The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMKS242 PENTADBIR, 2023-01-26 12:22:06

BAHASA MELAYU TING 1 - 2 DRP 2

BAHASA MELAYU TING 1 - 2 DRP 2

224 Pemimpin umpama pohon Rakyat ibarat akar Kuat lilit kerana simpulnya Julung-julung kalinya Mengukir sejarah Tersergam indah Pemimpin ibarat tempat rakyat berteduh dan dapat memberikan kebaikan kepada rakyat. Rakyat ialah penyokong atau tonggak kepada kejayaan sesebuah kepimpinan atau sesebuah organisasi. Kekuatan sesebuah organisasi terletak pada perpaduan para anggotanya. Buat pertama kalinya. Membentuk sesuatu sejarah yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kelihatan tinggi dan besar serta cantik dipandang mata. 1. 2. 5. 3. 4. 6. Tema 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK Aktiviti: Nyatakan maksud ungkapan – muka surat 207 Tema 17: INTEGRITI Aktiviti: Analisis dan betulkan kesalahan ayat dalam teks – muka surat 198 Keluarga harmoni ialah idaman semua pihak-pihak. Kasih sayang yang sangat utuh sekali antara anggota keluarga mewujudkan ikatan yang kukuh antara ibu, bapa, dan anak-anak. Ibu bapa sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan setiap anak-anak. Anak-anak hormat ibu bapa. Selain daripada itu, kesempurnaan didikan agama juga mampu mewujudkan keluarga harmoni. Anak-anak juga saling hormat-menghormati hak masing-masing. Selanjutnya, komunikasiyangberkesanantara anak-anakdan ibu bapa melahirkan keluarga harmoni. Perbincangan merangkumi lain-lain hal. Masalah akan sukar untuk diselesaikan jika kedua pihak tidak berterus terang. Setiap individumestilahmemainkan perananmasing-masing untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Keluarga harmoni ialah idaman semua pihak. Kasih sayang yang sangat utuh / utuh sekali antara anggota keluarga mewujudkan ikatan yang kukuh antara ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa sentiasa berusaha memenuhi keperluan setiap anak. Anak-anak menghormati ibu bapa. Selain itu, kesempurnaan didikan agama juga mampu mewujudkan keluarga harmoni. Anak-anak juga saling menghormati/ hormat-menghormati hak masing-masing. Selanjutnya, komunikasi yang berkesan antara anak dengan ibu bapa melahirkan keluarga harmoni. Perbincangan merangkumi hal-hal lain. Masalah akan sukar untuk diselesaikan jika kedua-dua pihak tidak berterus terang. Setiap individu mestilah memainkan peranan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Salah Betul Bil. Soalan Jawapan


225 aerodinamik ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara seperti kereta, kapal terbang, dan sebagainya aerosol ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara akhiran penambahan atau imbuhan pada bahagian akhir sesuatu kata akses proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan) sesuatu data, atau maklumat, capaian alaf masa yang lamanya 1000 tahun, seribu tahun alpa lalai altitud ketinggian sesuatu tempat yang biasanya diukur dari aras laut alternatif pilihan amalan perbuatan yang biasa dilakukan antasid (ubat) bahan beralkali yang dapat melegakan keadaan asid yang berlebihan di dalam perut antibiotik bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain, seperti bakteria (digunakan untuk merawat penyakit berjangkit) arakian (sastera lama) sesudah itu, maka aspirasi keinginan yang kuat, cita-cita astigmatisme kekaburan penglihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea atmosfera lapisan udara yang melingkungi bumi yang terdiri daripada bahan-bahan gas awalan penambahan atau imbuhan pada bahagian hadapan sesuatu kata balet tarian belenggu halangan beliung sejenis kapak yang matanya melintang (perkakas tukang kayu) berasak berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan berintegriti mempunyai kejujuran biografi riwayat atau kisah hidup seseorang bioteknologi kegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma,sistem biologi, atau proses biologi dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan untuk menghasilkan produk seperti antibiotik, vaksin, dan keju brosur risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu bumbu bahan-bahan perencah busana pakaian yang lengkap dan indah-indah cendekiawan orang yang cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual cita rasa kegemaran dan kecenderungan curiga syak wasangka, sangsi darurat keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan, kesukaran yang timbul dengan tidak disangka-sangka degradasi proses penguraian sebatian yang kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas demokrasi pemerintahan negara oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya diabetes keadaan yang dicirikan oleh perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan; kencing manis dialog percakapan atau perbualan drama lakonan berpandukan skrip Glosari


226 elit golongan yang dianggap berpengaruh, intelek eksklusif sesuatu yang bertaraf tinggi, istimewa eksotik berasal dari luar negeri, asing, luar biasa keistimewaannya seperti buah-buahan, masakan, haiwan ekspo pameran ekstrak pati atau jus yang dikeluarkan daripada sesuatu seperti tumbuhan, buah-buahan, atau haiwan elaun bayaran yang diberikan kepada seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan sesuatu tugas) etnobotani berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya falsafah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi, yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain, orang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir fauna keseluruhan haiwan yang hidup di sesuatu daerah atau habitat frasa terbentuk daripada satu kata yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar galas memikul bungkusan di atas bahu gamit isyarat dengan jari biasanya dengan menggerak-gerakkan empat jari ke atas dan ke bawah untuk memanggil seseorang genetik kajian tentang keturunan atau baka, dan cara individu mewarisisesuatu ciri atau sifatserta memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen gentian serat, serabut glasier timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi gubal menyusun undang-undang hab pusat bagi sesuatu halal dibolehkan oleh undang-undang Islam hatta (sastera lama) sesudah itu; selepas itu; kemudian dari itu hormon bahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endoktrin dan mempunyai kesan atas kegiatan organ-organ lain ikal berombak-rombak imbuhan penambahan yang digabungkan kepada sesuatu kata sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan insurans perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian dan bayaran premium tertentu integrasi gabungan dua atau beberapa kaum integriti kejujuran, keadaan sempurna dan utuh, keutuhan intensif dengan giat dan bersungguh-sungguh julung pertama kali kata ganda kata yang terbentuk melalui proses perulangan seperti rama-rama, gunung-ganang, jejari kata nama am kata nama yang merujuk sesuatu secara umum, misalnya: buku, jalan, dan pulau kata nama khas kata nama yang khusus merujuk orang, tempat, atau benda kekek bahagian ketiak baju kurung kekuda kuda-kuda, kayu penyangga pada alat bunyi-bunyian untuk meregangkan tali kelubung sesuatu seperti kain sebagai pembungkus atau penutup, selubung khazanah harta benda kimpalan cantuman dua bahagian logam komited mempunyai atau menunjukkan komitmen terhadap sesuatu komoditi barangan yang diperdagangkan kornea selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata kosmetik alat solek atau bahan yang digunakan untuk mencantikkan rupa seseorang


227 laser alat untuk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang amat kuat dan tertumpu pada satu hala layur mendiang di atas api supaya kering, layu, dan lain-lain; memanggang lestari kekal, tetap lombol salah satu acara dalam gimnastik, acara yang menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dengan menggunakan galah malim gunung pemimpin atau petunjuk jalan di kawasan pergunungan mayang mengurai rambut yang mengurai serta ikal memuai menjadi kembang (bahan yang direbus, direndam, dimasak, dan lain-lain), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dan lain-lain) menerajui mengetuai mengetam melicinkan kayu dengan ketam (sejenis alat untuk melicinkan kayu, papan) metropolitan bandar raya utama mistik keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban netizen pengguna Internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik seperti bertukar-tukar pendapat, membekalkan maklumat, dan memberikan sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan Internet obesiti kegemukan yang berlebihan oftalmologi kajian tentang mata dan penyakitnya osteoporosis kerapuhan tulang yang biasa dialami oleh orang tua pancaroba keadaan yang tidak menentu pantun karangan berangkap yang biasanya terdiri daripada dua baris, empat baris, enam baris, lapan baris, dan seterusnya pasak sejenis baji atau paku yang dibuat daripada kayu untuk mengetatkan sesuatu pemangkin faktor yang mempercepat sesuatu penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu pendeta orang yang mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sangat luas perintis pelopor persada taman tempat bersuka-suka atau berehat-rehat pesak kain yang dijahit pada kelengkang atau depan seluar, iaitu pada tempat kancing atau di bawah ketiak baju pesona menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum, dan sebagainya) pokok hibrid tumbuhan yang dihasilkan daripada percantuman dua jenis benih yang berlainan, kacukan polo permainan bola yang melibatkan dua pasukan pemain yang menunggang kuda atau menggunakan kuda dan menggunakan kayu panjang sebagai pemukul bola untuk memasukkan bola ke dalam gol radar alat untuk mengesan arah dan jarak jauh kapal dengan gelombang radio rasisme perihal berpuak rekayasa penerapan unsur-unsur ilmu relevan ada kaitan atau hubungannya dengan apa-apa yang dibicarakan, apa-apa yang berlaku dan sebagainya reruai kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu sajak sejenis puisi moden yang bebas bentuknya saluang sejenis alat muzik tradisional masyarakat Minangkabau yang dibuat daripada buluh seperti seruling


228 samudera lautan sedak rotan yang dipasang berkeliling gendang dan lain-lain untuk menegangkan kulit gendang dan lain-lain selenggara mengelolakan semarak mulai bercahaya atau berseri sembat sejenis jahitan untuk menetapkan tepi berlipat yang menyerong skim rancangan slip kepingan kertas yang kecil dan panjang sosioekonomi faktor kemasyarakatan dan ekonomi talempong sejenis alat muzik tradisional masyarakat Minangkabau, seakan-akan bonang dalam perangkat gamelan tampuk perhiasan sebagai penutup di atas, di pangkal, di hujung sesuatu teknologi ilmu tentang cara-cara mencipta telusur mengikut sepanjang tepi jalan, sungai, dan lain-lain tenggek duduk secara bertinggung tonggeng membongkok dengan kepala ke bawah dan punggung ke atas transaksi penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan), persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urus niaga umarak pemimpin UNESCO akronim bagi United Nations Educational Scientific and Cultural Organisational (Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu) vektor haiwan yang mengandungi parasit berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada organisma lain warta risalah atau surat khabar wasap wap yang bebas daripada cecair mudah meruap yang kelihatan seperti asap, biasanya beracun dan kuat baunya


229 A.Samad Ahmad, 2015. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hussain, 2016. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Halim Ali, 2006. Mendekati Puisi Melayu Tradisional. Bandar Baru Bangi: Elpos Print Sdn. Bhd. Alias Derais, 2014. Zizan atau Zidane: Pasukan Paling Top. Kuala Lumpur: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. Ahmad Marzuki Ismail, 2007. Pengurusan dan Perniagaan Koperasi Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Asmah Hj Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Abdul Rahman, 2015. Peribahasa Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asiah Abdul Rahman, 2015. Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yee-Yen dan Noor Aini Khalifah, 1990. Pertukaran Asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Kraf Malaysia, 2012. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Harga Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015. Pedagogi Bahasa Melayu Abad 21. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK) dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Selangor (MPSM), 2013. Konsep dan Panduan Pelaksanaan Program i-THINK. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan. Mohd Bakri Jaafar & Azmi Morsidi, 2007. 25000 km Menjejaki Warisan Kita. Shah Alam: Ultimate Print Sdn. Bhd. Mohd Said Sulaiman, 2008. Pakai Patut Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammed SalehuddinAman, 2007. Mari Kita Berbahasa Jilid 2. Seri Kembangan: Citra Kurnia Enterprise. Nazim Mohd Subari, 2015. Gurindam Warisan Ibunda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, danAbdul Hamid Mahmood, 2015. BinaanAyat: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, danAbdul Hamid Mahmood, 2015. Golongan Kata: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Senarai Rujukan


230 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, danAbdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhayati Mokhtar, 2010. 100 Perkara Kamu Patut Tahu tentang Sains. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Othman Puteh dan Aripin Said, 1995. Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail, 2009. Pakaian Cara Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Vishalache Balakrishnan et.al., 2014. Aplikasi i-Think dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Portal Rasmi: https://harisukannegara.my http://biography.yourdictionary.com/isabel-martinez-de-peron http://devastatingdisasters.com malaysianpharma.com professionalimage.wordpress.com www.aerodspace.wordpress.com www.bankinginfo.com.my www.bukudbp.com www.duitsaku.com.my www.dbp.gov.my www.heritage.gov.my www.ikn.gov.my www.insuranceinfo.com.my www.jmm.gov.my/ms www.met.gov.my www.utusan.com www.beritaharian.com www.myhealth.gov.my www.cowaywaterfilter.com.my www.jobshub.info www.asza.com/CD-store www.portal.doa.gov.my/ppppm www.doe.gov.my www.mosti.gov.my www.bankinfo.com.my www.motac.gov.my


231 akhiran 90, 138, 144 alam sekitar 73, 75, 82, 84 amalan 2, 4, 6–8, 35–36, 73, 75–76, 82, 84, 149–150 aspirasi 4 awalan 90, 138, 144 ayat inti 47 ayat mudah 162 baca iklan 44 bacaan luas 60, 96, 168, 192 banding beza 128 bangsa 10, 206 barah 6, 9 bentuk sajak 53 berbual 134, 139 berseri 4, 5 bina ayat 47, 48, 72 bumi 74, 79–80, 84 cegah 2 cergas 1, 2, 5, 6 cerita 64, 194 cuti 110, 114, 119 deklamasi 53 demokrasi 207, 211 dialog 95 dokumentari 14 drama 185 edit kesalahan ejaan 178 nahu 178 tanda baca 178 frasa nama 54, 95, 203 gurindam 94 halal 146, 147, 149, 150, 151 hasilkan syair 202 hijau 73, 74, 75, 76 industri 146, 147, 148, 149, 151, 152, 155, 156 kajian 124 karya fiksyen 62, 197 kata adjektif bentuk 66, 174 perasaan 66, 174 waktu 66, 174 warna 66, 174 kata ganda 143, 191 kata kerja tak transitif berpelengkap 23, 131, 186 tanpa pelengkap 23, 131, 186 kata nama am majmuk 59 am tunggal 59, 167 khas majmuk 59 khas tunggal 59 kata pangkal ayat 71, 179 kata pembenar 71, 179 kata seru 18, 179 kata tanya 18, 179 kebersihan 3,4,7,10 kejayaan 5 kelestarian 75 kemajuan 27 kerangka karangan 20, 132, 136, 201 kerja lapangan 57 kesalahan ayat 107, 198 kesihatan 1, 2, 3, 6, 7, 8, 9 kosa kata 123, 164 lafaz syair 137 main peranan 176 makna kata 125 masyarakat 32, 33, 35, 36, 210, 214, 215 membaca iklan 44, 171 memulihara 75 mendengar lagu 170 mendidik 29 menghormati 29, 30 mengundi 211, 212 menulis cerita 52 dialog 21 laporan 129 maklumat diri 141, 196 Indeks


232 pendahuluan 88 ringkasan 45, 105,108, 165, 184 sinopsis 173 surat kiriman tidak rasmi 41 ulasan 189 merdeka 27, 29 mulia 2 pantun 51, 92, 135 parlimen 207–208 pelancong 111, 112, 114, 115, 116, 117, 118, 120 pemimpin 207, 208, 209, 210, 213, 214, 215, 216 penampilan 3, 4 pengacaraan 42, 126 pengulangan kata 17, 58, 142, 185 pengumuman 175 perbandingan semacam 21, 65, 106 perenggan isi 93 perenggan kesimpulan 93 permainan bahasa 180, 204 perpaduan 25, 26, 27, 32, 33, 36 persoalan 89, 130 pilihan raya 207, 209, 212, 215 produk 4, 146, 148, 149, 150, 153, 156 rakyat 27, 32, 33, 206, 207, 208, 209, 210, 212, 213, 215 remaja 4, 29, 32, 214 rencana 200 sajak 17, 53, 58 sakit 11 segar 77, 79 seimbang 1, 6 seloka 101 singkatan kata 17, 58, 185 situasi 86 surat rasmi 183 syair 161 syarahan 136 tanda bacaan 57 teknologi 73, 75, 84 teks 93, 126, 202 tema 46, 130 temu bual 38, 62 toleransi 27 ujar perkataan 103 uji kaji 63 ulas 98, 199 ungkapan menarik 124, 164 usahawan 153, 154


233 Skrip Pendengaran Tema 1 Unit 2 1.2.1 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Proses Merawat Air – muka surat 7 www.youtube.com/watch?v=tdn3tUORm00&feature=youtu.be Tema 1 Unit 2 3.2.1 – MENULIS Video – Kanser Paru-paru – muka surat 9 www.youtube.com/watch?v=EIKqk7RYCJ4 Tema 2 Unit 3 1.2.1 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Audio – Panduan Keselamatan Semasa Banjir – muka surat 14 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=91 Tema 2 Unit 4 1.3.1 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Taklimat Keselamatan – muka surat 19 www.youtube.com/watch?v=KYu756jYbuY Tema 3 Unit 5 1.3.2 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Audio – Ucapan – muka surat 26 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=129 Tema 3 Unit 6 4.3.2 – SENI BAHASA Video – Syair Bidasari – muka surat 34 www.youtube.com/watch?v=n3SF_9SbY70&feature=youtu.be


234 Tema 4 Unit 7 3.4.4 – MENULIS Teks – Kembara Budaya – muka surat 41 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=115 - Tema 4 Unit 8 PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN Laman Sesawang – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia – muka surat 48 www.kraftangan.gov.my Tema 5 Unit 9 1.5.1 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Persembahan Sapelele – muka surat 50 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=117 Tema 5 Unit 9 5.4.1 – TATABAHASA Laman Sesawang – Profil Tokoh – muka surat 54 profile.upm.edu.my/kyusoff Tema 6 Unit 11 1.5.3 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Pembenihan Awan – muka surat 62 www.youtube.com/watch?v=8EmWa2YyMZw&feature=youtu.be Tema 6 Unit 12 3.1.1 – MENULIS Video – Tip Penjagaan Mata – muka surat 69 www.youtube.com/watch?v=4cXsbkz46AA Tema 7 Unit 13 4.3.2 – SENI BAHASA Video – Syair – muka surat 77 www.youtube.com/watch?v=bvri1WiVaSY


235 Tema 8 Unit 16 4.1.2 – SENI BAHASA Audio – Gurindam Dua Belas – muka surat 94 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=120 Tema 9 Unit 17 4.1.3 – SENI BAHASA Audio –Seloka Pak Kaduk– muka surat 101 http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=123 Tema 12 Unit 23 2.1.2 – MEMBACA Video – Berbalas Pantun – muka surat 135 www.youtube.com/watch?v=JyZygW3HgaU Tema 12 Unit 24 1.4.2 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Senamrobik – muka surat 139 www.youtube.com/watch?v=4vUPdsougr8 Tema 15 Unit 30 2.2.2 – MEMBACA Laman Sesawang – Dongeng Warisan Melayu – muka surat 176 teechconsult.typepad.com/kids/2010/01/dongeng-warisan-melayu---singapura-dilanggartodak.html Tema 18 Unit 36 1.2.1 – MENDENGAR DAN BERTUTUR Video – Mari Mengundi – muka surat 211 www.youtube.com/watch?v=ohVVBvxMWeY


236 Tema 3 Unit 5 1.3.2 – Mendengar dan Bertutur Peranan Sekolah dalam Memupuk Perpaduan – muka surat 26 Assalamualaikum dan salam sejahtera, serta salam sehati sejiwa saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Rozainum binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Encik Lim Leong Fat, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, guru-guru yang dihormati, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi. Hadirin yang dimuliakan, Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dapat berhimpun bersama-sama pada pagi yang penuh harmoni ini untuk menyambut Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Semarak Harmoni dengan tema “Satukan Jiwa”. Ucapan penghargaan saya berikan kepada Puan Rozainum binti Ahmad kerana sudi hadir dan menyerikan majlis pada hari ini lagi. Sekolah perlu berperanan memperkukuh perpaduan dalam kalangan murid. Perpaduan perlu menjadi tonggak kepada kekuatan negara. Hal ini perlu disemai dalam jiwa dan minda anak-anak kita. Oleh itu, pendidikan merupakan asas yang penting untuk menyemai, dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda,seterusnya menjadi pemangkin bagi melahirkan warganegara yang beridentiti dan berdisiplin. Hadirin yang dikasihi, Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab dan persatuan haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti di luar sistem akademik seperti penglibatan dalam keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Sikap bangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui penganjuran pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik. Akhir kata, saya, sekali lagi, ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Sekarang, dengan sukacitanya saya merasmikan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Semarak Harmoni Tahun 2016. Sekian, terima kasih. Tema 2 Unit 3 1.2.1 – Mendengar dan Bertutur Panduan Keselamatan Semasa Banjir – muka surat 14 Belakangan ini bencana banjir atau bah semakin kerap berlaku. Bencana banjir telah menenggelamkan kawasan tempat tinggal, merosakkan harta benda, merosakkan tanaman dan juga kehilangan nyawa. Aspek keselamatan penting diamalkan semasa banjir. Terdapat beberapa panduan keselamatan semasa banjir. Orang ramai hendaklah sentiasa mendengar pengumuman banjir melalui berita radio dan televisyen dari semasa ke semasa. Sila patuhi arahan pihak keselamatan. Sebagai contohnya, jika anda diminta berpindah ke pusat pemindahan, pastikan anda mematikan semua suis elektrik dan mengunci pintu rumah sebelum berpindah. Selain itu, orang ramai perlu menyimpan semua barangan berharga seperti dokumen peribadi dan barang kemas di tempat yang selamat. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan barangan penting ini basah dan rosak. Orang ramai juga dinasihati agar tidak meredah air banjir ataupun menggunakan kenderaan semasa banjir. Perbuatan demikian mungkin akan menyebabkan kejadian tergelincir, hanyut atau disengat binatang berbisa. Pakai jaket keselamatan sekiranya anda perlu meredah banjir. Seterusnya, orang ramai juga dinasihati agar tidak memakan makanan yang tercemar akibat banjir bagi mengelakkan penularan penyakit. Para ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak agar tidak bermain di kawasan air bah. Pastikan anda dan keluarga selamat semasa banjir.


Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ____________________________________ Nombor Perolehan: _______________________________ Tarikh Penerimaan: _______________________________ Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.


Click to View FlipBook Version