The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dinamahayuddin, 2022-06-14 02:09:45

Buku Program Karnival e Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat 2022

Education

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

KARNIVAL
e-MAHABBAH

Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat
Tahun 2022

Anjuran Panitia Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat

Tarikh Pendaftaran dan Penghantaran Video
25 - 28 Mei 2022

Tarikh Penghakiman
31 Mei - 2 Jun 2022 | 14 Jun 2022

Majlis Penutupan
17 Jun 2022

Ucapan Alu Aluan

Pengerusi Program e-Mahabbah Pendidikan Khas
Peringkat Daerah Hulu Langat Tahun 2022

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Yang Berbahagia Tn Haji Arbain bin Paimi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat.
Yang Dihormati Pn. Ruzaini binti Rani
PPPD Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran
Pn Siti Afzan Mastura binti Mohammed
PPPD Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran
Yang Berusaha Pn Noridah binti Abdul Aziz
Guru Besar SK Bandar Rinching
Merangkap Pengerusi Panitia Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat



Barisan Pengetua dan Guru Besar Daerah Hulu Langat,

Barisan Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Barisan hakim, warga pendidik, serta pembantu pengurusan murid.

Yang disayangi murid-murid berkeperluan pendidikan khas.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wataala kerana dengan izin-Nya
kita dapat bersama bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival e-

Mahabbah Peringkat Daerah Hulu Langat bagi tahun 2022 secara maya melalui
pelantar atas talian.

Hadrin yang dirahmati Allah sekalian,

Pada tahun ini Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas telah dilaksanakan
secara atas talian dengan jayanya. Pelaksanaan program ini bukanlah mudah
untuk dilaksanakan kerana ianya memerlukan pemikiran yang kritis dan
kreatif, komitmen yang jitu serta kerjasama yang padu daripada semua pihak.
Oleh itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Karnival e-Mahabbah
PPD Daerah Hulu Langat ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih di
atas keyakinan dan kepercayaan pihak Panitia Pendidikan Khas Daerah Hulu
Langat yang telah mengamanahkan kepada kami sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana bagi tahun 2022 dengan disokong oleh SK Seri
Sekamat selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.

Saya berbesar hati kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama
meraikan majlis penutup Karnival e-Mahabbah yang telah berlansung
sejak 25 MEI yang lalu. Saya percaya ramai antara kita yang ternanti-
nanti keputusan pemenang yang bakal dimumkan kelak.
Tugas membimbing dan melatih Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
dalam menyertai sesuatu pertandinga bukanlah sesuatu yang mudah
terutama dalam jangka masa yang singkat.
Tugas ini memerlukan komitmen, kesabaran dan kreativiti yang tinggi
dari warga pendidik dan para peserta. Begitu juga halnya dengan
kesungguhan dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana dalam menjayakan Karnival e-Mahabbah ini, syabas dan
terima kasih diucapkan.

Hadirin sekalian

Karnival e-Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Daerah yang
dilaksanakan secara atas talian adalah satu aktiviti ko-akademik untuk
memperkasakan kecemerlangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
dalam bidang kurikulum. Disamping itu, ianya juga memberi peluang
kepada Murid Bekeperluan Pendidikan Khas daripada kepelbagaian
kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi
tuntutan rohani. Melalui aktiviti ini, murid-murid berkeperluan khas
akan dapat turut serta di dalam pertandingan sama seperti pelajar-
pelajar aliran perdana yang lain di peringkat kebangsaan.

Karnival e-Mahabbah juga dapat mencungkil bakat Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas dalam aktiviti e-Tarannum, e-Hafazan, e-Bercerita
kisah dari al-Quran, e-Syarahan Agama, e-Nyanyian Solo Dakwah, dan
e-Deklamasi Sajak. Secara tidak langsung memberi ruang dan peluang
kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk menampilkan
kecemerlangan dan potensi diri di peringkat tertinggi aktiviti
kokurikulum.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pemenang atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian
kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah
kecemerlangan diperingkat yang lebih tinggi.

Kepada peserta yang tidak berjaya, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan
ini. Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita harus mempunyai sikap rajin
berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Akhir kata, saya bersyukur dan menzahirkan ucapan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat serta sudi memberikan komitmen dan
kerjasama yang padu dalam menjayakan Karnival e-Mahabbah Pendidikan
Khas Peringkat Daerah Hulu Langat bagi tahun 2022.

Harapan saya, usaha ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan demi
melahirkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang berbakat, khususnya
dalam acara yang dipertandingkan. Dikesempatan ini saya selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
kekurangan dan kekhilafan sepanjang Karnival ini berlansung. Insya Allah,
kami akan perbaiki pada masa akan datang.

Dari Kedah ke Pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah amanah diberi
Dilain masa bersua lagi.

Sekian,
Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Tn. Mohamad Hanafiah bin Baharuddin
Pengetua
SMK Kajang Utama

Ucapan

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat

Yang Berusaha Puan Ruzaini bt Rani dan Puan Siti Afzan Mastura bt
Mohammed
Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Yang Berusaha Puan Noridah bt Abdul Aziz
Pengerusi Panitia Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat
Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafiah bin Baharudin
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival E-Mahabbah Pendidikan
Khas Daerah Hulu Langat
Barisan Penolong Kanan & Penyelaras Pendidikan Khas dan guru-
guru yang dikasihi sekalian.

Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera.
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan segala alam, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya .
Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya, kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan
amanah dan tanggungjawab di alam yang fana ini dan seterusnya
hadir bersama-sama Perasmian Penutup Karnival E-Mahabbah
Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat Tahun 2022. Saya dimaklumkan
bahawa tahun ini adalah merupakan tahun kedua Panitia Pendidikan
Khas Daerah Hulu Langat mengelola Karnival E-Mahabbah
Pendidikan Khas secara atas talian

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak Panitia Pendidikan
Khas Daerah Hulu Langat dan SMK Kajang Utama sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola dan Pelaksana di atas kejayaan
menganjurkan Karnival E-Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Hulu
Langat pada tahun ini.

Terdapat pelbagai kategori yang dipertandingkan termasuk
eTarannum, eHafazan, eBercerita Kisah Nabi, eDeklamasi Sajak, dan
eNyanyian Dakwah

Penularan wabak Covid-19 di penghujung tahun 2019 telah banyak
mengubah cara hidup Keluarga Malaysia kepada norma-norma
baharu termasuklah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran atau
pembacaan Al Quran. Kini, untuk membaca Al Quran di mana jua
menjadi lebih mudah. Seiring dengan teknologi dan keperluan umat
Islam moden, Al Quran kini disediakan dalam pelbagai produk digital
dan aplikasi perisian, malahan terdapat aplikasi yang juga
menyediakan tafsir dan doa-doa pilihan. Semua dihujung jari
A​ l Quran menganjur serta mendorong umat Islam agar menuntut
ilmu, mempelajari, menganalisis dan menggunakan akal yang waras
yang dikurniakan Allah SAW untuk dimanfaatkan. Ia adalah sumber
intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya
bagi agama dan kerohanian semata-mata, malahan bagi semua
cabang imlu pengetahuan dan teknologi. Al Quran dan teknologi
tidak dapat dipisahkan.

​Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pemenang, semoga
kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya dan
cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi. Kepada murid yang tidak
berjaya, jangan putus asa, teruskan usaha anda dalam apa jua
pertandingan yang dipertandingkan. Kita harus ingat setiap dari kita
ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadikan ia sebagai
satu panduan untuk terus berjaya.

Dengan lafaz Bismillahirahmahnirahim, saya merasmikan Majlis
Penutup Karnival E-Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat
Tahun 2022

Tn. Haji Arbain bin Paimi
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

Pengenalan

Karnival ini adalah salah satu daripada aktiviti di dalam
takwim kokurikulum Unit Pendidikan Khas atas dasar
prinsip kesamarataan dan memastikan murid-murid
istimewa mencapai tahap yang cemerlang dalam semua
program yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, majlis
ini diadakan untuk memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada peserta yang mencapai tahap
kecemerlangan dalam aktiviti yang mereka sertai.

Objektif

Dengan terlaksananya majlis ini dapat:

Mencungkil bakat murid-murid berkeperluan khas
dalam aktiviti e-tarannum, e-hafazan, e bercerita, e-
syarahan, e-deklamasi sajak serta nyanyian solo

Memberi peluang kepada murid-murid
berkeperluankhas untuk menampilkan kecemerlangan
potensi individu di peringkat tertinggi aktiviti
kokurikulum dan bidang Pendidikan Moral

Meningkatkan hubungan silaturahim antara warga
Pendidikan Khas

Menerapkan budaya kesenian Islam dalam diri murid-
murid berkeperluan khas.

Tarikh Pelaksanaan



Pendaftaran & penghantaran video : 25 - 28 Mei 2022



Taklimat hakim : 25 Mei 2022



Penghakiman : 31 Mei - 2 Jun 2022



E - Hafazan (live) : 14 Jun 2022



Majlis Penutupan : 17 Jun 2022 (atas talian)



Lokasi : Sekolah masing masing






Aturcara Peras

mian Penutup





10:00 pagi Kata-kata Aluan oleh Pengacara Majlis

10:05 pagi Bacaan Doa

10:10 pagi Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa
10:20 pagi Pelaksana

Tn. Mohamad Hanafiah bin Baharuddin
Pengetua SMK Kajang Utama



Ucapan Perasmian Penutup Penaung Jawatankuasa
Induk

Tn Haji Arbain bin Paimi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

10:30 pagi Tayangan Montaj

10:35 pagi Ulasan Ketua Hakim
Ustazah Nor Raisah binti Abu Bakar

10:45 pagi Pengumuman Pemenang

11:00 pagi Majlis Tamat

Jawatankuasa Induk

Program e-Mahabba
h Pendidikan Khas


Daerah Hulu Langat


Penaung
Tn Haji Arbain bin Paimi
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat


Penasihat 1
Pn. Ruzaini binti Rani
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
(Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran)


Penasihat 2
Pn. Siti Afzan Mastura binti Mohammed
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
(Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran)


Pengerusi
Pn. Noridah Binti Abdul Aziz
Guru Besar SK Bandar Rinching


Setiausaha
P​ n. Nor Lizawati Binti Mohamad Zin
Pen. Kanan Pendidikan Khas
SK Bandar Rinching


Bendahari
​Pn. Norhafizan binti Mukhtar
SK Bandar Rinching

Jawat

ankuasa Pelaksana

Program e-M
ahabbah Pendidikan Khas

Daerah Hulu Langat




Penaung

Tn Haji Arbain bin Paimi

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

Penasihat 1

Pn. Ruzaini binti Rani

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat

(Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran)

Penasihat 2

Pen(UolnPoTinnntg..PSMDPeiPerntoi.gedhnSaAiadwagfmzierakaitaNifaundanPaahMHeiPSKbnRaaMehdPasnnaitfKeagdeusnfe,airKigkrShaaaeauehrjbnbskauiiibtnnnDsoiingttraii1eUBPYMreataaaomh’hahmabcaHraeomulubadmljudaeirLndaann)gat








Guru Besar SK Seri Sekamat


Timbalan Pengerusi
1

Pn. Nor Intan binti Ismail

Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Kajang Utama

Timbalan Pengerusi 2

Pn. Elissa binti Abdul Rahim

Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Seri Sekamat

Setiausaha

Pn. Nurul Izzati binti Ab. Aziz

SMK Kajang Utama

Pen. Setiausaha

En. Ahmad Arrifaee bin Atiqullah

SK Seri Sekamat

Pengurus Pertandingan

En. Mohd Shyakir bin Mokhtar

SMK Kajang Utama

Ahli Jawatankuasa

Semua Penolong Kanan dan Penyelaras

Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat

Acara Dipertandingkan

BIL. AKTIVITI KATEGORI

1. e - Tarannum Al Quran BP Rendah
BP Menengah
BL Rendah
BL Menengah
PH Rendah (Terbuka)
PH Menengah (Terbuka)

2. e - Hafazan Al Quran BP Rendah
BP Menengah
BL Rendah
BL Menengah
PH Rendah (Terbuka)
PH Menengah (Terbuka)

3. e - Bercerita Kisah dari Al BP Rendah
Quran BD Rendah

4. e -Syarahan Agama BP Menengah
BD Menengah

5. e - Deklamasi Sajak BP Menengah
(Pendidikan Moral)

6. e - Nyanyian Dakwah Solo BP/BL Terbuka

Sekalung Penghargaan

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Pengetua & Guru Besar PPKI Daerah Hulu Langat
Guru Penolong Kanan & Penyelaras PPKI Daerah Hulu Langat
Barisan Guru & PPM PPKI serta kakitangan sekolah

Barisan Hakim, semua ibu bapa & peserta
Semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun

tidak langsung dalam menjayakan

Program e-Mahabbah Pendidikan Khas
Tahun 2022

Daerah Hulu Langat


Click to View FlipBook Version