The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINGGU 8 F1 AYAT KEFAHAMAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORANEEZ BINTI ISMAIL Moe, 2021-06-30 23:42:58

MINGGU 8 F1 AYAT KEFAHAMAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH

MINGGU 8 F1 AYAT KEFAHAMAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH

AYAT KEFAHAMAN

SEGALA PUJI BAGI ALLAH
BUKU TEKS M/S 25-30



1. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani

2. Segala puji tertentu bagi Allah SWT, tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
4. Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari

akhirat)
5. Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami sembah, dan hanya

kepada Engkau kami memohon pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau murkai, dan bukan

pula (jalan) orang yang sesat.

Surah ini wajib di baca dalam solat
Setiap hari. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Ubadah bin Samit r.a. Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahan:
Tidak sah solat sesiapa yang tidak membaca surah al Fatihah.

Oleh itu, kita wajib membaca surah ini dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih.

PUJIAN HANYA KEPADA ALLAH SWT

Ucapan basmalah mengajar kita supaya melakukan sesuatu ikhlas
kerana Allah SWT. Ucapan Alhamdulillah pula ialah kata-kata pujian
yang dikhususkan bagi Allah SWT sebagai tuhan yang mencipta dan
mentadbir alam. Puji-pujian kepada Allah SWT dilahirkan dengan
menyebut nama-NamaNya seperti ar Rahman dan ar Rahim yang
menunjukkan rahmat dan kasih sayang yang dilimpahkan kepada
hambanya. Semua ucapan ini hendaklah disertai rasa cinta kepada
Allah SWT dan dibuktikan dengan mematuhi segala perintahnya.

Alhamdulillah, kami menerima ramai Alhamdulillah, banyak sungguh
pengunjung pada setiap hari. Di nikmat kurniaan Allah SWT
kepada kita. Kita
harap semuanya dapat menikmati
madu lebah ini. bertanggungjawab memelihara
dan memuliakan flora dan
fauna yang indah ini.

Alhamdulillah, manisnya madu lebah
ini, bukan sahaja sedap malah
berkhasiat.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Ayat 4 Surah al Fatihah menjelaskan bahawa hanya Allah SWT yang
memerintah pada hari akhirat, iaitu hari pembalasan terhadap
amalan manusia selepas kemusnahan alam dunia. Hanya Allah SWT
berkuasa menghukum dan membalas perbuatan manusia. Segala
amalan manusia akan disoal, dihitung dan ditimbang oleh Allah SWT
pada hari itu tiada sesiapa lagi yang berkuasa. Semua manusia
berada di bawah kekuasaan Allah SWT yang Maha Esa dan menerima
semua ketentuan dan hukuman yang diputuskan oleh Allah SWT.
setelah itu manusia akan melalui titian sirat untuk ke syurga. Orang
Mukmin yang melakukan amalan soleh akan dapat melepasi titian
as Sirat dengan mudah manakala orang kafir akan terjerumus ke
dalam neraka.

Terjemahan:
Hari mereka keluar (dari kubur masing-masing)

dengan jelas nyata. Tiada sesuatu pun yang
tersembunyi daripada allah SWT. (pada Ketika

itu Allah SWT berfirman), “Siapakah yang
menguasai kerajaan pada hari ini?” (Allah
sendiri menjawab) “Kerajaan ini dikuasai oleh
Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Gagah

Perkasa”.

MENYEMBAH DAN MEMOHON PERTOLONGAN
HANYA KEPADA ALLAH SWT

Allah SWT mengajar kita erti “Ubudiyah” dan “Isti’anah).
Ubudiyah bererti mengkhususkan pengabdian diri hanya
kepada Allah SWT. Segala ibadat yang dilakukan hanya
ditujukan kepada Allah SWT. Isti ‘anah pula ialah memohon
hanya kepada Allah SWT untuk mendapat kebaikan dan
menolak keburukan dunia dan akhirat. Kita hendaklah yakin
bahawa hanya Allah SWT semata-mata yang berkuasa

memperkenankan permintaan hambanya.

JALAN YANG DIREDAI

Allah SWt mengajar kita supaya memohon hidayah ke jalan yang
benar. Hidayah perkara yang paling penting dalam kehidupan
manusia untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
Golongan yang benar dan mendapat petunjuk ialah orang yang
beriman dan mengikut ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah

SAW. Orang yang dimurkai Allah SWT pula ialah penganut Yahudi
manakala orang yang sesat ialah penganut Nasrani.

FIRMAN ALLAH SWT

Terjemahan:
Dan sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam)

yang lurus, maka hendaklah kamu
mengikutnya, dan janganlah kamu mengikut
jalan-jalan (selain Islam) kerana jalan-jalan itu
mencerai beraikan kamu dari jalan Allah SWT,
demikianlah perintah Allah SWT supaya kamu

bertakwa.

PENGAJARAN AYAT

Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca
basmalah untuk mendapat keberkatan.

Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz alhamdulillah untuk
mensyukuri nikmat kurniaannya.

Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah SWT pada hari
kiamat sebagai motivasi untuk beramal soleh dan menghindari
kejahatan.

Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT bagi menghindari
perbuatan syirik.

Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah SWT agar
istiqamah beramal dengan ajaran Islam.

TUGASAN 1

• 1) Latihan Buku Aktiviti
Buku Alaf Sanjung m/s 17-21

LATIHAN

• 2) Bina peta I
think mengenai
intisari surah al

Fatihah

SOALAN KBAT Surah al Fatihah satu-satunya surah
yang wajib di baca oleh setiap muslim

dalam solat

Huraikan pandangan
anda tentang hikmah di
sebalik pensyariatan ini
kepada kehidupan umat

Islam.

CARA MENJAWAB KBAT

ISI: MENJAWAB SOALAN
HURAIAN: HURAI ISI DAN GUNA
KATA HUBUNG supaya/ untuk/
kerana/ agar
HURAIAN LENGKAP: Sebab kepada
isi/ akibat/ kesan/ contoh

KESIMPULAN: RUMUSAN mulakan
dengan ayat OLEH ITU KITA
HENDAKLAH...

Selamat Menuntut
Ilmu.

Niat Kerana Allah

Disediakan oleh:
Ustazah Noraneez binti Ismail

GPI SMJK Yu HUa
#Stayathome
#Besafe
#PKP


Click to View FlipBook Version