AKIDAH DISEDIAKAN OLEH:
USTAZAH NORANEEZ BINTI ISMAIL
PELAJARAN 13:
ISLAM AGAMA FITRAH SMJK YU HUA, KAJANG
BUKU TEKS M/S 70
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1 Menyatakan Islam sebagai agama fitrah.
3.1.2 Merangkan hanya Islam agama yang benar
dan sesuai dengan fitrah manusia.
3.1.3 Mengemukakan dalil aqli dan naqli bahawa
Islam agama fitrah dan diredhai Allah.
3.1.4 Menerangkan ciri-ciri Islam sebagai agama
fitrah .
3.1.5 Meyakini dan mengamalkan Islam dalam
kehidupan seharian secara beradab dan istiqomah
MAKSUD ISLAM SEBAGAI AGAMA
FITRAH
✓ Agama Islam Sesuai Dengan Naluri Fitrah Beragama
Manusia Yang Ingin Menyembah Dan Berdoa Kepada
Tuhan Yang Esa Yang Menjadi Pelindung Kepada
Manusia.
✓ Setiap Bayi Yang Lahir Berada Dalam Keadaan Fitrah
Iaitu Mengakui Kebenaran Tauhid.
✓ Suasana Pembesaran Dan Didikan, Asuhan Ibu Bapa
Menyebabkan Berubah Kepada Agama Lain Dan
Terpesong Daripada Fitrah Asal
Keperluan beragama?
Ya, fitrah kejadian manusia mengakui perlunya beragama.
Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa disetiap kota
pasti akan ada rumha ibadat.
Buktinya apabila manusia berada dalam kesusahan dan
penderitaan, mereka akan mencari tuhan untuk memohon
perlindungan dan bantuan.
Ini naluri yang Allah letakkan dalam hati manusia- contoh
kanak-kanak apabila menangis dan sakit pasti akan mencari
ibu bapanya untuk meminta pertolongan.
ALLAH SWT TUHAN YANG SEBENAR
❑ Allah Swt Tuhan Yang Sebenar
❑ Tiada Tuhan Lain Selain Allah Swt.
❑ Allah Mencipta Seluruh Makhluk Dan Mentadbir
Seluruh Alam.
❑ Sesuatu Yang Lain Selain Allah Seperti Semangat,
Berhala Hanyalah Rekaan Manusia Semata-mata.
❑ Mereka Juga Makhluk Allah Seperti Manusia.
HANYA ISLAM AGAMA YANG BENAR DAN SESUAI
DENGAN FITRAH
❖ Allah Mencipta Manusia Dan Seluruh Alam.
❖ Allah Mengetahui Perkara Yang Baik Dan Perkara Yang
Buruk Yang Diperlukan Oleh Manusia Dan Alam.
❖ Dia Yang Menetapkan Peraturan Tertentu Sebagai
Batasan Dan Panduan Yang Perlu Dipatuhi.
❖ Namun Allah Tetap Memberi Jalan Keluar Untuk
Membenarkan Kehendak Fitrah Manusia Disalurkan
Dengan Cara Yang Baik.
HANYA ISLAM AGAMA YANG BENAR DAN SESUAI
DENGAN FITRAH
Kita perlu faham jika kita memilih Islam
sebagai cara hidup, maka Allah lah yang
memimpin fitrah kita, Ini yang terbaik kerana
Allah yang menciptakan kita dan dia Maha
Mengetahui baik dan buruk untuk kita. Allah
buat satu peraturan yang sesuai dengan fitrah
manusia. Contohnya
Allah melarang berzina untuk menjaga nasab
keturunan tetapi membenarkan perkahwinan.
Allah melarang riba untuk menghindarkan
penindasan tetapi membenarkan pinjaman, gadaian
dan jual beli.
Allah melarang minum arak untuk menjaga akal
tetapi membenarkan minum pelbagai minuman lain
yang halal lagi berkhasiat seperti jus.
Allah melarang judi, rasuah dan mencuri tetapi
mewajibkan zakat serta menggalakkan amalan sedekah,
hadiah, wakaf dan infaq untuk membantu orang yang
memerlukan.
DALIL NAQLI ISLAM AGAMA FITRAH
AGAMA YANG BENAR DAN DIREDHAI ALLAH
Allah SWT Membuat Pengakuan Dalam Al-quran
Bahawa Hanya Islam Agama Yang Benar Dan
Diredhai.
Rugi Bagi Mereka (MANUSIA) Yang Tidak Tetap
Agama Allah SWT Kerana Segala Amalannya
Tidak Akan Diterima Di Akhirat Kelak
KEBENARAN ISLAM SEBAGAI AGAMA
FITRAH YANG BENAR DAN DIREDHAI OLEH
ALLAH DAPAT DILIHAT APABILA ISLAM
SESUAI DIAMALKAN OLEH SEMUA
BANGSA
Islam memenuhi segala keperluan fitrah manusia untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat. Ajaran ini bersumberkan
Al-Quran dan hadis. Pedoman ini memastikan manusia
Tidak terkeluar daripada landasan fitrah manusia.
CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
1. RABBANIYYAH Agama yang bersumberkan
(KETUHANAN) wahyu Allah SWT iaitu daripada
al-Quran dan hadis.
CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
2. SYUMULIYYAH Agama yang lengkap dan
(LENGKAP) memenuhi semua keperluan
hidup manusia
CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
3. WAQIIYYAH
Agama yang sesuai diamalkan di
(REALISTIK)
semua tempat dan sepanjang zaman.
CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
4. ALAMIYAH Agama yang sesuai diamalkan oleh
(SEJAGAT) semua bangsa dan budaya
CIRI-CIRI ISLAM SEBAGAI AGAMA FITRAH
5. UKRAWIYYAH Islam bukan sahaja mementingkan
(AKHIRAT) kesejahteraan jasmani, malah menjamin
kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan
dunia dan akhirat.
LATIHAN
MURID DIKEHENDAKI MENJAWAB
SOALAN DALAM BUKU LATIHAN ALAF
SANJUNG MUKA SURAT 45,46,47.
BAGI MENJAWAB SOALAN INI JAWAB
BERSAMA GURU.
TUGASAN 1
1) BINA PETA PEMIKIRAN
(PETA I THINK) YANG
MENUNJUKKAN
PEMBAHAGIAN
CIRI-CIRI ISLAM
SEBAGAI AGAMA FITRAH
SELAMAT
MENUNTUT
ILMU
NIAT
KERANA
ALLAH
Disediakan oleh:
Ustazah Noraneez binti Ismail
GPI SMJK Yu HUa, Kajang
#kitajagakita
#praytoAllah
#Besafe