The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmanaziz9699, 2024-01-24 03:04:42

PEP_TOPIK 5

PEP_TOPIK 5

Konsep negara dan bangsa Konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan Malaysia PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Kepelbagaian idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan MPU21032 P S M Z A


Membincangkan sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa Menjelaskan konsep negara dan bangsa Membincangkan konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan Malaysia Menjelaskan kepelbagaian Idea " Bangsa Idaman" dan perbahasan Bab ini mengenai pembinaan peradaban majmuk yang wujud di negara Malaysia. Semua peradaban dunia mempunyai ciriciri peradaban yang tersendiri. Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai peradaban yang unik kerana kemajmukan masyarakatnya. Memahami proses pembinaan negara bangsa Malaysia melalui kemajmukan peradaban T O P I K 5 PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF


Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia 1.Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa 4.Kepelbagaian idea "Bangsa Idaman" dan perbahasan 3.Konsep dan pembentukan negara bangsa dalam acuan Malaysia 2. Konsep negara dan bangsa CLO 2 Menerangkan sistem, tahap perkembangan, kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia


Zaman Prasejarah Zaman Pensejarahan Zaman Proto Sejarah Zaman Sejarah Moden Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa Sejarah di Alam Melayu Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik Zaman Neolitik Zaman Gangsa Kerajaan Purba /awal Langkasuka Kedah Tua Chih Tu Tan Tan Gangga Negara Lo Yueh Zaman Kesultanan, Zaman PenjajahanPortugis, Belanda, British, Jepun Perpaduan pembentukan negara bangsa


ZAMAN PRASEJARAH Pengasas kepada peradaban yang seterusnya ZAMAN MESOLITIK Tempat tinggal- Gua Batu Kapur Tinggalan- Guar Kepah (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gua Kecil dan Bukit Cintamanis (Pahang), Gua Cha (Kelantan) dan Gua Niah Teknologi- pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam. ZAMAN LOGAM Tinggalan- KLang dan Sungai Lang, Sungai Tembeling, Raub dan Batu Buruk (Terengganu) Teknologi- Pembuatan barangan logam untuk memburu, bercucuk tanam, melombong dan melapah kulit binatang dan tumbuhan. Dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son, Vietnam Utara dan beberapa kawasan Asia Tenggara. ZAMAN PALEOLITIK Tempat tinggal-Batu Kapur Tinggalan-Kota tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak), Tingkayu (Sabah), dan yang terkenal Lembah Basoka serta Lembah Sungai Solo Teknologi -Peralatan Batu ZAMAN NEOLITIK Tempat tinggal- Gua batu kapur Tinggalan- Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Gua Kepah (Kedah), Gua Badak dan Gua Tampan(Perak), Jenderam Hilir (Selangor). Gua Madari dan Gua Gomantong (Sabah) serta Gua Tengkorak dan Gua Niah (Sarawak) Teknologi- Kemajuan yang pesat dengan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat tembikarserta penggunaan gangsa.


Peringkat awal zaman ini kewujudan beberapa buah kerajaan yang disegani seperti Srivijaya, Majapahit, Funan, Champa dan Angkor. Kerajaan ini banyak persamaan dari segi bahasa, budaya dan kepercayaan. Seawal abad ke 5 M beberapa kerajaan Melayu awal telah wujud di kepulauan Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua, Chih Tu, Gangga Negara dan Kerajaan Beruas serta Kerajaan Temasik. Kewujudan kerajaan ini menandakan wujudnya peradaban di Kepulauan Melayu yang mempunyai struktur pemerintahan, sistem keagamaan dan jalinan hubungan dengan negara luar ADAKAH ANDA TAHU? ZAMAN PROTO SEJARAH


Ps Ai Id Fl Dw Ps ZAMAN PENSEJARAHAN Boleh dibahagikan kepada zaman Kesultanan Melayu dan zaman penjajahan. Zaman Kesultanan Melayu memperlihatkan kegemilangan peradaban Melayu dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka terkenal kerana kedudukan yang strategik, tumpuan pedagang, diasaskan oleh Parameswara dan kemuncak kegemilangan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477), Selain itu faktor geografi, ekonomi dan politik serta pentadbiran juga merupakan faktor menjadikan Melaka sebuah kerajaan yang unggul. Kedatangan pedagang dari seluruh dunia telah meninggalkan kesan kepada masyarakat tempatan. Antara pedagang yang datang ke Tanah Melayu ialah China, Gujerat, Pasai, Siam, Jepun dan Asia Barat. Kedatangan pedagang dari luar meninggalkan kesan yang sangat besar di Tanah Melayu contohnya perkahwinan campur. STRUKTUR PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Sistem pentadbiran/pemerintahant Pusat penyebaran agama Islam Mempunyai pentadbir yang berwibawa Tempat tumpuan pedagang dari luar Hubungan diplomatik/ perdagangan dengan negara luar Undang-undang Laut Melaka dan Undangundang Kanun Melaka SULTAN BENDAHARA TEMENGGUNG SYAHBANDAR PENGHULU BENDAHARI LAKSAMANA


PORTUGIS (1511-1641) BELANDA (1641) BRITISH (1786-1956) JEPUN (1942-1945) 01 02 03 04 Z AMA N P E N J A J A H A N Masyarakat Malaysia menganuti kepelbagaian agama. perbezaan agama perlu dihormati bagi mewujudkan sebuah negara yang mempunyai perpaduan dan keharmonian. Prinsip yang perlu diamalkan masyarakat ialah semangat toleransi, perkongsian, elemen hormat menghormati dan menghargai perbezaan antara satu sama lain. Zaman penjajahan telah membawa peradaban Barat ke dalam masyarakat Alam Melayu dari aspek pemerintahan dan budaya. Faktor penjajahan -politik, ekonomi dan agama Negeri terlibat- Melaka Menguasai sistem politik Melaka dan menjadikan pemerintah Melaka sebagai boneka Wujud masyarakat Serani Faktor penjajahan -politik, ekonomi dan agama Negeri terlibat- Melaka Menguasai sistem pentadbiran Kuasa Raja/Sultan dihadkan Melantik Residen Membahagikan Tanah Melayu kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat Membawa buruh asing Cina dan India. Wujud kesedaran nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu Permusuhan antara orang Cina dengan India Orang Cina dan India mengukuhkan sifat perkauman mereka Kegiatan ekonomi Tanah Melayu runtuh Orang Cina ditindas Jepun, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa membina jalan keretapi antara Thai dan Burma Sistem pendidikan, lagu dan bahasa Jepun diperkenalkan


STEP 1 STEP 2 Rundingan Kemerdekaan 1956 Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 STEP 3 31 Ogos 1957 mencapai kemerdekaan ZAMAN SEJARAH MODEN Selepas kemerdekaan, kerajaan lebih ke arah pembentukan negara bangsa yang merdeka. Menyelesaikan masalah kemiskinan dan ketaksamaan kaum dalam pelbagai bidang Dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Lima Tahun Negara, Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan serta Rukun Negara. Memperlihatkan siri kehidupan baharu setelah bebas daripada penjajah yang bermula dengan proses ke arah mencapai kemerdekaan


PERADABAN GLOBALISASI A CAPTIVATING TITLE POLITIK ILMU PEMIKIRAN BUDAYA Abad ke-21 ledakan teknologi maklumat tanpa sempadan. Globalisasi merujuk proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan pendidikan diperluaskan ke peringkat antarabangsan dan seluruh dunia. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membantu mempercepat saluran maklumat kepada lapisan masyarakat. Peradaban globalisasi menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia. Peradaban globalisasi wujud dalam aspek di bawah: EKONOMI SOSIAL


PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA 1 GABUNGAN PERADABAN 2 Sebelum penjajahan satu peradaban sahaja. Selepas penjajahan dan kemerdekaan pengaruh asing mula meresap ke Tanah Melayu dan akhirnya membentuk peradaban beridentitikan Malaysia. Pandangan negara luar terhadap Malaysia yang melihatnya sebagai negara yang unik kerana kepelbagaiannya. Melayu Timur Tengah China India Sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa 3


Peradaban Melayu (asas) PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK Bermaksud campuran beberapa peradaban yang akhirnya membentuk peradaban baharu. Di Malaysia peradaban Melayu adalah teras. Era globalisasi telah merancakkan lagi kemasukan peradaban tanpa sempadan. Peradaban luar telah sebati dengan peradaban Malaysia yang telah sedia ada sehingga membentuk peradaban majmuk atau peradaban acuan Malaysia Peradaban Cina Peradaban Timur Tengah Peradaban Global Peradaban Portugis Peradaban Belanda Peradaban Barat Peradaban India


1970-an Kemiskinan dan ketidaksamarataan 1980-90 -an Pembangunan, industri dan penghijrahan 2000-an Perbandaran & Kelas Menengah 2010-an Ke arah Negara Maju TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH PERADABAN ACUAN MALAYSIA IMPAK


KESAN DARI PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN MELAHIRKAN PERUBAHAN SOSIAL DARIPADA PERTANIAN SARA HIDUP KEPADA KOMERSIAL INDUSTRI DARIPADA MISKIN KEPADA KELAS MENENGAH Sara diri kecil-kecilan Selepas merdeka kerajaan memperkenalkan sektor perindustrian DARIPADA PEDESAAN KEPADA KOSMOPOLITAN Selepas kemerdekaan ramai rakyat tidak berpendidikan tinggi setelah negara makin maju ramai rakyat berpendidikan dan berkemahiran tinggi dan berlaku pemodenan maka wujudlah kelas menengah Lanskap negara memang banyak berubah Daripada desa dan kampung berubah menjadi pekan atau bandar


Kebebasan bersuara, Berpersatuan, Akses Maklumat, Demokrasi, Penglibatan Amanah-intergriti, Keadilan, Akauntabiliti, Transperensi, Keterangkuman


Marx (1818-1883) dan Weber (1864-1920) memperincikan ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara merangkumi adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan (Moten & Islam 2006). KONSEP NEGARA Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Dahl (1983) yang terpengaruh dengan Weber mendefinisikan negara sebagai satu sistem politik yang didirikan oleh sekumpulan manusia yang menetap dalam sesebuah wilayah dan membentuk kerajaan sah yang memerintah wilayah tersebut. Giddens (1987) - negara sebagai sebuah organisasi politik yang berkuasa memerintah sesebuah wilayah tertentu dan boleh menggunakan pelbagai kaedah termasuk dengan cara kekerasan bagi mengekalkan sesuatu peraturan.


01 PENDUDUK 02 KEDAULATAN 04 WILAYAH 03 KERAJAAN KONSEP NEGARA Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-eleman berikut. Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan tentang sistem kuasa dan autoriti.


KONSEP BANGSA Daripada dimensi sejarah, istilah bangsa berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud ‘lahir’. Ia merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu yang membawa kepada pembentukan satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Biasanya istilah bangsa digunakan untuk menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti (Moten & Islam 2006). Sekumpulan besar manusia membentuk sebuah bangsa biasanya melalui keterikatan hubungan darah dan keturunan (Mansor & Shamsul 2005), penggunaan bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah (Moten & Islam 2006). Ada sesetangah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai kepentingan kaum dan etnografi (Moten & Islam 2006). Mereka berpandangan bahawa bangsa itu lahir daripada sekumpulan besar manusia yang bersatu melalui keturunan dan penggunaan bahasa yang sama, yakni dalam satu kelompok yang sama. Penrose mendefinisikan bangsa sebagai “…the largest self-defined collectivity of people whose members believe that they share some form of territorial association and that they are genealogically related...” (Penrose 2009: 223).


KONSEP BANGSA Bangsa merujuk pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Bangsa adalah satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik, budaya dan sejarah. Seringkali ikatan bangsa dikaitkan dengan pertalian darah, kekeluargaan, etnik, budaya, agama dan wilayah (Ozkrimili 2017). Walaupun wujud pelbagai perspektif, sentimen yang membentuk bangsa ialahperasaan Oleh itu dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.


KONSEP NEGARA BANGSA 02 03 01 Abdul Rahman Embong (2001), konsep negara bangsa di Eropah bermula apabila lahirnya kelompok bangsa yang menentang kuasa feudal dan proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis. Kejayaan kapitalis membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang mempunyai sempadan atau wilayah dan bangsa tertentu. Misalnya di Eropah, bangsa Inggeris muncul lebih awal sebelum bangsa Eropah dan negara England moden. Negara bangsa adalah di mana budaya majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya. Idealnya, sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan, satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain. Negara bangsa adalah hanya satu idea di mana bangsa sama dan ditadbir urus oleh negara berdaulat mereka sendiri. Satu negara hanya mengandungi satu bangsa. Berikutan ini Benedict Anderson (1983) melalui konsep imagined community mengatakan pertembungan tentang bentuk negara bangsa akan dimuktamadkan dengan kemerdekaan di mana pelbagai bangsa itu menjadi satu bangsa seperti Indonesia. Asasnya, istilah negara-bangsa merupakan gabungan dua dimensi utama, iaitu negara dan bangsa. Negara terbentuk dengan adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-undang. Semua elemen ini saling melengkapi serta mengesahkan tentang sistem kuasa dan autoriti.


KONSEP NEGARA BANGSA 05 06 04 Penrose (2009) - negara-bangsa sebagai “…a geopolitical entity whose legitimacy – claims to sovereignty and political power – is based on its capacity to represent a distinctive nation…” (2009: 223). Godwindan Wahlke (1997) - negara bangsa sebagai, “... one nation in the area covered by the state to include most of the people who consider themselves part of that national culture” Moten dan Islam (2006: 67) - negara-bangsa sebagai sebuah institusi politik yang merujuk kepada sebuah negara yang dihuni oleh sekumpulan manusia yang memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa atas landasan perkongsian budaya, sejarah, bahasa, etnisiti dan faktorfaktor lain..


[email protected] PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA •Apabila Malaysia diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa (Abdul Rahman Embong, 2001). •Apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001). •Struktur sistem negara-bangsa memerlukan promosi kepentingan sendiri sahaja tanpa melibatkan kepentingan pihak lain (Moten & Islam 2006). •Bagi aliran yang berfahaman liberal dan sosialis, negarabangsa adalah satu usaha untuk membentuk kesetiaan dan ketaatan sivik yang sempurna, manakala bagi fahaman konservatif dan nasionalis pula, ia adalah berdasarkan kepada etnik atau satu bentuk perpaduan organik (Heywood 2000: 253). BOOK NOW Satu bangsa satu negara (one state one nation) Bangsa tanpa negara (nation without state) Negara tanpa bangsa (state without nation) Keadaan ini bertitik tolak daripada satu ras membentuk bangsa dan melahirkan satu negara. Justeru, ia akan melahirkan sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Jepun membentuk negara Jepun, bangsa Jerman membentuk negara German. Terdapat beberapa bangsa tanpa negara dan mereka menuntut bangsa mereka untuk bernegara dan mempunyai autonomi sendiri. Misalnya, bangsa Melayu Patani di Selatan Thailand, mereka mempunyai identiti bangsa tersendiri tetapi negara dimiliki oleh orang-orang Thai. Bangsa Kurdis yang bertapak di utara Iraq. Bangsa ini berjaya membentuk wilayah autonomi Kurdistan tetapi negara Kurdistan tidak diiktiraf dalam peta dunia. Senario ini berlaku apabila wujudnya sesebuah negara yang diperakui kedaulatannya, tetapi tidak jelas dari segi identiti bangsa yang dibina. Kewujudan negara sebegini boleh dirujuk dalam konteks Malaysia. Malaysia lahir sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan etnik yang mengekalkan identiti masing-masing. Satu Bangsa Malaysia masih belum terbina.


Proses awal pembinaan negara bangsa di Malaysia lebih tertumpu kepada keperluan politik Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Usaha-usaha secara intensif bagi mencapai matlamat mula dilaksanakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 khususnya menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kewarganegaraan adalah perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara Kewarganegaraan membawa maksud kerakyatan, rupabangsa, bangsa seseorang (Zainal Abidin, 2003) Setiap negara mempunyai penduduk yang diiktiraf berdasarkan undang-undang negara berkenaan dan membentuk sebuah komuniti politik Ini bermakna kewarganegaraan adalah suatu bentuk kerakyatan atau kedudukan sah yang mengikat seseorang individu dengan negaranya Melalui kedudukan sah tersebut, seseorang warganegara mendapat perlindungan, hak-hak istimewa dan pelbagai lagi. • KEWARGANEGARAAN KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA


NARATIF NEGARA BANGSA MALAYSIA NEGARA BANGSA MALAYA-MALAYSIA INTEGRASI KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA Sebuah negara etno berpasakkan anak watan dalam masyarakat kepelbagaian diintegrasikan di plantar perlembagaan dan tersulam ruang sivik dalam governan dan pembangunan dengan keadilan, keterangkuman dan demokrasi dalam membina negara bangsa Malaysia. Hegemoni politik memperakui dan menerima anak watan dan komuniti migran diberikan kerakyatan negara. Perlembagaan mencerminkan kenyataan sejarah panjang di mana Melayu, Islam, Bahasa Melayu, Raja dan AKTA 153 kedudukan Melayu dalam negara dijadikan PASAK Perlembagaan. Minoriti lain diikat di TAPAK INTEGRASI di mana Yang DiPertuan Agong simbol perpaduan negara, Islam agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan tetapi bahasa ibunda lain boleh dipelajari, dan AKTA 153 YDPA menjamin kepentingan minoriti lain. Apabila Malaysia dibentuk rakyat Sabah dan Sarawak diperakui sebagai Bumiputera dan dijadikan sebahagian PASAK negara bangsa bersama Melayu


PEMBINAAN NEGARA BANGSA ASIMILASI ATAU INTEGRASI KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA Dalam usaha pembinaan negara bangsa, Malaysia memilih pendekatani ntegratif dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia. Cara integratif yang dikenali sebagai dasar "Kesatuan dalam Kepelbagaian" (unity in diversity) menjadi pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara asimilatif lebih terdorong untuk "memaksa"penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu dan cara ini biasanya berakhir dengan kegagalan (Cheah Boon Kheng 2004: 72) seperti Amerika Syarikat dan Indonesia Resolusi ISIS(Proceedings of the first ISIS Conference on National Integration 1986:125) mendapati bahawa "Kesatuan dalam Kepelbagaian" membekalkan kita kapasiti supaya menjadikannya sebagai kekuatan dan kelebihan kita. Hasilnya masyarakat Malaysia berubah menjadi masyarakat berbilang kaum yang lebih seimbang dan berintegrasi.


KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN”


KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum. Shamsul menegaskan bahawa, pembangunan bangsa pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh partiparti politik seperti Bersatu, UMNO, dan PAS. Menurut beliau, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “inter-ethnic” tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau “intra-ethnic”. Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam dikotomi yang negatif, bukannya positif. Perbezaan menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.


Etos Bangsa: Etnik, Nasionalisme dan Bangsa•Mansoret al., “…etos bermaksud pandangan hidup yang khas suatu golongan sosial yang didasarkan kepada sifat, nilai adat-istiadat yang memberi watak dalam masyarakat…” (2006: 291). •Oren (2009: 2), etos bangsa adalah “…a particular configuration of central societal beliefs, attitudes and values, that are enduring and shared by most members of society and that focus on the society’s present and future…”. •Perkataan etos ini telah mula digunakan sejak zaman Greek lagi, iaitu berasal daripada perkataan etika, sikap, keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan atas sesuatu perkara (Mansoret al. 2006: 291), yang boleh dikatakan satu konsep umum tanpadefinisi yang formal (Bar-Tal 2000). •Etzioni (2009: 336), - istilah etos bangsa merujuk kepada nilai-nilai khas, tradisi, identiti dan wawasan masa depan (atau takdir) sesebuah bangsa.


Etos Nasional •Dalam konteks Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) telah mengemukakan etos bangsa sebagaimana berikut: • Building a nation out of diverse people with differing historical, ethnic, linguistic, religious, cultural and geographical backgroundsissomething more than just fostering consensus on the basic character of a state or nation. It involvesthe fostering of (1)shared historical experiences, (2)shared values, (3) a feeling of common identity, (4)shared destiny that transcends ethnic bounds without undermining ethnic identity, (5) loyalty, (6) commitment, and (7) an emotional attachment to the nation, and the flowering of distinctly national ethos. •Etos nasional adalah ‘ciri-ciri unik masyarakatsetempat yang mengikatseseorang individu dengan individu yang lain, dan yang mengikat rakyat dengan negara’ melalui perkongsian nilai, perasaan dan semangat, kepercayaan dan identiti bersama (Mohd Mahadee Ismail, 2015).


Etos Simbolisme Bangsa Malaysia •Walaupun konsep identiti nasional, kebangsaan dan etos bangsa dikaitkan dengan bangsa, mengukurnya adalah sulit dan hanya dapat dipantau bentuk dan intensitinya di negara itu. •Setiap bangsa memiliki warisan etno-simbolisme dalam jangka pensejarahan panjang seperti bendara, bahasa, pakaian, makanan, muzik, tarian, arkitek bangunan, batu nisan, kerabat diraja, pahlawan, buku sekolah dan keselamatan negara, dan sebagainya sebagai asas bangsanya (Smith 2009, Mansor Akept 2017). •Pelbagai perpekstif tentang negara bangsa i. Sebelum merdeka kita bicara tentang negara bangsa •Etnik Melayu: Ketuanan Melayu (UMNO), Daulah Islamiah (PAS), Malaya Raya (PSM); etnik Cina kerakyatan British dan juga Malaya; India balik India dan juga Malaya ii. Lepas merdeka kita banyak bicara isu-isu tentang pembangunan negara, Etnik Cina pendidikan Cina, kerakyatan, ekonomi iii. Pasca DEB •Perbahasan dari PAP, DAP dan MCA kesamarataan dan pasaran •DEB terjemahan AKTA 153 dalam dasar awam. BN & UMNO Pertumbuhan ekonomi diagihkan. iv. 1990- Tun M dan GERAKAN Bangsa Malaysia, DSNajib 1Malaysia, DAP Middle Malaysia, PAS Daulah Malaysia v. PH 2018 Malaysian Malaysia. Kesamarataan, kebebasan, hak asasi, multikultarialisme GEOPOLITIK NEGARA DAN PERUBAHAN POLITIK


KESIMPULAN •Peradaban majmuk – gabungan atau campuran pelbagai bentuk peradaban yang menyerap masuk ke dalam peradaban Melayu •Negara – penduduk, wilayah, kerajaan dan kedaulatan •Bangsa – satu kelompok manusia, satu ikatan ketatanegaran, komuniti politik •Negara-bangsa - majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan identiti nasional, perkongsian budaya dan perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan sempadan politik wilayah negaranya. •Negara bangsa idaman - Malay-led plural society •Etos nasional - ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat individu Pra Penjajah - Peradaban majmuk Penjajahan - Masyarakat Majmuk Pasca Kolonial Peradaban Acuan Malaysia An etno-nation that is influenced by different civilisation influences and embedded with civic ethics through democratic, good governance, social justice and inclusive development practised. # Masyarakat majmuk #Tahun 2000 ke atas Masyakat Kepelbagaian: Kerencaman sosial, Batas etnik nipis, hubungan horizontal buka berdasar dimensi etnik & agama #Pribumi Melayu + peradaban Asia, timur Tenah & Barat #Melayu, Sabah, Sarawak dan Islam #Etnik-etnik lain #Peradaban kacukan global


aktiviti pengukuhan SELAMAT MENCUBA Senaraikan elemen-elemen yang perlu ada bagi sebuah negara menurut undangundang antarabangsa? 1. 2.Bagaimanakah peradaban majmuk dalam sesebuah negara terbentuk? 3. Jelaskan bagaimana peradaban globalisasi memberi kesan kepada peradaban acuan Malaysia?


PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 P S M Z A


Click to View FlipBook Version