NUR NAJWA BINTI SYAHRIL
NUR AQILLA BINTI AMINULLAH
NUR NOURA BAQIZAH BINTI BASRI
NUR AISYAH BINTI RASUL
BILANGAN MUKA SURAT TAJUK
PENGENALAN TENTANG PERPADUAN KAUM
1 OBJEKTIF TENTANG PERPADUAN KAUM
2 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
3-5
KESAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
6 KESIMPULAN
7
❖Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu,
Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik
atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.
❖Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka
timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan
sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan
ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.
❖Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina
nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak
kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap
sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa,
budaya dan etnik.
❖Rakyat Malaysiayang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa
Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang
sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih
aman, maju, selamat dan makmur.
◦ Tiga objektif utama itu ialah, mengukuhkan perpaduan dan integrasi
nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara;
membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik,
prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab;
serta melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan
perpaduan.
❑Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang
memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun
2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang
bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum
serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa
terhadap Malaysia.
➢Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, semangat perpaduan perlu
dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan
semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan
sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui
penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan
bertindak sebagai wargangara yang matang lagi bertanggungjawab.
➢Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan
kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan
lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
➢Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya
dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian
demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan
antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan
untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarah-menziarahi, saling menolong dan
semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.
▪ Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi
negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah
bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud
di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup
masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam
pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi
mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil
meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.
▪ Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita
berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni
ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan
ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu
menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara
kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara
maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
◦ -MASYARAKAT KINI HIDUP HARMONI
◦ -DAPAT MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGARA
◦ -IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA AKAN MENINGKAT
◦ -DAPAT MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK
◦ -PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAPAT DIJALANKAN
◦ -PEMBANGUNAN YANG BAIK AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR
◦ Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat
adalah satu perkarapenting. Oleh yang demikian, semua rakyat
dan kerajaan harus bersama-sama memainkanperanan dalam
meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang
terdiri darirakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu
serta aman sentosa. Kerajaan danpihak-pihak yang
bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan
dasarsesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam
sesebuah negara serta integrasinasional sangat penting bagi
membangunkan sesebuah negara ke arah global