Bilangan Jurnal :1
Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh Peristiwa : 26 April 2021-30 April 2021
Tajuk Jurnal : Gangguan semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)
1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu pertama praktikum, saya menghadapi gangguan semasa sesi pdp berjalan kerana
segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah dan membuat bising.
2. Analisis masalah
Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan saya
untuk ke tandas, membuang sampah, menghantar buku dan mahu ke koperasi untuk membeli
alat tulis dan sebagainya. Selain itu juga, beberapa orang murid yang berbuat bising dan tidak
memberikan tumpuan terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.
Menurut harry k. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru
itu sendiri. “Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach
students how to procedures”. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas dengan
murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab itulah murid-
murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di dalam bilik darjah.
Seterusnya, bahan pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan
menyebabakan murid-murid cepat bosan.
Selain itu juga, saya turut membuat pemerhatian dan temubual dengan guru kelas berkaitan
beberapa orang murid yang kerap membuat bising ketika sesi pdp berjalan. Hasil daripada itu,
saya dapati beberapa faktor yang menyebabkan murid berbuat bising didalam kelas semasa sesi
pdp berjalan. Antaranya, murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah.
3. Cadangan
Bagi mengubah masalah dan sikap beberapa orang murid yang suka keluar masuk kelas
dan membuat bising ketika pdp sedang berjalan, saya telah membuat beberapa cadangan yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah di atas.
Antara cadangan saya ialah perlu bersikap tegas terhadap murid. Menurut Mok Soon
Sang (2003), corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah keberkesanan
komunikasi yang berlangsung. Selain itu, membuat beberapa peraturan yang jelas dan spesifik
serta berkuatkuasa sepanjang kelas bahasa melayu yang perlu dipatuhi oleh semua murid tahun
3 Ibnu Taimiyah.
Seterusnya, memindahkan murid yang bising di barisan hadapan agar kelas dalam
kawalan guru dan dalam masa yang sama saya dapat memerhatikan keadaan murid ini. Menurut
dorit sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah satu cara bagi mengawal dan
mengurus kelas. “Social dynamics is a big factor for rowdy behavior. Look at your seeting chart”.
Akhir sekali, melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka
4. Tempoh penyelesaian
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari persekolahan iaitu 26
april hingga 30 april 2021.
5. Tindakan susulan
Sebagai guru yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa memberi dorongan serta tunjuk ajar.
Selain itu, saya perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan cara memotivasikan
murid-murid. Hasil daripada pembacaan saya, peraturan-peraturan perlu diwujudkan di dalam
bilik darjah oleh guru bagi mengawal tingkah laku murid. Sebelum memulakan sesi pdp, guru
perlu menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan semasa proses PdP berjalan. Oleh itu, saya
telah menetapkan peraturan sebelum kelas bermula.
Rujukan
Ragbir. (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah). UG.Press
Selangor.
Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2003) Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd, Subang
jaya.
Bilangan Jurnal :2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa : 03 Mei 2021- 07 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
1. Masalah
Isu yang saya hadapi pada minggu kelapan sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu tahun 3 Ibnu Taimiyah secara atas talian ialah saya kurang mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sewaktu berada di dalam kelas.
2. Analisis
Saya mengalami masalah dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah di kelas. Hal ini demikian kerana saya kekurangan idea dalam
mempelbagaikan aktiviti yang menyeronokkan kepada murid. Aktiviti PdP yang kurang
menarik menyebabkan murid berasa tidak seronok ketika mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran sewaktu berada di dalam kelas. Dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, guru hendaklah menjadi kreatif agar dapat menimbulkan suasana PdP
yang menarik.
Masalah ini timbul adalah disebabkan saya mendapati saya masih mempunyai banyak
kekurangan yang perlu saya perbaiki dalam diri untuk menjadi seorang pendidik. Kadangkala
saya kurang memahami strategi dan pendekatan dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran.
Masalah ini dirumitkan lagi dengan keadaan yang berlaku pada masa kini iaitu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan berikutan
penularan wabak Covid-19.
Keadaan ini menambahkan lagi kekangan kepada saya dalam mempelbagaikan aktiviti
pdp serta penglbatan murid di dalam kelas. Menurut NACCCE (1999), pengajaran kreatif
adalah pengajaran yang mengutamakan strategi mengajar yang melibatkan murid secara
aktif, penyesuaian strategi digunakan dengan julat umur, konteks dan individu serta memberi
fokus kepada kerelevanan perkara yang dipelajari atau dialami oleh murid-murid malah
pengalaman ini adalah di bawah kawalan murid sendiri.
3. Cadangan
Cadangan yang saya ambil bagi menangani masalah ini ialah:
1) Mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransang minat murid di dalam bilik
darjah.
2) Guru menentukan pendekatan dan teknik yang sesuai dengan perkembangan murid.
3) Menyediakan aktiviti yang menarik dan sesuai dengan situasi pdp pada masa ini iaitu
pematuhan SOP.
4) Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing.
4. Tindakan guru
Tindakan saya bagi menangani masalah ini ialah saya perlu memikirkan cara bagaimana
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik minat pelajar. Pembelajaran yang
menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru dalam mewujudkan suasana yang menarik
dan bermakna. Kenyataan ini disokong oleh Bahagian Pendidikan Guru (2009c), iaitu seorang
guru seharusnya berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna, berkesan
serta dapat meningkatkan minat muridnya melalui keseronokan dengan unsur-unsur
permainan. Selain itu, saya juga perlu menentukan pendekatan atau teknik yang sesuai
dengan perkembangan murid. Menyediakan aktiviti yang menarik dan sesuai dengan situasi
pdp pada masa ini juga merupakan tindakan yang saya laksanakan. Sebagai contoh,
memikirkan bagaimana murid kekal berkomunikasi antara mereka tanpa bersentuhan
ataupun dengan jarak yang dekat seperti biasanya. Akhir sekali, saya juga merujuk kepada
pensyarah penyelia dan guru pembimbing saya agar masalah ini dapat diselesaikan dengan
segera.
5. Tempoh masa
Tempoh masa yang saya ambil bagi menangani masalah ini adalah selama seminggu. Hal ini
demikian kerana jika masalah ini tidak ditangani dengan segera maka ianya akan menggangu
proses pengajaran dan pembelajaran saya sewaktu berada di dalam bilik darjah.
Rujukan
National Advisory Committee on Creative and Cultural Education (NACCCE). (1999). All Our
Futures: Creativity, Culture and Education. Department of Culture, Media and Sport.
Bahagian Pendidikan Guru. (2009c). Garis Panduan Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bilangan Jurnal :3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa : 10 Mei 2021-14 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Keceriaan dan kebersihan kelas
1. Masalah/ peristiwa
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati
masalah utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan
kebersihan kelas. Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek
penting dalam menjalani pembelajaran.
Salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah
suasana dan iklim bilik darjah (Rosnini dan Ramlah, 1998). Salah satu aspek yang perlu
diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal.
Penyelidikan menunjukkan suasana fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap
pembelajaran murid.
Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan
kelengkapan bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada
dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Analisis masalah
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
a) Kesedaran murid tentang keceriaan dan kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap
yang amat rendah.
b) Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap
murid.
c) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
d) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
e) Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.
3. Cadangan
a) Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di
sekeliling mereka selepas bacaan doa.
b) Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia
untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
c) Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam islam.
d) Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka boleh dan
bersesuaian.
4. Tempoh penyelesaian
10 Mei 2021 – 21 Mei 2021 iaitu selama 2 minggu
5. Tindakan susulan
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.
Namun tidak dapat diteruskan akibat penularan pandemic covid-19. Sekolah terpaksa ditutup
dan murid hanya belajar daripada rumah.
Rujukan
Ragbir. (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah). UG.Press
Selangor.
Kamarudin Hj Husin (1993) Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor Darul
Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd
Bilangan Jurnal :4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa : 17 Mei 2021-21 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Murid tidak menghantar tugasan
1. Masalah/ peristiwa
Setelah menjalani PdPR selama dua minggu akibat sekolah telah ditutup bagi mengelakkan
penularan penyakit berjangkit covid-19. Saya dapati sebahagian besar murid yang tidak
menghantar tugasan yang diberikan sepanjang PdPR.
2. Analisis masalah
Saya dapati masalah ini berpunca daripada ibu bapa yang tidak mengingatkan anak mereka
tentang tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, masalah ini juga timbul akibat ibu bapa
sibuk bekerja dan tidak menyediakan telefon untuk anak mengakses sendiri tugasan yang
diberikan. Punca masalah ini berlaku juga disebabkan guru mengambil ringan terhadap
tugasan anak murid.
Berdasarkan analisis masalah ini, saya dapati hanya 30% sahaja murid yang memberikan
respon terhadap tugasan yang diberikan sepanjang pdpr iaitu 10 orang daripada 33 orang
murid. Sebanyak 49% tugasan yang saya dapat rekodkan sepanjang pdpr dan 21% murid
gagal menghantar tugasan.
3. Cadangan
Menurut laporan pertubuhan penidikan saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (Unesco), sejumlah 203 juta murid di seluruh dunia terkesan dengan
penutupan sekolah berikutan pandemik Covid-19. Bagi memastikan tiada murid yang tercicir
dalam pelajaran sekolah dan memastikan murid mengikuti pdpr. Cadangan saya bagi
mengatasi masalah ini ialah dengan menyediakan sebuah senarai semak yang perlu di hantar
pada group whatsapp dan telegram. Senarai semak ini bertujuan memastikan murid
menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Memandangkan mata pelajaran yang banyak dan
kekangan ibu bapa yang sibuk bekerja, senarai semak ini memudahkan ibu bapa untuk
melihat tugasan yang telah diberikan sudah dihantar atau belum.
4. Tempoh penyelesaian
Tempoh penyelesaian selama dua minggu iaitu 14 Jun 2021 -25 Jun 2021
5. Tindakan susulan
Setelah dua minggu, saya dapati 91% berjaya menghantar tugasan yang diberikan iaitu
seramai 30 orang. Sebanyak 9% lagi tidak menghantar tugasan iaitu 3 orang murid.
Peningkatan yang amat menggalakkan. Ibu bapa memberikan perhatian yang amat baik
dalam memastikan tugasan anak dapat disiapkan dan dihantar.
6. Kesimpulan
Saya amat berpuas hati. Murid berjaya menghantar tugasan. Senarai semak yang telah
dimuat naik dalam group telegram ibu bapa mendapat sambutan yang amat baik. Hal ini
memudahkan ibu bapa dan murid untuk menyemak semula tugasan yang sudah dihantar atau
belum.
Bilangan Jurnal :5
Minggu Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa : 14 Jun 2021 – 18 Jun 2021
Tajuk Jurnal : Tingkah laku bermasalah dalam kelas secara maya
1. Masalah/ peristiwa
Saya menghadapi masalah semasa menjalankan pdpr menggunakan aplikasi google
meet. Murid berbuat bising dan tidak menumpukan perhatian semasa guru membuat
penerangan.menurut ragbir kaur dalam buku panduan ilmu pendidikan, sebarang aksi murid
yang dianggap oleh guru sebagai disruptif/ menggangu kerana a mengahalang kelancaran
dan kelicinan proses pdp walaupun secara maya.
2. Analisis masalah
Beberapa punca telah dikenalpasti antaranya murid ingin mencari perhatian akibat lama tidak
bertemu dengan kawan. Selain itu, ingin mendapatkan lebih ramai kawan dengan berlagak
dengan cara lain. Akhir sekali, tiada peraturan yang ditetapkan oleh guru dan guru kurang
tegas.
Menurut bennathan, 1997, guru-guru mesti respon kepada kanak-kanak pada tahap
tingkah laku bermasalah yang kanak-kanak tunjukkan. Guru-guru mesti menyediakan
struktur, tahap kawalan, memberikan galakan dan sokongan emosi yang sewajarnya.
3. Cadangan
Cadangan bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memastikan beberapa peraturan yang
telah ditetapkan. Guru perlu membuat pengulangan peraturan harian contohnya:
Masuk awal dalam kelas google meet.
Diam apabila guru bercakap.
matikan mic semasa guru membuat penerangan.
Bersediakan lebih awal sebelum kelas bermula.
Sediakan buku teks, buku aktiviti dan alat tulis
Selain itu, sebelum kelas bermula, guru akan memberikan beberapa gambar yang telah guru
sediakan. Gambar-gambar tersebut mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
semasa proses pdp menggunakan platform google meet.
4. Tempoh penyelesaian
Tempoh penyelesaian selama seminggu 21 Jun 2021 -25 jun 2021
5. Tindakan susulan
Selama seminggu, saya dapati murid mula memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh guru.
Bilangan Jurnal :6
Minggu Praktikum : Keenam
Tarikh Peristiwa : 21 Jun 2021- 25 Jun 2021
Tajuk Jurnal : Masalah teknikal semasa menjalankan kelas atas talian.
1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah teknikal semasa
menjalankan kelas atas talian.
2. Analisis
Masalah timbul ketika menjalankan kelas atas talian dengan menggunakan platform google
meet. Semasa set induksi, saya menggunakan video yang akan ditayangkan kepada murid.
Tapi malangnya audio daripada video tersebut tudak didengari oleh murid. Guru mengambil masa
yang agak lama untuk menyelesaikan masalah teknikal ini. Kelas atas talian sedikit terganggu.
Murid mula membuat bising.
3. Cadangan
a) Cadangan bagi mengatasi masalah ini guru perlu membuat persediaan sebelum kelas
bermula.
b) Sediakan set induksi berbentuk maujud yang menarik.
c) Tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi.
d) Guru perlu kreatif mencipta set induksi selain daripada video.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin dengan perbanyakkan set induksi berbentuk
maujud ataupun gambar-gambar yang kaitan.
Bilangan Jurnal :7
Minggu Praktikum : Ketujuh
Tarikh Peristiwa : 28 Jun 2021- 02 Julai 2021
Tajuk Jurnal : Murid tidak pernah hadir kelas PdPR
1. Masalah
Saya menghadapi masalah seorang murid yang tidak pernah hadir semasa PdPR berlangsung
bagi kelas 3 Ibnu Taimiyah.
2. Analisis masalah
Ketidakhadiran disebabkan ibu bapa sibuk bekerja. Selain itu, masalah ini berlaku mungkin
disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan murid lain. Saya
dapati murid ini lemah dari segi kemahiran membaca. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka
menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di rumah terutamanya kelas atas talian.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasikan murid agar dapat
menanam keyakinan dalam diri mereka dan berani untuk melakukan aktiviti dalam kelas Bahasa
Melayu. Saya juga maklumkan kepada ibu bapa murid tersebut untuk menyertai kelas-kelas yang
saya jalankan. Saya juga bercadang untuk mengadakan kelas secara 1 to 1. Saya perlu
memberikan semangat kepada murid tersebut agar terus berminat untuk mengikuti kelas PdPR.
“Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran
setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan
lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan
dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu.
Saya akan merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk melibatkan diri
semasa proses P&P berlangsung. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru
dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh penyelesaian/ Tindakan susulan
Saya memerlukan masa yang agak panjang untuk memastikan murid ini sentiasa mengikuti kelas
PdPR. Sebagai guru juga saya perlu memantau dan memerhatikan murid yang lemah agar tidak
terus ketinggalan dan tidak merasai keseronokan untuk belajar.
Rujukan
Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Bilangan Jurnal :8
Minggu Praktikum : Kelapan
Tarikh Peristiwa : 28 jun 2021- 02 Julai 2021
Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat bagi kelas
3 Ibnu Taimiyah sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah
dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah
bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .
2. Analisis masalah
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan
itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid-murid mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan hasil kerja berkumpulan. Terdapat beberapa orang murid
yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat.
3. Cadangan
a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan
lebih sempurna.
b) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid tentang masa yang
ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat pembentangan hasil kerja dalam
masa yang telah ditetapkan.
c) Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa
hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.
LAIN-LAIN
F01 MAKLUMAT INOVASI PdP