Pada hari ini, industri fesyen berkembang dengan pesat. Keinginan pengguna untuk kelihatan menarik, bergaya dan glamor telah mendorong kepada penghasilan pelbagai jenis reka bentuk fesyen tidak hanya tertumpu pada fesyen pakaian semata-mata. Malah juga aksesori seperti tudung, beg, kasut, perhiasan diri, dan sebagainya. Bagi menghasilkan reka bentuk fesyen yang menarik, idea, kreativiti dan imaginasi yang tinggi sangat diperlukan.
Kandungan ini disusun untuk tujuan pendidikan bagi membantu pelajar mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.
E-book ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bagi memenuhi keperluan tugasan bagi kursus DT50002 Teknologi Digital & Inovasi Dalam Pendidikan. Segala maklumat yang dikongsikan adalah untuk kegunaan pembelajaran dan tidak bertujuan komersial.