BUKU TEKS M/S 170-174
4. Menghuraikan 1. Mengetahui
hikmah larangan pengertian anak
membin dan angkat
membintikan anak
angkat kepada ibu OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
bapa angkat
3. Menjelaskan 2. Memahami hukum
peraturan yang mengambil anak
berkaitan dengan angkat
pengambilan anak
angkat
PENGERTIAN ANAK ANGKAT
iaitu anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandung.
HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT
Diharuskan oleh Islam kerana Rasulullah SAW sendiri
mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat baginda
sebelum diutus sebagai Rasul.
PERATURAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT
1. Haram memBINkan dan memBINTIkan anak angkat
kepada bapa angkat
- Perbuatan ini termasuk dalam dosa besar dan dilaknati Allah.
- Tujuan membin dan membintikan dengan ibu bapa kandung
adalah untuk menjaga kemuliaan nasab.
- hubungan anak angkat dengan bapa angkat bukannya
hubungan nasab atau keturunan.
PERATURAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT
2. Batas-batas pergaulan anak angkat
- Anak angkat walaupun dipelihara dan diberi kasih sayang
sejak kecil tetap dikira ajnabi.
- Batas pergaulan antara mereka wajib dijaga supaya tidak
menimbulkan fitnah.
- Adab pergaulan dengan anak angkat tetap berbeza dengan
anak kandung.
- Batas-batas aurat mereka tetap perlu dijaga kerana mereka
bukan mahram.
PERATURAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT
3. Harta Pusaka
- Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga
angkatnya.
- Anak angkat hanya boleh mendapat harta melalui hibbah,
hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada
harta keluarga angkat.
HIKMAH LARANGAN MEMBIN DAN MEMBINTIKAN
ANAK ANGKAT KEPADA BAPA ANGKAT
1. Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan
pertalian nasab antara mereka.
2. Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa
kandung.
3. Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan
keluarga angkat terpelihara.
4. Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga
supaya tidak bercampur dengan anak angkat yang tiada hubungan
nasab dengan mereka.
5. Memelihara hak wali nikah bagi bapa kandungnya dan mereka
berhak menjadi wali.
LATIHAN PENGKUHAN:
JAWAB SEMUA SOALAN DI DALAM MODUL
BERDASARKAN TAJUK
BUKU TEKS M/S 174-178
5. Menjelaskan
tempoh hadhanah
4. Menganalisis 1. Menerangkan
sebab-sebab gugur pengertian
hadhanah
hak hadhanah
3. Menyenaraikan OBJEKTIF
syarat orang yang PEMBELAJARAN
mendapat hak 2. Menyenaraikan hak
hadhanah hadhanah
PENGERTIAN
HADHANAH
Iaitu hak penjagaan anak yang masih kecil yang
belum mumayiz dan tidak mampu menguruskan
diri sendiri.
Hadhanah merangkumi penjagaan jasmani, rohani dan akal mereka agar
mereka mampu menghadapi hidup dan memikul tanggungjawab apabila
dewasa.
HUKUM HADHANAH - Bagi anak yang belum mampu berdikari adalah
wajib. Orang yang mengabaikan tanggungjawab
ini adalah berdosa.
HAK HADHANAH
• Wajib dilaksanakan walaupun bercerai.
• Ibu adalah orang yang paling berhak
memelihara anaknya.
• Dalam keadaan tertentu, jika ibu hilang
kelayakan hak hadhanah, hak itu berpindah
kepada individu berikut mengikut susunan
keutamaan:
SUSUNAN KELAYAKAN HADANAH
• Nenek sebelah ibu ke atas
• Bapa
• Nenek sebelah bapa hingga ke atas.
• Datuk
• Saudara perempuan seibu sebapa.
• Saudara perempuan seibu.
• Saudara perempuan sebapa.
• Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa.
• Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu.
• Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa.
• Emak saudara sebelah ibu.
• Emak saudara sebelah bapa.
• Waris lelaki yang boleh menerima ‘asobah’.
Pewaris yang berhak mendapat harta
pusaka tetapi tidak ditetapkan nisbah
tertentu.
Contoh : anak lelaki dan cucu lelaki.
Orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-
kanak perempuan hanyalah mahram kepada kanak-
kanak tersebut.
Sekiranya ramai yang berkelayakan untuk
memelihara kanak-kanak tersebut, keutamaan
diberikan kepada mereka yang mempunyai sifat
paling mulia dan pengasih.
1. Islam- Tidak sah bagi orang kafir
2. Sempurna akal- Tidak sah bagi orang gila
3. Dewasa- iaitu berusia matang hingga
melayakkannya memberi jagaan dan
kasih sayang yang diperlukan kanak-
kanak.
4. Berakhlak mulia dan menjaga kehormatan diri.
1. Berkahwin dengan lelaki lain yang tiada
pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut.
Hak hadhanah akan kembali kepadanya apabila
perkahwinan dengan lelaki tersebut dibubarkan.
2. Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan
terang-terangan.
3. Berpindah tempat kediaman untuk menghalang
bapa kanak-kanak menziarahinya.
4. Cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut.
5. Murtad.
Berakhir bila kanak-kanak itu tidak lagi
perlu pemeliharaan disebabkan telah
dewasa dan dapat berdikari serta mampu
menguruskan segala keperluan asas seperti
makanan, pakaian dan sebagainya.
Setelah mumayiz, anak berhak pilih sama
ada tinggal bersama ibu atau bapanya.
Akta Undang-undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan 1984 menyebut
bahawa hak Hadanah akan tamat
setelah kanak-kanak itu mencapai 7
tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi
perempuan.
LATIHAN PENGKUHAN:
JAWAB SEMUA SOALAN DI DALAM MODUL
BERDASARKAN TAJUK
NORANEEZ SELAMAT
MENUNTUT
Disediakan oleh:
Ustazah Noraneez binti Ismail ILMU
NIAT KERANA
GPI SMJK Yu HUa, Kajang
#stayathome ALLAH
#praytoAllah
#roadtospmA+