The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fikakak, 2022-04-28 02:25:46

E-NILAM

MATHEW LAH

MATHEW LAH
SMK DATO PERMAISURI

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Profil Peribadi Murid

2. Borang Folio Calon- NILAM 04

3. Senarai Pencapaian dan
Penglibatan Aktiviti Kurikulum dan
Kokurikulum

4. Salinan sijil-sijil penyertaan/

pencapaian tahap tertinggi

5. Gambar penglibatan dalam aktiviti
/ program/ pertandingan
kokurikulum

6. Salinan keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2021 / ujian
terhampir

7. Salinan rekod kutipan data NILAM
calon yang perlu disahkan oleh
Pengetua dan disokong oleh PPD

8. Ulasan Buku



Profil peribadi

NAMA MATHEW LAH

TINGKATAN 5 KHAS

NO. KAD OKU DE 130416000009

NO. MYKAD 040127-13-1339

SEKOLAH SMK DATO PERMAISURI

ALAMAT L/S 229/02, JALAN ANTING 2, PUJUT
RUMAH CORNER, MIRI

JANTINA LELAKI

NO. TELEFON 014-2013582

















SALINAN IC

SALINAN KAD OKU



Senarai Pencapaian dan Penglibatan
Aktiviti Kurikulum dan
Kokurikulum

BIL AKTIVITI JAWATAN PERINGKAT
SEKOLAH/ DAERAH/

NEGERI/
KEBANGSAAN

1. Pertandingan Peserta Sekolah
Bahasa Isyarat Sekolah
Bahasa Melayu Kebangsaan
PPKI

2. Pertandingan Peserta
Pantun
Kemerdekaan
Berisyarat PPKI

3. Pertandingan Peserta

Nyanyian Solo

Isyarat Kod Tangan

































Salam sejahtera. Salam memartabatkan budaya
membaca.

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa Berjaya.

Saya Mathew Lah. Berumur 18 tahun. Saya
ingin berkongsi dengan kawan-kawan buku
yang paling saya suka.

Buku pertama yang ingin saya ulas ialah buku yang bertajuk
Kucing Bersepatu yang ditulis oleh Azwani Abdul Ghani terbitan
Kohwai & Young Publications pada tahun 2010. Buku ini
mempunyai 16 halaman muka surat dan sesuai dibaca oleh
kanak-kanak dan remaja.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang
menerima seekor kucing daripada wasiat ayahnya. Dia berasa
susah hati untuk menyara hidup dengan hanya seekor kucing.
Suatu hari, kucing itu bercakap dan meminta topi, sepasang
sepatu dan sebuah beg lalu berjanji akan menjadikan pemuda itu
kaya raya.

Pada suatu hari kucing itu telah menjemput raja ke istana
bangsawan. Kucing telah memberitahu rancangannya kepada
pemuda itu. Pemuda itu berasa bimbang kerana dia tidak
mempunyai istana. Kucing yang cerdik itu telah pergi ke istana
yang dihuni oleh gergasi. Kucing telah berjumpa dengan gergasi
dan memuji kebijaksanaan gergasi itu berubah – ubah rupa
menjadi seperti singa. Kucing telah meminta gergasi itu bertukar
menjadi tikus. Lalu gergasi itu pun bertukar menjadi seekor tikus.

Tanpa membuang masa, kucing itu terus menelannya.
Apabila raja dan puterinya tiba di istana, bangsawan pun
menyambut kedatangan mereka. Puteri raja itu telah jatuh cinta
pandangan pertama pada pemuda itu. Akhirnya mereka
berkahwin dan hidup bahagia selama – lamanya dengan si kucing.

Keistimewaan buku ini adalah penceritaan buku ini menampilkan
illustrasi yang sangat cantik dan berwarna memberi kesan kepada
saya untuk membaca.

Nilai murni serta pengajaran yang dapat
saya petik daripada pembacaa buku ini
ialah:

1. Kebijaksaan – kucing memikirkan
rancangan untuk memikat hati gergasi.

2. Keberanian – kucing berani berjumpa
dengan gergasi dan berani untuk
memikirkan rancangan untuk menumpas
gergasi.

Buku kedua yang akan saya ulas pula adalah buku yang
bertajuk Omg! Ratu Gosip. Buku ini ditulis oleh Ain
Maisarah et al dan diterbitkan oleh Blink Book Sdn Bhd
pada tahun 2015. Buku ini mempunyai 42 halaman muka
surat dan sesuai dibaca oleh remaja dan kanak-kanak.

Buku ini menceritakan tentang kisah Ritah Ridaini
yang digelar sebagai penggosip terhebat di sekolah Sri
Bangsar. Mulutnya mengalahkan murai tercabut ekor. Jika
tidak bergosip seharian, badannya terasa seram sejuk.
Setiap kontroversi artis dihafalnya di dalam minda dan
segala isu di Sekolah Sri Bangsar diketahuinya lebih laju
daripada orang lain.

Watak Ritah Ridaini digambarkan seorang yang
sangat obsess pada gossip atau isu hangat yang berlaku di
sekelilingnya. Dia telah menjadi penyebab kepada
kekecohan yang berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar
perempuan di sekolahnya. Ini berpunca daripada gossip-
gosip liar yang disebarkan tanpat kebenaran yang sahih.
Akibat insiden itu, Ritah dipulaukan dan disisihkan kerana
orang sekeliling yang tidak tahan dengan mulut
celuparnya yang suka melaga-lagakan.

Apa yang diceritakan dalam buku ini adalah kisah
realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Ia berkait rapat
dengan perbuatan negatif yang mana boleh menimbulkan
perbalahan dan perpecahan. Secara langsungnya, tabiat itu
haruslah diubah dan dijauhi.

Daripada hasil pembacaan saya, terdapat nilai murni
yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita iaitu,

Pertama, bercakap benar. Kita mestilah bercakap
benar dan mengakui kesalahan supaya tidak berlaku
perbalahan sesama kita. Berita yang diterima seharusnya
kita menapis dahulu sebelum bercerita kepada orang lain.

Kedua, baik hati iaitu memaafkan kesalahan orang
lain supaya perbalahan tidak berpanjangan.

Ketiga, bertimbang sesama manusia. Perbuataan
Ritah yang tidak bertimbang sesama manusia dengan
menyebarkan gosip liar menyebabkan kekecohan dan
perbalahan dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan.


Click to View FlipBook Version