The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ADAT DAN BUADAYA MELAYU KESANNYA TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fathiraharani429, 2022-12-11 02:04:34

ADAT DAN BUADAYA MELAYU KESANNYA TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

ADAT DAN BUADAYA MELAYU KESANNYA TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE
______________________________________________________
BACHELOR OF BUSINESS TECHNOLOGY (HONOURS)
IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT

MPU3182
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK: ADAT DAN BUDAYA MELAYU: KESANNYA TERHADAP
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

SUBMITTED TO:
USTAZ ABD RASHID ABDUL HALIM @ JAAFAR

SUBMITTED BY:

NAME MATRIC NUMBER
NUR FATHIRAH BINTI ARANI 54221122200
NURUL SYAHIDAH BINTI MAT SAAD 54221122195
NUR FARHANA BINTI ABDUL HALIM 54221122193
NURFARAHIN SAFIAH BINTI MOHD HANIF 54221122194
NURUL FARHANIS BINTI MD FUZI 54221122199

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA: NUR FATHIRAH BINTI ARANI
NO MATRIK: 54221122200
KURSUS: BBT

NAMA: NUR FARHANA BINTI ABDUL HALIM
NO MATRIK: 54221122193
KURSUS: BBT

NAMA: NURUL SYAHIDAH BINTI MAT SAAD
NO MATRIK: 54221122195
KURSUS: BBT

2

NAMA: NURUL FARHANIS BINTI MD FUZI
NO MATRIK: 54221122199
KURSUS: BBT

NAMA: NURFARAHIN SAFIAH BINTI MOHD HANIF
NO MATRIK: 54221122194
KURSUS: BBT

3

4

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 : PENDAHULUAN 6
BAB 2 : DEFINISI 7 – 11
BAB 3 : CIRI-CIRI PENGHAYATAN ETIKA DAN 12 – 18
19 - 28
PERADABAN DI MALAYSIA 29 - 30
BAB 4 : PERKEMBANGAN PENGHAYATAN ETIKA DAN
31 – 34
PERADABAN DI MALAYSIA
BAB 5 : KESAN POSITIF DAN NEGATIF 35

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI 36 – 37
MALAYSIA
BAB 6 : CABARAN DAN CARA MENGATASI
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI
MALAYSIA
BAB 7 : KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

5

BAB 1
PENDAHULUAN

Pada bab ini, tumpuan perbincangan berfokus kepada kesannya terhadap penghayatan
etika dan peradaban di Malaysia yang menjadi cerminan bagi sesebuah negara bagi mencapai
tarat kemajuan yang diidamkan sama ada dari sudut fizikal mahupun spiritual. Ini memberikan
gambaran yang negatif kepada generasi muda kini terhadap adat dan budaya melayu yang
dibina selama ini tercalar akibat daripada tindakan yang tidak bermoral bagi penghayatan etika
dan peradaban melayu pada masa kelahiran awalnya yang sangat dikaitkan dengan
kesempurnaan sesebuah negara dalam mewujudkan sistem kehidupan yang mengambil kira
unsur-unsur etika dan peradaban secara khas atau berbudi bahasa dan bersopan santun yang
sama sekali berlawanan dengan keadaan ganas dan liar.

Suasana harmoni yang selama ini dibina adalah berteraskan etika dan peradaban yang
tinggi nilai kemelayuannya dan menampakkan kehidupan orang melayu khasnya masyarakat
di Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan keterampilan yang diperakui oleh masyarakat
antarabangsa.

Masyarakat di Malaysia sering mengamalkan tradisi pada bangsa masing-masing dan
hanya bergantung kepada maklumat yang hanya diterima atau disampaikan daripada ketua
masyarakat melalui secara lisan. Mereka dikatakan berinteraksi dan berkomunikasi secara
terhad iaitu di dalam lingkungan tempat atau wilayah yang berhampiran dengan petempatan
mereka sahaja.

Selain itu, penghayatan etika dan peradaban dalam kehidupan seharian masyarakat
Melayu telah terbukti kepada pembentukan identiti bangsa Melayu. la dapat membawa ke arah
kemajuan dan kemakmuran negara. Kemakmuran ini perlu dikekalkan untuk generasi akan
datang. Penghayatan etika dan peradaban yang diwarisi oleh masyarakat Melayu dapat
melambangkan perwatakan dan keperibadian lemah lembut dan bersopan santun (Anwar Din,
2008).

6

BAB 2
DEFINISI

Kajian ini bertemakan adat dan budaya melayu: kesannya terhadap penghayatan Etika
dan Peradaban di Malaysia. Dalam bahagian ini, pengkaji turut mengkaji mengenai definisi
bagi adat, budaya, etika dan peradaban dalam istilah bahasa:

2.1 ADAT
Menurut Kamus Dewan perkataan adat bermaksud sebagai sebuah peraturan yang

sudah diamalkan secara turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi sebuah
peraturan dan kebiasaan yang harus dipatuhi. Sehubungan itu, adat secara tidak lansung turut
terlibat dengan sistem kepercayaan bagi sesebuah masyarakat.

Seterusnya, dari segi Bahasa arab pula perkataan adat adalah bermaksud
kebiasaan.Istilah ini memberi pengertian yang agak meluas dalam mempengaruhi bentuk
perbuatan, tingkah laku dan cara manusia berfikir sehingga lama-kelaman dianggap sebagai
sebuah tradisi. Dari aspek lain pula, adat juga ditakrifkan sebagai suatu aturan dan cara hidup
yang mencerminkan perlakuan harian, Manakala, dalam bahasa Melayu lama pula adat
merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, dan
ekonomi.

Di samping itu, terdapat pandangan yang mendakwa terminologi adat adalah berasal
dari perkataan Yunani di mana a (bererti “tidak”) dan dat (bererti “nyata”). Justeru, adat adalah
sesuatu yang tidak nyata tetapi terasa seperti norma, etika, budi dan kemanusiaan.

Oleh itu, secara keseluruhanya pengertian yang lebih tepat mengenai adat adalah
sebuah perlakuan di dalam kehidupan. Dalam masyarakat Melayu kini, pengertian adat sebagai
satu bidang yang serba merangkumi Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang
disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan. Sesebuah masyarakat
juga menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai

7

menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini menjadi amalan
sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah menjadi kebiasaan atau satu
kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.

2.2 BUDAYA
Menurut Bahasa melayu, budaya atau kebudayaan secara amnya membincangkan hal-

hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala
sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"'
yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Seterusnya, istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada
perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa
memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya
(Suwardi Endraswara, 2006:4). Bagi pandangan Abdul Latif Abu Bakar pula istilah budaya
merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ia hanya mempunyai pengertian yang luas.
Hal ini jelas menunjukkan teminologi budaya mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran
berbeza dalam kalangan para sarjana.

Selain itu, Ibnu Kaldun berpendapat bahawa budaya merujuk kepada kebiasaan cara
hidup manusia yang mempunyai intelek dan daya fikir. Melalui intelek, manusia dapat
memahami satu sama lain.Manusia juga dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam
sekeliling serta proses penyesuaian yang melahirkan budaya yang berbeza-beza antara
kawasan.

Seterusnya,terdapat juga maksud-maksud yang diperoleh daripada buku-buku pengkaji
terdahulu yang menjelaskan maksud kebudayaan. Misalnya, buku Pengantar Antropoloji
menyatakan bahawa kebudayaan adalah berasal daripada kata Sankrit Buddhayah iaitu buddhi
yang membawa maksud “budi” atau “akal”. Sehubungan itu, kebudayaan dapat diertikan
sebagai hal-hal yang berkaitan akal. (Prof.Dr. Koentjaraningrat,1970). Buku yang kedua pula

8

menyatakan bahawa kebudayaan juga dapat ditafsirkan sebagai milik bersama sesuatu
masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama. (Lucy Mair, buku An Introduction Io Social
Anthropology)

Justeru itu, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh
sekumpulan tertentu dan meliputi dalam sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam,dan sikap. Malah, konsep budaya masih lagi relevan dan
dikaitkan dengan kehidupan masyarakat terdahulu dan masa kini.

2.3 ETIKA
Dalam istilah bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun tanggapan

terhadap sesuatu perkara sama ada ia benar atau salah, baik atau buruk.Manakala menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Malah ia juga melibatkan
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Seterusnya, etika dalam istilah Islam adalah akhlak dan merujuk kepada nilai akhlak
atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadis. Etika dalam Islam juga merujuk
kepada nilai-nilai baik dan melalui melakukannya seseorang itu akan mendapat ganjaran
pahala. Selain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan
perkara baik dan perkara yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.

Selain itu, istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu “ethos” yang
membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud
adat kebiasaan dan membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus
bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.

Bahasa Inggeris juga menyatakan ethic itu bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan
etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut

9

kamus lain, ethic bermaksud “system of moral and principal rules of conduct” yang bermaksud
sistem prinsip akhlak, peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics pula bermaksud sains
yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

2.4 PERADABAN
Mengikut Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia

yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya,
politik dan lain-lain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan
serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan, atau
sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus).

Selain itu, etika dalam Islam adalah akhlak yang merujuk kepada nilai akhlak atau
prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadis. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-
nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala. Selain itu ia
juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang
buruk berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya.

Istilah bahasa China pula peradaban disebut wen sming yang bererti cerah, terang atau
bercahaya yang merujuk kepada peradaban.Istilah tersebut juga dikaitkan dengan amalan
tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur
secara terbuka. Daripada definisi ini dapat dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan
kepada unsur-unsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.
Manakal dalam bahas Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar bermaksud
kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar juga merupakan
simbol (Leow Chow Tew,2012).

10

Tambahan pula, Bahasa Yunani pula menjelaskan etika secara etimologis dari etika
adalah timbul dari kebiasaan. Sedangkan pengertian etika dari penegasan KBBI (Kamus Besar
Bahasa Indonesia) adalah ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk dan tentang hak dan
kewajiban moral (akhlak).

Jelaslah bahawa tafsiran terhadap istilah peradaban dari sudut bahasa mempunyai
pelbagai maksud dan pengertian tersendiri. Rata-rata tafsiran yang diberikan mencakupi aspek
material dan spiritual.

11

BAB 3
CIRI-CIRI PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

3.1 ADAT
Menurut Kamus Dewan adat ialah sebagai peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu

kala. Pembahagian Adat Temenggung dan Adat Perpatih dalam masyarakat Melayu telah
dibuat sejak zaman kolonial lagi bagi membezakan secara mudah antara undang-undang adat
Melayu dengan undang-undang dari Minangkabau. Semua undang-undang yang berasal dari
Minangkabau telah digolongkan sebagai Adat Perpatih, sementara semua undang-undang adat
Melayu lain sebagai Adat Temenggung. Pembahagian ini mungkin berpunca daripada
wujudnya beberapa persamaan antara adat Melayu dengan adat yang diasaskan Datuk
Ketemenggungan di Minangkabau.

3.2 BUDAYA
Terdapat beberapa ciri-ciri budaya. Antaranya ialah:

a. Bersifat Dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat

mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat
Melayu, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-
kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin
dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada
masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan
kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.

12

Begitu juga Bahasa Melayu yang merupakan salah satu cirinya bersifat dinamik di
mana mudah menerima pengaruh bahasa asing agar Bahasa Melayu dapat terus hidup dan
berkembang dengan meluas. Bahasa Melayu turut bergerak lebih ke hadapan disebabkan
sifatnya yang dinamik. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan
semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk
meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan
perdagangan.

b. Menerima dan Menolak Unsur Tertentu

Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap
masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang
sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan
masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota
masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada
masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan
dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan
agama.

c. Diwarisi

Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada
generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya.
Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih
dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Al-Quran dan adat bersanding. Adat
tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran
zaman. Ia merupakan adat yang diwarisi secara turun temurun.

13

d. Proses Kesinambungan

Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama
Kebudayaan mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada
dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan
adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami
proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk
mencipta pelbagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan
walaupun terdapat sedikit perubahan dalam beberapa aspek tertentu.

3.3 ETIKA

Menurut kamus dewan, etika bermaksud nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Terdapat beberapa ciri- ciri etika. Antaranya ialah:

a. Adat Perkahwinan

Sehingga kini, masyarakat melayu masih lagi memelihara adat resam perkahwinan di
dalam kehidupan mereka. Tujuan perkahwinan diadakan adalah untuk membina rasa kasih
sayang dan cinta antara pasangan suami isteri, mendapatkan zuriat yang sah serta mengelak
terjadinya maksiat. Dalam ajaran Islam, akad nikah merupakan ajaran yang penting. Adat
perkahwinan dalam orang melayu masih boleh dilakukan asalkan tidak bertentangan dengan
syariat Islam. Sebelum perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa peringkat yang perlu
diikuti. Antaranya ialah adat merisik, adat meminang, adat bertunang, adat menikah dan akhir
sekali ialah majlis perkahwinan. 1

b. Perayaan Masyarakat Melayu

Bagi umat Islam, terdapat dua perayaan yang diraikan iaitu Hari Raya Aidilfitri (puasa)
dan Hari Raya Aidiladha (haji). Kedua-dua perayaan ini disambut setahun sekali mengikut

14

kalendar Hijrah iaitu Hari Raya Aidilfitri disambut pada bulan Syawal manakala Hari Raya
Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah.

Perayaan bagi Hari Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan atau kegembiraan
setelah umat Islam selesai mengerjakan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Zakat fitrah wajib ditunaikan bagi orang Islam mengikut syarat yang tertentu. Semasa pagi
Haru Raya Aidilfitri, umat Islam disunatkan untuk mandi, memakai pakaian yang baru dan
bersih bagi mereka yang berkemampuan manakala bagi mereka yang kurang berkemampuan
cukup memakai baju yang bersih, bersarapan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di
masjid. Setelah selesai solat sunat tersebut, umat Islam akan bermaaf-maafan antara satu sama
lain, ziarah menziarahi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat. Umat Islam juga disunatkan
untuk berzikir dengan memuji kebesaran Allah sebagai tanda bersyukur ke atas nikmat yang
telah diberikan oleh Allah.

Seterusnya, Hari Raya Aidiladha juga disebut sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya
Haji merupakan perayaan yang disambut oleh semua umat Islam ketika 10 Zulhijjah setiap
tahun mengikut kalendar hijrah. Ibadah korban yang disambut adalah untuk memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana
ketaatannya kepada Allah. Akibat peristiwa itu, setiap tahun perayaan Aidiladha umat Islam
akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang
bernasib baik. Seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha juga disunatkan untuk
memakai pakaian yang baru dan bersih. Umat Islam juga akan mengerjakan solat sunat
Aidiladha. Selepas solat sunat upacara untuk menyembelih bintang akan dimulakan. Antara
binatang yang dijadikan korban ialah lembu, kambing dan biri-biri yang akan disembelih
beramai-ramai sebelum dibahagikan kepada penduduk dan fakir miskin.

c. Makanan Tradisional

Pelbagai jenis makanan tradisional Melayu yang menjadi kegemaran sehingga ke hari
ini. Antara makanan tradisional Melayu ialah nasi lemak dan sate. Nasi lemak ialah makanan
yang menjadi kegemaran ramai orang. Kebiasaannya, nasi lemak dijadikan makanan ketika
sarapan pagi. Namun, mengikut peredaran kini nasi lemak juga dimakan tidak kira pagi ataupun
malam. Terdapat sambal, telur rebus dan ikan bilis goreng di dalam nasi lemak. Namun, lauk-

15

pauk yang lain juga boleh dimakan bersama nasi lemak contohnya, ayam goreng, rendang
ayam, sambal paru dan sebagainya.

Seterusnya, sate ialah hidangan daging yang diperap dengan remah dan kemudiannya
dipanggang di atas api sehingga masak. Antara sate yang ada di Malaysia ialah sate ayam, sate
daging, sate kambing, sate arnab dan sebagainya. Selalunya, sate dihidangkan bersama kuah
kacang, nasi impit dan timun.

3.4 PERADABAN

Peradaban Melayu ialah sebuah peradaban yang telah dihasilkan oleh masyarakat
Melayu dari masa ke masa. Namun, peradaban Melayu turut dipengaruhi oleh unsur-unsur luar
seperti keyakinan, agama, adat istiadat dan budaya lain. Terdapat beberapa ciri-ciri peradaban.
Antaranya ialah:

a. Petempatan Kekal

Petempatan kekal merupakan langkah pertama untuk membentuk masyarakat. Melalui
petempatan yang kekal, masyarakat dapat berkembang ke hadapan dengan menumpukan
aktiviti pertanian, ekonomi, politik dan sosial. Peradaban banyak didorong oleh kedudukannya
yang strategik yang menyebabkan masyarakat memperoleh sumber semulajadi untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Perkembangan daripada petempatan kekal juga
menyebabkan struktur kehidupan masyarakat menjadi lebih tersusun. Kewujudan petempatan
kekal akan membentuk peradaban dalam sesebuah masyarakat. Secara tidak langsung,
petempatan kekal juga akan membentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran, perbandaran,
sistem agama dan kepercayaan, kualiti kehidupan masyarakat, susun lapis masyarakat serta
bahasa dan sistem tulisan.

16

b. Kualiti Kehidupan

Kualiti kehidupan ini merupakan sistem kekeluargaan yang teratur bagi menjamin
kehidupan yang berkualiti. Masyarakat melayu akan memastikan kehidupan mereka akan
menjadi lebih baik dari satu tahap ke tahap. Kualiti kehidupan merupakan keinginan untuk
meningkatkan tahap kemajuan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Di samping itu,
masyarakat dahulu yang tinggal di kawasan bandar juga kebanyakannya menjalankan aktiviti
perdagangan. Aktiviti perdagangan yang berkembang khususnya di Melaka dapat
meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Melayu.

c. Organisasi Sosial

Sistem organisasi sosial masyarakat Melayu lama lebih kepada sistem feudal yang
terbahagi kepada 2 iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang
memerintah terdiri daripada golongan raja, pembesar dan bangsawan manakala golongan yang
diperintah adalah golongan rakyat yang terdiri daripada saudagar, petani serta hamba abdi.
Oleh itu, kewujudan organisasi sosial dalam kehidupan masyarakat Melayu lsekaligus telah
mewujudkan peradaban kerana terdapat jurang perbezaan antara golongan atasan dan bawahan
di mana golongan bawahan seperti rakyat jelata sangat hormat kepada golongan atasan.

d. Bahasa dan Tulisan

Menurut kamus dewan, bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang
digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan
perasaan dan fikiran. Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Selain itu, masyarakat melayu sejak dahulu sudah mempunyai keupayaan untuk
menghasilkan sebuah karya. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat mempunyai peradaban
dalam bahasa dan tulisan.

e. Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan merupakan salah satu ciri peradaban yang penting. Setelah
wujudnya masyarakat yang hidup menetap, sistem agama dan kepercayaan telah menjadi

17

pegangan mereka yang mendiami petempatan tersebut. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat
Melayu mengamalkan kepercayaan animisme iaitu percaya adanya roh dan semangat pada
sesuatu objek seperti batu, pokok dan gunung. Setelah itu, agama Hindu dan Buddha diserap
masuk ke Nusantara, masyarakatnya mula mengubah kepercayaan dan amalan mereka
mengikut kesesuaian dalam agama tersebut. Masyarakat Melayu lebih berperadaban kerana
mempunyai pegangan hidup yang benar pada abad ke-15 dan ke-16 setelah kedatangan Islam.

18

BAB 4
PERKEMBANGAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

4.1 ADAT

Perkataan “adat” adalah pinjaman daripada bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan.
Istilah ini sendiri memberi pengertian yang agak meluas dalam situasi satu bentuk perbuatan
atau tingkah laku dan cara manusia berfikir yang telah wujud dan diamalkan begitu lama
sehingga dianggap tradisi. Dari aspek lain, adat juga ditakrifkan sebagai suatu aturan dan cara
hidup yang mencerminkan perlakuan harian, bermusim sama ada berdasarkan bulan atau
tahun.(Jabatan Warisan Negara)

Bahagian ini menerangkan beberapa perkembangan mengenai adat kelahiran,
perkahwinan dan kematian.

4.1.1 KELAHIRAN
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan

suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai
setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran
itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-
adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh
hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas
bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri
akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di
dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di

19

samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran
ini.

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan
dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara
api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

Masyarakat kini tidak lagi mengamalkan adat kelahiran seperti yang di atas. Mereka
lebih mempercayai fakta sains berbanding petua atau nasihat orang-orang lama. Sebarang
masalah berkenaan bayi mereka akan terus dirujuk kepada doktor yang berkenaan. Namun,
masih ada sesetengah yang masih mengikuti adat-adat tersebut. Hal ini adalah bergantung
kepada hak individu tersebut. (Irma Musliana , November 2022)

4.1.2 PERKAHWINAN

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya
kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat
resam,perkahwinan Bagi masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan.
Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dilaksanakankan secara meriah dan
penuh adat istiadat Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri
terutama dalam majlis perkahwinan Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting
dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya istiadat ini disusun
begitu teratur mengikut langkah yang telah dirancang.

Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan. Adat ini
juga dipanggil meninjau. Ianya melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki dengan
wakil keluarga perempuan.. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga

20

pihak perempuan. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga
bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin.

Sebaik saja peminangan pihak lelaki diterima maka urusan majlis pertunangan pula
diadakan. Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan,
satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh
atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain
seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik
untuk diberikan kepada pihak perempuan.

Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia
bukan suatu adat tetapi lebih kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas
segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja,
mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara
persandingan. Ketika ini pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam.
Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan disambut dengan meriah bilamana
pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat.

Adat perkahwinan orang Melayu terdapat banyak langkah dalam menjayakannya.
Tetapi masyarakat moden kini tidak lagi mengikuti kesemua langkah tersebut. Kebanyakan
daripada mereka lebih memilih untuk mengikuti kaedah perkahwinan mengikut Islam. Ada di
antara mereka hanya bertunang dan seterusnya terus menikah. Bagi mereka, perkara yang
ringkas lebih memudahkan. (Muhd Harith Mokhtar, 6 Februari 2015)

21

4.1.3 KEMATIAN
Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah

pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit
adat-adat kemelayuaan.

Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan
kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini
bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah
si mati.Di samping itu,untuk menghebahkan kematian si mati.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup
dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan
kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.
Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Tambahan pula,Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan
diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.

Sehingga kini adat tersebut masih lagi dilakukan cuma beberapa perkara yang tidak
wajib seperti melakukan tahlil sepanjang 3 hari 3 malam sudah jarang dilakukan atas beberapa
pandangan ulama yang mengatakan tidak wajib. (Steven Low Phak Sheng, Ooi Shu Huang,
Salha Nabila, Wan Nur Athirah, Presley Gitin, Nor Azlita dan Mariam Suhara, 27 November
2012)

4.2 BUDAYA
Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah

budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula
dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75). Istilah budi
juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha
mengatasi permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk

22

kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana pemikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran
tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam
kehidupan (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2).

Bahagian ini menerangkan mengenai perkembangan budaya pemakaian, makanan dan
seni bina rumah masyarakat melayu.

4.2.1 PAKAIAN
Pakaian orang Melayu yang paling popular dikenali oleh semua ialah baju kurung untuk

yang wanita dan baju melayu untuk yang jejaka. Cara pemakaian ini sebenarnya dipengaruhi
oleh agama Islam yang mula menyerap masuk di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Sebelum adanya pengaruh Islam, pemakaian orang Melayu dipengaruhi
oleh agama Hindu-Budhha. Mereka hanyalah berpakaian ringkas. Yang lelaki hanya
menggunakan dua helai kain, satu untuk menutupi kepala dan satu lagi sebagai sarung. Bagi
yang wanita, tiga helai kain digunakan sebagai kain sarung, kain kemban dan kain selendang.
Perbezaan status dapat dilihat melalui penggunaan jenis kain yang mahal.

Sekitar abad ke-7, terdapat pengaruh Islam dalam cara pemakaian orang Melayu, yang
dibawa masuk oleh orang Arab. Penyerapan dan transisi pengaruh agama Islam berlaku secara
berperingkat dan proses ini mengambil masa yang agak lama. Pada abad ke-7 hingga ke-13,
agama Islam tersebar luas di tanah Melayu. Walaubagaimanapun, cara pemakaian mereka
masih mempunyai pengaruh agama Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu mula berpakaian
secara sopan iaitu memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian
bawah dililitkan dengan kain sutera. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka proses evolusi
pakaian orang Melayu ini mengapai tahap tertinggi. Kaum Adam mula memakai baju Melayu
manakala kaum Hawa mula memakai baju kurung dengan kelubung untuk menutup kepala.

Sehingga kini, kaum lelaki masih lagi memakai baju melayu dan ada beberapa
penambahan baharu seperti kurta dan sebagainya. Kaum perempuan juga masih memakai baju

23

kurung namun terdapat penambahan baharu fesyen baru kurung seperti baju kurung kedah,
baju kurung moden dan sebagainya.

4.2.2 MAKANAN
Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan

makanan kehidupan dan adat bagi penduduk asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk
budaya diet(pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman
utama di Kedah dan Perlis dan juga dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'.

Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan
dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili, belacan. Hidangan orang Melayu
dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan
sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga rempah ratus. Santan merupakan
bahan asas dalam masakan Melayu. ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masakan lemak.

Bahan perasa dalam masakan Melayu dibahagi kepada dua: rempah basah dan rempah
kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang
halia, bawang putih, dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga,
kayu manis dan lain-lain. Orang melayu juga menggunakan bahan-bahan herba seperti serai,
daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.
Tiada perubahan antara dahulu dan sekarang. Makanan ruji orang melayu masih lagi nasi.

4.2.3 SENI BINA RUMAH
Kebanyakan rumah-rumah Melayu yang dibina sebagai Rumah Panggung. Ciri utama

yang rumah 'kampung' kebiasaan Melayu adalah atas tiang-tiang atau buasir. Ini adalah untuk
mengelakkan haiwan liar dan banjir, untuk menghalang pencuri, dan untuk meningkatkan
pengudaraan.

24

Rumah tradisional Melayu memerlukan tangga untuk sampai ke kawasan pedalaman
tinggi. Biasanya tangga disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi
(anjung atau ruai). Tangga tambahan mungkin ditemui di belakang rumah. Tangga boleh
dibuat daripada kayu atau bata struktur ditutup dengan jubin. Sebagai contoh, dalam seni
bina Melaka dan Riau, tangga sentiasa dibentuk dan juga sebagai dihiasi jubin berwarna-warni.

Bumbung rumah Melayu tradisional ini direka untuk memberi naungan dan
perlindungan daripada panas dan hujan, dan juga untuk memberi pengudaraan. Reka bentuk
asas bumbung pada rumah Melayu adalah bumbung bertebar layar, rangka yang panjang
dengan perhiasan di tepi bumbung. Bumbung Melayu vernakular adalah paling sesuai untuk
iklim tropika yang panas dan lembap.

Kini, kebanyakan rumah orang melayu adalah moden menggunankan batu-bata dan
lebih tertutup. Rumah tradisional orang melayu pula hanya boleh didapati di kawasan kampung
dan pedalaman. (Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin, 13 Mei 2016)

4.3 ETIKA
Masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup bersopan santun dan penuh etika dari

dahulu sehinggalah kini. Mereka dididik dan diajar supaya menggunakan anggota badan
dengan cara yang sopan. Gerakan anggota badan perlu dijaga supaya tidak menimbulkan
sebarang spekulasi terhadap respon yang diberikan. Hal ini demikian kerana gerakan badan
juga mencerminkan peribadi seseorang.

Bangsa Melayu menggesa masyarakatnya agar tidak menunjukkan sesuatu dengan
menggunakan jari telunjuk sebaliknya menggunakan ibu jari. Penggunaan ibu jari dianggap
lebih sopan kerana isyarat ini tidak akan mewujudkan salah faham dalam komunikasi
nonverbal. Contohnya, sekiranya terdapat pelancong yang bertanyakan arah sesuatu jalan,
masyarakat Melayu perlulah memberikan bantuan menunjukkan arah yang diminta dengan
menggunakan ibu jari. Dengan ini, para pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar
negara akan merasa lebih selesa dengan layanan mesra yang diberikan oleh orang Melayu di

25

Malaysia. Kesopanan ini seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pusat
pelancongan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kekayaan budi pekerti
masyarakatnya.

Di samping itu, masyarakat melayu juga mengamalkan kebudayaan membongkokkan
badan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua daripadanya. Budaya ini melambangkan
penghormatan orang muda terhadap orang yang lebih tua. Kebudayaan ini merupakan amalan
yang diwarisi secara turun-temurun daripada zaman nenek moyang yang terdahulu. Namun,
terdapat segelintir masyarakat Melayu pada masa kini yang kian melupakan amalan tersebut,
bahkan ada juga segelintir masyarakat Melayu yang hanya lalu di hadapan orang tua tanpa
menunjukkan rasa hormat dan senyuman. Kelunturan amalan kebudayaan masyarakat melayu
dipercayai berpunca daripada pengaruh budaya Barat yang mencemarkan pemikiran generasi
muda. (Hi Dayah, 16 September 2014)

4.4 PERADABAN
Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan dinnun

atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami, berkembang subur dan
maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan . Istilah adab pula merujuk kepada
jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna memperelok tingkah laku yang
menunjukkan pemikiran dan roh. Ta’dib adalah proses membentuk disiplin yang baik.
Perkataan dainun membawa maksud kepatuhan, penyerahan; cara hidup, pinjaman; hakim atau
pemerintah; madinah (sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah). Bahagian ini
menerangkan mengenai peradaban masyarakat melayu apabila terdapat pengaruh islam,
pengaruh barat dan pengaruh asia timur.

4.4.1 PENGARUH ISLAM
Kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke atas masyarakat

Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh Islam ke atas masyarakat
Melayu adalah seperti pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar
iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain

26

dari itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang diwajibkan
sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan.

Semenjak penjajah datang ke Tanah Melayu, mereka berusaha sedaya upaya untuk
menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan
teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Tujuannya
hanyalah untuk menjauhkan masyarakat Melayu Islam dari agamanya.

Namun, pengaruh agama Islam yang kuat telah berjaya menjaga jatidiri orang melayu
daripada pengaruh Barat. (Muhd Luthfillah, 2021)

4.4.2 PENGARUH BARAT
Kedatangan penjajah Barat turut membawa pengaruh yang besar dalam peradaban

melayu.Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa
kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum in mengamalkan
sistem feudal iaitu pemerintahan beraja yang menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak.
Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan
negara mesti dibuat oleh rakyat dengan mengguna kan suara majoriti yang memilih untuk
melakukan sesuatu keputusan.

Sehingga kini, pemimpin negara masih lagi dipilih melalui caraini iaitu dipanggil
sebagai pilihan raya. Pilihan raya ini dilakukan 5 tahun sekali bagi memilih Perdana Menteri
yang layak.

4.4.3 PENGARUH ASIA TIMUR
Sewaktu pendudukan dan pentadbiran Jepun, sistem pondidikan lebih menekankan

latihan akhlak atau pun watak daripada akademik. Kawalan Jepun yang ketat dilihat juga dalam
perubahan yang dibuat dalam sister pelajaran. Bahasa Nippon-Go diajar di sekolah-sckolah

27

rendah. Pelajaran sekolah menengah pula dihentikan dan diganti dengan sekolah-sekolah
perdagangan dan teknikal. Pelajar-pelajar telah diajar tentang telekomunikasi kelautan,
perikanan dan pertanian. Kerajaan Jepun di Tanah Melayu sebenarnya bergantung kepada
tanah jajahannya untuk bahan-bahan asas seperti makanan, hasil pertanian dan perusahaan.

Sekiranya penduduk tempatan tidak dilatih meneruskan aktiviti-aktiviti ekonomi,
keadaan di Tanah Melayu akan menjadi huru-hara tanpa makanan, pakaian dan wang yang
cukup. Jepun juga telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan di kalangan
pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kedatangan Jepun sememangnya melatih orang Melayu untuk melayu untuk menjadi
lebih berdisiplin dan mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sekarang.

28

BAB 5
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DI MALAYSIA

Perkembangan penghayatan etika dan peradaban di Malaysia telah memberi impak
yang besar kepada semua masyarakat. Ia juga dapat mengekalkan pembentukan identiti bangsa
melayu dalam jangka masa yang lama dengan mengamalkan kehidupan tradisi orang melayu
bagi menitikberatkan hubungan kekeluargaaan dan masyarakat untuk mengembangkan lagi
tradisi dalam penghubungan antara mereka.

Kesan penghayatan etika dan peradaban orang melayu di Malaysia mempunyai kesan
positif dan negatif yang menjadi dorongan serta tentangan bagi masyarakat di Malaysia
menerima adat dean budaya melayu yang diterapkan di kalangan masyarakat. Kesan positif
penghayatan etika dan peradaban dapat membentuk sifat perwatakan masyarakat Melayu
tradisi yang berpegang teguh dengan budaya dan adat yang berakar umbi dalam diri mereka.

Masyarakat yang mengamalkan adat dan budaya melayu dapat mewujudkan kesedaran,
kesatuan serta sikap kejujuran sesama mereka. Seperti yang diketahui, masyarakat Malaysia
terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan kepercayaan yang berbeza.
Tetapi majoriti masyarakat di Malaysia dapat menerima adat dan budaya melayu yang
diamalkan serta peratusan konflik berkenaan isu perkauman semakin berkurang. Oleh itu,
pentingnya dalam mempertingkatkan uusaha dengan memupuk persafahaman antara kaum
bagi mengelakkan perbalahan perkauman berlaku.

Selain itu, masyarakat perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing – masing
supaya dapat memperbaiki diri melalui proses saling memberi. Seperti yang diketahui, adat
dan budaya melayu contohnya menziarahi rukun tetangga dengan membawa buah tangan atau
sebagainya. Secara tidak langsung, semua masyarakat di Malaysia dapat menerima adat dan
budaya melayu yang diterapkan dalam diri masing-masing serta isu perkauman dapat diatasi.

29

Adat dan budaya melayu dapat membina satu barisan bersama untuk menentang
dominasi Barat dengan mengenalpasti anasir negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan
budaya dan mencari penyelesaian bersama serta diklaksanakan bagi menjaga kelangsungan jati
diri dan nilai hidup masyarakat. Permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa perlu
ditangani secara rasional, bukan secara keganasan atau konfrontasi.

Masyarakat di Malaysia perlu memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan
perselisihan faham apabila adat dan budaya melayu diterapkan di Malaysia. Seperti yang
diketahui, ikatan silaturahim dan persaan saling menghormati merupakan adat dan budaya pada
semua bangsa. Dengan cara ini, masyarakat menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama
dapat memperkukuhkan hubungan kemasyarakatan serta dapat mengadaptasikan adat dan
budaya melayu di kalangan mereka.

Walaubagaimanpun, penerimaan kesan positif penghayatan etika dan peradaban orang
melayu di Malaysia terdapat juga kesan negatif yang menjadi isu kepada masyarakat. Persepsi
atau tanggapan yang salah untuk sesuatu peradaban berpunca dari kejahilan pihak yang
berkenaan dengan memahami budaya melayu merupakan suatu budaya yang tidak patut diikuti.
Seperti contoh, tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan atau vandalisme akan
menggambarkan sikap hormat-menghormati orang melayu tidak dipupuk serta dilabel sebagai
bangsa pengganas.

Interaksi antara peradaban yang terhad merupakan kesan negatif yang amat jelas
terutamanya ingin mengekalkan pelbagai bangsa di dalam satu negara. Oleh itu, adat dan
budaya melayu menjadi perbualan antara bangsa lain yang menjadi salah faham dan salah
tanggapan. Secara pentingnya, permasalahan ini diatasi bagi mengurangkan ketegangan yang
wujud antara dua pihak yang berlainan budaya bagi menerima adat dan budaya melayu di
Malaysia.

30

BAB 6
CABARAN DAN CARA MENGATASI PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN DI MALAYSIA

Kuasa Eropah, khususnya Portugis, Belanda dan Inggeris sejak abad 16m berlanjutan
abad 17M hingga 20M. Secara perlahan-lahan, mereka menggerakan imperialism,
kolonalisma dan nasionalisma berdasarkan acuan Barat (Abdul Rahm an Hj. Abdullah
1990). Gerakan imperialism dan kolonilisma Inggeris di Malaysia (Tanah Melayu) yang
bermula dengan pelaksanaan sistem Residen di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, di
samping penguasaan Pulau Pinang dan beberapa negeri lain,

Gerakan Inggeris berasas kepada dasar campur tangan dalam semua aspek kehidupan
masyarakat Melayu, terutamanya aspek pemerintahan. Pendidikan pula menjadi fokus
Stamford Raffles (1781-1826M) untuk membentuka corak baru, bukan lagi berwajah
pendidikan Islam. Walaupun pada pertengahan abad 20M, negara rantau Alam Melayu telah
merdeka dan bebas dari penjajahan Barat, namun secara tidak langsung kesan pemerintahan
penjajahan masih terpahat dalam kebudayaan Melayu. Cabaran terhadap tamadun Melayu kini
dapat dilihat pada dua kelompok utama, iaitu Cabaran dalaman dan Cabaran luaran:

Cabaran Dalaman
1. Kelemahan Jati Diri
Jati diri adalah sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian individu
dan bangsa (Kamus Dewan 2010). Masyarkat melayu kurang memahami susur galur
bangsa dan budaya Melayu dalam gagasan sejarah yang panjang dan
berkesinambungan. Rasa sayang kepada masyarakat dan bangsa yang luntur tidak akan
melahirkan rasa ingin mempertahankan budaya dan warisan bangsa yang telah menjadi
corak tamadun bangsa, seperti tindakan, amalan, nilai- pada nilai seni pada binaan, hasil
kemahiran dan hiburan yang sekadar untuk mengisi masa lapang.

31

2. Kelemahan Pegangan Agama Islam
Agama Islam telah menjadi asas kebudayaan Melayu, seperti yang dimaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, kehidupan keIslaman telah
menjadi identiti budaya dan adat Melayu. Kelemahan pegangan agama akan
memudahkan pengaruh luar terutamanya barat memasuki dan menakluki adat dan
budaya melayu ini. Orang melayu sewenang-wenangnya terikut dengan hasutan
golongan barat hingga melupakan adat dan budaya dan dahulunya dibangga-
banggakan.

Cabaran Luaran

1. Globalisasi
Asas cabaran luaran budaya dan adat Melayu adalah globalisasi. Globalisis bermaksud
fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat (Kamus Dewan 2000). Globalisasi
juga adalah satu proses dan fenomena sedunia yang membolehkan ekonomi, politik,
budaya dan ideologi sesuatu negara mencerobohi atau menembusi sempadan negara lain
(Idris Zakaria 2012). Gelombang ini tidak mengambil kira dan tidak menghormati adat
sopan, tradisi bangsa, agama dan lain-lain. Oleh itu, apa yang akan diterapkan oleh
globalisasi adalah berdasar acuan Barat. (Idris Zakaria 2012). Situasi ini akan
membentuk cabaran kepada budaya dan adat Melayu kerana globalisasi akan
menghapuskan budaya tradisi dan adat Melayu yang berakar pada agama dan adat
yang seiring dengan Islam.

2. Fahaman Barat
Cabaran utama dari fahaman Barat adalah fahaman liberal. Menurut Kamus

Dewan (2010), liberal adalah sifat yang cenderong kepada kebebasan dan
berpandangan bebas serta terbuka. Kefahaman ini bertentangan dengan nilai dan
pegangan asas sedia ada pada masyarakat dan budaya Melayu. Selain liberalisma,
hedonisma juga adalah fahaman Barat yang menjadi cabaran kepada budaya
Melayu. Ini kerana gagasan dan pembawaan hedonisma bercanggah dengan budaya

32

Melayu yang berteras agama Islam dan adat istiadat Melayu. Hedonisme adalah satu
bentuk pegangan dan pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup (Kamus Dewan). Budaya hedonisme yang asalnya adalah
pandangan hidup satu aliran pemikiran tertentu telah berubah menjadi satu gaya
hidup masyarakat moden. Ia menjadi pegangan hidup yang mementingkan
keseronokan semata-mata, tanpa mengambil kira aspek lain yang lebih penting dalam
kehidupan. Budaya hedonisme melahirkan generasi yang tidak mementingkan masa
depan. Mereka hanya menginginkan keseronokan, tanpa matlamat hidup yang tinggi.

Cara-Cara Mengatasinya:

1. Pertama sekali ialah membuat kempen berkaitan budaya dan adat resam. Hal ini
merupakan satu langkah untuk menerapkan budaya dan adat resam di kalangan
masyarakat. Oleh hal demikian, masyarakat dapat memahami dan mengamalkan
budaya dan adat resam melayu. Kempen tersebut dapat mengajar kebudayaan dan
adat resam dalam golongan anak muda. Hal ini juga dapat menerapkan budaya dan
adat resam melayu dalam kalangan masyarakat. Oleh hal demikian, golongan anak
muda akan dapat meneruskan budaya dan memahami adat resam melayu serta
mengamalkannya. (Wan Abdul Kadir Wan Yusof, 2005)

2. Mencadangkan penubuhan Pusat Prihatin Budaya Melayu (PPBM). Tujuan utama
PPBM adalah membentuk persekitaran individu dan masyarakat yang menyedari
hakikat kehidupan masyarakat Melayu kini yang bersambung terus menerus
dengan masyarakat Melayu silam dan mendepani cabaran yang berada di sekitar
kehidupan kini. Persekitaran yang dibina adalah persekitaran harmoni berteras kepada
kehidupan masyarakat Melayu Islam diluar dari persekitaran persekolahan, kampus
dan pusat kerjaya, sebagai pengukuh kepada persekitaran positif yang sedia ada dan
benteng kepada persekitaran negatif yang telah menular dalam masyarakat.
Persekitaran harmoni ini adalah persekitaran yang menjadikan matlamat hidup
sebagaimana digariskan oleh Islam, beracuan akidah, ibadah, akhlak serta usaha.
33

Justeru, gaya hidup Islam ini akan mengisi kefahaman generasi Melayu dan
seterusnya menghindar dari pelbagai gejala buruk, sama ada kerana kelemahan
dalaman, apatah lagi gejala liberalisma dan hedonisma. (Zuarida Mohyin,2010)
3. Cara seterusnya yang boleh dilakukan untuk mengekalkan identiti budaya dan adat
melayu ialah dengan mengadakan sambutan tahunan seperti perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Awal muharram dan sambutan Maulidur Rasul. Selain
itu, mengadakan aktiviti kebudayaan seperti permainan traditional seperti gasing,
congkak, lompat tikus dan sebagainya secara besar-besaran di dalam negara bagi
menarik minat masyarakat dan kaum lain serta dapat memelihara kebudayaan dan adat
melayu pada masa yang sama dapat memperkenalkan kebudayaan kita kepada etnik
lain.

34

BAB 7
KESIMPULAN

Kesannya, masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang penuh dengan sopan
santun, adat resam, nilai murni, adab dan budaya sejak dahulu lagi. Oleh itu, masyarakat pada
hari ini haruslah belajar dan mengamalkan adat resam yang diamalkan oleh nenek moyang kita
agar adat dan budaya ini dapat berkekalan dan tidak dapat dilupakan oleh generasi yang akan
datang. Sebagai rakyat Malaysia pula, ianya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk
mempelajari adat dan budaya yang diamalkan oleh nenek moyang kita sebagai tanda
menghargai dan hormat kepada mereka.

Natijahnya, adat,budaya,etika dan peradaban difahami bahawa ia dapat diteruskan
dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi iaitu secara bertulis
ataupun lisan. Sesebuah masyarakat juga menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek
moyang mereka sebagai menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan.
Peraturan ini menjadi amalan sifat dan tabiat manusia semulajadi di mana lama-kelamaan telah
menjadi kebiasaan atau satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan
tradisi sesuatu kaum itu.Malah, ia masih lagi berterusan dan dikaitkan dengan kehidupan pada
masa kini.

35

BIBLIOGRAFI

Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif
sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2(1), 61-84.

Bakar, F. D. A. (2019). PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BUDAYA
KOMUNITI ORANG ASLI MELALUI PELANCONGAN LESTARI.
ICMRSSE 2019, 140.

binti Azizan, N. I., Ismail, N., Zin, S. M. M., & Zainuddin, F. (2021). Cabaran Membentuk
Akhlak Remaja Melalui Persekitaran Sosial dan Perkembangan Teknologi. Jurnal
Pengajian Islam, 14(1), 118-129.

Harun, J. (2008). Kajian naskhah undang-undang adat Melayu di London. Sari (ATMA), 26,
127-148.

Hamid, I. (1991). Masyarakat dan budaya Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris, M. R. (2016). Perkembangan pendidikan wanita Melayu di negeri-negeri Melayu

Bersekutu, 1896-1941 (Doctoral dissertation, Universiti Malaya).
Meerangani, K. A., Rosele, M. I., & Marinsah, S. A. (2020). PENDEKATAN

WASATIYYAH DALAM INTERAKSI INTER-AGAMA DI MALAYSIA:
Wasatiyyah Approach in Inter-Religious Interaction in Malaysia. MANU
Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 19-19.
MALAYSIA, E. D. U. A. (2019). IDENTITI BUDAYA DAN SEMANGAT
PATRIOTISMA NEGARA ASAL DALAM PENGEKALAN AKADEMIK.
International Journal, 4(17), 144-158.

36

Siregar, F. A. (2018). Ciri Hukum Adat Dan Karaktristiknya. Jurnal Al-Maqasid:
Jurnal Ilmu Kesyariahan Dan Keperdataan, 4(2), 1-14.

Surat, M. S., Baharum, M. A., Usman, I. M. S., Musa, A. R., & Tawil, N. M. (2012).
Mengenalpasti Tahap Kesejahteraan Seni Bina Warisan Melayu Melalui Konsep
Islam. Journal of Design+ Built, 5(1).

Yusoff, M. Y. M., & Hanafiah, M. G. (2015). Impak media baharu terhadap sistem nilai
masyarakat Melayu di Malaysia. Malaysian Journal of Communication, 31(2), 33-46.

Zulkifli, N., & Yusoff, M. Y. M. (2022). Elemen-Elemen Sosiobudaya dalam Kalangan
Masyarakat Boyan di Semenyih, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 6(2), 1-13.

37


Click to View FlipBook Version