CARA
MENANAM
DAUN SUP
BY
PENGENALAN
NAMA SAINTIFIK: Apium graveolens var. secalinum
KELUARGA: Apiaceae
ASAL: Benua Amerika
JENIS: Sayuran Berdaun
KEGUNAAN: Digunakan dalam masakan dan ubat
PENYEDIAAN TANAH/MEDIA
Memerlukan tanah/media yang mempunyai
sistem pengairan yang baik untuk pertumbuhan
akar
Tanah/media yang mempunyai kadar
nutrien yang tinggi
pH tanah antara 6-7
Sebaiknya menggunakan tanah campuran
antaranyatanah liat, tanah bakar, cocopeat, sekam
padi bakar
TEKNIK SEMAIAN DARI BIJI BENIH
Rendam biji benih sekurang-kurangnya 4 jam sebelum
semai bertujuan meningkatkan kadar percambahan
Sediakan tray semaian. Pastikan tanah/media semaian
dibasahkan 100% terlebih dahulu
Semai biji benih di dalam tray semaian dengan cara
letak sahaja diatas permukaan tray dan tidak perlu
ditanam
Permukaan tray dibasahkan sekali lagi selepas biji
benih disemai
Tutup tray dengan plastik hitam atau letakkan tray di
tempat tiada cahaya matahari
Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Sentiasa
pastikan tray disiram untuk mengekalkan kelembapan
tanah/media semaian
Pindahkan anak pokok ke batas, pasu atau
polybag untuk tumbesaran pokok
TEKNIK SEMAIAN DARI KERATAN
BATANG
Pilih pokok yang masih segar, banyak akar putih dan ada
tunas kecil
Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil
Rendam bahagian akar dalam air selama 1-2 hari
Tanam pokok yang kelihatan segar ke dalam
pasu/polybag atau batas
Letakkan pokok ditempat yang tiada cahaya matahari
selama 1-2 minggu
Siram tanah/media supaya sentiasa dalam keadaan
lembab
PENYIRAMAN
Pokok daun sup mestilah disiram dengan kadar
2 kali sehari
Sentiasa memastikan tanah/media tidak
terlalu kering dan tidak terlalu basah
PEMBAJAAN
Pembajaan sekurang-kurangnya sebulan sekali
Menggunakan baja yang sesuai untuk
pertumbuhan pokok
Sentiasa memastikan baja tidak diberi
berlebihan kerana pokok akan layu dan
seterusnya mati
PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK
Septoria apiicola: Penyakit yang menyebabkan
daun menjadi busuk
Yellow Aster: Penyakit yang menyebabkan
daun menjadi kuning
Serangga perosak: aphids, carrot weevil,
corn earworm, flea beetles and
leafhoppers.
CARA MENGAWAL:
Sebaik-baiknya menggunakan racun
organik seperti campuran bawang putih,
cili, halia,daun neem, daun semambu dan
cuka kayu
TUAIAN
Pokok daun sup boleh dituai selepas 60 hari
ditanam
Tuaian boleh menggunakan gunting, pisau
atau alat pemangkas
SELAMAT BERCUCUK TANAM
Terima Kasih