The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnzm, 2022-09-01 12:29:58

Lempar Cakera

Peralatan Yang Digunakan



Cakera


Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai
kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera
hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat
daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera.




























Cakera

Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah,
asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah
menepati berat yang ditetapkan. Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan
sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza
dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah


.

















Spesifikasi ukuran cakera

Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:


Bil. Perkara/bahagian Lelaki Wanita

2.0 kg 1.0 kg
1 Berat keseluruhan untuk pertandingan
(minimum) (minimum)

2 Ketebalan bahagian tengah cakera 40-46 mm 37-39 mm

Diameter piring atau kawasan rata pada
3 50-57 mm 50-57 mm
tengah cakera
4 Diameter keseluruhan cakera 218-221 mm 180-182 mm

5 Ketebalan logam pada sekeliling cakera 12.0 mm 12.0 mm



Kategori MSSM


Berat Cakera
Kumpulan Umur
Lelaki Wanita

Bawah 18 tahun 1 kg 1 kg

Bawah 15 tahun 1.5 kg 1 kg



Bulatan lemparan


Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk
peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk
bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian
atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini
hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan lain yang tidak licin.

Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m pada
diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih
kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan
diwarnakan putih.


Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-
kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga
diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

Bulatan dan kawasan lemparan


Kawasan lemparan

Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan
dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat
sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat
antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan
hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.












40°












Kawasan Pendaratan Cakera

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau
penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh di
adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah,
dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m.

Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga
disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada
para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod
baru.


Kurungan keselamatan

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa
acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan henbdaklah
diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan
dikawasan membuat lemparan.


Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan
lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi
25m sesaat.


Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang
menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m dihadapan
bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m
tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.





























Kurungan keselamatan


Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,
kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera
akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu

arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan
yang disediakan.


Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang
negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik
lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan
badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya.

Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk

dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar
ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.


Pita pengukur

Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali

lemparannya dibatalkan dengan pita pengukur

Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian
dalam bulatan kawasan lemparan, walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan
lemparan itu.



























Teknik mengukur jarak lemparan


Undang-undang dan Peraturan


1. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut
susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.
2. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga
lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan
memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga
lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang

peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan
seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan
menentukan pemenang keseluruhan.
3. Setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan
pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan,sama ada
dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut jarak
lemparan paling jauh dan yang sah.

5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan
hendaklah bermula daripada kedudukan statik.
6. Peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat
atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang tidak di kira
batal.

7. Untuk menjadikan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan
pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan
mengelilingi bulatan lemparan.

8. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap
peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan
sebelumnya.
9. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh
memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau
pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau
lemparannya

11. Sekiranya terdapat keputusan seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua
terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan
setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang
mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

12. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang
ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
13. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh
semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira.

14. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang ditetapkan
untuk acara ini.




Keselamatan Ketika Melempar Cakera



Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka menjalani
latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,

guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan
ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya.

Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani
pelajaran melempar cakera.


o Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.
o Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak
menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana pelajar
lain membuat percubaan.

o Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan
tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya dalam kawasan
pendaratan ketika dia memulakan lemparannnya.

o Amalkan prinsip keselamatan iaitu “ semua melempar, semua memungut” jika
latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.

o Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh
pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yan
menunggu gilirannya.


Click to View FlipBook Version