SIRAH: PELAJARAN 25:
ERA MASYARAKAT JAHILIYAH
BUKU TEKS M/S 151- 154
Maksud Jahiliyyah
Berasal daripada perkataan Arab “Jahala” yang
bermaksud tidak tahu, bodoh atau jahil.
Perkataan Jahiliyah ini digunakan dalam alQuran melalui firman Allah SWT
Maksud: Dan hendaklah kamu
tinggal di rumah kamu dan
janganlah kamu mendedahkan
diri seperti yang dilakukan oleh
orang Jahiliyah pada zaman
dahulu
Kejahilan masyarakat Arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu. Mereka terkenal
dengan kehebatan bersyair dan berqasidah. Namun, mereka jahil dalam akidah dan akhlak.
Kejahilan masyarakat Arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu. Mereka terkenal
dengan kehebatan bersyair dan berqasidah. Namun, mereka jahil dalam akidah dan akhlak.
JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK
Mereka menganut Mereka banyak
ajaran Nabi Ibrahim melakukan perilaku
dan Nabi Ismail tetapi buruk seperti suka
mencampur adukkan menindas perempuan
dengan penyembahan dan hamba, berjudi
berhala, amalan sihir serta minum arak.
dan khurafat.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
1 MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH
AGAMA YAHUDI
Agama Yahudi ialah agama samwi yang diubah suai daripada ajaran Nabi
Musa a.s. mengikut keinginan para penganutnya. Mereka banyak memfitnah
para nabi dan menolak ajaran Nabi Muhammad SAW. Mereka datang dari
Palestin ke negara Arab.
2 AGAMA NASRANI
Agama Nasrani ialah agama samawi yang diubah suai daripada ajaran Nabi Isa a.s.
mengikut keinginan penganutnya. Mereka mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai anak
tuhan. Mereka datang dari Habshah dan Rom. Abrahah, Raja Nasrani membina
tempat ibadat baharu di Yaman untuk menaiki populariti Kabah di Mekah. Namun,
gagal dengan pertolongan Allah. Kisah ini dipaparkan dalam Surah al-Fill
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI
3 MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKIDAH
KEPERCAYAAN MAJUSI
Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh golongan penyembah api. Pada
malam kelahiran Rasulullah SAW, api yang disembah oleh penganut Majusi di
Parsi telah padam. Api tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun
sebelum kelahiran Rasulullah SAW
4 KEPERCAYAAN ANIMISME
Animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai roh dan semangat.
Oleh itu, penganut kepercayaan ini menyembah alam seperti matahari, bintang dan
pokok.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD
SAW DARI SEGI AKIDAH
5 AGAMA HANIF
Agama Hanif ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail a.s. Agama ini agama Samawi sama seperti agama Islam.
Persamaan ciri-ciri kepercayaan agama Hanif dengan agama
Islam:-
1. Percaya kepada Allah, tuhan yang satu.
2. Percaya kepada hari kebangkitan dan hidup sesudah mati.
Percaya kepada dosa dan pahala.
Ajaran agama Hanif yang diteruskan amalannya dalam syariat Islam
seperti Ibadat korban, ibadat haji dan umrah.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD
SAW DARI SEGI AKIDAH
6 AGAMA PENYEMBAH BERHALA
Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin Amir bin Luhay,
Pemimpin Khuza'ah. Dia menemuikan ajaran ini dari negeri Syam
lalu membawa bera bernama “Hubal” ke Mekah dan meletakkannya
di dalam Ka'bah. Kemudian dia memerintahkan seluruh penduduk
Mekah supaya menyembah berhala tersebut. Agama ini
dicampurkan adukkan dengan agama Hanif sehingga muncul
sebagai agama mensyirikkan Allah SWT.
Agama penyembahan berhala ini disebarkan kepada seluruh orang
Arab ketika musim haji. Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi
Muhammad SAW, ada sebanayak 360 berhala di sekitar Ka'bah.
Kesemuanya dimusnahkan oleh baginda dan para sahabat.
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD
SAW DARI SEGI AKHLAK
Masyarakat Arab Jahiliyah terkenal dengan perilaku yang buruk. Namun,
mereka juga mempunyai perilaku yang baik. Perilaku baik diiktiraf sebagai
akhlak mahmudah dalam Islam
AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK
Berjudi dan minum arak Menepati janji
Penzinaan dan pelacuran berleluasa Berani, kuat dan pantang menyerah kalah
Mengamalkan bigami Menjaga kebersihan mulut dan kuku
Pewarisan harta hanya pada lelaki Tidak mengahwini mereka yang ada pertalian darah
Membunuh anak perempuan Menghormati tetamu
Mengamalkan tenung nasib Taat kepada pemimpin
Berperang kerana perkara yang kecil Menghormati bulan haram
SEBAB RASULULLAH DIUTUSKAN KEPADA MASYARAKAT JAHILIYAH
1. Masyarakat Jahiliyah mempunyai nilai negatif seperti suka
berjudi, berzina, minum arak serta merendahkan martabat wanita.
Mereka suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan. Rasulullah
SAW datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan
yang benar. Baginda diutuskan untuk MENYEMPURNAKAN AKHLAK.
Mereka mudah dilenturkan kerana mereka buta huruf. Hal ini
menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana baginda
tidak pernah membaca atau mempelajari kita agama samawi dan
ajaran agama purba.
SEBAB RASULULLAH DIUTUSKAN KEPADA MASYARAKAT JAHILIYAH
Semenanjung Tanah Arab terletak di antara empat kuasa
besar dunia pada waktu itu iaitu Rom, Parsi, Greek dan India.
Kedudukan yang strategik ini menjadikan Islam mudah
tersebar ke seluruh tamadun dunia dan pelbagai bangsa
ketika itu.
KUNCI ILMU
SEBAB LAIN RASULULLAH DIUTUSKAN KEPADA MASYARAKAT
JAHILIYAH
ü Adanya Ka'bah yang dikunjungi untuk tujuan
ibadat
ü Keistimewaan bahasa dan budaya Arab
KUNCI ILMU
Tamadun Islam berkembang kerana:
1. Iman yang tinggi
2. Budaya amal soleh
3. Ketinggian ilmu dan hikmah
4. Perubahan (Islah) yang sesuai dengan
zaman
5. Jihad mempertahankan ketamadunan daripada
serangan musuh.
LATIHAN
• MURID DIKEHENDAKI MENJAWAB
SOALAN INI DI DALAM BUKU LATIHAN.
• BAGI SOALAN KBAT, IKUTI LANGKAH
MENJAWAB SOALAN KBAT YANG DIBERI.
SOALAN KBAT Sebagai seorang murid, apakah
tindakan yang dapat anda lakukan
untuk menghindari pengaruh
Jahiliyah?
CARA MENJAWAB KBAT
ISI: MENJAWAB SOALAN
HURAIAN: HURAI ISI DAN GUNA KATA
HUBUNG supaya/ untuk/ kerana/ agar
HURAIAN LENGKAP: Sebab kepada isi/
akibat/ kesan/ contoh
KESIMPULAN: RUMUSAN mulakan dengan
ayat OLEH ITU KITA HENDAKLAH...
NORANEEZ Selamat
Menuntut Ilmu.
Niat Kerana
Allah
Disediakan oleh:
Ustazah Noraneez binti
Ismail
GPI SMJK Yu HUa