The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORANEEZ BINTI ISMAIL Moe, 2020-06-04 06:21:40

KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH

SIRAH

Keywords: KERAJAAN ABBASIYAH

BUKU TEKS M/S 216-225

1. KESTABILAN POLITIK

– Kerajaan Abbasiyah memberi perhatian kepada
pembasmian pemberontakan dan perbalahan
puak.

– Pemberontakan dan perbalahan berjaya
dikawal oleh Harun Ar-Rasyid bersama
panglimanya Yahya bin Khalid al-Barmaki dan
anaknya al-Fadhl al-Barmaki.

– Kestabilan politik memberi peluang kepada
pemerintah membangunkan negara.

2. DASAR POLITIK KERAJAAN ABBASIYAH

– Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang adil
kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa
dan keturunan.

– Kerajaan Abbasiyah juga menjalin hubungan
diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.

3. KEDUDUKAN BAHGDAD YANG STRATEGIK

– Pemilihan Baghdad sebagai pusat
pemerintahan telah memajukan Kerajaan
Abbasiyah terutama dalam bidang
perdagangan kerana kedudukannya yang
berada ditengah-tengah laluan para pedagang
Timur dan Barat.

– Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan.

– Baghdad juga menjadi tempat pertemuan
sarjana dari Timur dan Barat.

4. PERPADUAN ANTARA KAUM

– Rakyat Kerajaan Abbasiyah terdiri dari pelbagai
bangsa terutama Arab, Parsi dan Turki.

– Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang adil
kepada mereka. Mereka diberi peluang untuk
menjawat jawatan-jawatan penting dalam
kerajaan.

– Orang bukan Islam juga diberi layanan baik
selagi mereka tidak mengkianati Kerajaan
Abbasiyah. Mereka bebas melaksanakan ajaran
agama dan kepercayaan masing-masing.

5. PENGHAYATAN KONSEP KERJA SEBAGAI IBADAT

– Konsep kerja sebagai ibadat mendorong para
sarjana untuk mengkaji tentang muamalat
menurut pandangan Islam.

– Para sarjana Islam menjelaskan dengan
terperinci mengenai hukum-hukam yang
berkaitan jual beli, sewa, gadaian, hutang,
perkongsian dan sebagainya.

• Kerajaan Abbasiyah merosot semasa
pemerintahan al-Wathiq bin al-
Muktasim (227-232H/842-847M).

• Kemerosotan tersebut adalah faktor
utama kejatuhan Kerajaan Abbasiyah
ke tangan Mongul pada 15 Muharam
656 Hijrah bersamaan 22 Januari
1258 Masihi.

1. KELEMAHAN PEMERINTAHAN
KERAJAAN ABBASIYAH

• Semasa pemerintahan al-Wathiq, beliau tidak
melakukan sebarang pembaharuan. Baginda
banyak bergantung kepada pegawai-pegawai
Turki untuk menjalankan polisi pemerintahan
yang diwarisi dari ayahandanya.

• Setelah al-Wathiq meninggal dunia, puteranya
yang terlalu muda tidak dapat menggantikannya.
Al-Mutawakkil iaitu saudara kepada al-Wathiq
dilantik sebagai khalifah menerusi keputusan
mesyuarat pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

• Al-Mutawakkil cuba mengembalikan kuasa
khalifah yang bebas daripada sebarang campur
tangan pegawai-pegawai berbangsa Parsi dan
Turki.

• Tetapi usaha selepasnya kerana pengaruh Parsi
dan Turki pada ketika itu sudah terlalu kuat.

• Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah
semakin terbatas.

• Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan
seperti menteri,gabenor,dan panglima tentera
banyak dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi
dan Turki.

• Ini memberi peluang kepada mereka untuk
membentuk kerajaan sendiri seperti Kerajaan
al-Tahiriah ,al-Buwihiah,al-Tuluniah dan al-
Saljuqiah.

• Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan
serta kedaulatan Kerajaan Abbasiyah.

• Khalifah al-Mutawakkil melantik tiga orang
puteranya iaitu al-Muntasir,a-Mu’taz,dan al-
Muayyad sebagai Putera Mahkota (Wali al-Ahdi).

• Baginda memilih al-Mu’taz iaitu puteranya yang
kedua sebagai bakal penggantinya dengan
mengenepikan putera sulungnya iaitu al-Muntasir.

• Ini menyebabkan berlaku perbalahan antara al-
Muntasir dengan al-Mu’taz.

• Pada tahun 247H/861M,al-Muntasir merampas
kuasa daripada ayahandanya. Sejak itu, jawatan
khalifah sering menjadi rebutan dan bertukar
tangan.

• Ini melemahkan institusi khalifah dan memberi
banyak peluang kepada menteri-menteri, panglima-
panglima, dan pegawai-pegawai Parsi serta Turki
untuk bertindak sebagai penguasa sebenar
kerajaan.

• Kerajaan Abbasiyah mula mengalami masalah
kegawatan ekonomi pada Penggal Ketiga.

• Rusuhan dan pemberontakan seringkali
mengganggu aktiviti perekonomian.

• Ini menyebabkan pedagang luar takut untuk
datang ke Baghdad.

• Akhirnya dana yang terdapat di dalam Baitulmal
berkurangan dan tidak dapat menampung
keperluannya.

• Pemberontakan daripada kalangan Syiah
dan Khawarij sering mengganggu
Kerajaan Abbasiyah.

• Mereka beriktikad bahawa jawatan
khalifah hanya layak disandang oleh
pemimpin-pemimpin daripada kalangan
mereka.

• Pemberontakan daripada golongan-
golongan tersebut menjejaskan suasana
dan ketenteraman awam.

• Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara,
Timur, dan Barat.

• Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia menyerang
Azerbaijan dan kawasan-kawasan sekitarnya sehingga
mengakibatkan beribu-ribu umat Islam dibunuh dan harta
benda mereka dirampas.

• Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan
ancaman tentera Salib. Pada awalnya serangan serangan
tentera Salib dapat ditangkis oleh Kerajaan Abbasiyah.

• Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah
menjadi semakin lemah. Terdapat banyak wilayah kecil yang
berada di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah menuntut
kemerdekaan. Umat Islam di Andalus telah diusir keluar.

• Ini memberi peluang kepada Mongul dari Timur yang dipimpin
oleh Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad pada tahun
656H/1258M.

• Tentera Mongul yang ganas dan kejam tersebut telah
membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh
cendikiawan Islam.

• Kita harus sedar bahawa kemajuan yang dicapai
pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan
umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.

• Orang-orang Barat telah memindahkan penemuan
pelbagai bidang ilmu sains dan teknologi ke negara
mereka dan menterjemahkannyake bahasa mereka.

• Umat Islam perlu berusaha mengembalikan zaman
kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-
sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang
yang diperlukan oleh manusia.

• Umat Islam perlu bersatu padu untuk
menyelamatkan negara dari ancaman musuh.

• Aliran kefahaman yang pelbagai boleh
membawa kepada perpecahan dan
melemahkan umat Islam.

• Keselamatan dan kestabilan negara adalah
tanggungjawab kita bersama.

• Mengembalikan umat Islam kini ke zaman
kegemilangan Islam yang pernah dicapai.

• Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk
meningkatkan pembangunan diri dan agama.

• Mengamalkan akhlak yang mulia dalam
kehidupan seharian.

• Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua
aspek kehidupan.

SELAMAT
MENUNTUT
NORANEEZ

ILMU
NIAT KERANA
ALLAH

Disediakan oleh:

Ustazah Noraneez binti Ismail
GPI SMJK Yu HUa, Kajang

#kitajagakita
#praytoAllah
#roadtospmA+


Click to View FlipBook Version