PERPADUAN DI MALAYSIA.(E-FOLIO)
ALDO BEDE 07DEP21F1006
MOHAMAD ADIFASHLA 07DEP21F1032
MOHAMMAD HAZIZI 07DEP21F1026
HAZIM BIN MASRI 07DTK21F1024
ABSTRAK.
KEAGAMAAN DALAM MAlAYSIA TERHADAP PERPADUAN.
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri berlatarkan agama dan
budaya yang hidup secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Walau
bagaimanapun,kemajmukan tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi
menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju. Satu kajian menyeluruh bagi
mendapatkan “base line data” perlu dijalankan bertujuan mengenal pasti dan mendalami permasalahan
sebenar yang mendasari isu hubungan antara agama di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk membina
instrumen soal selidik dan mengukur indeks keharmonian sosio-agama antara penganut agama yang
dikatakan semakin rumit dalam kalangan masyarakat Malaysia.Kepentingan indeks ini adalah untuk
kegunaan pihak berautoriti agar dapat mengambil langkah pragmatik untuk menguruskan hubungan
antara penganut agama berdasarkan tahap indikator yang ditunjukkan oleh indeks ini. Kajian ini
dibahagikan kepada dua fasa iaitu (a) fasa pembinaan instrumen soal selidik dan (b) fasa kajian lapangan
bagi menguji kebolehgunaan instrumen yang akhirnya menghasilkan Indeks Keharmonian Sosio-Agama
di Malaysia. Instrumen ini telah dibina oleh sekumpulan pakar yang terdiri daripada para akademik,
penggubal polisi, badan agama Islam, ketua-ketua agama, dan badan bukan kerajaan (NGO). Pandangan
pakar telah dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melalui dua siri bengkel. Instrumen yang siap
dibina diajukan kepada masyarakat umum di empat negeri terpilih. Dapatan kajian menunjukkan tahap
keamanan, penerimaan, persefahaman,kerjasama, kepuasan hak dan keadilan dan kekerapan konflik
dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia di tahap yang amat baik.
PENGENALAN/APAKAH ITU PERPADUAN?
-Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat.
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.
Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara
Perpaduan antara rakyat Malaysia memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju.
Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan
budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada
pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam
setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri. di
samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai
medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah
negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang matang lagi
bertanggungjawab.Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih
terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama.Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor
terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita
berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi
mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan
negara.
Rencana tentang perpaduan kaum sehingga kini banyak menyentuh soal sejarah, punca dan kesan
kepada negara. Walau bagaimanapun, penulisan tentang usaha kerajaan bagi menyatukan kaum melalui
hubungkait dengan nilai kesederhanaan dalam dasar-dasar nasional memperlihatkan masih kurang
dibincangkan. Oleh kerana itu, penulisan makalah ini bertujuan untuk membincangkan soal kaitan
kerangka dasar tentang pentingnya kesederhanaan bagi membentuk perpaduan negara. Hal ini penting
karana proses bagi mencapai perpaduan kaum bukan suatu perkara baharu kerana Shamsul Amri
Baharuddin (2012) berpendapat sejarah hubungan kaum di Malaysia berlaku trend pasang dan surut
yang boleh dibahagikan kepada tiga tempoh masa iaitu selepas perang dunia kedua pada tahun 1945
iaitu Fasa Konflik (1945-1960), Fasa Kestabilan tetapi Tegang (1961-1970) dan Fasa Kesepaduan Sosial
(1971 hingga kini). Ketiga-tiga fasa tersebut mencerminkan senario hubungan kaum di Malaysia dan
menjelaskan bahawa perpaduan kaum dalam konteks kesepaduan sosial perlu dijaga agar pengalaman
pahit dalam dekad-dekad lalu menjadi pengajaran untuk kebaikan bersama.Shamsul Amri Baharuddin
(2011; 2012) berpendapat Fasa Konflik bermula sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat sehingga
pada tahun 1960. Dalam tempoh tersebut, masalah ancaman komunis dan darurat pada tahun 1948
menjadikan keadaan konflik serta saling tidak mempercayai dalam kalangan kaum Melayu ke atas Cina.
Keadaan ini berlarutan sehingga pada tahun 1960 dan berakhir apabila komunis menyerah diri
sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Fasa Konflik ini tidak berakhir begitu sahaja, sebaliknya ketegangan
masih berlaku walaupun dalam keadaan lebih stabil dan dikenali sebagai Fasa Stabil tetapi Tegang
antara tempoh tahun 1960-1970. Lim (2003) berpandangan pada masa tersebut keadaan sosio-ekonomi
dan masyarakat dalam keadaan serba kekurangan. Bermula dari saat itulah muncul konflik antara kaum
terutamanya Melayu dengan Cina disebabkan oleh perbezaan jurang ekonomi yang tidak seimbang dan
perasaan saling tidak mempercayai antara kaum.Akhirnya, tercetus peristiwa pergeseran kaum yang
tercatat dalam sejarah iaitu 13 Mei 1969.Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2011) juga terdapat suatu
peristiwa lain berkaitan dengan konflik kaum yang terjadi di Singapura iaitu rusuhan kaum antara Melayu
dengan Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964 dengan mengorbankan seramai 40
orang serta ribuan orang ditangkap. Walau bagaimanapun, rusuhan kaum terbesar adalah di Kuala
Lumpur 13 Mei 1969 dengan mengorbankan seramai 250 orang, malah berita yang tidak sah
menyatakan jumlah terkorban melebihi angka tersebut.
Fasa ketiga dalam hubungan kaum di Malaysia adalah Kesepaduan Sosial pada tahun 1971 hingga kini
yang menghasilkan kemakmuran kepada ekonomi negara dan sekaligus mewujudkan kesejahteraan
kepada masyarakat secara amnya. Kamarulzaman Askandar (2006) berpendapat pertelingkahan kaum
pada tempoh masa tersebut terlalu jarang didengari kerana keamanan dan keharmonian terperlihara.
Umpamanya, Kamarulzaman Askandar (2006) dan Wong Chun Wai (2001) menyatakan masih berlaku
peristiwa rusuhan kaum antara India dengan Melayu pada 4 hingga 8 Mac 2001 di Kampung Medan,
Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan
Klang Lama, Selangor. Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai
Way, Bandar Sunway dan Puchong.Peristiwa Kampung Medan umpamanya berpunca daripada
pergaduhan antara dua kumpulan berkaitan dengan persediaan majlis perkahwinan dan majlis
pengkebumian. Majlis perkahwinan diadakan di sebuah rumah orang Melayu dan berjiran dengan kaum
India yang mengadakan majlis pengkebumian. Pada waktu tersebut, seorang lelaki berbangsa India
dikatakan membawa motosikal dalam keadaan 71 mabuk lalu terbabas merempuh tapak perkahwinan
Melayu. Perkara itu mendatangkan kemarahan orang Melayu, akhirnya berlaku pergaduhan melibatkan
kira-kira 200 orang.Peristiwa ini menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012) telah mengorbankan 10 orang.
Walaupun fasa ini kelihatan agak harmoni dan wujud perpaduan antara kaum-kaum utama di Malaysia,
namun demikian semua pihak harus berhati-hati disebabkan keterbukaan dan keterdedahan kepada
konflik kaum boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Umpamanya,keterbukaan kepada perbezaan fahaman,
individu, budaya, agama, cara hidup, penguasaan ekonomi tidak seimbang, kewilayahan dan sebagainya.
Malah, Kamarulzaman Askandar (2006) berpendapat hubungan kaum juga boleh tercalar pada hari ini
disebabkan penggunaan media massa mahupun elektronik secara terbuka yang kadang-kala terdapat
unsur hasutan atau menyuarakan perasaan bersifat perkauman, keagamaan dan sebagainya tanpa
tanggungjawab atau integriti.Kepelbagaian peristiwa hitam-putih corak perpaduan kaum di Malaysia
memperlihatkan keperluan kepada suatu bentuk dasar umum yang boleh menyatukan pelbagai kaum.
Gagasan 1Malaysia (G1M) adalah satu dasar umum yang diwujudkan bagi merealisasikan hasrat
perpaduan kaum melalui nilai kesederhanaan sebagai saluran memangkin pencapaian Wawasan 2020.
G1M secara umumnya hanya menetapkan bahawa maksud secara operasional bagi kesederhanaan
merujuk kepada pendekatan sederhana dalam apa jua isu berbangkit. Walau bagaimanapun,
perbincangan soal pentingnya kesederhanaan dalam konteks perpaduan kaum turut dibincangkan
bersama dengan kerangka dasar sedia ada berkaitan perpaduan serta pandangan falsafah Islam dan
Gerakan Kesederhanaan Global(GMM) tentang kesederhanaan.
KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA
-Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat yang harmoniI dan isu perkauman ataupun
'Racism' dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat membantu kerajaan untuk mencapai
aspirasi seperti Transformasi Nasional.
-Perpaduan juaga dapat mengamankan negara dan ini dapat mengelakkan pergaduhan ataupun
perbalahan seperti peristiwa huru-hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13 Mei.
-Di samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana peduduk Malaysia yang hidup
dengan aman dan harmoni serta berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk
datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum yang ada di Malaysia.
- perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung.
-perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia.
Perpaduan dan keharmonian kaum adalah amat penting bagi memastikan kestabilan politik dalam
sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang seperti Malaysia. Isu khat tidak
harus diperdebatkan lagi. Seni tulisan bahasa lain seperti dalam Bahasa Iban iaitu Tulisan Dunging juga
boleh diketengahkan dalam mata pelajaran Bahasa Iban yang boleh dipelajari oleh semua kaum. Itu
adalah hakikat kita tinggal di negara yang penduduknya pelbagai kaum yang perlu kita raikan. Kaligrafi
tulisan cina juga boleh diperkenalkan di peringkat sekolah rendah kebangsaan untuk dipelajari oleh
semua pelajar.
Malahan, kini ramai ibu bapa daripada kaum lain seperti Melayu, India, Iban, Bidayuh dan sebagainya
turut menghantar anak mereka belajar di sekolah aliran Cina. Kenapa nak berbalah berkenaan dengan
khat? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan adalah memastikan nasib rakyat terbela dengan
menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto semasa PRU 14 lepas. Kini, rakyat makin
matang dalam menilai prestasi kerajaan dan akan membuat keputusan sama ada terus menyokong atau
tidak sesebuah kerajaan pada pilihan raya seterusnya.
4 KEPENTINGAN PERPADUAN YANG RINGKAS DI MALAYSIA.
1. Melambangkan identiti sebuah negara: Contohnya amalan budaya tradisional kita melambangkan
sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,keunikan pakaian tradisional pelbagai, kaum yang pelbagai
bentuk potongn dan cara pemakaian yang berwarna-warni.
2.Memupuk perpaduan negara: Contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni.
Misalnya, kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak
kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama.
3.Menarik minat pelancong luar: Contohnya, salah satu tarikan pelncong ialah keunikan budaya
tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian
seperti kuda kepang dan gawai. Banyk pelancong mengunjungi malaysia kerana ingin mendekati corak
hidup dan kebudayaan kita.
4.Mengekalkan kesinambungan tamadun: Contohnya melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal
usul kita dengan ini kita tidak lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek
moyang kita dan dari sini kita akan mendapat iktibar.
USAHA MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen.
Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Pada pendapat saya,
isu perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi
memupuk perpaduan kaum di negara kita.
Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu bapa
boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti menjadi contoh
kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat- menghormati terhadap jiran berbilang kaum.
Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi rumah jiran tetangga.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya,
masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni
yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum,
pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk memupuk
perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang tentang sesuatu
perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan
kaum. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan perpaduan kaum.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan kaum
secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan pelbagai kaum di
kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan bergotong-
royong bagi menceriakan kawasan sekolah.
Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan. Hal ini
kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yang boleh memupuk
perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik ke arah
perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu yang cuba
untuk merosakkan perpaduan kaum.
HARI MALAYSIA KUKUHKAN PERPADUAN.
PERPADUAN terhasil apabila rakyat pelbagai etnik dan agama saling menghormati antara satu sama
lain dan sentiasa berhati-hati dengan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi
keharmonian antara kaum.Sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2019, Utusan Borneo
menemu bual beberapa individu mengenai tahap perpaduan, kegembiraan bernaung di bawah kerajaan
Malaysia dan signifikan sambutan perayaan ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Idahan Pewaris Madai (PEWARIS) Mohamad Serangit berkata,
sentimen perkauman dan agama mutakhir ini dijadikan alat serangan politik pihak tertentu secara terbuka
amat menyedihkan."Kita perlu sentiasa sedar dan berupaya mengadaptasi pengajaran dari peristiwa
sejarah lalu sebagai panduan kerana jatuh bangunnya sebuah bangsa terletak antaranya pada
kebijaksanaan rakyatnya memperteguhkan perpaduan.
"Tidak kira apa pergolakan yang berlalu di sekeliling kita, kita perlu kembali pada penghayatan sebab dan
akibat pelbagai rentetan peristiwa sejarah lalu yang sewajarnya menjadi panduan kita di Malaysia,"
katanya.Menurut Mohamad, ledakan teknologi 4.0 telah menjadikan pelbagai maklumat begitu mudah
diakses oleh umum dan setiap anggota masyarakat khususnya pengguna medium media sosial
terutamanya perlu mengawal diri dari terjebak menjadi 'batu api' juga bara dalam sekam ke atas sesuatu
isu yang akhirnya mengakibatkan kemudaratan negara."Kita sedang melalui satu fasa baru di bawah
kerajaan Malaysia yang baharu."Rakyat negara ini seharusnya menyokong serta membantu usaha
kerajaan yang sedang bergelut memulihkan prestasi ekonomi demi kesejahteraan semua.
"Tarikh 16 September adalah hari ulang tahun pembentukan Malaysia justeru dalam keghairahan kita
menuntut janji untuk Persekutuan merealisasikan sepenuhnya MA63, kita juga perlu berhemah dan
menjaga sensitiviti agar tidak terlalu menyinggung pihak lain," katanya.Bak pepatah, 'bulat air kerana
pembentung, bulat rakyat kerana muafakat', apabila sepakat kita akan menjadi lebih kuat.Menurut
pendidik Isnain Rabaha, 39, tahap perpaduan di negara ini masih di tahap sangat baik terutama di Sabah
kerana masih boleh melakukan aktiviti harian tanpa ada rusuhan, pergaduhan ataupun tindakan ekstrem.
Katanya, berbanding negara lain meskipun merdeka ada antaranya hancur kerana rosaknya perpaduan,
berpecah berpuak-puak hanya kerana menjadikan perbezaan mereka sebagai penghalang."Kita di sini
masih dapat melakukan amal ibadat agama masing-masing, menghadiri perhimpunan aman, berkumpul
menjayakan pelbagai program bersama-sama dengan kaum lain dan bagi saya itulah nikmat perpaduan
kita."Sebagai rakyat, saya berbesar hati dan berbangga Malaysia dapat meneruskan kemakmuran,
perpaduan, banyak ruang dan peluang dibuka kepada rakyat Malaysia untuk terus maju mencapai apa
yang diinginkan," katanya.Menurutnya, Hari Malaysia 16 September signifikan disambut dan diraikan
dengan meriahnya untuk terus menyemai jiwa patriotik rakyat bukan sahaja untuk pembangunan diri tapi
yang lebih besar untuk memperjuang letaknya Malaysia di masa akan datang.
"Tarikh 31 Ogos disambut sebagai Hari Kebangsaan dan 16 September sebagai Hari Malaysia dan
sebagai rakyat Malaysia, rentetan sejarah yang berlaku ketika menuju negara yang bebas dari
penjajahan perlu diterapkan dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penyampaian bermula dari rumah
sehinggalah pengertiannya dijiwai membentuk jati diri rakyat Malaysia," katanya.Katanya, di bawah
pemerintahan kerajaan Malaysia pelbagai manfaat mula dinikmati khususnya tumpuan pada pendidikan
kerana untuk membina rakyat yang maju aspek pendidikan menjadi keutamaan."Antara yang terbaharu,
inisiatif penyediaan sarapan pagi bagi pelajar yang akan memberi impak pada tahap kemajuan
pembelajaran dalam kelas terutama pelajar di luar bandar yang terkesan tidak bersarapan kerana
pelbagai faktor kekangan," katanya.
PERPADUAN DI MALAYSIA SEKARANG TERHADAP COVID-19.
PERPADUAN rakyat Malaysia membolehkan kerajaan mengurus pandemik Covid-19 yang melanda
negara dengan berkesan dan menjadi antara yang terbaik di dunia.Menzahirkan rasa terharunya,
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit
dan status sosial, bersama-sama membantu dan melindungi antara satu sama lain sehingga Malaysia
berjaya mengatasi krisis itu.Muhyiddin berkata, jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu itu
diteruskan pada masa akan datang, beliau yakin negara akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.
"Saya percaya dalam jiwa sanubari saudara-saudari semua tertanam nilai kebaikan yang sentiasa
mengajak kita untuk saling hormat-menghormati dan kasih mengasihi sesama manusia, apatah lagi
sesama warga negara.
"Nilai kebaikan inilah yang mesti kita pupuk dan suburkan dalam masyarakat demi mempereratkan
perpaduan sesama kita," katanya ketika melancarkan sambutan Ulang Tahun Rukun Negara ke-50
bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari
ini.Acara itu disiarkan secara langsung di Bernama TV (Astro 502, myFreeview 121 dan unifi TV 631),
RTM, Astro Awani serta platform media sosial.
Bagaimanapun, beliau berkata, berkat kebijaksanaan dan kecekalan rakyat yang terdiri daripada semua
kaum di negara ini, segala cabaran itu berjaya ditempuhi.
"Kita ketepikan perbezaan dan persengketaan yang wujud dalam masyarakat, kita pupuk persefahaman
dan perpaduan sesama kita, akhirnya perbezaan kaum, agama, wilayah dan status sosial tidak menjadi
penghalang kepada kita semua hidup secara aman dan harmoni di negara ini.
"Ini adalah pencapaian kita, pencapaian saudara-saudari semua yang sepatutnya kita banggakan,"
katanya.
*Disiarkan pada: Julai 9, 2020 @ 4:15pm
KESAN NEGATIF TERHADAP TIADANYA PERPADUAN DI MALAYSIA.
Perpaduan kaum adalah sangat penting kepada Malaysia. Hal ini kerana perpaduan kaum merupakan
salah satu faktor yang penting untuk pembangunan negara Malaysia. Oleh itu, perpaduan kaum adalah
sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Persoalannya, apakah kesan negatif yang
akan berlaku sekiranya perpaduan kaum tidak wujud di Malaysia?
Terdapat empat kesan negatif utama yang akan berlaku sekiranya perpaduan kaum tidak wujud di
Malaysia.
1. Keharmonian negara terjejas
2. Ekonomi negara terjejas
3. Ketidakstabilan politik negara
4. Sistem pendidikan negara terjejas
ISU BERKAITAN PERPADUAN KAUM
"Peristiwa 13 Mei 1969"
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di
Malaysia. Tragedi yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang telah membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan juga hak kerakyatan orang
bukan Melayu.
Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal
memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan sebagai satu kemenangan yang besar buat parti pembangkang. Pihak pembangkang yang
memperoleh kemenangan dalam pilihan raya telah meraikan kemenangan itu dengan berarak pada 11
Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun,
terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu
perkauman semasa mengadakan perarakan tersebut.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan kaum
Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu dan dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala
Lumpur.
KESIMPULAN.
Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke
arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran,
tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti
keharmonian, perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang
Maha Berkuasa.Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersatu-padu berbanding 64 tahun yang
lalu. Namun, hakikatnya, pada ketika ini kebanyakkan dari kita mempunyai sifat perkauman yang tinggi.
Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur. Ramai rakyat yang tidak lagi
melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini. Didalam keadaan kita menuju kemajuan, ianya
dilupakan sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia bersatu-padu suatu ketika dahulu. Ia
sepatutnya bukan setakat dibaca sahaja tetapi juga di amalkan didalam kehidupan seharian
kita.Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan
semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970
oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi
yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup
masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.