BUKU PANDUAN PELAJAR
8.2 Surat Perakuan Cuti Sakit
8.2.1 Pelajar yang diberikan cuti sakit perlu memaklumkannya ke Pejabat Pentadbiran
Kolej dengan membawa bersama keratan perakuan doktor yang memeriksa.
8.2.2 Perakuan ini mesti diserahklan kepada Pengurus Program masing-masing.
8.3 Salah Laku Menipu
8.3.1 Pelajar yang didapati menipu status kesihatan atau meminda maklumat di
keratan/perakuan cuti sakit boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan yang
sedang berkuatkuasa.
8.4 Kes Kecemasan
8.4.1 Bagi kes-kes kecemasan @ segera, pelajar boleh terus ke Pejabat Pentadbiran dan
akan dihantar segera oleh pihak kolej ke hospital.
8.4.2 Bagi kes-kes tertentu, pihak kolej akan menghubungi ambulan.
9.0 KELUAR KAWASAN KOLEJ WAKTU PENGAJIAN
9.1 Kes Kecemasan
9.1.2 Segala urusan yang melibatkan kes kecemasan mesti dimaklumkan kepada pihak
9.1.3 pengurusan kolej.
9.2 Borang yang telah dilengkapkan dan diluluskan hendaklah diserahkan
Kepada Pengawal Keselamatan sebelum keluar kawasan kolej.
Aktiviti Rasmi Kolej
9.2.1 Hendaklah disertakan dengan surat makluman dan kebenaran
yang dikeluarkan oleh guru-guru, kolej atau Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
10.0 SUKAN DAN KOKURIKULUM
10.1 Sukan
10.1.1 Semua pelajar adalah tertakluk untuk mematuhi semua peraturan, arahan dan
jadual aktiviti sukan yang ditetapkan oleh kolej.
10.1.2 Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan ketika diadakan aktiviti sukan boleh
memohon pengecualian dengan cara memaklumkan secara lisan @ bertulis dan
disertakan dengan perakuan doktor @ ibu bapa/penjaga.
50
BUKU PANDUAN PELAJAR
10.1.3 Pelajar perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi
menyertai mana-mana aktiviti sukan di luar kolej.
10.1.4 Kebenaran bertulis ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh kolej
di Pejabat Pentadbiran Kolej.
10.2 Kokurikulum
10.2.1 Pelajar Tahun 1 dan tahun 2 mesti hadir mengikuti aktiviti kokurikulum pada setiap
hari Rabu @ mengikut jadual yang ditetapkan.
10.2.2 Kehadiran pelajar mesti direkodkan dalam Buku Kehadiran dan Penilaian
Kokurikulum serta ditandatangan oleh guru penasihat.
10.1.3 Pelajar perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi
menyertai mana-mana aktiviti sukan di luar kolej.
10.1.4 Kebenaran bertulis ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh kolej
di Pejabat Pentadbiran Kolej
11.0 KENDERAAN PELAJAR
11.1 Hanya pelajar luar dibenarkan membawa kenderaan ke kolej.
11.2 Kenderaan yang dibenarkan hanyalah basikal @ motorsikal sahaja.
11.3 Pelajar yang menunggang motorsikal mestilah mempunyai lesen memandu, cukai jalan
yang sah dan belum tamat tarikh dan berdaftar dengan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)
11.4 Setiap motorsikal mesti mempunyai pelekat kolej yang sah.
11.5 Penunggang dan pembonceng mesti memakai topi keledar yang diluluskan.
11.6 Motorsikal dan basikal mestilah diparkir di tempat yang telah disediakan @ ditetapkan
sahaja.
11.7 Semua pelajar tidak dibenarkan menunggang motorsikal dan memandu kereta di dalam
kawasan kolej.
11.8 Kereta pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan kolej.
12.0 PERATURAN AKADEMIK
12.1 Semua pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan akademik yang telah dikeluarkan
oleh kolej.
12.2 Peraturan ini merangkumi perkara-perkara berikut :
12.2.1 Kehadiran ke kolej dan kelas pengajian
12.2.2 Menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.
12.2.3 Mematuhi peraturan ketika berada di bengkel, makmal dan
perpustakaan.
51
BUKU PANDUAN PELAJAR
12.2.4 Hadir ke aktiviti @ program yang ditetapkan oleh kolej.
12.2.5 Kewajipan mengambil kuiz, ujian dan pentaksiran.
12.2.6 Arahan kolej yang dikeluarkan dari masa ke semasa
12.3 Pihak kolej boleh mengambil tindakan kepada pelajar yang gagal mematuhi Peraturan
Akademik mengikut peraturan sedia ada.
12.4 Tindakan penguatkuasaan ini diperturunkan kuasa kepada Timbalan Pengarah Akademik,
Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit Akademik dan Vokasional serta semua guru.
12.5 Penangguhan pengajian mana-mana pelajar tertakluk kepada peraturan yang dibenarkan
seperti kemalangan serius yang menyebabkan kegagalan pelajar untuk hadir ke kolej.
12.6 Proses penangguhan pengajian ini hendaklah diuruskan oleh Jabatan Penilaian dan
Pentaksiran.
12.7 Semua pelajar adalah bertanggungjwab sepenuhnya kepada keperluan mematuhi
peraturan akademik supaya tidak menjejaskan prestasi akademik masing-masing.
52
BUKU PANDUAN PELAJAR
13.0 PERTUKARAN PELAJAR
CARTA ALIR PROSES PERTUKARAN PELAJAR
Ibu bapa tulis surat
memohon pertukaran
pelajar ke Pengarah KV
Sesi Kaunseling
( mesti 3 kali )
Lengkapkan Borang Pertukaran + Laporan
Kaunseling + Pengesahan Pengarah KV
( mesti 3 kali )
Hantar ke BPTV
Proses Borang GAGAL
( 10 hari )
Keputusan Rayuan
BPTV
LULUS Keputusan
Surat Lulus Pertukaran Ke JPN/KV/Pemohon LULUS
TAMAT GAGAL
53
BUKU PANDUAN PELAJAR
14.0 GANTUNG KOLEJ
14.1 Pelajar yang terlibat dengan kesalahan yang membawa kepada gantung kolej akan dipertuduhkan
dengan format surat seperti Lampiran 4.
14.2 Kesalahan yang boleh dipertuduhkan adalah seperti berikut :
BIL PERKARA
2 Biadap terhadap guru, kakitangan, Lembaga Perwakilian Pelajar (LPP) dan pelajar lain
3 Meniru tandatangan pengetua @ guru @ warden
4 Menyimpan, membawa, menghisap atau mengedar bahan tembakau/dadah/memabukkan
5 Membawa masuk tetamu dari luar sekolah tanpa kebenaran
6 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
7 Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan rencana/majalah atau
bahan multimedia terlarang/meyalahi undang-undang negara (seperti bahan lucah, hasutan,
berpolitik, mempromosikan keganasan)
8 Membabitkan diri dalam kumpulan haram
9 Berdua-duaan yang ditegah oleh agama Islam, membuat perhubungan intim
10 Mengintai pelajar lelaki @ perempuan
11 Menyimpan, membawa, melukis, mempamer perkataan @ gambar lucah
12 Mengeluarkan kata-kata lucah @ kesat @ menghina
13 Menipu Sijil Perakuan Cuti Sakit
14 Meniru @ menipu dalam peperiksaan
15 Mencemarkan nama baik kolej melalui perlakuan @ perkataan @ tulisan , sama ada di
dalam @ luar kawasan kolej.
14.3 Pelajar yang digantung kolej tidak dibenarkan berada di dalam kawasan kolej sepanjang tempoh
penggantungan .
14.4 Pelajar yang tamat tempoh penggantungan dikehendaki menandatangani borang Jaminan
Berkelakuan Baik sebelum meneruskan pengajian.
14.5 Pelajar yang pernah dikenakan hukuman gantung kolej akan dipertuduhkan terus dengan Tuduhan
Buang Kolej jika mengulangi mana-mana kesalahan kolej yang ditafsirkan sebagai ingkar peraturan.
54
BUKU PANDUAN PELAJAR
15.0 BUANG KOLEJ
15.1 Kesalahan yang boleh dipertuduhkan kepada hukuman buang kolej adalah seperti berikut :
BIL PERKARA
1 Merosakkan harta benda kolej @ guru @ kakitangan @ pelajar lain secara serius
2 Pernah digantung kolej dan mengulangi kesalahan lain yang boleh ditakrifkan sebagai
ingkar peraturan.
3 Menyimpan, membawa, atau menggunakan bahan letupan seperti mercun atau senjata
yang ditakrifkan merbahaya dan menyalahi undang-undang negara.
4 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan dan kekerasan kepada komuniti kolej
5 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru atau pelajar
6 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain
7 Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan di kawasan
kolej @ asrama
8 Melakukan perbuatan yang menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan niat kepada
orang lain
9 Mengganggu @ menjejaskan kuasa pengetua, guru, warden atau LPP yang menjalankan
tugas secara mengancam @ menggugut, melawan atau perlakuan yang menunjukkan rasa
tidak puas hati melalui8 perbuatan, perkataan dan bahan bertulis.
10 Membabitkan diri dalam kumpulan haram yang menyalahi undang-undang negara
11 Mencabul kehormatan guru @ pelajar
12 Melakukan zina, liwat atau hubungan diluar tabii
13 Melacur, menjadi bohsia @ bohjan @ pondan
14 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
15 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar @ media elektronik, edaran bertulis,
sistem pesanan ringkas, WhatApps, Telegram, Facebook, Twitter dan seumpamanya yang
mencemarkan nama kolej
16 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan @ perhimpunan haram @ merusuh
17 Tidak menghormati lagu @ bendera @ jata kolej, negeri, kebangsaan
18 Kesalahan lain yang ditafsir oleh pengetua termasuk dalam kategori ini
55
BUKU PANDUAN PELAJAR
16.0 PEKELILING @ SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
16.1 Kolej akan sentiasa merujuk sebarang tindakan dan keputusan berdasarkan pekeliling @ surat
siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa.
16.2 Tindakan lain yang bersesuaian dan tidak menyalahi para 16.1 akan dipertimbangkan untuk
dilaksanakan jika difikirkan perlu mengikut situasi semasa dan kepentingannya.
17.0 KOLEJ KAWASAN BEBAS ASAP ROKOK
17.1 Kolej menguatkuasa peraturan sedia ada sebagaimana Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
berikut :
Berdasarkan Senarai Kawalan Larangan Merokok yang diwartakan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010 dan 2008, frasa “ di mana-mana
Kawasan premis Kerajaan “ telah pun dimasukkan ke dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 20024 (P.U.(A)324/2004) dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan
2008 (P.U.(A)315/2008). Sesiapa yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan ini boleh
dikenakan tindakan undang-undang seperti didenda sehingga RM10,000.00 atau dipenjara
sehingga dua tahun.
17.2 Para pelajar dan seluruh warga kolej adalah tertaktuk kepada pewartaan ini, di mana kawasan
Kolej Vasokaional Kulim adalah kawasan bebas asap rokok.
17.2 Tindakan bersesuaian mengikut peratura ini dan peraturan sedia ada akan dikuatkuasa secara
berterusan.
18.0 PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH
18.1 Tindakan bersesuaian akan sentiasa dilakukan untuk menjalankan Pendidikan dan Pencegahan
Dadah mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
18.2 Kolej akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) dan PDRM dalam menangani permasalahan ini.
18.3 Pelajar boleh dibuat Ujian Urin berdasarkan surat siaran KPM mengikut keperluan kolej dan situasi
semasa.
56
BUKU PANDUAN PELAJAR
19.0 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN
19.1 Semua guru dikehendaki menjalankan tanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan peraturan-
peraturan ini , arahan semasa Pengetua @ Pengarah kolej dan yang dikeluarkan oleh KPM.
19.2 Penguatkuasaan peraturan-peraturan ini adalah tertakluk kepada garispanduan KPM sedia ada.
19.3 Kaedah penguatkuasaan peraturan-peraturan ini boleh dilaksanakan melalui teguran lisan, surat
amaran,makluman kepada ibu bapa, melaporkannya kepada tugasan perjawatan yang diberikan
seperti Ketua Unit, Ketua Jabatan dan Pengurusan Kolej mengikut kesesuaian kes dan keadaannya.
20.0 PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN
20.1 Agensi kerajaan lain boleh dilibatkan dalam usaha meningkatkan dan memantapkan disiplin @
sahsiah pelajar.
20.2 Penglibatan ini perlulah mengikut kesesuaian aktiviti , peraturan yang membenarkan dan
dibincangkan dengan pengurusan kolej.
21.0 PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKIAN
21.1 Sebarang perubahan @ penambahbaikian peraturan-peraturan ini akan dimaklumkan dari semasa
ke semasa dan dibuat secara bertulis.
22.0 PERAKUAN DAN PENGESAHAN PENGARAH KOLEJ
22.1 Semua peraturan ini, penambahbaikian, perubahan, arahan pelaksanaan dan keputusan, adalah
tertakluk sepenuhnya kepada kuasa dan perakuan Pengarah Kolej Vokasional Kulim yang tertakluk
kepada akta pendidikan yang sedang berkuatkuasa.
23.0 PERATURAN INI BERKUATKUASA pada ...................................................
EN. BAKHORI BIN BIN YOB@MAAROF
Pengarah
Kolej Vokasional Kulim
57