebuah hutan belantara yang aman dan damai hiduplah Si Rajawali, seekor burung helang yang terkenal dengan keangkuhan dan selalu merasakan dirinya haiwan yang paling hebat di dalam hutan itu. Setiap hari Si Rajawali akan terbang tinggi sambil mengepakkan sayapnya yang gagah dan perkasa. Setiap kali Si Rajawali bertemu dengan haiwan lain, semestinya dia akan merendahkan serta mengejek kekurangan haiwan tersebut.


Pada suatu pagi, ketika Si Rajawali sedang terbang angkuh di langit biru. Dia ternampak seekor pipit yang sedang membawa dahan kecil di kakinya. "Wahai Pipit! Nak buat apa dengan dahan kecil itu? Sepatutnya kau mampu angkat dahan besar macam ni!" kata Rajawali sambil mencengkam sebatang dahan pokok yang besar. Si Pipit yang hanya mampu menunduk malu sekadar terbang pergi dengan perasaan kecewa.


Keesokan paginya, Rajawali terbang rendah mencari ikan untuk sarapan. Dia nampak Arnab melompat-lompat di padang rumput. "Wahai Arnab, lompatan kau rendah sangat! Cuba tengok aku!" Rajawali terus membuat aksi terbang menikam ikan dengan kelajuan tinggi sebelum mendarat semula dengan gaya angkuh di hadapan Arnab. "Kau ni bongkak sangat!" kata Arnab sambil melompat pergi. Tapi Rajawali tidak endahkan kata-kata Arnab dan terus menunjukkan kehebatan terbangnya.


Si Rajawali sedang asyik terbang di langit yang luas, dia melihat seekor kelawar kecil sedang terbang rendah mencari buah untuk dimakan. "Hai Kelawar! Mengapa kau terbang begitu rendah seperti seekor serangga? Kau seharusnya belajar terbang setinggi aku!" ejek Rajawali. Kelawar yang kecil itu menjawab, "Wahai Rajawali, mana mungkin aku mampu terbang tinggi sepertimu, tengoklah sayap aku yang kecil ini, tidak mampu terbang tinggi”. "Hah! Itu kerana kau lemah! Kalau kau kuat sepertiku, pasti kau boleh terbang tinggi!" kata Rajawali sambil terbang meninggalkan Si Kelawar.


Lama-kelamaan, perangai Rajawali yang sombong itu semakin menjadi-jadi. Dia sering mengejek dan merendahkan haiwan lain yang dianggapnya lemah. Tingkah lakunya yang kurang ajar membuatkan semua haiwan di hutan itu benci akan dirinya. Mereka semua mula menjauhkan diri daripada Si Rajawali yang sombong.


Pada keesokannya, Si Rajawali seperti biasa dengan keangkuhan dan kesombongannya terbang kehulurkehilir di dalam hutan untuk mencari mangsa ejekannya. Namun, Si Rajawali berasa hairan dengan suasana di dalam hutan tersebut kerana tiada seekor haiwan pun yang dia jumpa untuk dijadikan sebagai bahan ejekannya. Setelah puas mencari, akhirnya dia terjumpa dengan kawanan semut yang sedang mengumpulkan makanan ke dalam sarang semut bersama kawankawannya.


“Wahai semut, ada tak kamu semua nampak haiwan yang lain dalam hutan ini?” tanya Si Rajawali. “Aduhai, si gagah perkasa Rajawali, adakah kamu masih tidak perasan bahawa semua haiwan di dalam hutan ini mula menjauhi daripada kamu, kerana sikap angkuh kamu itu yang selalu mengejek kekurangan haiwan lain” jawab Si Semut. “Ah, aku tidak peduli dengan semua itu, kata Si Rajawali sambil terbang meninggalkan semut.


Si Rajawali yang sombong itu, tidak merasa sedih sedikit pun dengan apa yang terjadi terhadapnya. Sehinggalah suatu masa, dia merasa keseorangan apabila tiada kawan-kawan di sisinya. Si Rajawali mula berasa sedih dan rasa menyesal akan perbuatannya itu. Si Rajawali mula mencari cara untuk berkawan semula dengan haiwan yang lain seperti dahulu. Maka Rajawali mendapat satu cara untuk bersahabat semula dengan kawan-kawannya.


Si Rajawali pun bergegas mencari semula kawanan semut tadi untuk menyampaikan hasratnya untuk berkawan semula dengan haiwan yang lain. Ceritalah Rajawali kepada semut mengenai apa yang hendak dilakukan olehnya bagi mendapat tempat di hati kawan-kawannya. “Jadi, apabila kau terserempak dengan haiwan yang lain kau bagitahulah mereka tentang hasrat aku, dan suruh mereka pergi ke tepi sungai untuk majlis makan-makan bersama aku esok hari.


Lalu, Si Rajawali buatlah persiapan bagi mengadakan majlis tersebut pada esok hari. Si Rajawali mencari buahbuahan, sayur-sayuran, ikan-ikan yang segar bagi dijamu kepada kawankawannya dalam majlis tersebut. Si Rajawali juga mempersiapkan dirinya untuk meminta maaf kepada semua kawan-kawannya terhadap apa yang telah dia lakukan sebelum ini dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut lagi.


Pada keesokannya harinya, tibalah masa untuk majlis Si Rajawali, Rajawali menjemput semua haiwan yang hadir ke tempat duduk yang telah disediakan. Semua yang hadir berasa pelik akan tingkah laku Si Rajawali yang dianggap angkuh itu, mana tidaknya, tingkah lakunya yang sopan santun dan berbudi bahasa itu mencetuskan tanda tanya oleh kawan-kawannya. “Janganlah risau kawan-kawan, tujuan aku memanggil kalian datang ini sebagai permintaan maaf aku terhadap kalian, jadi semua tidak perlu takut dan makanlah dahulu apa yang ada di hadapan kalian”.


Maka makanlah semua haiwan yang berada di situ. Si Arnab yang laju sudah selesai makan buah dan sayursayuran yang dihidangkan kepadanya. Setelah itu, Si Arnab pun pergilah ke tebing sungai untuk minum air disitu. “Tolong-Tolong”. Tiba-tiba, semua haiwan yang masih menjamu selera itu terkejut dengan suara minta tolong tersebut. Ruparupanya Si Arnab terjatuh ke dalam sungai. Maka dengan pantas kawankawan menolong Si Arnab.


Maka datang Si Rajawali kepada kerumunan yang membantu Si Arnab itu tadi. “Itulah engkau, kaki pendek sangat, nak minum air pun susah, sampai jatuh ke dalam sungai” ejek Si Rajawali sambil ketakawakan Si Arnab”. Si Arnab pun berasa malu terhadap kata-kata Si Rajawali. Lalu, pulanglah Si Arnab ke rumahnya sambil rasa kecewa di dalam hatinya. “Eh Rajawali! Kau buat majlis makanmakan ni untuk minta maaf kan, kenapa kau masih menghina Arnab” marah Si Kura-kura bersama rakannya.


Beberapa hari kemudian, Rajawali yang sedang terbang rendah mencari makanan terlanggar dahan kayu dan terjatuh. Kakinya patah. Rajawali menjerit kesakitan meminta tolong, tetapi tiada seekor haiwan pun sudi menolongnya. Akhirnya Kura-kura dan Arnab yang lalu di situ berasa kasihan dan menolong keluarkan Rajawali dari semak berduri. Kura-kura pula mengubati kaki Rajawali yang cedera.


Setelah ditolong oleh mereka, Si Rajawali berasa bersalah terhadap mereka. “Walaupun aku telah melukai hati kalian, kamu semua masih baik hati menolong aku dalam kesusahan, aku minta maaf atas perbuatanku selama ini” , ujar Si Rajawali. Seminggu kemudian, sayap dan kaki Rajawali sembuh sama sekali hasil rawatan Kura-kura. Dia belajar untuk tidak bersikap sombong kerana keangkuhan hanya akan mendatangkan kesengsaraan sendiri.


Sejak daripada peristiwa itu, Si Rajawali yang begitu sombong dan angkuh pada permulaanya mula sedar betapa pentingnya nilai merendah diri supaya kawan-kawan yang berada di sekeliling tidak membenci akan dirinya. Dari peristiwa itu juga Rajawali mula belajar untuk menjaga hati orang lain serta berbuat baik. Si Rajawali mula disukai oleh semua haiwan di dalam hutan itu dan mereka pun hidup aman dan harmoni.


Cerita ini mengisahkan seekor burung helang yang sangat angkuh dengan kehebatan yang dimilikinya. Disebabkan itu, helang sering merendahkan kekurangan haiwan lain yang terdapat dalam hutan itu. Hingga satu masa, semua haiwan mula memulaukan helang sehinggalah helang jatuh akibat terlanggar pokok dan terdapat haiwan yang menolongnya. Sejak dari itu helang mula berbaik dengan haiwan lain. Prakata


Click to View FlipBook Version