RIPTOGRAFIKRIPT
BAB 2: OGRAFIKRIPTOGR
PERWAKILAN DATA AFIKRIPTOGRAFIK
RIPTOGRAFIKRIPT
OGRAFIKRIPTOGR
AFIKRIPTOGRAFIK
#Objekt#i#fa3p3e3l3aajsadraasnd:asd#asa RIPTOGRAFIKRIPT
1. Menyatakan kepentingan OGRAFIKRIPTOGR
kriptografi dalam pengkomputeran.
AFIKRIPTOGRAFIK2. Menjelaskan kaedah sifer yang
dipelajari. RIPTOGRAFIKRIPT
3. Menterjemah mesej menggunakan
kaedah sifer yang telah dipelajari.
OGRAFIKRIPTOGR4. Membandingkan kekuatan dan
kelemahan kaedah sifer yang telah
AFIKRIPTOGRAFIKdipelajari.
5. Mencadangkan kaedah sifer selain
RIPTOGRAFIKRIPTyang telah dipelajari dan membuat
pembentangan
2.1.1 Kepentingan Kriptografi?
Kriptografi penting penting untuk menjaga kerahsiaan maklumat serta mengelakkan
sebarang penyamaran atau penipuan berlaku.
1 Kerahsiaan Kesulitan sesuatu maklumat yang dihantar melalui rangkaian komputer
yang perlu dilindungi supaya maklumat tersebut tidak diketahui oleh
pihak lain selain penerima.
2 Pengesahan Pengenalpastian pihak-pihak yang terlibat dalam suatu
komunikasi.
3 Integriti Perkhidmatan keselamatan yang mengenal pasti sebarang
perubahan terhadap maklumat atau data oleh pihak lain.
4 Tiada Sangkalan Membuktikan bahawa penghantar dan penerima maklumat
tidak menafikan bahawa mereka menghantar dan menerima
maklumat tersebut.
_
2
Contoh Kriptografi
Tujuan kriptografi dicipta adalah untuk melindungi informasi
daripada terdedah dan dipintas oleh pihak lain.
Kriptografi terdiri daripada dua
suku kata, iaitu “kriptos”
bermaksud sembunyi dan
“graphien” bermaksud untuk
tulis.
Cth: Tulisan Hieroglif
digunakan oleh orang
Yunani pada zaman
Mesir Purba.
KUIZ: 3
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfwUzAd1jRGR7oUMwOWrLuUakSbvu
gr4yuQFJHoi0Z9PTsb9Q/viewform?usp=pp_url
2.1.2 Proses Sifer
● Teks biasa (plaintext) akan melalui proses penyulitan (encryption) dan data berubah menjadi
bentuk yang tidak bermakna, iaitu teks sifer (ciphertext) sebelum dihantar kepada penerima.
● Hanya penerima yang berhak sahaja dapat melakukan proses nyahsulit (decrytion) , iaitu
menukarkan kembali teks sifer kepada teks biasa.
● Setiap proses penyulitan dan nyahsulit dilengkapi dengan penggunaan kunci yang hanya
diketahui oleh penghantar dan penerima.
Sifer
Sifer Kunci Simetri Sifer Kunci tidak Simetri
● Menggunakan kunci yang sama untuk ● Melibatkan 2 kunci, iaitu kunci
melakukan penyulitan dan nyahsulit. awam dan kunci persendirian.
● Kunci yang digunakan boleh dalam ● Kunci awam boleh digunakan oleh
bentuk nombor, huruf, perkataan dan sesiapa sahaja untuk penyulitan
simbol. manakala kunci persendirian
disimpan secara rahsia oleh
● Maklumat kunci mesti disimpan secara penerima sahaja.
rahsia.
● Nyahsulit memerlukan algoritma
● Penghantar dan penerima boleh yang sepadan dan dengan kunci
menjana kunci rahsia yang baharu. persendirian.
4
Penyulitan
● Proses penukaran teks biasa kepada teks sifer, iaitu dalam bentuk yang tidak bermakna apabila
dibaca.
● Digunakan dengan menggunakan algoritma dan kunci penyulitan.
● Langkah-langkah penyulitan adalah:
Pengirim menghantar mesej (teks biasa) kepada penerima.
Mesej ini akan disulitkan menggunakan satu kunci dan
algoritma penyulitan.
Teks sifer, iaitu teks yang tidak bermakna akan terhasil.
5
Nyahsulit
● Proses untuk mengembalikan teks sifer menjadi teks biasa yang dapat dibaca dan mempunyai
maksud.
● Menggunakan suatu algoritma dan kunci nyahsulit.
● Langkah-langkah nyahsulit adalah:
Teks sifer yang telah disulitkan akan dinyahsulit
menggunakan satu kunci dan algoritma nyahsulit.
Teks sifer akan menjadi teks biasa.
Penerima akan menerima teks biasa yang dapat dibaca.
6
2.1.3 Menghasil dan Menterjemah Mesej Menggunakan Kaedah Sifer
Satu kaedah sifer bertujuan untuk menghantar mesej dan pesanan kepada penerima.
Kaedah-kaedah sifer:
(i) Reserve cipher
(ii) Substitution cipher
(ii) Transposition cipher
(i) Reverse cipher
Kaedah cipher yang paling mudah kerana ia menggunakan cara songsangan untuk
menyulitkan mesej. Terdapat tiga jenis iaitu:
● Songsangan dilakukan berdasarkan abjad (A-Z).
7
● Songsangan dilakukan berdasarkan
perkataan.
● Songsangan dilakukan berdasarkan
seluruh mesej.
8
Aktiviti 1 (Individu) (TP3)
Penyulitan Menggunakan Reverse Cipher.
1. Teliti mesej berikut:
SAYA SAYANG IBU
2. Anda diminta untuk menyulitkan mesej tersebut dengan menggunakan
ketiga-tiga jenis Reverse cipher?
JAWAPAN: (i) HZBZ HZBZMT RYF
(ii) AYAS GNAYAS UBI
(iii) UBI GNAYAS AYAS
9
(ii) Substitution cipher
Dalam kaedah ini, mesej disulitkan dengan menggantikan satu unit teks biasa dengan satu unit teks
yang lain (sifer).
Caesar Cipher
● Kaedah sifer paling awal digunakan oleh manusia untuk menyulitkan mesej . Disebut sebagai shift
cipher (sifer anjakan).
● Penyulitan teks biasa dengan menggantikan setiap abjad dalam teks dengan abjad yang lain
dalam susunan abjad, iaitu dengan menganjakkan abjad dalam susunan abjad. Bilangan anjakan
dikenali sebagai kunci. Rujuk contoh 2.1 (ms37) buku teks.
10
Pigpen Cipher
● Pigpen cipher dikategorikan sebagai Substitution cipher geometri yang mudah.
● Abjad digantikan dengan simbol grafik Pigpen cipher dikategorikan sebagai Substitution cipher
geometri yang mudah.sepadan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.8.
● Pigpen Cipher mudah digunakan kerana penyulitan dan nyahsulit dapat dilakukan dengan mudah
jika simbol-simbol grafik diketahui.
● Garis sepadan yang menghasilkan simbol grafik unik dalam Pigpen Cipher ialah kunci bagi sifer
ini.
Jadual abjad dan
perwakilan simbol
pigpen yang
berpadanan.
11
Aktiviti 2 (Berpasangan) (TP3)
(i) Alia ingin menyulitkan suatu mesej kepada rakannya menggunakan
kaedah Caesar Cipher dan kuncinya 10.
KAD AKSES DI ATAS RAK
(ii) Alia juga ingin menyulitkan mesej yang sama tetapi menggunakan
kaedah yang berbeza, iaitu Pigpen Cipher. Bantu Alia untuk menyulitkan
mesej tersebut.
(iii) Transposition cipher
● Transposition cipher ialah suatu kaedah penyulitan yang berbeza dengan Substitution Cipher.
● Tranposition cipher mengubah kedudukan abjad dalam teks biasa. Sifer ini melakukan
perubahan terhadap kedudukan abjad-abjad dalam teks sahaja.
● Perubahan ini dikenali sebagai percampuran. Kunci diperlukan dalam penyulitan dan
nyahsulit.
Columnar Transposition
● Sifer tranposisi yang menyulitkan satu mesej dengan menulisnya dalam jadual secara
mendatar dengan bilangan lajur yang telah ditetapkan.
● Satu perkataan dipilih sebagai kunci penyulitan.
● Contoh: Nyahsulit menggunakan Columnar Transposition.
Teks sifer selepas dinyahsulit: SENARAI PENDEK PEMAIN BOLA SEPAK
Rail Fence Cipher
● Juga dikenali sebagai zig-zag cipher.
● Cara penyulitan adalah seperti namanya.
● Abjad-abjad dalam teks biasa ditulis semula mengikut susunan baris demi baris dan
mengikut corak zig-zag.
● Nilai kunci merujuk kepada bilangan baris yang digunakan.
● Sulitkan teks biasa JUMPA DI PINTU 1 PUKUL 1 menggunakan kunci = 2
● Contoh penyulitan teks biasa menggunakan Rail Fence Cipher.
Aktiviti 3 (Berkumpulan) (TP3)
Nyahsulit Menggunakan Rail Fence Cipher.
1. Rizal telah menerima teks sifer KMDENAIUICMRAGMREL beserta
kunci = 3 daripada seorang rakan. Kaedah yang digunakan oleh
rakannya ialah Rail Fence cipher. Bantu rizal nyahsulit mesej ini.
2.1.5 Membanding Kaedah Sifer
● Pengirim perlu membandingkan kekuatan dan kelemahan kaedah sifer yang dipilih sebelum
menghantar sesuatu mesej sulit.
● Tujuannya untuk memastikan mesej sulit yang dihantar selamat dan tidak diceroboh oleh orang
lain.
● Tiga jenis kaedah sifer: Reserve cipher, Substitution cipher dan Transposition cipher
dibandingkan.
Aktiviti 4 (Berkumpulan) (TP4)
Perbandingan Kaedah Sifer.
1. Guru memberikan 2 keping sampul yang tertulis kaedah sifer untuk
setiap kumpulan.
2. Bersama ahli kumpulan, bincangkan kekuatan dan kelemahan
kedua-dua kaedah sifer tersebut.
3. Seorang ahli dipilih menjadi ketua bagi kumpulan masing-masing.
4. Ketua perlu membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
5. Perbentangan diteruskan dengan kumpulan yang lain.
2.1.5 Pemilihan Kaedah Sifer Terbaik
● Pemilihan penggunaan kaedah sifer adalah bergantung kepada situasi mengikut tahap
kerahsiaan sesuatu mesej.
● Kaedah Reverse Cipher dan Pigpen Cipher.
- Sesuatu mesej kurang penting atau tahap kerahsiaannya rendah. Mudah
digunakan untuk menyulit atau menyahsulit mesej.
● Kaedah Caesar Cipher, Rail Fence Cipher dan Columnar Transposition.
- Mesej yang dikategorikan sebagai tahap kerahsiaan sederhana dan tinggi.
Keadah ini memerlukan kunci untuk menyulit dan menyahsulit mesej mengikut tahap
kerahsiaan mesej.
2.1.6 Kaedah Sifer Dalam Penyelesaian Masalah
● Kemudahan internet, komputer, pangkalan data, telefon pintar, kad debit dan kad kredit
memberi peluang kepada pihak lain untuk menceroboh.
● Salah satu cara untuk melindungi maklumat-maklumat penting ini daripada diceroboh
adalah dengan menggunakan kaedah sifer.
● Kaedah sifer menyukarkan pihak lain menceroboh maklumat yang ingin dilindungi.
● Kaedah sifer adalah salah satu kaedah keselamatan siber untuk menjaga keselamatan
data dan sistem komputer.
● Kaedah sifer yang unik boleh dihasilkan oleh setiap individu untuk kegunaan sendiri
mengikut keperluan.
● Perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam proses penghasilan sifer yang baharu
ialah kekuatan dan kelemahan sifer yang dibangunkan.
Aktiviti 5 (Kumpulan) (TP5)
Mencipta Kaedah Sifer
1. Berdasarkan contoh di dalam buku teks (ms 52-54), hasilkan satu
kaedah sifer baharu yang lain.
2. Anda boleh memilih mana-mana kaedah sifer sebagai panduan.
3. Sediakan satu folio digital bagi penyulitan dan nyahsulit yang
dihasilkan dengan menggunakan Powerpoint. Bentangkan hasilnya
dihadapan kelas.
Tamat…
Disediakan oleh,
Sazlina binti Jaffar
21