The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2024 BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK JIJAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannahjalil, 2024-06-07 00:10:19

2024 BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK JIJAN

2024 BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK JIJAN

SK JIJAN, NILAI Sabtu • 08 Jun 2024 • 8:00 Pagi Dewan Seri Jijan, SK Jijan Dirasmikan Oleh: YB Tuan Cha Kee Chin Ahli Parlimen Rasah


I Isi KandunganBIL PERKARA HALAMAN1 Tinta Harapan Guru Besar SK Jijan 32 Sepatah Dua Kata YDP PIBGSk Jijan 43 Aturcara & Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 54 Jawatankuasa PIBG SK Jijan Sesi 2023/2024 75 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 86 Notis Mesyuarat Agung PIBGKali Ke-41107 Minit Mesyuarat Agung PIBGKali Ke-40118 Laporan Tahunan Mesyuarat Agung PIBGSesi 2023/2024 179 Laporan Kewangan PIBG berakhir pada31 Disember 2023 2110 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-412411 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBGSesi 2024/2025 3012 Memori 2023/2024 3113 Senarai Pelajar Cemerlang UPKK20233514 Sekalung Penghargaan 36


Tinta HarapanGURU BESAR SKJIJANEn. Muhamad bin Abdul ManapBismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkansyukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya segalaperancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat AgungPIBGSekolah Kebangsaan Jijan kali ke-41 dapat diterjemahkanpadahari ini.Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapayangdapat hadir pada mesyuarat agung ini. Kehadiran ibu bapamenunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikanmisi danvisi SKJijan untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, ko-kurikulumdan sahsiah murid. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjanaidea-ideayang bernas dalam menjadikan SK Jijan sebuah sekolahyanggemilang.Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kitamencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihakwargasekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semuapihakyangtelah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakanpelbagai program sekolah. Akhir kata, semoga Allah SWT memberkati kerjasama kitadalammenjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kitamenjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yangberjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sekian, terima kasih. 3


SepatahDuakataYDPPIBGSKJIJANEn. MuhammadAzmi binBorhanAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salamsejahtera.Alhamdulillah, pertama-tamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana diberi peluang untuk mencoretkan sepatahduakatadi ruangan ini. Sebagaimana kita sedia maklum, objektif utama PIBGadalahmembantudan bekerjasama dengan pihak sekolah dalammelonjakkanpencapaianyang gemilang dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulum, kemenjadian murid dan sebagainya. Di samping itu juga, PIBGmenjadimedium perantaraan antara pihak sekolah dan ibubapadalammembincang dan menyelesaikan sebarang perkara yangmenjadi cabaran kepada pihak penjaga dan pihak sekolah. Olehyangdemikian,PIBG akan berusaha dalam memastikan hubungan baik antarapihaksekolah dan ibubapa kekal erat. Saya selaku Yang Dipertua PIBG mengucapkan jutaan terimakasihkepada semua pihak iaitu pentadbir sekolah, guru-guru, ahli persatuan,ahli jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) dansaranayang telah bersama-sama berganding bahu kerana berusahagigihdemimerealisasikan impian dan harapan yang diimpi oleh wargasekolah.Pendek kata, PIBG seharusnya menjadi wadah dan perantarabagi meringankan bebanan pihak sekolah dalampengurusanyangmelibatkan aktiviti bersama komuniti. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepadasemuapihak atas segala kerjasama dalam menjayakan segalaprogramyangtelah dirancang oleh PIBG dan pihak sekolah. “Bulat air keranapembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Sekian, terima kasih. 4


AturcaraMajlis8.00 pagi Ketibaan Ibu Bapa dan Pendaftaran 8.30 pagi Ketibaan Tetamu Jemputan 8.45 pagi Nyanyian Lagu Negaraku Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Persembahan Pembukaan Ucapan Penasihat PIBG, En. Muhamad bin Abdul Manap, Guru Besar SKJijanUcapan Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBGkali ke-41 oleh: YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli ParlimenRasahTayangan Multimedia Penyampaian Insentif kepada Murid-muridCemerlangUPKK 2023 Penyampaian Cenderahati kepada AJKPIBG2023/2024Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Wakil UPMPenyampaian Cenderahati kepada Tuan Haji NorazambinNayan, Pegawai PPD Daerah Seremban Penyampaian Cenderahati kepada YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli ParlimenRasah10.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 Cabutan Bertuah Ucapan Penangguhan Bersurai 5


AturcaraMajlisAgenda Mesyuarat Agung PIBG10.30 pagi Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBGkali ke-40Pembentangan Laporan Tahunan sesi 2023/2024Pembentangan Penyata Kira-Kira sesi 2023 /2024 Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Lantikan Pengerusi Sementara Pelantikan AJK sesi 2024/2025 dan PemeriksaKira-kiraMembahaskan Usul-usul Cabutan Bertuah Ucapan Penangguhan Bersurai 6


JawatankuasaPibgSKJIJAN2023/2024Penasihat : Encik Muhamad bin Abdul ManapYang Dipertua PIBG : Encik Muhammad Azmi bin BorhanPemangku Yang Dipertua PIBG : Encik Muzaffar bin Mohamed Ariff Pemangku Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Mohd Johari bin Hj. IbrahimSetiausaha : Puan Nurul Huda binti MuhamadBendahari : Encik Mohammad Zaki bin Abd. Latif Ahli Jawatankuasa PIBG : 1. Encik Khairil Anwar bin MohamadDarus 2. Encik Mohd Hafidz bin Baharuddin3. Encik Mohd Zakrin bin Said 4. Puan Maslina binti Jamaluddin5. Puan Rohani binti Abd. Wahab6. Puan Che Nor Asimah binti CheAwang 7. Puan Nur ‘Ain binti Baharin 8. Puan Seriwinda binti Kasri 9. Encik Mohd Fahmi bin Zulkifli 10. Puan Norlida binti Aripin 11. Encik Muhammad Mustafiruz bin Hamthan 12. Puan Raja Zanariah binti RajaHashim 13. Noor Erlizai binti Ab Rahman14. Encik Azhar bin Punandir 15. Encik Sathiaseelan a/l Krishnagopal 16. Cik Nurul Ashira binti Zainal Abidin Pemeriksa Kira-kira : 1. Puan Khalijah binti Awang Isa 2. Puan Noorziah binti Sheikh Omar 7


JawatankuasaPelaksanaMESYUARAT AGUNGPIBGKALI KE-41SESI 2024/2025JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, NILAI, NEGERI SEMBILAN. Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : : : Encik Muhamad bin Abdul Manap, Guru Besar SKJijanEn. Muhammad Azmi bin Borhan, YDP PIBGEn. Muzaffar bin Mohamed Ariff, Pemangku YDPPIBGEncik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim, Pemangku NaibYangDipertua PIBG Penyelaras : En. Zulpakar bin OmarGuru Penolong Kanan PentadbiranSetiausaha : Pn. Nurul Huda binti Muhamad Bendahari : Encik Mohamad Zaki bin Abdul Latiff JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha : : : En. Muhammad Azmi bin Borhan, YDP PIBGSK JijanEn. Muzaffar bin Mohamed Ariff, Pemangku YDPPIBGEncik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim, Pemangku NYDPPIBGPn. Nurul Huda binti Muhamad Bendahari : Encik Mohamad Zaki bin Abdul Latiff Penyambut Tetamu / Protokol En. Muhamad bin Abdul Manap En. Zulpakar bin Omar Pn. Roziah binti Abdul Razak En. Wan Halil bin Wan Chik En. Muhammad Azmi bin Borhan En. Muzaffar bin Mohamed Ariff En. Mohd Johari bin Hj. Ibrahim Buku Program/ Buku Laporan Pn. Sa’adatul Jannah binti Abd. Jalil Pn. Nur Adilah binti Mat Ripin Merumus Usul/Cadangan Ibu bapa Pn. Nurul Huda binti Muhamad Pendaftaran Pn. Norizan binti AdamPn. Nur Saeidah binti Rusmapuzi AJK PIBG Cabutan Bertuah/No. cabutanPn. Raja Zanariah binti RajaHashimPn. Erni Huslina binti Mohd. DaudCik Marlia binti Md. RamdanPn. Nor Azmani Binti CheDaudAJK PIBG Persiapan Pentas Pn. Siti Raezaihan binti TukimanPn. Norhasimah binti MustafaPn. Siti Zarina binti BaharudinBack drop dan banner En. Muhammad Faiz bin Abdul Hakim En. Mohammad Zaki bin Abdul Latiff 8


JawatankuasaPelaksanaPersiapan Tempat/ Kebersihan En. Sathiaseelan A/L Krishnagopal En. Fairuz Nizam bin Salleh Udin En. Zakaria bin Omar En. Amir Mahmud bin Mat Isa En. Zaki bin Mansor En. Muhammad Imran bin Mohd. Zakir En. Ahmad Firdaus bin Abdul Wahid En. Muhammad Izmeer Irfan bin Muhammad Ashek Muhammad Zhafran bin Abdul Aziz En. Safri bin Awan Seman Pn. Norbaizura binti Mohd. Ariffin Pn. Roziayana binti Issahak Pencatat Minit En. Zakaria bin Omar Pn. Serinor Dalila binti Md. Derus En. Fairuz Nizambin SallehUdinMultimedia / PersembahanMultimediaPn. Nurul Huda binti MuhamadPengacara Majlis En. Izwar Arfany Bin AbdJais Pn. Wan Ilyani Yusrina binti WanMustamaBacaan Doa En. Rahawaidj bin Alwi Penyelaras sijil/ cenderamata/hadiahPn. Nadiah binti MohammadPn. Nurul Huda binti Zainal AbidinCik Nurul Ashira binti Zainal AbidinJamuan VIP Pn. Noor Ziah binti Sheikh Omar Pn. Norhayati binti Jidin Pn Azowati Binti Abdullah AJK PIBG Jamuan Ibu Bapa penjaga/ Guru/KAP/AKPPn. Noor Erlizai binti Abd. RahmanPn. Siti Zarina Binti BaharudinPn. Roseliza Binti Haji HusinPn. Norhasimah binti MustafaPn. Ruhana binti Shaidi AJK PIBG Jurufoto / video En. Muhammad Faiz bin Abdul Hakim En. Muhammad Zaki bin Abdul Latif P.A Sistem En. Azhar bin Punandir En. Rahawaidj bin Alwi Kompang / Bunga Manggar / Silat Pn. Raja Zanariah binti RajaHashimPn. Nur Adilah binti Mat RipinLalu lintas / Tempat Letak Kenderaan Pengawal Keselamatan Sekolah 9


Notis Mesyuarat AgungPibg10


MinitMesyuaratMESYUARAT AGUNGPIBGKALI KE-40MIMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN Tarikh : 10 Jun 2023 Tempat : Dewan Terbuka SK Jijan Masa : 8:30 pagi Kehadiran : 100 orang Perasmian : Encik Azhar bin Muhammed KassimPegawai Khas kepada YB Tuan Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah) A. SESI UCAPAN 1.0 Ucapan Pengacara Majlis Puan Wan Ilyani Yusrina binti Wan Mustama dan Encik Shamsul Kamar bin Ariffin1.1 Pengacara Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan; Encik Azhar binMuhammed Kassim, Pegawai Khas YB Cha Kee Chin, Encik Mohamad YusranbinMohamad Yusoff, Pegawai Mesra Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, PuanRafeah binti Ismail, Guru Besar SK Jijan merangkap Penasihat PIBG, Encik MuhammadAzmi bin Borhan, YDP PIBG SK Jijan sesi 2022/2023, Encik Mohd Zakrin bin SaidSetiausahaMPKK, barisan guru-guru penolong kanan, semua ahli jawatankuasa PIBGsesi 2022/2023,guru-guru serta ibubapa yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBGSK Jijan kali ke-40ini. 1.2 Majlis berharap agar mesyuarat pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar seperti yang telah dirancang. 1.3 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Rusydan binOsman. B. UCAPAN PERASMIAN 2.0 Ucapan Guru Besar Merangkap Penasihat PIBG Puan Rafeah binti Ismail 2.1 Puan Rafeah binti Ismail mengalukan kehadiran tetamu jemputan Encik Azhar binMuhammed Kassim, Pegawai Khas YB Cha Kee Chin, Encik Mohamad YusranbinMohamad Yusoff, Pegawai Mesra Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, EncikMuhammad Azmi bin Borhan, YDP PIBG SK Jijan sesi 2022/2023, Encik MohdZakrinbinSaid,Setiausaha MPKK, barisan guru-guru penolong kanan, semua ahli jawatankuasaPIBGsesi 2022/2023, guru-guru serta ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBGSKJijankali ke-40 ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian Encik Azhar binMuhammed Kassim ke SK Jijan untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBGKali Ke-40padahari ini. Makluman2.2 Guru Besar meneruskan ucapan dengan berharap kerjasama dapat diteruskanpadamasa akan datang oleh jawatankuasa baharu yang dilantik. Beliau jugamenyatakandalam usaha untuk menjana kecemerlangan, pihak PIBG sentiasa menyokongpihaksekolah serta memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk aktiviti sekolahsertahadiah kecemerlangan untuk anak-anak. Beliau menyeru ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG bagi menjana dan merancang pelbagai aktiviti untuk kecemerlangan anak-anak SK Jijan. 11


2.3 Guru Besar juga menyatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah bukansahaja bergantung kepada guru yang hebat mengajar, kepakaran pentadbir mengurussekolah malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Ibu bapa tidak bolehlepastangan menyerah semua urusan dalam mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Beliau turut memohon semua ibu bapa penjaga mengambil cakna tentangsekolahdanpembelajaran anak-anak. Selain itu juga beliau berharap agar anak-anak hadir kesekolah setiap hari jika tiada halangan untuk mengurangkan masalah disiplinsertamasalah pembelajaran. Beliau memaklumkan impian sekolah adalah untuk menaikkannama sekolah diperingkat tertinggi dari segi akademik mahupun kokurikulum. Makluman2.3 Guru Besar seterusnya memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawaperuntukanpadang sekolah telah mendapat kelulusan dari pihak KPM sebanyak RM4.87juta. Beliauberharap dengan perkhabaran gembira yang diterima akan menyuntik semangat ibubapa penjaga untuk membantu sekolah dalam usaha untuk meningkatkanpencapaiankokurikulum sekolah. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepadaYDPPIBGyang telah berusaha merealisasikan padang sekolah. Naik taraf padangakandijalankanpada tahun depan. Peruntukan yang diberikan adalah termasuk dewan serbagunadannaik taraf longkang. Makluman3.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Jijan sesi 2022/2023 Encik Muhammad Azmi bin Borhan 3.1 Encik Muhammad Azmi bin Borhan mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputanEncikAzhar bin Muhammed Kassim, Wakil PPD Seremban, Encik Mohamad YusranbinMohamad Yusoff, Guru Besar SK Jijan merangkap Penasihat PIBG, Puan Rafeahbinti Ismail,Setiausaha MPKK, En. Mohd Zakrin bin Said, barisan guru-guru penolong kanan, semuaahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023, guru-guru serta ibu bapa yang hadir padaMesyuaratAgung PIBG SK Jijan kali ke-40 ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepadasemuayangmeluangkan masa untuk hadir pada program pada hari ini. Makluman3.2 Beliau tidak berhasrat untuk berucap panjang dan mengharapkan perkhabaranbaikyang akan disampaikan oleh Encik Azhar untuk hadirin semua. Makluman4.0 Ucapan Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 Pegawai Khas Encik Azhar bin Muhammed Kassim 4.1 Encik Azhar mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Guru Besar, YDPPIBG, Wakil PPD Seremban, guru-guru dan semua ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat AgungPIBGkali ke- 40. Beliau memohon maaf atas ketidakhadiran YB Cha Kee Chin untuk merasmikan mesyuarat PIBG pada hari ini. Beliau mengucapkan tahniah kepadaEncikMohammad Azmi bin Borhan atas perlantikan YDP PIBG bagi sesi 2023/2024. 4.2 Beliau meneruskan ucapan dengan menyatakan berita baik daripada YB ChaKeeChiniaitu sumbangan untuk dana PIBG sebanyak RM3000.00, RM 5000.00 untuk pembinaangelanggang sepak takraw dan sumbangan penghawa dingin yang baharu. Makluman4.3 Beliau mengucapkan tahniah atas peruntukkan padang yang telah diluluskanolehKPM.4.4 Encik Azhar bin Mohamed Kassim merasmikan dan menutup Mesyuarat AgungPIBGKali Ke-40. Makluman12


C. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-39, PEMBENTANGANLAPORANAKTIVITITAHUNAN PIBG 2022/2023 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG2022/2023DANPEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 5.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-39 oleh Setiausaha PIBGsesi 2022/2023Puan Wan Sureyani binti Wan Ismail 5.1 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan Minit Mesyuarat AgungPIBGKali Ke-39untuk disahkan dan disokong oleh ahli mesyuarat. Makluman5.2 Encik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim mencadangkan Minit Mesyuarat AgungPIBGKali Ke-39 untuk disahkan dan disokong oleh Puan Nor Azura binti Ishak. Makluman6.0 Pembentangn Laporan Tahunan PIBG SK Jijan 2022/2023 oleh SetiausahaPIBGsesi 2022/2023 Puan Wan Sureyani binti Wan Ismail 6.1 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan Laporan Tahunan PIBGSKJijansesi 2022/2023. Makluman6.2 Encik Mohamad Faheedi bin Ailias mencadangkan Laporan Tahunan PIBGSKJijan2022/2023 untuk disahkan dan disokong oleh Puan Intan Idayu binti Abu Bakar.Makluman7.0 Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari PIBG sesi 2022/2023 Puan Siti Raezaihan binti Tukiman 7.1 Bendahari PIBG sesi 2022/2023 membentangkan Laporan Kewangan PIBGSKJijansesi 2022/2023 untuk disahkan dan disokong oleh ahli mesyuarat. 7.2 Puan Zaihasni binti Kadir mencadangkan Laporan Tahunan PIBGSK Jijan 2022/2023disahkan dan telah disokong oleh Puan Zairin Hafiza binti Zulkiepli. Makluman8.0 Menerima dan Membalas Usul Daripada Ibubapa 8.1 Usul daripada Puan Noor Eli Azean binti Elias 8.1.1 Pihak sekolah perlu kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapadangurubagi memaklumkan prestasi murid -murid. Maklum balas - Guru Besar memberi respon bahawa perjumpaan ibubapakurang dijalankan selepas PKP kerana perubahan dari segi pentaksiraniaitujadual peperiksaan dan perubahan yang terkini adalah tiada lagi UASA(UjianAkhir Sesi Akademik). Pihak ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk berjumpadengangurubagi mengetahui perkembangan anak. Pihak sekolah akan mengadakan2kali peperiksaan iaitu ujian pertengahan tahun dan ujian akhir tahun untuk pentaksirananak-anak. Makluman8.2 Usul daripada Encik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim 8.2.1 Jalan ke sekolah diperbesarkan. Maklum balas – Guru Besar memberi respons bahawa permohonanuntukmelebarkan jalan sekolah telah diambil tindakan oleh pihak MPKK, KgJijanmemandangkan sekolah berada dalam kawasan kampung Jijan danpihakMPKKjuga telah pun mempunyai perancangan. Pihak sekolah bersamaYDPPIBGdanAJK PIBG serta Pengerusi MPKK Encik Shaufik telah berbincang dan pihakPejabatDaerah telah dimaklumkan. 13


8.2.2 Menebang pokok diperkarangan menunggu (pondok menunggu) bagi keselesaan lalu lintas semasa menghantar dan mengambil anak. Maklum balas – Guru Besar memberi respon bahawa pihak sekolah telahmenerima surat daripada Jabatan Pendidikan untuk membuat tindakanmemaklumkan kepada Jabatan Pendidikan pokok-pokok dipersekitaransekolah yang perlu ditebang. Pokok-pokok di pondok menunggu tidak akanditebang sepenuhnya tetapi akan dicantas dahan yang telah reput. 8.2.3 Menyarankan pihak sekuriti sekolah untuk mengawal dan menjagalalulintas semasa murid keluar dari sekolah (di pintu B) kerana banyak kejadiandilihat murid hampir dilanggar oleh kenderaan. Maklum balas – Pihak sekolah akan minta ihsan daripada pihak sekuriti untukmembantu untuk mengawal lalu lintas semasa waktu pagi dan waktutengahhari semasa berakhirnya sesi persekolahan. (pintu B) Makluman8.3 Usul daripada Puan Noor Hizami binti Samsuddin 8.3.1 Pemantauan harga makanan di kantin. Maklum balas – Guru besar memaklumkan bahawa pengusaha kantinini adalahpengusaha yang baru. Pihak sekolah tidak boleh sesuka hati untuk menurunkanharga makanan kerana harga yang diletakkan mengikut harga semasa. Kualiti makanan yang disediakan seiring dengan harga makanan yang ditetapkan. 8.3.2 Melaksanakan inisiatif dari pihak PIBG membantu meringankan begmurid. Adakelas atas inisiatif guru mewujudkan box. Oleh itu, beliau menyarankanPIBGmembuat program kutipan untuk mewujudkan locker murid seperti yangpernahdilakukan sebelum ini (contoh: 1 keluarga 1 rumput). Maklum balas - Guru besar memberi respon pihak sekolah tidak dapat peruntukanlocker daripada KPM disebabkan oleh bilangan murid sekolah yangkecil berbanding sekolah yang besar. Guru besar menegaskan supaya anak-anakmuridmengikut jadual waktu yang telah disediakan bagi mengurangkan masalahbegberat. Encik Azmi memberi respon untuk mewujudkan locker tidak mampudilaksanakan kerana kekangan ruang di dalam kelas dan kos yangsangat tinggi. Makluman8.4 Usul daripada Encik Izwar Arfany bin Abd Jais 8.4.1 Pihak PIBG memasang dan menanggung kos set penapis air untuk murid. 8.4.2 Pihak PIBG memasang ‘awning’/bumbung di sebelah dewan terbukabagi mengelakkan tempias hujan serta untuk kegunaan majlis-majlis yangbesar agar tidak membazir mengeluarkan kos menyewa khemah untuk jangkamasayangpanjang. Maklum balas – Encik Azmi memberi respon berkaitan pemasangan danmenanggung kos set penapis air masih dalam peringkat perbincanganmanakaladana yang cuba dikumpul adalah untuk penggunaan murid - murid. SumbanganPIBG hanya akan digunakan untuk program-program yang melibatkanmuridmanakala bagi keperluan selain itu akan menggunakan dana daripadasumber lain.Guru besar pula memberi respon bahawa permohonan sumbangan akandibuatkepada kontraktor yang akan menjalankan kerja-kerja naik taraf padanguntukmendapatkan ‘awning’ di dewan terbuka. Makluman14


8.5 Usul daripada Encik Mohd Rusydan bin Osman 8.5.1 Pihak PIBG menambah penapis air (coway) kerana asset coway yangsediaadayang ditanggung oleh guru sepenuhnya tidak dapat lagi menampungkegunaan semua murid. 8.5.2 PIBG menambah program berbentuk ‘FUND RAISING’ bagi menambahdanPIBGyang sedia ada. Contoh: Fun Ride, Fun Run, Open Fishing dan sebagainya. Maklum balas – Guru Besar memaklumkan tambahan penapis air akandipasangdan tabung khas untuk menampung kos sewaan bulanan akan diwujudkan. EncikAzmi memberi respon bahawa pihak PIBG telah mewujudkan biro untuk merancangaktiviti bagi mencari dana tetapi ada beberapa kekangan dalamkalanganahli jawatankuasa yang tidak dapat dielakkan. Encik Azmi berharap denganpelantikanahli jawatankuasa yang baharu, PIBG boleh bergerak untuk mendapatkandanamembantu pihak sekolah. Makluman9.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 9.1 Encik Muhammad Azmi bin Borhan membubarkan AJK PIBG SK Jijan sesi 2022/2023danmencadangkan Puan Rafeah binti Ismail selaku Pengerusi Sementara untuk meneruskanmesyuarat dan majlis sebulat suara menyokong cadangan tersebut. MaklumanD. PELANTIKAN AJK PIBG DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA SESI 2023/2024 10.0 Pemilihan dan Pelantikan AJK dan Pemeriksa Kira-kira Sesi 2023/2024 10.1 Encik Azhar mencadangkan Encik Muhammad Azmi bin Borhan dikekalkansebagai YDPPIBG dan ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan tersebut. Makluman10.2 Encik Johari mencadangkan semua AJK PIBG sesi 2022/2023 dikekalkan dansemuaahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Namun begitu, memohon mempertimbangkan AJK yang tidak memberi komitmen sepanjangsesi 2022/2023. Makluman11.0 Pengumuman Rasmi Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 11.1 Semua AJK PIBG yang baharu dilantik diminta naik ke pentas dan Encik MuhammadAzmi bin Borhan selaku YDP PIBG sesi 2023/2024 mengumumkan JawatankuasaPIBGSKJijanbagi sesi 2023/2024 seperti berikut: Penasihat : Puan Rafeah binti Ismail (Guru Besar) YDP PIBG : Encik Muhammad Azmi bin Borhan NYDP PIBG : Puan Noraihan Azila binti Yassin Setiausaha : Puan Nurul Huda binti Muhamad Bendahari : Encik Mohammad Zaki bin Abd. Latif 15


AJK : 1. Encik Khairil Anwar bin Mohamad Darus 2. Encik Muzaffar bin Mohamed Ariff 3. Encik Mohd Hafidz bin Baharuddin 4. Encik Mohd Zakrin bin Said 5. Puan Maslina binti Jamaluddin 6. Puan Rohani binti Abd. Wahab 7. Puan Che Nor Asimah binti Che Awang 8. Puan Nur ‘Ain binti Baharin 9. Puan Seriwinda binti Kasri 10. Encik Mohd Fahmi bin Zulkifli 11. Puan Norlida binti Aripin 12. Encik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim 13. Encik Muhammad Mustafiruz bin Hamthan 14. Puan Raja Zanariah binti Raja Hashim 15. Noor Erlizai binti Ab Rahman 16. Encik Azhar bin Punandir 17. Puan Vasanthi a/p Manickam 18. Cik Nurul Ashira binti Zainal Abidin Pemeriksa Kira-kira: 1. Puan Khalijah binti Awang Isa 2. Puan Noorziah binti Sheikh Omar 12.0 Hal-hal Lain 12.1 YDP PIBG mencadangkan kutipan sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM100untuksetiap keluarga namun ahli mesyuarat sebulat suara tidak bersetuju dengancadangantersebut. Justeru itu, sumbangan PIBG kekal kepada RM80.00. Bagi meringankanbebanan bayaran sumbangan PIBG ini, ibubapa/penjaga dibenarkan untuk membuatbayaran secara ansuran. Makluman12.2 Semua ibubapa diingatkan untuk membayar sumbangan ini, walaupun hanyaberbentuk sumbangan bagi memastikan kelancaran programyang akan dijalankanolehpihak sekolah untuk semua murid SK Jijan. Makluman dan tindakan semuaibubapa13.0 Ucapan Penangguhan Encik Muhammad Azmi bin Borhan 13.1 YDP PIBG sesi 2023/2024 mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggakeranamasihdiberi kepercayaan untuk memegang jawatan ini. Beliau amat berharapPIBGakanmenjadi satu pasukan yang akan terus bekerjasama membantu pihak sekolahdalammelancarkan lagi segala aktiviti yang telah dirancang demi kecemerlangananak-anakSK Jijan. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yanghadir hingga ke akhir majlis. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30 pagi. Disediakan oleh; Disahkan oleh; NURUL HUDA BINTI MUHAMAD MUHAMMADAZMI BINBORHANSetiausaha PIBG YDP PIBGSK Jijan SK Jijan 16


LaporanTahunanMESYUARAT AGUNGPIBGKALI KE-40LAPORAN TAHUNAN PIBGSK JIJANSESI 2023/2024 1.0 PENDAHULUAN Persatuan Ibubapa dan Guru atau singkatannya PIBG merupakan tonggak utamadalam membantu merealisasikan pelaksanaan semua aktiviti di sekolah disampingmenangani sebarang permasalahan anak-anak terutama sekali dalampembelajaranmereka. Melalui PIBG, pihak sekolah dan ibubapa dapat sama-sama duduk berbincangmengenai perkembangan pembelajaran dan sahsiah anak-anak masing-masing. Peranan PIBG sangat penting untuk melaksanakan tanggungjawab terhadapsekolahkhususnya dalam menyalurkan peruntukkan tambahan bagi menampungkos perbelanjaan program-program yang dijalankan di sekolah. 2.0 KEANGGOTAAN PIBG Semua guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jijan dan juga semuaibubapaserta penjaga kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Jijan sepanjangpersekolahan bagi sesi 2023/2024 secara automatik diterima sebagai ahli persatuan. Pecahannya adalah seperti berikut; 2.1 Ahli dalam kalangan ibubapa/penjaga 233 keluarga 2.2 Ahli dalam kalangan guru 30 orang (Mei 2024) 3.0 JAWATANKUASA PIBG Jawatankuasa PIBG SK Jijan sesi 2023/2024 adalah jawatankuasa yangtelahdilantikpada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 yang lalu untuk tempoh satu tahunsehinggapemilihan jawatankuasa yang baharu pada Mesyuarat Agung PIBGkali ke-41. Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: 1. Encik Muhamad bin Abdul Manap PENASIHAT / GURU BESAR2. Encik Muhammad Azmi bin Borhan YDP PIBG 3. Encik Zulpakar bin Omar PK PRNTADBIRAN4. Puan Roziah binti Abdul Razak PK HEM 5. Encik Wan Halil bin Wan Chik PK KOKURIKULUM6. Encik Khairil Anwar bin Mohamad Darus AJK IBUBAPA 7. Encik Muzaffar bin Mohamed Ariff AJK IBU BAPA/PEMANGKUYDP8. Encik Mohd Hafidz bin Baharuddin AJK IBU BAPA 9. Encik Mohd Zakrin bin Said AJK IBUBAPA 10. Puan Maslina binti Jamaluddin AJK IBUBAPA 11. Puan Rohani binti Abd. Wahab AJK IBUBAPA 12. Puan Che Nor Asimah binti Che Awang AJK IBUBAPA 13. Puan Nur ‘Ain binti Baharin AJK IBUBAPA 14. Puan Seriwinda binti Kasri AJK IBUBAPA 15. Encik Muhammad Fahmi bin Zulkifli AJK IBUBAPA 17


LaporanTahunan16. Puan Norlida binti Aripin AJK IBUBAPA 17. Encik Mohd Johari bin Hj. Ibrahim AJK IBU BAPA/PEMANGKUNYDP18. Encik Muhammad Mustafiruz bin Hamthan AJK IBU BAPA 19. Puan Khalijah binti Awang Isa AJK IBU BAPA 20. Puan Nurul Huda binti Muhamad SETIAUSAHA 21. Encik Mohammad Zaki bin Abd. Latif BENDAHARI 22. Puan Raja Zanariah binti Raja Hashim AJK GURU 23. Puan Noorziah binti Sheikh Omar AJK GURU 24. Noor Erlizai binti Ab Rahman AJK GURU 25. Encik Azhar bin Punandir AJK GURU 26. Encik Sathiaseelan a/l Krishnagopal AJK GURU 27. Puan Vasanthi a/p Manickam AJK GURU 28. Cik Nurul Ashira binti Zainal Abidin AJK GURU 4.0 MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG 4.1 Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak empat kali sepanjang sesi tahun2023/2024 ini. 4.2 Senarai Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG SK JIJAN Sesi 2023/2024; 18


LaporanTahunan5.0 KEGIATAN-KEGIATAN PIBG SK JIJAN 2023/2024 Sepanjang perkhidmatan AJK PIBG sesi 2023/2024 dan pihak sekolah dengankerjasamaAJK Sarana atau Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) telah berjaya merancangdanmelaksanakan banyak program untuk kecemerlangan SK Jijan umumnyadanmurid-murid khususnya. Terdapat lima program yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolahdengan kerjasama PIBG. Setiap program perlu dilaporkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seremban (PPD) manakala aktiviti-aktiviti lain adalah merupakanprogram di bawah Dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Berikut merupakan empat program utama yang wajib dilaksanakan; a) Perjumpaan/Taklimat Ibubapa dan Pendaftaran Murid Tahun 1 b) Mesyuarat Agung PIBG c) Hari Sukan Tahunan d) Hari Anugerah Cemerlang 19


LaporanTahunan5.1 Perjumpaan/Taklimat Ibubapa dan Pendaftaran Tahun 1 Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi Persekolahan Mac 2024 telah diadakan pada6Februari 2024. Seramai 66 orang murid telah mendaftar di SK Jijan. Semua ibu bapadanpenjagamurid tahun 1 telah menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat. 5.2 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 telah diadakan pada hari Rabu, 10 Jun 2023. 5.3 Hari Pelaporan (Perjumpaan Tiga Penjuru) Perjumpaan Tiga Penjuru telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan8September 2023. 5.4 Hari Sukan Sekolah Kejohanan Sukan Sekolah telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 10 Disember 2023.Kejohanan Sukan pada tahun ini telah diadakan di Stadium Kolej Tunku KurshiahBandarEnstek. 5.5 Hari Anugerah Kecemerlangan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK ) merupakan antara programbesar yangdiadakan di semua sekolah pada setiap tahun. Bagi tahun 2023, HACtelahdiadakanpada 2 Februari 2024 iaitu pada hari Jumaat. HAK pada sesi 2023/2024 telahdirasmikanoleh Encik Muzaffar bin Mohamed Ariff, Pemangku YDP PIBG. HAK yang diadakan pada akhir sesi persekolahan ini, bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. HAK ini diharap dapat dijadikan sebagai salahsatumotivasi kepada semua murid SK Jijan untuk terus berusaha meningkatkan pencapaiancemerlang mereka dalam pelbagai bidang. 5.6 Takwim PIBG & KSIB SK Jijan Sesi 2023/2024 Disediakan oleh; SETIAUSAHA PIBG SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN 20


LaporanKewangan21


22


23


PembentanganUsulNAMA PENCADANG ENCIK ZAKARIA BIN OMAR (PENYELARAS TAHUN 6)USUL Jawatan kuasa tahun 6 ingin mengusulkankutipansumbangan bagi murid-murid tahun6sebanyakRM70meliputi: 1- Jubah : RM8.00 2- Fail murid : RM12.00 3- Jamuan : RM 50.00 (makanan, cenderahati,sewameja kerusi). Bayaran boleh dijelaskan secara ansuran3kali kepadaguru kelas. KEPUTUSAN Diputuskan dalam mesyuarat agung. NAMA PENCADANG ENCIK MOHD SHAMSUDDIN BIN HASANUSUL Kantin perlu: - Pelbagaikan menu untuk kanak-kanak - Tahap kebersihan - Perlu sedap seiring harganya KEPUTUSAN Sekolah akan maklumkan kepada pihakkantin. 24 NAMA PENCADANG PUAN SITI SYLATY ABU BAKAR USUL Diadakan pesta jual beli makanan olehrumah-rumahsukan, pihak PIBG, pihak guru, kantinsemasapertandingan rumah sukan. (karnival sukaneka, karnival kantin) KEPUTUSAN Akan dipertimbangkan kepada kepimpinanbarusesi2024/2025


PembentanganUsulNAMA PENCADANG PUAN NOOR AZZUWA BINTI ZAMIL USUL Penyelesaian bagi isu beg berat berikutanperlumembawa buku teks dan buku aktiviti yangbanyak.Jadual waktu kelas rasanya perlu ditukar padasatusubjek menjadi satu jam. Maka mata Pelajaranpadahari tersebut tidak terlampau banyak sehinggamenyebabkan pelajar terpaksa membawabukulebihmuatan. KEPUTUSAN Beg berat.: Jadual memang dibuat mengikutbilangan jam yang sepatutnya.( BerdasarkanDokumen Standad Kurikulum) Harapsemakjadualdengan betul. 25 NAMA PENCADANG PUAN SITI SYAIDATUL NURFARHAIN MD YUSSOFUSUL 1. Locker buku bertujuan untuk tempat menyimpanbuku teks/ latihan. Locker berkunci/ dikenakanyuranbulanan. 2. Aktiviti diluar waktu PdP – silat, karate, taekwandodi sekolah dan disertai pelajar yangberminat. KEPUTUSAN 1.Sukar untuk dipraktikkan kerana memerlukankosyang tinggi dan tempat yang sesuai untukdiletakkan . Faktor keselamatan kunci padamuridsentiasa akan menjadi isu . 2.Kelas taekwando diadakan pada setiapsabtudankhamis malam jumaat di SK.Jijan. Kelas silat adadiKg. Jijan.


PembentanganUsulNAMA PENCADANG PUAN NUR FADZIRAH BINTI HASSANUSUL Memandangkan setiap mata pelajaranmempunyaibanyak buku seperti buku teks, bukulatihandansebagainya, saya mencadangkan agar dinyatakanbuku yang perlu dibawa sahaja pada setiaphari kerana saya percaya bukan semua bukudigunakanpada setiap hari. Hal ini kerana saya dapati walaupunanak telah membawa buku mengikut jadual tetapibeg sekolah adalah sangat berat. KEPUTUSAN Beg berat.: Jadual memang dibuat mengikutbilangan jam yang sepatutnya.( BerdasarkanDokumen Standad Kurikulum) Harapsemakjadualdengan betul. Penggunaan buku mungkin boleh dipertimbangkan.Akan dimaklumkan kepada semua guru. 26 NAMA PENCADANG PUAN NUR RUZANNA BINTI ADNANUSUL Pengawasan pada pintu A dan Bketikawaktupersekolahan pada waktu pagi dan petangdiperketatkan. KEPUTUSAN Sekolah hanya mempunyai 2 orangpengawal keselamatan .Pada waktu pagi ada pengawal keselamatan yang bertugas di simpangmasukdanpintu masuk sekolah. Guru akan menunggudi PagarB.Waktu balik ke dua -dua pengawal bertugasdi pintuB .


PembentanganUsulNAMA PENCADANG PUAN NORAZLINA BINTI ROSEKUSUL Pengawasan murid-murid waktu balik dari segi pengawasan keselamatan berikutan keadaanlalulintas dari kenderaan ibu bapa yangsesak. KEPUTUSAN Sekolah hanya mempunyai 2 orangpengawal keselamatan .Pada waktu pagi ada pengawal keselamatan yang bertugas di simpangmasukdanpintu masuk sekolah. Guru akan menunggudi PagarB.Waktu balik ke dua-dua pengawal bertugasdi pintuB . NAMA PENCADANG PUAN NUR’ AIN BINTI BAHARINUSUL Pembelian buku di koperasi sekolahdibuat secaraonline (order awal).Pengambilan bukudibuat secaradrive thru. Ini bagi mengatasi masalahberaturpanjang dan lama ketika pembelian bukudibuat.KEPUTUSAN Cadangan yang baik.Akan diperhalusi danakandibincangkan dengan Syarikat Kedai Buku. 27 NAMA PENCADANG PUAN SERIWINDA USUL Buku aktiviti disimpan di dalamkelas bagi meringankan beg sekolah. KEPUTUSAN Sekolah menetapkan buku teks perludisimpandirumah untuk mengelakkan kehilangankeranaiahakKPM untuk digilirkan kepada muridtahunselepasnya.


PembentanganUsulNAMA PENCADANG PUAN ATIKAH AMALLINA BINTI ABDUL RAZAKUSUL 1. Fokus kepada latihan subjek. 2. Semak buku murid selepas beri latihan. 3. Memantau murid supaya sentiasa fokuspadapelajaran. KEPUTUSAN 1.Guru memang sentiasa memberi Latihan. Mohonibubapa/penjaga cakna terhadaptugasanyangdiberi kepada anak-anak. 2.Semua guru sentiasa diingatkan . BulanJunpenyeliaan buku tulis oleh pentadbir. Sentiasa dan akan dimaklumkan kepadasemuaguru. 27 NAMA PENCADANG PUAN SITI NURSUHAILA BINTI SABRI USUL Adakan semula box untuk simpan bukutekskeranakesian kepada kanak-kanak bawa begterlaluberat.KEPUTUSAN Penggunaan box menyebabkan ruangmenjadi sempit. Murid tidak menyusun bukudenganbaikdi dalam kotak tersebut. Penggunaantidaksesuai.


PembentanganUsulNAMA PENCADANG ENCIK MOHD RUSYDAN BIN OSMANUSUL 1. Berharap agar pihak kantin menyediakansistemkupon makanan secara bulanan untuk anak-anakyangmengikuti Kelas Agama Petang (KAP) 2. PIBG & JPKK Kg Jijan membetulkan/membaikijalansekolah yang berlubang. KEPUTUSAN 1.Akan dibincangkan dengan pihak kantin. 2.Sekolah telah menghantar surat kepadaPengerusi JPKK Kg. Jijan untuk mohonbetullkanjalan. Belum ada sebarang berita. 3.Cadangan: Buat gotong royonguntuksimenbahagian tersebut. NAMA PENCADANG ENCIK IDRIS BIN ABDUL HAMIDUSUL 1. Baiki jalan ke sekolah, banyak jalanberlubang.2. Perlu guna semula box buku di sekolah, ibubapawajib checksemua kerja sekolah anak-anak. KEPUTUSAN 1. Sekolah telah menghantar surat kepadaPengerusi JPKK Kg. Jijan untuk mohonbetullkanjalan. Belum ada sebarang berita. 2.Penggunaan box menyebabkan ruangmenjadisempit. Murid tidak menyusun bukudenganbaikdi dalam kotak tersebut. Penggunaantidaksesuai.3.Kerja sekolah perlu diingatkan kepadaanak-anak.28


PelantikanAHLI JAWATANKUASAPIBGSKJIJANSESI 2024/2025Penasihat : ___________________________Yang Dipertua PIBG : ___________________________Naib Yang Dipertua PIBG : ___________________________Setiausaha PIBG : ___________________________Bendahari PIBG : ___________________________Ahli Jawatankuasa PIBG : ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Juruaudit PIBG : ___________________________: ___________________________29


Memori 2023/2024Penglibatan dan Sumbangan PIBGSepanjangSesi2023/2024 Taklimat & Pendaftaran Murid Tahun 1 Gotong-royong Madani Siri 130 Gotong-royong Madani Siri 2


Memori 2023/2024Perjumpaan 3 Penjuru Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-4032 Kejohanan Sukan Tahunan


Memori 2023/2024Majlis Persaraan & Perpisahan Guru Hijrah Hari Anugerah Cemerlang 33


Memori 2023/2024Naik Taraf PSS SK Jijan (Kolaborasi Khidmat Bantu Persatuan Wanita UPM, Fakulti Rekabentuk & Senibina UPM dan PIBG SK Jijan) 34


Senarai PelajarCemerlangUPKK20238A 1. Umar Wafiyy bin Khairil Anwar 2. Amir Solehin bin Mohd Hafiz 3. Awatif Fathiah binti Mohd Suhaimi 4. Nur Fathiah Maisara binti Othman 5. Nur Izz Zahra binti Muhammad Muzhaffar 6. Nur Rania Qisya binti Ali Bahtur 7A 1. Muhammad Amar Faisal bin Muhamad Fadlie2. Hasya Irdina binti Mohamad Hafiz 3. Anisah Hannani binti Mohd Hafiz 4. Annisa Noor Humayroh binti Mohd Noor 5. Zara Qistina binti Jalilulair 6A 1. Muhammad Al-Fateh bin Mohd Rusydan2. Aishah Sumayyah binti Mohd Ashraf 3. Nur Amani Syafiqah binti Shamsudin 35


Warga SK Jijan merakamkan ucapan Terima Kasihdansetinggi-tinggi penghargaan kepada: YB Tuan Cha Kee Chin Ahli Parlimen Rasah Tuan Haji Norazam bin Nayan Pegawai Pendidikan Daerah SerembanPersatuan Wanita UPM, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPMEn. Muhammad Azmi bin Borhan YDP PIBG SK Jijan En. Muhamad bin Abdul Manap Guru Besar SK Jijan Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Semua guru dan kakitangan SK JijanIbu bapa dan penjaga Dan semua pihak yang terlibat samadasecara langsung dan tidak langsung dalammenjayakan MESYUARAT AGUNG PIBGSKJIJANKALI KE-41 SESI 2024/2025


Click to View FlipBook Version