The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORANEEZ BINTI ISMAIL Moe, 2020-05-17 01:25:29

FEKAH: TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

Keywords: FEKAH

PELAJARAN 16: FEKAH:
TAYAMUM

BUKU TEKS M/S 105-112

MAKSUD TAYAMUM

BAHASA: Melakukan sesuatu dengan tujuan
ISTILAH: Menyapu debu tanah yang suci ke muka
dan dua tangan dengan cara tertentu berserta niat
bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib

DALIL NAQLI TAYAMUM

MAKSUD: …dan jika kamu sakit (tidak boleh terkena air) atau dalam perjalanan,
atau seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh
perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk wuduk dan mandi), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, sapulah muka
kamu dan kedua-dua belah tangan kamu tanah (debu) itu….

SEBAB DIHARUSKAN TAYAMUM

1. Tiada air atau tidak cukup kerana keperluan
lain seperti untuk di makan dan di minum

2. Sejuk yang boleh memudharatkan
3. Tidak dapat menggunakan air kerana

penyakit atau sakit seperti melecur dan lain-
lain
4. Air berada di tempat yang terlalu jauh

SYARAT TAYAMUM

1. Telah Masuk Waktu Solat
2. Cari Air Selepas Masuk Waktu Solat
3. Menghilangkan Najis Terlebih Dahulu
4. Menggunakan Debu Tanah Yang Tidak Bercampur

Dengan Bahan Lain Seperti Tepung Atau Kapur
5. Tentukan Arah Kiblat Sebelum Bertayamum

RUKUN TAYAMUM

1. Niat
2. Menyapu debu tanah ke muka
3. Menyapu debu tanah ke tangan
4. Tertib

SUNAT TAYAMUM

1. Membaca Basmalah
2. Merenggangkan jari tangan ketika menepuk

debu tanah
3. Menipiskan denbu dengan melaga-lagakan

kedua-dua tangan
4. Mendahulukan sebelah atas muka

SUNAT TAYAMUM

5. Melebihkan sedikit sapuan dari sempadan muka
6. Mendahulukan tangan sebelah kanan
7. Melebihkan sedikit sapuan hingga pertengahan

lengan
8. Berturut-turut antara sapuan muka dengan

tangan
9. Berdoa

CARA BERTAYAMUM

1

MEMBACA NIAT DALAM MERENGGANGKAN
BASMALAH HATI JARI TANGAN KETIKA

MENEPUK DEBU
TANAH

CARA BERTAYAMUM MENIPISKAN DEBU
DENGAN MELAGA-
2 LAGAKAN KEDUA-DUA

MENYAPU BELAH TANGAN
DEBU KE

MUKA

Mendahulukan sebelah atas muka
Melebihkan sedikit sapuan dari sempadan muka

CARA BERTAYAMUM

MERENGGANGKAN MENIPISKAN 3
JARI TANGAN KETIKA DEBU
MENYAPU DEBU TANAH
MENEPUK DEBU DENGAN KE TANGAN
TANAH MELAGA-
LAGAKAN Mendahulukan tangan sebelah kanan
KEDUA-DUA Melebihkan sedikit sapuan hingga

BELAH Pertengahan lengan
TANGAN

CARA BERTAYAMUM

4 BERDOA DENGAN DOA Berturut-
SELEPAS WUDUK/ turut antara
TERTIB TAYAMUM
sapuan
muka
dengan
tangan

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk
2. Ada air sebelum solat dimulakan
3. Boleh menggunakan air semula seperti

sembuh daripada penyakit yang menghalang
penggunaan air.

HIKMAH DISYARIATKAN TAYAMUM

1. Menjaga kesucian dan kemuliaan agama
kerana melaksanakan solat dalam apa-apa
jua keadaan.

2. Menunjukkan kasih saying Allah SWT kerana
memberi keringanan untuk melakukan
ibadat dalam apa-apa jua keadaan

PENILAIAN

1. Huraikan jawapan bagi persoalan berikut:
a. Bolehkah satu tayamum digunakan untuk

lebih daripada satu solat fardhu?
b. Apakah tindakan yang perlu dilakukan

sekiranya air ada ketika solat sedang
ditunaikan?

LATIHAN KBAT

Ali terjatuh ketika bermain bola. Luka di
bahagian mukanya agak besar dan dia
berasa pedih jika terkena air.
Bolehkah Ali bertayamum? Huraikan.

CARA MENJAWAB KBAT

ISI: MENJAWAB SOALAN
HURAIAN: HURAI ISI DAN GUNA KATA
HUBUNG supaya/ untuk/ kerana/ agar
HURAIAN LENGKAP: Sebab kepada
isi/ akibat/ kesan/ contoh

KESIMPULAN: RUMUSAN mulakan dengan ayat
OLEH ITU KITA HENDAKLAH...

SELAMAT
MENUNTUT

ILMU
NIAT
KERANA
ALLAH

Disediakan oleh:

Ustazah Noraneez binti Ismail
GPI SMJK Yu HUa, Kajang

#kitajagakita
#praytoAllah

#Besafe


Click to View FlipBook Version