Jurnal
E01 PENULISAN JURNAL MINGGUAN
E02 CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN
BILANGAN JURNAL: 1
TARIKH PERISTIWA: 26 APRIL 2021 – 30 APRIL 2021
TAJUK JURNAL: GANGGUAN SEMASA PROSES SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP)
1. MASALAH/ PERISTIWA
Pada minggu pertama praktikum, saya menghadapi gangguan semasa sesi PdP berjalan
kerana segelintir murid yang suka keluar masuk bilik darjah dan membuat bising.
2. ANALISIS MASALAH
Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin dengan
saya untuk ke tandas, membuang sampah, menghantar buku dan mahu ke koperasi untuk
membeli alat tulis dan sebagainya. Selain itu juga, beberapa orang murid yang berbuat bising
dan tidak memberikan tumpuan terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.
Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu
sendiri. “Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure to teach
students how to procedures”. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas
dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam kelas. Oleh sebab
itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas ketidaktegasan saya semasa berada di
dalam bilik darjah. Seterusnya, bahan pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang
tidak menarik akan menyebabakan murid-murid cepat bosan.
Selain itu juga, saya turut membuat pemerhatian dan temubual dengan guru kelas
berkaitan beberapa orang murid yang kerap membuat bising ketika sesi PdP berjalan. Hasil
daripada itu, saya dapati beberapa faktor yang menyebabkan murid berbuat bising didalam
kelas semasa sesi PdP berjalan. Antaranya, murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana
dan lemah.
3. CADANGAN
Bagi mengubah masalah dan sikap beberapa orang murid yang suka keluar masuk kelas dan
membuat bising Ketika PdP sedang berjalan, saya telah membuat beberapa cadangan yang
boleh digunakan bagi mengatasi masalah di atas.
Antara cadangan saya ialah perlu bersikap tegas terhadap murid. Menurut Mok Soon
Sang (2003), corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah keberkesanan
komunikasi yang berlangsung. Selain itu, membuat beberapa peraturan yang jelas dan
spesifik serta berkuatkuasa sepanjang kelas Bahasa Melayu yang perlu dipatuhi oleh semua
murid Tahun 3 Ibnu Taimiyah. Seterusnya, Memindahkan murid yang bising di barisan
hadapan agar kelas dalam kawalan guru dan dalam masa yang sama saya dapat
memerhatikan keadaan murid ini. Menurut Dorit Sasson, penyusunan tempat duduk dalam
kelas adalah satu cara bagi mengawal dan mengurus kelas. “Social dynamics is a big factor
for rowdy behavior. Look at your seeting chart”. Akhir sekali, melakukan aktiviti yang dapat
menarik minat mereka
4. TEMPOH PENYELESAIAN
Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari persekolahan iaitu
26 April hingga 30 April 2021.
TINDAKAN SUSULAN
Sebagai guru yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa memberi dorongan serta tunjuk ajar.
Selain itu, saya perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah dan cara memotivasikan
murid-murid. Hasil daripada pembacaan saya, peraturan-peraturan perlu diwujudkan di dalam
bilik darjah oleh guru bagi mengawal tingkah laku murid. Sebelum memulakan sesi PdP, guru
perlu menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan semasa proses PdP berjalan.
Tanda tangan Tanda tangan Tanda tangan
___________________ ____________________ ___________________
Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
BILANGAN JURNAL: 2
TARIKH PERISTIWA: 03 MEI 2021- 07 MEI 2021
TAJUK JURNAL: KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS
1. MASALAH/ PERISTIWA
Setelah dua minggu saya berada dan mengajar di sekolah tersebut, saya mendapati masalah
utama yang perlu saya beri perhatian terlebih dahulu ialah keadaan dan kebersihan kelas.
Hal ini kerana, keadaan kelas dan kebersihan menjadi salah satu aspek penting dalam
menjalani pembelajaran.
Salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana
dan iklim bilik darjah (Rosnini dan Ramlah, 1998). Salah satu aspek yang perlu diambil berat
dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan
menunjukkan suasana fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran
murid.
Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan
bilik darjah yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolah atau pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih
dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. ANALISIS MASALAH
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
a) Kesedaran murid tentang keceriaan dan kebersihan kelas dan diri sendiri berada ditahap
yang amat rendah.
b) Kepentingan kebersihan kelas dan diri bagi pembelajaran amat kurang dalam diri setiap
murid.
c) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
d) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
e) Sikap sambil lewa murid-murid terhadap kebersihan kelas.
3. CADANGAN
a) Saya akan meminta murid-murid mengutip sampah yang berada di bawah meja dan di
sekeliling mereka selepas bacaan doa.
b) Saya memperuntukkan 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan bersedia
untuk sesi pangajaran dan pembelajaran.
c) Menasihatkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
d) Saya cuba memberi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid dengan membuat
hubungkait di antara kebersihan, proses belajar dan kehidupan mereka boleh dan
bersesuaian.
4. TEMPOH PENYELESAIAN
10 Mei 2021 – 21 Mei 2021 iaitu selama 2 Minggu
TINDAKAN SUSULAN
Saya akan merekod perkembangan kerbersihan kelas dalam jurnal refleksi akan datang.
Tanda tangan Tanda tangan Tanda tangan
___________________ ____________________ ___________________
Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
LAIN-LAIN
F01 MAKLUMAT INOVASI PdP