The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnzm, 2022-09-01 12:42:37

Lontar Peluru

MELONTAR PELURU


Peraturan Asas Lontar Peluru
 Lontaran dilakukan di dalam kawasan bulatan
 Peluru dilontar daripada atas bahu dan menggunakan satu tangan sahaja.

 Dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau papan penahan
 Peluru yang dilontar hendaklah mendarat di dalam kawasan garisan sektor.
 Peserta boleh menghentikan percubaan melontar peluru dengan meletakkan peluru di
dalam kawasan bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru.

Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja bagi setiap pusingan
 Selepas melakukan lontaran, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian
belakang bulatan.

Semasa pertandingan
Peluru hendaklah dilontar dengan sebelah tangan sahaja. Pada masa peserta mula berdiri
dalam bulatan untuk melakukan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher

aau pipi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak
melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garis bahu.

Kesalahan semasa melontar














1. Melontar di luar bulatan. 2. Menyentuh bahagian atas

lengkungan papan penahan











4. Semasa melontar peluru dipegang
3. Selepas melontar, menyentuh jauh dari tempat yang sepatutnya.
mana-mana bahagian kawasan
melontar dengan mana-mana
bahagian badan.

Peralatan dan Kelengkapan


1. Papan Penahan

i. Pembinaan papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada
kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah
dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di
tengah-tengah antara kedua-dua garisan sector dan dibuat supaya terletak

dengan kukuh.

ii. Ukuran papan tersebut ialah 11.2 sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1 sm)
panjang dan 10 sm (+-2mm) tinggi daripada paras dalam bulatan.














2. Peluru
i. Pembuatan peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan
lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelongsong diperbuat
daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain. Ia

hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.

ii. Spesifikasi adalah seperti berikut:
Wanita
Remaja/Junior/ Lelaki Remaja Lelaki Junior Lelaki Senior
Peluru
Senior

Berat Berat Berat
Berat minimum
minimum minimum minimum
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat
pengeluar :
Beraneka jenis
alatan yang 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg
dikeluarkan 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg
untuk
pertandingan
Garis Pusat 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
Minimum
Garis pusat 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm
maksimum

iii. Kategori Peluru (MSSM)

Berat Peluru
Kumpulan Umur
Lelaki Perempuan
Bawah 18 tahun 5.45 kg 4.00 kg
Bawah 15 tahun 4.55 kg 4.00 kg
Bawah 12 tahun 2.72 kg 2.72 kg



3. Kawasan Lontar Peluru
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta
melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan
sekelilingnya setebal 5 cm. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang

diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang
papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh atau pun
melepasi papan penahan yang akan mengakibatkan lontarannya batal. Pada bahagian
tengan bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan
membahagikan bulatan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan
peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan tanpa
memijak garisan yang mengelilingi bulatan.

4. Kawasan Pendaratan Peluru
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan

dan dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40° di tengah
bulatan lontaran. Setiap lontaran yang dilakukan peserta hendaklah jatuh di dalam
kawasan tersebut. Sekiranya peluru terjatuh diluar kawasan yang dipagari maka
lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan setiap lontaran
hendaklah mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.

































5. Pita Pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh peserta. Ukuran
dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda
hingga kesan tempat peluru mendarat. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh

menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian
dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian
kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di
tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan
menunjukkan bacaan lontaran.


Click to View FlipBook Version