PN. NOLIA BT YOP AHMAD
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Warga SKJP...
Saya guru kerdil berjiwa besar. Saya bangga
menjadi seorang guru. Ketika orang lain menyatakan
kerjaya guru ini merupakan pilihan terakhir mereka tetapi
bagi saya, inilah impian saya sedari kecil. Terpilih sebagai
guru menjadikan saya tersenyum lebar. Saya sentiasa
mencuba yang terbaik untuk anak-anak didik saya.
Kesabaran kunci kepada kejayaan. Kemenjadian anak
didik keutamaan tugas saya. Walaupun kita dilupakan
ketika mereka di puncak jaya namun saya tetap tersenyum
lebar. Saya pernah mengajar dia.
Sehingga hari ini, walau saya telah
bersara daripada kerjaya ini, cinta saya
pada tugas ini sangat utuh. Biarlah di luar
sana pelbagai kata dilemparkan pada
kerjaya ini, pada saya menjadi guru tugas
yang sangat mulia apabila kita dapat
menjalankan amanah ini dengan ikhlas dan
menjaga nama mulia kerjaya ini dengan
jujur. Tidak perlu selalu bertanya apa
keistimewaan yang kita terima dengan
menyandang gelaran guru tetapi tanyalah
sejauh mana kita telah menyumbang dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang guru.
Banyak kekurangan saya ketika melaksanakan
tanggungjawab ini. Saya perbaiki dan cuba sehabis baik.
Saya tidak sekadar mengajar dan mendidik tetapi saya
juga sentiasa belajar dan mendidik diri melalui kerjaya ini.
Belajar daripada pegawai-pegawai atasan, pentadbir,
rakan-rakan guru, AKP di pejabat, pekerja pembersihan ,
pekerja kantin malahan saya belajar juga daripada murid-
murid dan ibubapa mereka. Kita sentiasa belajar tanpa
noktah.
Alhamdulillah, dengan kerjaya ini saya dapat hidup
selesa walaupun tidak mewah. Semoga kerjaya ini menjadi
satu daripada ribuan kurniaan Allah untuk kita berkumpul
di syurga.
Guru jiwanya harus cekal, Kata-katanya harus tekal,
Tindakannya harus berlandaskan akal.
PN. NOLIA BINTI YOP AHMAD
Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Jalan Pegoh.
Nama : Nolia Binti Yop Ahmad
Tarikh Lahir : 21 April 1965
Tempat Lahir : Kg. Belanja Kiri, Parit, Perak.
Nama Suami : Ehsan Bin Musa
Nama Anak-anak : Muhamad Zulhusni Bin Ehsan
Muhamad Zulhasnan Bin Ehsan
Annur Qamariah Bt Ehsan
Amir Daniel Bin Ehsan
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1) SK Iskandar Shah, Parit, Perak ( 1972 - 1977 ).
2) SMK Iskandar Shah, Parit, Perak ( 1978 - 1984 ).
3) Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang ( 1986 - 1988 ).
4) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ( 2012 – 2016 ).
1989 - 1992 SEJARAH PERKHIDMATAN
1992 - 1995 : SJKC Naam Kheung, Kuala Lumpur.
: SK Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
1995 - 2001 : SK Paya Salak, Padang Rengas, Perak.
2002 - 2006 : SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak.
2007 - 2013 : SK Pengkalan, Lahat, Perak.
2013 - 2017 : SK Tarcisian Convent, Ipoh, Perak.
2017 - 2022 : SK Jalan Pegoh
1998 ANUGERAH PERKHIDMATAN
: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2006 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2017 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
3
Tentatif Majlis
2.45 petang - Ketibaan tetamu jemputan
- Ketibaan Guru yang Dirai
( Pn. Nolia Bt Yop Ahmad )
- Bacaan Doa Majlis Kesyukuran & Tahlil
- Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
- Ucapan Guru Yang Dirai
( Pn. Nolia Binti Yop Ahmad )
- Persembaha Multimedia ( Montaj Persaraan )
- Upacara Potong Kek & Pulut Kuning
- Upacara Penyampaian Hadiah
- Jamuan Makan
Sesi Bergambar
- Bersurai