1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 3) PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PBS 1) NAMA PELAJAR IVAN SIA CHAI GENG ANGKA GILIRAN 2022192340245 NOMBOR KAD PENGENALAN 030501130135 KUMPULAN/UNIT A11 BIDANG TERAS BAHASA MELAYU TARIKH PBS 12 JUN 2023 – 23 JUN 2023 NAMA & ALAMAT SEKOLAH SJKC THAI KWANG, 2, LORONG SUKUN 1, 96000 SIBU, SARAWAK EMEL SEKOLAH [email protected] NAMA PENSYARAH DR. MASTURA BINTI HALIM
2 1.0 SURAT PENGENALAN DIRI
3 2.0 BIODATA NAMA IPGK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU NAMA PELAJAR IVAN SIA CHAI GENG NO. KAD PENGENALAN 030501130135 ALAMAT TETAP NO 3H, LORONG LADA 18K2, 96000 SIBU, SARAWAK NO. TELEFON 01131997187 EMEL [email protected] AMBILAN PISMP AMBILAN JUN 2022 PENGKHUSUSAN MAJOR: BAHASA MELAYU MINOR: PENDIDIKAN MORAL TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER III TARIKH PBS 12 JUN 2023 – 23 JUN 2023
4 3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 3.1 PENGENALAN Saya, Ivan Sia Chai Geng, dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) sedang menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Thai Kwang, Sibu, Sarawak. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang wajib dilalui oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Program ini merupakan satu pendekatan pendidikan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk melihat dan memahami peranan guru di dalam bilik darjah. Contohnya, guru pelatih boleh melihat cara guru mengendalikan kelas, menyampaikan bahan pengajaran, dan berinteraksi dengan murid. Melalui pemerhatian strategi pengajaran yang digunakan oleh guru, guru pelatih dapat memahami dan menyerap maklumat dengan lebih mudah. 3.2 TUJUAN Pernyataan profesional merujuk kepada tugasan yang ditetapkan untuk guru pelatih melaksanakannya dalam tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Pernyataan profesional ini membolehkan guru pelatih untuk menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dan menetapkan tujuan objektif dengan tepat dan jelas. Selain itu, guru pelatih dapat merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan teratur. Melalui PBS, guru pelatih dapat berinteraksi secara dua hala dengan pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi guru pelatih dapat ditingkatkan lagi. Jelaslah bahawa pernyataan profesional ini dapat menjadikan satu asas kepada semua guru pelatih untuk membuat penambahbaikan. 3.2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS
5 Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 (PBS 1) dijalankan, kami telah mendengar taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) daripada Encik Umar bin Norman selaku Pegawai Pengurusan Unit Praktikum. Taklimat ini telah diadakan pada 6 Jun 2023 di Dewan Za’aba. Umum mengetahui bahawa ini merupakan kali pertama bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2022 melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 di sekolah berhampiran rumah kediaman masing-masing. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu semua guru pelatih untuk memahami dan menyesuaikan diri sendiri dalam alam persekolahan serta perspektif, tanggungjawab sebagai seorang guru. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami dapat memperoleh satu pengetahuan atau pengalaman baharu melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah di sekolah. Selain itu, semua guru pelatih juga boleh mengenali dan memahami sekolah sebagai institusi Pendidikan, bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah dalam mentadbir sekolah. Saya akan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJKC Thai Kwang bermula dari 12 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023. Sebelum saya melaksanakan PBS, saya telah menghubungi pihak sekolah serta mengenali segala maklumat atau waktu persekolahan. Dalam pada itu, saya juga telah membuat perancangan terlebih dahulu supaya dapat mencapai hasrat dan tujuan PBS. 3.2.2 PERNYATAAN SEMASA PBS Pada hari pertama Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah hadir ke sekolah pada pukul 6.10 a.m. Pada pagi itu, saya telah melaporkan diri pada guru besar. Saya telah memperkenalkan diri kepada guru besar dan menyerahkan surat pengenalan diri serta surat penempatan PBS kepada beliau. Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengunjungi semua kawasan sekolah. Pada masa yang sama,
6 saya telah mengambil gambar yang diperlukan dalam pentaksiran berterusan saya. Pada hari kedua PBS, saya telah mengikut seorang cikgu Bahasa Melayu masuk ke kelas 1B untuk memerhatikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Selain itu, saya juga telah menjalankan temu bual dengan guru-guru dan pengurus sekolah tentang maklumat yang diperlukan dalam tugasan saya. Seterusnya, saya juga telah memberi satu sumbangan terhadap sekolah dengan guru pelatih dari IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa serta IPG Kampus Kent untuk melukis satu mural yang bertajuk “ Warga SJK Thai Kwang, Teguh Bersama” 3.2.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS Selepas Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 telah tamat, saya berasa amat gembira dan bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana saya mampu mendapat satu peluang untuk menyesuaikan diri sendiri dalam alam sekolah serta cara untuk menguruskan kelas dengan pelbagai kaedah dan teknik. Selain itu, saya telah mendapati bahawa suasana di SJK (C) Thai Kwang amat sesuai dan menarik setiap murid untuk turut belajar. Jelaslah bahawa suasana sekolah, bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran amat penting dalam pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). 3.3 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS Dalam tempoh 2 minggu pelaksanaan PBS, saya telah menjalankan banyak aktiviti di SJK (C) Thai Kwang yang disenaraikan dalam tugasan dan senarai semak. Oleh itu, segala aktiviti yang telah saya laksanakan akan dinyatakan di Jadual 1.
7 Bil Tarikh Hari Tindakan 1. 12 Jun 2023 Isnin 1. Melaporkan diri kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) di SJK (C) Thai Kwang. 2. Guru Besar memberi sedikit taklimat berkaitan sejarah sekolah dan harapan beliau kepada guru pelatih. 3. Guru Besar memberi kebenaran untuk mengunjungi kawasan sekolah. 4. Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) telah memberi jadual waktu dan guru pembimbing kepada kita. 5. Bersalaman dengan semua guru. 6. Mengambil dan mencatat maklumat umum sekolah yang diperlukan dalam pentaksiran berterusan. 7. Mengambil gambar kawasan sekolah. 8. Menemu bual dengan ibu bapa (komuniti). 2. 13 Jun 2023 Selasa 1. Melaksanakan pemerhatian kelas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama-sama dengan guru pembimbing di Kelas 1B. 2. Menemu bual dengan Penolong Kanan Kokurikulum. 3. Mengemaskini segala maklumat yang dikumpul. 3. 14 Jun 2023 Rabu 1. Menemu bual dengan guru. 2. Mengemaskini maklumat yang dikumpul. 4. 15 Jun 2023 Khamis 1. Melaksanakan pemerhatian kelas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama-sama dengan guru pembimbing di Kelas 2A. 2. Menemu bual dengan kakitangan sekolah. 3. Mengemaskini maklumat yang dikumpul. 5. 16 Jun 2023 Jumaat 1. Menghadiri perhimpunan sekolah. 2. Menemu bual dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM).
8 3. Mengemaskini maklumat yang dikumpul. 6. 19 Jun 2023 Isnin 1. Menemu bual dengan Penolong Kanan Pentadbiran (PK1). 2. Mengemaskini maklumat yang dikumpul. 7. 20 Jun 2023 Selasa 1. Melakukan sumbangan (melukis mural) di sekolah dengan guru pelatih dari IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. 8. 21 Jun 2023 Rabu 1. Melakukan sumbangan (melukis mural) di sekolah dengan guru pelatih dari IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Perlis, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Kent dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. 9. 22 Jun 2023 Khamis 1. Melaksanakan Pentaksiran Berterusan. 2. Melakukan pemerhatian di kelas 6A bagi subjek Bahasa Melayu. 10. 23 Jun 2023 Jumaat 1. Meminta pengurus sekolah dan guru-guru yang telah ditemu bual untuk menandatangan pada boring kolaboratif. 2. Memberi borang kehadiran dan laporan perkembangan pelajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk ditandatangani dan dinilai kerana Guru Besar tidak hadir ke sekolah.
9 4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Untuk melaksanakan tugasan, saya telah menggunakan tiga jenis instrumen pengumpulan data, iaitu pemerhatian, temu bual dan senarai semak. Instrumeninstrumen ini membolehkan saya untuk mengumpul segala maklumat dengan lebih mudah dan cepat dalam tempoh pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). 4.1 PEMERHATIAN Semasa saya berada di SJK (C) Thai Kwang, saya telah memerhati Kawasan sekolah. Melalui pemerhatian saya, saya telah mendapati bahawa sekolah ini mempunyai kemudahan atau infrastruktur yang amat lengkap dan baik (Jadual ). Bukan itu sahaja, kawasan sekolah juga dalam keadaan bersih dan cantik kerana terdapat banyak mural pada dinding kelas serta pejabat guru. Gambar Kemudahan/ Infrastruktur Pejabat Guru Kantin Sekolah
10 Gelanggang Bola Keranjang Dewan/Gelanggang Badminton Tempat Rekreasi
11 Perpustakaan Galeri Ilmu Teater Trek Larian/ Balapan
12 4.2 SENARAI SEMAK Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1 1.0 Pengurusan dan Organisasi Sekolah Ö Lampiran 1, 2, 3 1.1 Carta Organisasi Sekolah Ö 1.2 Takwim Sekolah Ö 1.3 Pelan Fizikal Sekolah Ö 2. 2.0 Prasarana Sekolah 2.1 Kemudahan sekolah i. Dewan ii. Kantin iii. Pejabat Guru iv. Bilik Multimedia/Komputer v. Bilik Pemulihan vi. Koperasi vii. Bilik Gigi viii. Makmal Sains ix. Gelanggang Bola Kerajang x. Padang xi. Pondok Keselamatan xii. Bilik Mesyuarat xiii. Perpustakaan xiv. Lain-lain 2.2 Rukun Negara 2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2.4 Visi, Misi dan Lagu Sekolah Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö - Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
13 2.5 Kata-kata Hikmat 2.6 Mural Ö Ö mampu dilihat di Kawasan kantin, papan kenyataan sekolah. - Terdapat banyak mural yang berkaitan dengan kurikulum dan KBAT. 3. 3.1 Bilik Darjah i. Kerusi dan Meja Murid ii. Kerusi dan Meja Guru iii. Jadual Waktu Bertugas iv. Jadual Waktu Kelas v. Peraturan Kelas dan Sekolah vi. SOP Covid-19 vii. Papan Putih viii. Kipas ix. Sudut Bacaan x. Rak Buku xi. Papan Kenyataan xii. Pelan Kedudukan Kelas Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö Ö 4 4.0 Kurikulum 4.1 Sukatan Pelajaran 4.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 4.3 Bahan Bantu Mengajar Ö Ö Ö Ö 5. Kokurikulum 4.1 Sukan dan Permainan 4.2 Kelab dan Persatuan 4.2 Badan Unit Beruniform 4.3 Peralatan Sukan Ö Ö Ö
14 Ö 4.3 TEMU BUAL Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 sedang dilaksanakan, saya telah bertemu bual dengan pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa bagi murid SJK (C) Thai Kwang. Dalam temu bual tersebut, saya telah bertanya tentang segala isu, cabaran dan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menguruskan 5.0 KOLABORATIF Bagi aspek kolaboratif, saya telah mencatat segala topik atau isu yang telah dibincangkan oleh pengurus sekolah, murid-murid, guru-guru. Dengan adanya interaksi, saya dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan, maklumat dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, terdapat banyak isu atau topik yang telah dibincangkan dalam interaksi tersebut. Saya telah membuat perbincangan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, murid-murid, kakitangan sekolah dan ibu bapa bagi murid SJK (C) Thai Kwang. (Lampiran 5)
15 6.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI 6.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian saya di kelas 1B yang sedang belajar subjek Bahasa Melayu, saya telah mendapati bahawa suasana di kelas 1B amat sesuai dan harmoni. Di dalam kelas, cikgu telah menggunakan ICT seperti komputer dan projektor untuk mengajar murid tentang penjodoh bilangan. Jika diteliti dan ditelusuri, saya juga telah mendapati bahawa tajuk yang diajar oleh guru telah mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 1. Selain itu, saya juga telah mengetahui cara untuk mengajar murid dengan lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan banyak kaedah dan teknik dalam pengajaran. Antaranya ialah kaedah nyanyian, kaedah komunikatif serta teknik penyoalan. Dengan menggunakan ICT dan kaedah tersebut, murid-murid akan lebih aktif dan tertarik untuk belajar. 6.2 TEMU BUAL Pada realitinya, saya juga telah melaksanakan temu bual dengan pengurus sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan orang lain. Topik utama yang ditemu bual ialah Dasar Pendidikan masa kini. Melalui temu bual, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan berkaitan dengan Dasar Pendidikan masa kini. Sebagai contoh, saya telah mengenali 1Murid 1 Sukan, Transformasi Sekolah 2025 (TS25), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan lain-lain. Dasar-dasar ini amat penting dalam pendidikan kerana dasar tersebut mampu membantu sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan hasrat mereka, iaitu
16 melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa isu atau cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam menguruskan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan lain-lain. 6.3 SENARAI SEMAK Melalui senarai semak yang telah saya sediakan, saya telah mendapati bahawa senarai semak merupakan salah satu cara yang paling asas dan penting untuk bagi seseorang untuk melaksanakan satu kerja atau tugasan. Dengan adanya senarai semak, saya boleh mengesan perkara yang telah saya laksanakan dan mana yang belum saya laksanakan. Oleh itu, saya mampu menyiapkan kerja saya telah lebih efisien dan berkesan. 7.0 REFLEKSI 7.1 Sebelum PBS Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan, saya berasa amat bimbang. Hal ini dikatakan demikian kerana ini merupakan kali pertama bagi saya sebagai seorang guru pelatih menjejakkan kaki ke kawasan sekolah. 7.2 Semasa PBS Semasa saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan di SJK (C) Thai Kwang, saya telah melaksanakan pemerhatian bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam kelas ini, saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman tentang cara untuk mengajar murid-murid. Dalam kelas tersebut, guru telah menggunakan banyak kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid. Sebagai contoh, kaedah komunikatif, teknik penyoalan dan kaedah nyanyian telah diamalkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga telah mengetahui bahawa bahan bantu mengajar amat penting dalam kelas PdP pada abad ke-21. Dengan menggunakan bahan ICT atau bahan multimedia,
17 murid-murid akan memberi tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas dan kelas PdP dijalankan dengan lebih berkesan. Dalam pada itu, semua tajuk atau topik yang diajar perlu dirancang dan disusun terlebih dahulu. Semua tajuk dan topik perlu dirujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan sesuai dengan tahap murid (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran). Selain itu, saya juga telah melukis mural di SJK (C) Thai Kwang sebagai sumbangan bersama-sama dengan guru pelatih dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus Ipoh, IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Kent. Aktiviti ini merupakan satu peluang yang amat baik bagi saya untuk mengenali kawan baharu. Bukan itu sahaja, kerjasama antara satu sama lain juga amat penting dan telah diamalkan dalam aktiviti ini. 7.3 Selepas PBS Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menguasai cara untuk mengawal kelas dengan baik. Saya berasa bangga kerana saya dapat menjadi seorang bakal guru untuk mendidik anak watan Malaysia. Bukan itu sahaja, saya berasa gembira kerana kemahiran komunikasi saya telah ditingkatkan melalui sesi perbincangan dengan guru-guru. Sesi ini telah memberi keyakinan kepada saya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, saya berharap semua pengalaman yang telah saya peroleh dan lalui dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan pada masa akan datang. 8.0 LAPORAN AKHIR Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya telah berjaya menghabiskan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dilaksanakan selama 2 minggu, iaitu dari 12 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023. Tujuan PBS ini dilaksanakan oleh
18 guru pelatih adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada kita tentang suasana persekitaran sekolah dan gambaran awal terhadap profesion keguruan. Dalam tempoh 2 minggu di SJK (C) Thai Kwang, saya telah melaksanakan segala tugasan yang telah diberi oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Jika diteliti dan ditelusuri, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 dijalani. Semasa PBS di SJK (C) Thai Kwang, saya telah bertemu dengan banyak guru yang berpengalaman dan profesional dalam bidang masing-masing. Seorang guru Bahasa Melayu, Ngu Ai Kee telah membawa saya masuk ke kelas untuk memerhati pengajaran beliau bagi murid Tahun 1. Melalui pemerhatian ini, saya telah mendapati bahawa bahan bantu mengajar, kaedah pengajaran, teknik pengajaran dan amat signifikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Dalam pada itu, saya juga telah meningkatkan keyakinan diri untuk bergaul dengan guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid melalui temu bual ini. Semasa interaksi dengan guru-guru, mereka telah memberi banyak bimbingan dan sokongan kepada saya supaya saya dapat menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang profesional dan mahir dalam mengurus kelas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Jika ditinjau dari perspektif yang lain, SJK (C) Thai Kwang juga telah mendapat pencapaian yang amat cemerlang dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah telah mengamalkan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Bukan itu sahaja, ibu bapa dan pihak sekolah juga telah memberi banyak dorongan, sokongan dan bimbangan untuk mereka turut mencungkil bakat dalam kegiatan kokurikulum. Sesungguhnya, saya juga telah mendapati bahawa semua guru dan kakitangan sekolah di SJK (C) Thai Kwang telah mengamalkan amalan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, dapat saya katakan bahawa kesemua warga sekolah SJK (C) Thai Kwang telah mengamalkan konsep kekeluargaan. Sebagai contoh, saya telah menjadi pengadil Karnival Sukan antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Dalam karnival ini, saya telah mendapati bahawa semua guru mempunyai kerjasama yang baik dalam pertandingan tersebut (Gambar 2). Melalui ini, saya juga telah mengetahui bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan guru lain.
19 Secara kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SJK (C) Thai Kwang kerana mereka telah menyambut kehadiran saya telah amat mesra dan sopan. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1, saya telah menyedari bahawa sekolah merupakan sebuah tempat yang mampu membentuk sahsiah seseorang dan sebuah institusi yang dapat mencapai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta mengembangkan bakat dan potensi murid-murid dalam kurikulum ataupun kokurikulum.
20 LAMPIRAN 1 (MAKLUMAT UMUM SEKOLAH)
21 Maklumat Umum Sekolah
22 VISI DAN MISI SEKOLAH
23
24 LOGO BENDERA DAN PIAGAM SEKOLAH
25 LAMPIRAN 2 CARTA ORGANISASI SEKOLAH
26 CARTA ORGANISASI SEKOLAH
27 CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH
28
29 LAMPIRAN 3 PELAN FIZIKAL SEKOLAH DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN PELAN SEKOLAH
30 TAKWIM PERSEKOLAHAN SEKOLAH
31
32
33
34
35 LAMPIRAN 4 DASAR PENDIDIKAN MASA KINI
36 CARTA ORGANISASI SKPMg2 SEKOLAH
37 CARTA ORGANISASI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
38 CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN INKLUSIF
39 LAMPIRAN 5 REKOD KOLABORATIF/ INTERAKSI/ PERBINCANGAN
40 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _12 JUN 2023 Masa : 12:00 P.M. Tajuk / Perkara : ___MASALAH YANG DIHADAPI SEBAGAI IBU BAPA Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Masalah beg sekolah anak-anak. - Terlalu banyak buku latihan dan buku kerja 2. Masalah buku teks sekolah. - Buku teks terlalu lama dan ada risiko untuk membayar buku teks kerana sudah koyak walaupun bukan masalah sendiri. 3. Masalah lalulintas semasa waktu balik. - Ibu bapa tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan sekolah semasa waktu balik. 1. Pihak sekolah boleh menyediakan rak buku di setiap kelas supaya muridmurid dapat meletakkan buku latihan di sekolah. 2. Pihak sekolah atau SPBT perlu memastikan buku teks itu dalam keadaan baik atau tidak baik sebelum meminjam kepada murid-murid. Sekiranya sudah rosak atau koyak, guru boleh mencatat dalam buku rekod supaya tidak akan menyuruh murid untuk membayar buku teks. 3. Pihak sekolah perlu menitikberatkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Guru-guru perlu mengajar murid-murid tentang cara menggunakan jalan raya dengan hemah dan berhati-hati.
41 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _13 JUN 2023 Masa : 10:30 A.M. Tajuk / Perkara : ___ISU KOKURIKULUM DI SEKOLAH Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Dasar Pendidikan yang diamalkan oleh pihak sekolah dalam kokurikulum dan apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah? - Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) telah diamalkan. - Sesetengah ibu bapa tidak menyokong anak mereka terlibat dalam kokurikulum 2. Kekurangan jurulatih dan peralatan sukan yang lengkap di sekolah. 1. Pihak sekolah boleh menganjurkan satu ceramah atau kempen. Dalam ceramah tersebut, pihak sekolah boleh memberitahu semua ibu bapa bahawa kepentingan kokurikulum sepanjang persekolahan murid-murid. Pihak sekolah juga boleh menyediakan jadual yang sesuai supaya tidak menyebabkan murid-murid hilang minat untuk belajar. 2. Pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) boleh menganjurkan lebih banyak khusus kejurulatihan supaya guru-guru boleh memperoleh lebih ilmu dalam bidang sukan.
42 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _14 JUN 2023 Masa : 11:30 A.M. Tajuk / Perkara : __PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apakah perubahan guru setelah peperiksaan awam (UPSR) telah dibatalkan dan digantikan dengan pentaksiran bilik darjah? 2. Masalah dihadapi dalam Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM). - Kekurangan guru Sains dan Matematik. - Kepakaran guru STEM. 1. Pentaksiran Bilik Darjah mampu membantu guru untuk memahami dan mengenali tahap penguasaan murid dengan lebih dalam. Guru-guru perlu memberi latihan atau kelas intervensi kepada murid-murid yang lemah supaya mereka dapat menguasai semua topik dan kemahiran dengan baik. 2. Guru-guru boleh menyertai diri dalam program atau khusus yang berkaitan STEM yang dianjurkan oleh pihak kerajaan supaya dapat mengajar anak murid dengan lebih baik dan tepat terutamanya dalam subjek Sains serta Matematik.
43 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _15 JUN 2023 Masa : 9:00 A.M. Tajuk / Perkara : __KESELAMATAN SJK (C) THAI KWANG Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Prosedur ibu bapa masuk ke kawasan sekolah pada waktu sekolah. 2. Masalah yang dihadapi oleh pengawal keselamatan. - Sesetengah ibu bapa tidak mengikut arahan atau larangan. - Pada waktu balik, sesetengah ibu bapa yang ego telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. 1. Ibu bapa perlu meminta surat kebenaran yang dikeluarkan oleh pejabat sekolah dan menyerahkan kepada pondok pengawal keselamatan. 2. Pihak sekolah perlu melaksanakan langkah yang lebih efektif dengan lebih tegas. Sebagai contoh, ibu bapa tidak boleh meletakkan kereta di depan pagar sekolah.
44 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _16 JUN 2023 Masa : 10:30 A.M. Tajuk / Perkara : __PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Cara sekolah melaksanakan program RMT - Guru bertugas akan meletakkan atau mengagihkan makanan di setiap tempat duduk murid yang telah ditetapkan sebelum waktu rehat. - Murid perdana akan menikmati makanan mereka di kantin manakala murid PPKI akan menikmati makanan di kelas masingmasing. 2. Cabaran dihadapi semasa melaksanakan program RMT. - Makanan yang disediakan tidak dinikmati oleh sesetengah murid disebabkan ketidakhadiran murid. - Makanan berlebihan 1. Cadangan mengatasi masalah - Guru bertugas boleh memberi makanan berlebihan kepada murid RMT lain. - Guru bertugas atau pihak berkuasa boleh menyediakan makanan yang lebih seimbang dan sihat supaya murid dapat menikmati makanan itu.
45 LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : _21 JUN 2023 Masa : 9:40 A.M. Tajuk / Perkara : __CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PEMBELAJARAN Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Berasa tercabar dalam soalan KBAT. 2. Tidak menguasai kemahiran untuk menyelesaikan dan menghadapi soalan KBAT. 1. Guru-guru perlu mengajar murid tentang cara untuk menyelesaikan soalan KBAT dengan baik dan teliti. Selain itu, guru-guru juga boleh menghadiri khusus berkaitan dengan KBAT supaya dapat memperoleh ilmu yang lebih luas dan mendalam.
46 LAMPIRAN 6 AMALAN REFLEKSI
47 LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Perbincangan Semasa saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK (C) Thai Kwang, saya telah melaksanakan sesi perbincangan dengan guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Dalam perbincangan tersebut, isi perbincangan adalah lebih berfokus kepada isu atau cabaran yang dihadapi dalam kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Selepas setiap isi telah dibincangkan, saya telah memberi cadangan penyelesaian atau penambahbaikan kepada pihak sekolah atau guru-guru supaya mereka dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi. Melalui sesi perbincangan ini, saya telah meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Umum mengetahui bahawa kemahiran komunikasi amat afdal dalam setiap pekerjaan. Sesi perbincangan ini telah memberi keyakinan kepada saya untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah. Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana saya mempunyai peluang sebagai seorang guru pelatih untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah. Bukan itu sahaja, segala masalah atau isu boleh diselesaikan melalui komunikasi atau perbincangan yang baik. Justeru, guru-guru pelatih perlu menguasai kemahiran komunikasi.
48 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) Aktiviti Melukis Mural Pada 20 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023, saya dengan guru pelatih lain telah melukis satu mural bertema “Warga SJK Thai Kwang, Teguh Bersama”. Jika ditinjau dari perspektif yang lain, mural mampu menceriakan kawasan sekolah dan menarik murid-murid untuk turut belajar di sekolah. Tema mural ini mampu menggalakkan semua warga sekolah sama ada guru-guru atau murid-murid untuk bersama-sama menjaga nama baik sekolah dari aspek kurikulum dan kokurikulum. Semasa melukis mural, saya dengan guru pelatih lain telah mengamalkan nilai bekerjasama dan nilai bertanggungjawab. Kami telah membahagikan kerja terlebih dahulu dan berjaya menyiapkan kerja masing-masing. Sesungguhnya, semua guru pelatih perlu mengamalkan kedua-dua nilai ini. Hal ini dikatakan demikian kerana guru memainkan peranan yang amat signifikan dalam mendidik murid-murid. Semasa kita telah bekerja di sekolah, kita perlu bekerjasama dengan guru lain untuk membantu murid-murid meningkatkan prestasi dan membentuk akhlak mulia dalam kalangan murid. Oleh itu, saya bersyukur kerana saya telah mendapat satu pengalaman yang begitu baik dan telah mendapat kawan baharu.
49 LAMPIRAN 7 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN
50 SESI PERBINCANGAN/ TEMU BUAL Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Lim Ching Chai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Leng Chen Hui