The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuzzahrah, 2026-01-06 04:36:54

RUMAH LIMAS REMBAU

RUMAH LIMAS REMBAU

CeriteraWARISANJilid 4 2024 RUMAH WARISANSITI HAWA1963


Cetakkan Pertama / First Printing 2024Author :Graphic Designer :Hak Cipta TerpeliharaAll right reservedPublisher in Malaysia :@Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, MalaysiaSiti Fatimah Tuzzahrah Binti Hj Abd LatifNur Hidayah Binti RosmanMuhammad Anas Hakimi Bin RaubMuhammad Haiman Zakwan Bin PurnamaSyed Shahridan Bin Syed HamdanNur A’liah Atirah Binti RosdiNuuraishah Binti AriffinMuhammad Anas Hakimi Bin RaubTiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpanuntuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk ataudengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambaratau rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daipada PoliteknikPort Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia terlebih dahulu.No parts of this publication may be reproduced or transmitted in anyforms or any means, electronic or mechanical including photocopy,recording, or any information storage and retrieval system, withoutpermission in writing from the Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan,Malaysia.Politeknik Port DicksonKM14 Jalan Pantai, Si Rusa, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan, MalaysiaEmel : [email protected] Web: http://www.polipd.edu.my


RUMAH WARISANSITI HAWA1963


Alhamdulillah bagi segala nikmat syukur pada hadrat AllahS.W.T atas apa yang Engkau kurniakan kepada semua yangmenjayakan kajian ini untuk diberi peluang menyiapkantugasan lukisan terukur di Rumah Warisan Puan Siti Hawa ini.Disini pengkaji ingin merakamkan sekalung penghargaan danucapan jutaan terima kasih kepada semua pensyarahpengkaji dari Politeknik Port Dickson terutama kepada Pn.Siti Fatimah Tuzzahrah Bt Hj Abd Latif dan Pn. Nur Hidayahbinti Rosman kerana telah banyak membantu dan memberitunjuk ajar kepada pengkaji terutamanya dalam menyiapkanbuku meja kopi ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatdihargai. Penghargaan juga kepada Lembaga Muzium NegeriSembilan (LMNS) kerana sedikit sebanyak memberi info yanglebih mendalam berkaitan Warisan Negeri Sembilan.Tidak lupa jutaan terima kasih juga kepada Pn.Siti Hawa bintiAbdullah kerana telah memberi kerjasama yang baik semasaproses pengumpulan maklumat bagi melengkapkan kajianlukisan terukur ini. Sepanjang proses pengumpulan maklumatini pengkaji dapat mempelajari ilmu baharu dan mempelajaribanyak jenis bentuk seni bina yang unik. Segala ilmu yangdikongsikan amat dihargai.Seni bina rumah warisan tradisi ini mempunyai banyakkeunikan tersendiri yang sukar kita temui pada masa kini.Oleh itu, keunikkan rumah tradisi ini haruslah dipelihara dandijaga. Menurut Kajian Alam Warisan Negeri Sembilan(KAWANS) sebahagian daripada khazanah ini bolehdipelihara untuk kekal selamanya agar dapat disaksikan olehgenerasi akan datang.Penghargaan03


KandunganKATA ALUANUcapan penyunting | PenghargaanSEJARAH LATAR BELAKANGSejarah Rumah | Sejarah RembauANALISA SENI BINAPENUTUPKesimpulan | RujukanLAMPIRAN020717254045 LUKISAN PELAN RUMAH04 RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA


Rumah WarisanPuan Siti HawaSUMBERPENGKAJ MUHAMMADANAS | MUHAMMADHAIMANRumah Warisan Puan Siti Hawa adalah sebuah bangunan seni bina warisan yangterletak di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Rumah tradisional ini berpotensi tinggiuntuk menjadi sumber pendidikan kepada pelajar mahupun pengajar secara am dankhasnya.Umum diketahui bahawa Negeri Sembilan terkenal dengan senibina Minangkabau,walaubagaimanapun pengaruh rumah ini memiliki keunikan yang tersendiri keranabumbung rumah ini mengikuti senibina trend pada tahun 1963 iaitu Rumah Limas.Rumah ini telah berusia 61 tahun sejak rumah ini dibina oleh bapa Puan Siti Hawasedikit demi sedikit kerana kehidupan yang susah suatu ketika dahulu. Sehingga kinirumah ini masih utuh berdiri dan menjadi pusat dakwah Islam bagi muslim sekitar.Ibu Puan Siti Hawa berasal dari suku Tanah Datar. Oleh itu, Rumah ini terbahagikepada beberapa ruang utama iaitu ruang dapur, Serambi dan Rumah Ibu.Puan Siti Hawa juga dari Suku Tanah Datar kerana menurut Adat Perpatih susurgalur keturunan adalah daripada perut ibu.07SUMBER : PUAN SITI HAWA


Tiang utama atau tiang seri yang berada di bahagian rumah ibu berserta 13tiang rumah utama berfungsi sebagai pengukuh bangunan manakala bumbungyang bercirikan Rumah Limas merupakan simbolik kepada keunikkan rumah iniyang tersendiri. Selain itu, menurut Puan Siti Hawa rumah ini turut dibina di atastanah adat yang diwarisinya.Pada awalnya, rumah ini hanyalah sebuah rumah yang bersaiz kecil dan rumahini telah di ubahsuai beberapa kali oleh Puan Siti Hawa. Menurut beliau, budayamasyarakat dahulu (keluarganya) akan menambah baik ruang rumah dan bilikapabila anak-anak sudah berkahwin. Hal ini bagi memberikan keselesaankepada pasangan mempelai dan juga privasi tersendiri.Selain itu, pemilik telah menambah bilik mandi di dalam rumah untukperempuan dan lelaki. Bukan itu sahaja dibahagian dapur rumah ini juga yangpada awalnya berada di atas telah diturunkan oleh disebabkan masalah anaianai yang telah menjadikan kayu di ruang dapur sebagai tempat habitatnya.Untuk pengetahuan tanggal akhir renovasi rumah warisan Pn Siti Hawa adalahpada tahun 2015 dan kali terakhir rumah ini dijadikan kajian adalah pada tahun2022.


TAPAK KAJIANSehingga kini, rumah ini masih dipelihara dengan baik olehwarisnya iaitu Puan Siti Hawa demi menghargai peninggalanwarisan dan menghargai pengorbanan bapanya yangbersusah payah membina rumah ini suatu ketika dahulu.Pelan Lokas i tanpa skala ( sumber : pengkaj i )08 RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA


09SUMBER : https://rembau.ns.gov.my/kerajaan/info-daerah/asal-usulKata Mohd Khairil, mengikut Wilkinsondalam laporannya pada 1955, Rembauawalnya bernama Prabu iaitu satu istilahSanskrit-Jawa yang membawa maksuddaulat, yang dipertuan dan anak rajapada abad ke-13.Menurutnya, nama berkenaankemudiannya ditukar selepas penemuanpokok merbau yang besar semasapembukaan penempatan di KampungGhombiro pada 1520 kepada KampungMerbau Tua.“Pada 1540, nama kampung diringkaskandan akhirnya disebut sebagai Rembau.Dalam persejarahan negeri-negeriMelayu, Rembau adalah sebuah kerajaankecil yang agak tua di SemenanjungTanah Melayu dan mengamalkan adatPerpatih.“Sebagai sebuah kerajaan berdaulat,lebih satu abad masyarakat Rembaugigih menentang sebarang bentukpenjajahan oleh kerajaan-kerajaan besarMelayu dan juga kuasa Barat,\" katanya.Menurutnya, sikap tegas pemerintah ketikaitu menyebabkan kerajaan Rembau diseganidan digeruni sehingga pada 1795, Inggeristerlebih dahulu menjalani persahabatandengan kerajaan Rembau, sesuatu yangtidak dilakukan ke atas kerajaan Melayu lain.“Zaman Keagungan Rembau sebagaisebuah kerajaan dicatatkan pada 1540hingga 1832. Bayangkan, pada1586, Rembausebagai sebuah kerajaan membantu Johormenyerang Portugis di Melaka dan berjayamenawan tebing Sungai Melaka sertamenyekat bahan makanan masuk ke bandarMelaka.“Dalam beberapa siri pertempuran, Rembauberjaya mengalahkan penjajah Portugis,namun sebaik tiba di Tengkera, Melaka,Rembau diserang sedangkan pada masa itusepatutnya tentera dari Jawa dan Achehdatang membantu pertahanan Rembau,\"katanya.RembauNegeri Sembilan


Secara Geografi, Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yangterletak di arah selatan bersempadan dengan Negeri Melaka danmempunyai penduduk seramai 43,011 (2010) orang yang mendiami 17mukim mengandungi 204 buah kampung. Demografi daerah rembaumempunyai majoriti penduduk bumiputera, kedua terbesar merupakankaum india & diikuti cina. lain-lain bukan warganegara. Nisbah penduduklelaki kepada penduduk wanita ialah 103:100. Terdapat 16,117 tempatkediaman dengan sebanyak 12,722 isi rumah. Purata saiz isi rumahseramai 4 orang dalam sebuah rumah. 33 ribu dicatatkan dalam kalanganbekerja , 10 ribu golongan muda & 4 ribu warga tua Jika menceritakantentang Agama, majoriti penduduk di daerah Rembau beragama Islamyang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etniklain. Agama kedua terbesar merupakan Hindu yang kebanyakannyadianuti penduduk berbangsa India. Agama ketiga terbesar merupakanBuddha yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa Cina.Gambar Papan Tanda Rembau( sumber : id.wikipedia.org)Pemandangan Gunung Datuk( sumber : pengkaj i )Gambar dikaki Gunung Datuk( sumber : pengkaj i )sumber : https//www.mdr.gov.my/ms/10 RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA


KAJIAN RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA 11sumber : https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/11/28/4011/Penduduk AsalNegeri Sembilan pada asalnyadidiami oleh orang-orang aslidaripada suku kaum Sakai,Semang dan Jakun. Mereka hidupberpindah randah, memburu,mengutip hasil hutan dan adayang mula bertani.PenghijrahanOrang Minangkabau Padapermulaan abad ke-14 Masehiorang-orang Sumatera dari TanahMinangkabau mulai tiba di NegeriSembilan melalui Melaka dansampai ke RembauOrang Minangkabau ini lebihbertamadun daripada Orang Asliini dan berjaya memujuk hatiorang Asli. Dengan itu berlakulahnikah kahwin antara orang-orangMinangkabau ini denganpenduduk asli dan daripadaketurunan mereka dinamakansuku Biduanda. Suku Biduanda iniadalah pewaris asal NegeriSembilan dan apabila hendakmemilih pemimpin maka hanyamereka dari suku Biduanda inilahyang akan dipilihDari suku Biduanda inilah asalnyapembesar-pembesar NegeriSembilan yang dipanggilPenghulu dan kemudiannyaUndang. Sebelum wujudnya YangDiPertuan Besar.


Negeri Sembilanmengamalkan AdatPerpatih yangdiasaskan oleh Dato'Pepatih Nan Sebatang.Seperti yang di ketahuiumum, adat ini lebihmementingkan kaumwanita daripada lelaki.SUMBER : https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_PerpatihADATPERPATIH12 RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA


Keutamaan wanita di dalam Adat Perpatih sebenarnya lebih kepada bersifatmatrilineal, iaitu mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan,berbeza dengan Adat Temenggong yang diasaskan oleh Dato'Ketumanggungan, harta dan darah keturunan diwarisi oleh kaum lelaki. Adat inidiamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Negeri Sembilan.Menurut Adat Perpatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anakmaka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaituanaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah danrumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabaisekiranya dicerai suami.Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dandi bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan AdatPerpatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah didalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara keranatanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang.Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluargadari satu keturunan.13


TANAH DATARBATU HAMPARSERI LEMAKANAK MELAKAMUNGKALPAYAKUMBUHSERI MELENGGANGTIGO BATUTIGO NENEKANAK ACEHBATU BELANGBIDUANDASuku Kaumdi Rembausumber : https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/11/28/4011/14 RUMAH WARISAN PUAN SITI HAWA


Suku Tanah Datar adalah salah satu suku bangsa yang berasal dari daerah Minangkabaudi Sumatera Barat, Indonesia. Mereka merupakan bagian dari etnis Minangkabau yangmemiliki budaya dan tradisi yang kaya dan unik. Nama \"Tanah Datar\" berasal dari daerahdi mana mereka tinggal, yaitu dataran rendah yang luas di sekitar kota Batusangkar,Padang Panjang, dan sekitarnya.SUMBER : https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/11/28/4011/Suku Tanah Datar menganut sistem adat matrilineal, di mana garis keturunan dan warisandihitung melalui jalur ibu. Ini berarti bahwa perempuan memiliki perananan penting dalammenjaga tradisi dan warisan keluarga. Seperti Rumah Puan Siti Hawa diwarisi oleh puansiti hawa untuk menjaganya selepas pemergian abangnya.Rumah tradisional suku Tanah Datar disebut \"rumah gadang\". Rumah ini memiliki ciri khasatap melengkung yang tinggi dan sering dihiasi dengan ukiran-ukiran yang indah. Rumahgadang biasanya digunakan untuk kegiatan adat, pertemuan keluarga, dan upacara adat.seperti rumah puan siti hawa sering melakukan aktiviti amal sesama kejiranan terdekatuntuk merapatkan lagi silaturahim. Suku Tanah Datar umumnya hidup dari pertanian dankehidupan pedesaan. Tari Piring dan Tari Pendet adalah beberapa contoh tariantradisional yang sering ditampilkan oleh suku Tanah Datar. Masakan tradisional sukuTanah Datar kaya akan rempah-rempah dan rasa. Masakan Minangkabau yang terkenal,seperti rendang, sate Padang, dan gulai, juga merupakan bagian dari kuliner tradisionalsuku Tanah Datar.SukuTanah DatarREMBAU, NEGERI SEMBILAN15


Analisa Senibina


Reka bentuk rumah di Negeri Sembilan telah mengalami perubahan atau evolusi yangdipengaruhi oleh adat iaitu adat pepatih yang di bawa oleh masyarakat Minangkabaudari Sumatera. Penghijrahan orang-orang Minangkabau telah membawa budaya diNegeri Sembilan walaupun reka bentuk rumah awal di Negeri Sembilan telah wujud.Apabila seseorang berhijrah atau merantau dari tempat asal usulnya, mereka membawabudaya, adat yang di amalkan di tempat yang baru, kehidupan mereka telah berubahdan berlakunya evolusi.Menurut Mochtar Naim (1984), merantau atau migrasi dikatakan meninggalkankampung halaman untuk pergi merantau. Beliau mengatakan bahawa “relatively movingaway from one geographical location to another” iaitu berpindah dari sebuah lokasigeografi yang satu kepada yang lain serta telah mengubah kehidupan.Namun perubahan reka bentuk rumah tradisional telah berlaku mengikut sejarah,budaya, sosial dan juga kedaerahan sesuatu tempat tersebut. Ia terjadi pada era RumahPuan Siti Hawa kita dapat melihat melalui kawasan, penduduk dan tahun rumah warisantersebut dibina berkait rapat dengan rekaan pada tahun tersebut iaitu bumbung yangberbentuk limas. Tempias perubahan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilanberlaku dari Tanah Minangkabau ke Kampar-siak dan hinggalah ke Negeri Sembilan.Walau bagaimanapun rumah tradisional Negeri Sembilan mempunyai ciri-ciri keunikantersendiri apabila seni binanya sering dikaitkan dengan adat Perpatih bersistemkankekerabatan matrilineal.Reka bentuk ini dapat memberi kesejahteraan dan keharmonian setiap individu,kekeluargaan dan kemasyarakatan. Keseragaman reka bentuk rumah tradisional NegeriSembilan dapat dilihat di mana-mana, tidak terjadi secara kebetulan tetapi di rancangdan difahami menerusi sudut pandang yang mempunyai falsafah yang serupaGaya pengaruh senibinaSUMBER : http://eprints.usm.my/38782/1/FULL_PAPER_035.pdf


Susun atur ruang merupakan fokus utama sesebuah bangunan bagi membezakan danmemastikan seni bina bangunan serta fungsinya memenuhi keperluan bangunan tersebut.Konsep ruang sering kali dikaitkan dengan cara pembahagian ruang atau spatial elementyang memberikan identiti serta melambangkan fungsi bagi setiap ruang yang dibina dalamsesebuah bangunan tersebut. Pada asalnya ruang rumah siti hawa ini terletak di ataskeseluruhannya tetapi disebabkan anak-anak sudah berkahwin jadi diturunkan untukmenambahkan ruang bilik setiap anak yang sudah berkahwin bagi memberi keselesaankepada mereka.Bagi Masyarakat Minang di Rembau, Negeri Sembilan sudah semestinya merekamempunyai ciri-ciri seni bina khusus yang perlu ada pada setiap bangunan merekatermasuklah Rumah Warisan Puan Siti Hawa. Terdapat beberapa bahagian ruang utamaseperti Anjung/Serambi, Rumah Ibu (Kini tempat beribadah) , dapur dan lain-lain. Ruangberibadah terleak pada bahagian Rumah ibu. Puan Siti Hawa sering melakukan aktiviti amaldengan jiran tetangga seperti berdakwah, mengajar ilmu agama dan sebaliknya. Olehkerana faktor usia, mereka sering melakukan aktiviti di ruang beribadah pada bahagianbawah bagi mengurangkan risiko berlaku kecederaan.Gambar rajah 1.2 Pelan Lantai berserta nama ruang rumah(Sumber - pengkaji)RUANG DAN FUNGSI


RUANG RUMAH IBURuang Ibu rumah merupakan ruang paling pentingdan terhormat di dalam rumah. Rumah ibu bersifatterbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintuyang menghala ke selang. Selang tidak berdinding danmerupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur.Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untukkaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkanseni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai kerumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah,iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannyaberdiri.RUANG SERAMBIRuang Serambi lebih dikenali sebagai ruang dominanbagi lelaki dan tetamu. Serambi Rumah TradisionalNegeri Sembilan terbahagi kepada tiga ruang iaitupangkal serambi, tengah serambi dan hujung serambi.Setiap ruang tersebut mempunyai fungsi yangberbeza-beza antara satu sama lain. Pangkal serambidapat dikenali dengan melihat kedudukan sesuaturumah itu yang biasanya terletak di sebelah hilir sungaibermaksud mengikut arus sungai mengalir manakalahujung serambi pula terletak di sebelah hulu sungai.Kebiasaannya Rumah Tradisional Negeri Sembilandidirikan berhampiran dengan sungai kerana padamasa dahulu sungai adalah jalan penghubung utama.Namun kini, Puan Siti Hawa telah menyatukan ruangini menjadi ruang tamu agar lebih luas dan selesa.


RUANG DAPURRuang Dapur atau lebih dikenali ruang belakangadalah dominan untuk perempuan dan tempat masakmemasak. Ruang ini dipisahkan jauh dari ruangserambi dengan Rumah ibu di tengah-tengah bagimemberikan lebih privasi kepada para wanitamelakukan kerja mereka.LOTENG (tambahan)Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di NegeriSembilan yang mengandungi ruang di bawahbumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruangtersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis danjuga tempat simpan barang-barang. Namun yangdemikian, disebabkan senibina rumah ini dipengaruhioleh peredaran zaman, rumah ini tidak mempunyailoteng sepertimana rumah tradisional Negeri Sembilanyang lain.BILIK TIDURPada asalnya, rumah ini hanya mempunyai 4 bilik tidursahaja. Namun menurut Puan Siti Hawa, orang dahulusering menambah ruang rumah sedikit demi sedikitsetelah anaknya berkahwin. Hal ini bagi memberikanruang dan privasi tersendiri kepada setiap pasangan.Namun kini, setelah berlakunya beberapapenambahbaikkan rumah ini telah mempunyai 6 biliktidur yang membuatkan senibina tradisional rumah inimulai pudar namun memberikan ruang yang lebih luasdan besar.


ELEMENSTRUKTUR


1. Bumbung2. Struktur bumbung3.Tingkap dan pintu4. Dinding5. Tiang, lantai dan tanggaModel digital 3D Rumah Warisan Puan Siti Hawa (Sumber : Pengkaji)Rajah struktur binaan (Sumber : Pengkaji)


ANDE-ANDEDibahagian hujung bumbungrumah dihiasi hiasan ande-andebagi menutup lebihan kayukasaudan strukturbumbung.BUMBUNGReka bentuk bumbung rumah ini memiliki rupabentuk yang unik kerana ia menyerupai bumbungrumah limas di Johor walaupun rumah di sekitardaerah Rembau bercirikan Minangkabau. MenurutPuan Siti Hawa, reka bentuk ini adalah dipengaruhiperedaran zaman ketika itu. Bumbung rumah inimempunyai perabung panjang dan bersambungdengan empat buah perabung limas menurun kecucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasidengan ukiran-ukiran / ande-ande.BUMBUNG LIMASBumbung rumah ini bercirikanbumbung Limas yang bersudut 30darjah, Bahan yang digunakan adalahatapgentingjenis tanah liat.BUMBUNG TAMBAHANBumbung yang bersudut 7 dan 8 darjah ini bukanmerupakan bumbung asli rumah ini. Puan Siti Hawatelah menambah bumbung dibahagian ini bagimengurangkan kadar cahaya matahari masuk kerumah.


PAPAN DINDINGRumah ini menggunakan dua kaedah dalam pembuatan dinding. Hal ini bagi memberikeunikkan tersendiri dan menaikkan seri rumah itu dengan gaya dinding yang berbezadi beberapa bahagian rumah.DINDING 45 DARJAHHiasan dinding yang disusun secara 45darjah ini dibina dibahagian hadapanrumah. Menurut Puan Siti Hawa, ini dapatmeningkat seri rumah ini. Dinding yangunik ini kemudian dilengkapkan denganwarna cat coklat gelap bagi memberikanefek kontra kepada bahagian hadapanrumah.TEKNIK SUSUN SIRIHSusun sirih juga dikenali sebagai tindihkasih. Binaan ini seakan-akan kemasandaun sirih. Hal ini adalah logik kerana sirihadalah makanan adat yang dimuliakan.Bagi nama tindih kasih melambangkantindih yang saling bantu membantumenutupi sesuatu yang berharga didalam rumah.


TINGKAP DANPINTUTINGKAPReka bentuk tingkap kayu duadaun yang lama masih dikekalkandan terdapat juga grill besisebagai hiasan untuk tingkap ini.Selain itu, terdapat juga jenistingkap yang lain antaranya ialahtingkap nako yang terletakdibahagiandapur lama.PINTUPintu utama rumah ini masih mengekalkanreka bentuk asal dan diperbuat daripada kayuyang berkualiti.Reka bentuk pintu kayu di bahagian pintu dapurtelah dibaik pulih rumah dan ditambah grill besidengan elemen yang bercorak bunga dan daununtuk keselematan.


TIANGTIANG UTAMATiang batu yang menjadi tiang utama rumah ini pada asalnyaadalah kayu sebelum di renovasi beberapa tahun yang lalu.Namun disebabkan beberapa faktor seperti dimamah usia,tiang ini ditambahbaik. Terdapat 13 tiang utama batu dirumahini.Tiang ini diwarnakan hijau bersempena untuk mengingatiwarna kegemaran ibunya. Hal ini membolehkan Puan Sitisentiasaberasadekatdengan ibunya meskipun sudah tiada.TIANG BUMBUNGMeskipun tiang ini kelihatan seakan kayu, namun tiang iniadalah batu yang diselaputi panel kayu. Di bahagian bawahtiang ini pula dikemaskan dengan batu granit bagi membuattiang ini kelihatan menarik. Tiang ini adalah stuktur tambahanbumbungyangdirenovasi.TIANG SERITiang seri ini kedudukannya di tengah rumah ibu dan sangatistimewa berbanding tiang-tiang yang lain. Mengikutkepercayaan masyarakat Melayu dahulu, kewujudan tiang seribertujuan untuk menjaga keselamatan dan juga bertindaksebagai perisai daripada gangguan jahat. Namun yangdemikian, rumah ini tidak mempunyai keistimewaan tiang serikerana rekabentuknya seperti kayubiasa yangdidirikan.Tiang adalah stuktur yang penting bagi sesebuah rumah. Terdapat 3 jenis tiang di rumah ini. Tiangutama rumah,Tiangbumbungrumah,dan juga tiangseri.


TANGGATANGGA UTAMATangga utama yang terletak dipintu masuk rumah ini menujukkansebahagian daripada identitirumah ini sendiri. Tangga batuyang mempunyai reka bentuk uniksering dilihat pada kebiasaanRumah Limas di Negeri Melaka.Hal ini turut dipengaruhi olehperedaran zaman ketika itu.Tangga batu dengan hiasan jubinpelbagai warna serta motif yangmenghiasi setiap anak tanggarumah tradisional ini sudahmenjadi sebahagian daripadaidentiti tersendiri yangmenambahkan lagi seri rumah.Sekali gus melambangkankemegahan status rumpun bangsaMelayu yang berakar umbi sejakzaman Kesultanan Melayu Melakalagi.


HIASANANDE-ANDEDibahagian hujung bumbung rumah dihiasihiasan ande-ande bagi menutup lebihan kayukasau dan struktur bumbung. Hal ini dapatmeningkatkan seri rumah agar lebih kemas.Andam-andam sebagai cahaya imanmerupakan sejenis papan sekeping sebagai satudarjah tertinggiPENGHADANG MATAHARIDi luar rumah ini terdapat penghadang matahariyang tidak saja berfungsi mengurangkan sinaranmatahari masuk ke dalam rumah, namun turutberfungsi sebagai hiasan rumah.Kayu yang disusun secara 45 darjah yangkelihatan berselang seli ini diilhamkan oleh PuanSiti Hawa sendiri dan kemudiannya ditempahdaripada tukang kayu yang merupakan anakmuridnya suatu ketika dahulu.UKIRANDi bahagian tingkap dapur rumah initerdapat ukiran yang bermotifkan alamsemula jadi iaitu bunga.Ia mengetengahkan elemen Bunga Ladaatau Lado dalam sebutan masyarakatsetempat yang mana flora itumelambangkan keunikan yang terdapat diNegeri Sembilan


SENIBINALESTARI


Kesimpulanya, pengkaji dapat mengetahui lebih dalam tentang pelbagai sejarahdan latar belakang Daerah Rembau. Disamping itu, pengkaji dapat memahamistruktur dan senibina rumah tradisional yang boleh diguna pakai untukpengajian. Negeri Sembilan juga memiliki beragam suku yang mendiamiwilayahnya, termasuk suku-suku yang memiliki hubungan dengan tanah datar.Salah satu suku yang terkenal adalah suku Minangkabau, yang memiliki sejarahpanjang dan kuat di Negeri Sembilan. Mereka memiliki tradisi unik, seperti rumahadat bergaya Minangkabau yang dikenal sebagai \"Rumah Gadang\". Denganmelakukan kajian ini, pengkaji dapat lebih mendalami dan memahami strukturseni bina rumah-rumah warisan yang terdapat di Daerah Rembau ini. Sayamencadangkan agar rumah ini dapat dipelihara dengan baik dan diiktirafsebagai rumah warisan agar rumah traditional ini tidak dibiarkan musnahmenyembah bumi kerana tidak dipelihara dengan baik seperti mana banyakyang terjadi pada masa kini agar boleh ditatapkan ke generasi akan datang.13KESIMPULAN


RUJUKANTuan rumah :Pn. Siti Hawa Binti AbdullahJalan Panchang-Chengkau, Kampung Lada, 71300 Rembau, Negeri SembilanRembau :https://rembau.ns.gov.my/pdtr/profil-agensi/latar-belakanghttp://www.mdr.gov.my/ms/pelawat/info-rembauhttps://www.facebook.com/AnakRembau/photos/a.107960152625661/1017216391700028/?type=3&locale=ms_MYAdat pepatih :https://www.ns.gov.my/kerajaan/info-negeri/adatperpatih#:~:text=Adat%20Perpatih%20adalah%20satu%20sistem,yang%20dipaparkan%20dalam%20bentuk%20puisi.suku Tanah Data :https://dewanbudaya.jendeladbp.my/2022/11/28/4011/https://thenegerisembilanfuture.blogspot.com/p/penduduk-asal-negerisembilan-pada.htmlPengaruh Seni Bina :http://eprints.usm.my/38782/1/FULL_PAPER_035.pdf


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version