The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norainkarim22, 2021-12-23 15:25:19

IBU AKU RINDU

IBU AKU RINDU

IBU … AKU RINDU

AK

Ibu...aku masih rindu

Perjalanan yang akan ku lalui lebih kurang dua tahun ini ku hitung bila akan berakhir, tidak
sabar rasanya. Inilah sekolah yang akan menjadi tempat persekolahanku selama tempoh ini,
sehelai kertas yang ku kejar tanpa aku tahu nilainya dan seakan menjadi lambang yang gah bagi
manusia tapi bagi aku, kertas hanyalah kertas yang ku dambakan bukan itu, tapi ku rindukan dia,
meniti hari tanpa rasa dan semangat.

Namaku Nur Firyan Farisya, kawan-kawan di sekolah selesa dengan panggilan Fir, aku
pun okay je. Di rumah pula keluarga memanggilku dengan panggilan Isya atau along. Di asrama
ini aku duduk dengan rakan sebilik yang berasal dari Kuala Lumpur namanya Syamimie Amni,
dia selesa dengan panggilan amni dan dia sahaja yang memanggilku dengan nama isya, katanya
rasa lebih dekat.

“banyak sungguh la kerja rumah Cikgu Kalsom ni, letih aku! Bila agaknya nak siap ni, nanti tak
buat memang kena la aku lagi dengan cikgu tu..huh!” getus hatiku, sambil aku memerhatiku
roomateku yang sedang khusyuk membaca buku, itulah yang di akan buat bila dia ada masa
lapang, buku-buku ilmiah tidak pernah lekang dari tatapan matanya yang sangat cantik itu.

Jam menunjukkan tepat jam 1.00 petang. “Patutlah perut aku ni dah berentak, keroncong ada,
dikir barat yang tak boleh blaa zapin pun boleh rasa.” omelku sendiri. Amni sekadar tersenyum
dengan omelanku yang sedikit kuat tu. Ku tutup kerja sekolah. Bersiap nak ke kantin asrama
sambil mengajak Amni turun bersama, kalau tak habislah makanan tu di angkut kakak kantin
yang boleh tahan petirnya tu. Terburai ketawaku sendirian terbayang akan petir tu.

Tepat jam 6.00 petang Amni dah bersiap-siap nak ke surau. “Isya, Amni nak ke surau ni,
Isya nak pergi sekali dengan amni tak? Tanyanya. “ tak apa lah, Amni pergi dulu, Isya tak siap
lagi ni, nanti lambat pula Amni tunggu Isya.” Jawabku. “nanti Isya pergi dengan Anis je, tadi pun
dia dah cakap nak pergi sekali dengan Isya.” Amni meminta diri untuk pergi dulu, tidak terlepas
pesanannya untuk berhati-hati nak ke surau nanti, Amni memberi salam sambil pintu di tutup
dengan cermat.

Memang kebiasaannya kami berjemaah di surau pada waktu maghrib dan isyak, antara maghrib
dan isyak ada ceramah dari ustaz dan ustazah jemputan. Dulu aku tidak lah minat sangat nak
dengar sebab mengantuk sungguh bila dengar ceramah ni, tapi kat sini wajib, ikut jela.

Usai solat di surau...

Setibanya di bilik. “aduhai, latihan lagi nak kena settle mata dah mengantuk.” Keluhku. “Banyak
sangat ke kerja Isya tu dari petang tadi Amni tengok Isya buat tak siap-siap?” tanya Amni
memulakan perbualan. “hmm..boleh tahan jugalah, kerja dan latihan tu dari minggu lepas
sebenarnya tapi Isya betul-betul lupa, bila Anis tanya pagi tadi dekat kelas baru Isya teringat.”
Jawabku, ayat membela diri, padahal dah terang-terang salah sendiri tak buat awal-awal dah nak
hantar baru kelam-kabut. Itulah Nur Firyan Farisya suka sangat kerja last minute padan muka
sendiri. Sambil tersenyum Amni berkata, “ tak apalah Isya buat dulu, insyaAllah nanti siaplah tu.”

Niat nak sambung kerja cikgu Kalsum tergendala disebabkan mata yang mengantuk, Isya tertidur
di ruang prep

Tepat jam 3.00 pagi bunyi pintu dibuka buat aku tersedar. “mengantuknya mata ni, cepat
betul masa ni rasa aku baru je tidur tadi.”getus hatiku. Tiba-tiba pintu bilik di buka dari luar. “siapa
pula pagi-pagi ni nak datang bilik aku? “mana pula perginya dia pagi-pagi ni, nak bangun study
juga agaknya.” tekaku, walaupun roomate tak di suruh teka pun. Kemalasan yang aku alami
membuatkan aku masih tidur-tidur ayam lagi sementara itu roomate aku sedang duduk birai katil
sambil mencapai telekung yang digantung berhampiran birai katil. “nak solat isya’ ke? Tak
mungkin, kan ke aku solat jemaah dengan dia semalam dekat surau. Hmm...musykil di buatnya,
banyak betul aku tengok apa yang dibuat aku tak pernah tahu.” Monologku lagi sambil berbaring,
memang sengaja aku tak nak bangun dulu nanti amni terkejut pula lagipun aku ingin mengamati
perilakunya yang sering menarik perhatianku.

Usai solat, Amni berteleku atas tikar sejadah berwarna hijau itu sambil esakkan tangisnya
terdengar walaupun seperti ditahan mungkin tidak mahu sehingga ada tersedar dengan esakkan
tersebut. Setelah usai solat Amni membuka telekung dan kembali ke katil. jam menunjukkan
pukul 4.45 pagi ketika itu. Tanpa aku sedari aku terlena kembali.

“panasnya. ” mataku terbuka perlahan melihat Amni yang menutup kipas sebagai cara dia nak
kejutkan aku. Begitulah kebiasaannya..

“alaammaaaakk!!!!!! kerja aku tak siap lagi,,aduhai...memang terbaiklah hari ini.
Perghh!!....macam mana ni, mati lah aku kali ini.” Omelku sedikit kuat, Amni yang sedang duduk
di birai katil sambil meletakkan kembali naskah Al-quran yang baru usai di bacanya
memandangku dengan senyuman. Teringat pada perilakunya awal pagi tadi.

“punggah gini!!! memang cukup syaratnya ni, kalau tak kena memang baiklah mood Cikgu
Kalsom hari ni,memang untung gilerr...”pintaku dalam hati, kerisauan boleh terlihat
diwajahmemang tak boleh di selindung.

Suasana dari luar kelas kelihatan cukup sunyi. Itu tandanya puan dah masuk.

“tuk!!tuk!!tuk!!sambil dalam hati tak putus-putus berharap mood puan hari ini baik, sempat melihat
handphonedi tangan jam menunjukkan 8.30 pagi. “aku dah lewat ni, aduhai..makan tangan juga
ni nampaknya, ni yang kalau tangan dah naik kat muka jangan tanya kenapalah!! Memang salah
sendiri.”omelku terlebih panjang.

“krrriiiiiiiiuuukk!!!!” pintu dibuka. Terpacul wajah manis Puan Kalsom menyambut kedatanganku.
“manis ke? Hehe.” Usik nakalku dalam hati. Kalau puan dengar tak ke panjang ceritanya nanti.

“Nur Firyan Farisya, apa alasan awak kali ini lewat datang kelas saya?” tanyanya.
“tayar motor pancit ke awak terlupa pagi ini ada kelas saya?” perlinya. Kalau boleh malas nak
menjawab tapi puan ni selagi tak dijawab soalannya tidak lah kiranya dia nak berganjak dari situ.
Huh!! Rakan sekelas yang lain hanya memandang sambil tersenyum, aje gila dibuatnya puan ni.

“sebenarnya cikgu bukanlah niat saya untuk lewat, tapi..” tak sempat aku habis menjawab.

“tapi apa?? Awak ni terlalu banyak alasan,awak ingat dengan attittude awak yang macam ni awak
boleh berjaya, tak ada syarikat yang nak ambil pekerja yang tidak menepati masa macam awak
ni, boleh merugikan syarikat awak tahu!! Sekarang pun awak dah merugikan masa rakan-rakan
sekelas awak yang komited untuk belajar.” Tegasnya.

Omelku dalam hati “bukan sengaja aku nak lewat, e’eleh! Kawan-kawan aku tu pun tak rasa rugi
mana, suka lagi adalah. cikgu je tak tahu, mereka nampak semangat pun sebab takut dengan
cikgu je.”

“apa lagi yang dimenungkan tu, tak payah nak buat muka seposen sangatlah. Bukannya awak
tahu nak berubah pun, dah masuk.”perintahnya

Aku terus duduk mendapatkan “aduhaii, malas betul aku tadi tak pasal-pasal dapat tazkirah
percuma ingatkan roomate aku je berminat bab-bab macam ni, cikgu pun sama je, kalau macam
nilah mak tiri aku nanti perang dunia ketigalah jawabnya.” bisikku pada Anis sambil menahan
tawa.

“Abah nak kenalkan Isya dengan seseorang, bila Isya dah bersedia beritahu abah ya.” Katanya
ketika menghubungiku minggu lalu. Pantas memori menangkap perbualan aku dengan abah.
bila cakap macam tu kat Anis tadi. Topik yang sentiasa matikan perbualan aku dengan abah.

“Aku belum mampu untuk menerima pengganti ibu dalam hidup aku, macam mana abah mampu
lupakan ibu secepat ini?” ada sedikit rasa marah dengan tindakan abah. Gerakan siku daripada
Anis menyedarkan aku dari bayangan perbualan dengan abah.

Beberapa hari yang berbaki membuatkan aku sibuk dalam persediaan menghadapi SPM,
abah pun tak sempat aku hubungi, hanya ketika Majlis Bacaan Yasin yang dianjurkan di asrama
membolehkan aku bercakap dengan abah.

Selepas tamat SPM....

Ketika sedang duduk menatap gambar ibu di birai katil. Tiba-tiba abah masuk lalu duduk
berhampiran denganku. “Isya rindu ibu?” abah memulakan perbualan. Aku hanya mengangguk.
“Isya tinggal dengan abah ye?” pujuk abah pula.

“Isya tak nak, Isya selesa tinggal kat sini, lagipun banyak kenangan ibu ada kat sini. Lagipun
abahkan dah ada yang teman, abah tak perlukan isya lagi.” Tutur aku perlahan tanpa merenung
wajah abah. “Isya jangan cakap macam tu, abah sentiasa dan selamanya perlukan Isya dalam
hidup abah. Isya kenal dulu dengan dia, dia baik orangnya, dan boleh jaga Isya.”

“Isya dah besar abah, isya boleh jaga diri sendiri dan Isya tak perlukan sesiapa untuk
gantikan tempat ibu.” Kataku, tanpa sedar mata terasa perit menyebabkan butiran mutiara gugur
jua walaupun telah cuba di tahan. “ibu, isya rindu ibu.” bicara hati seorang anak yang kerinduan.

Ibu...sungguh aku masih rindu

Wahai ibuku
Masih terasa genggaman erat tanganmu

Memimpin saat aku lemah
Saat aku mula mengenal langkah

Kakiku belum mampu berdiri
Belum kuat untuk berlari
Wahai ibuku

Tanganmu terus memimpinku
Membawa aku mengenal dunia
Memandang langit yang satu

Wahai ibuku
Saat engkau sujud ke bumi
Badanmu rebah tidak kembali
Tiba saatnya engkau pergi

Dan aku
Terus sendiri

Ketukan pintu bilik membuat aku tersedar, akan kenangan perbualan dengan abah sebelum
pulang ke asrama dahulu. Berat untuk aku kenangkan saat abah membawa aku bertemu dengan
pengganti ibu, setelah sekian lama abah mengharapkan aku menerima pilihannya, berat sungguh
rasa hati namun sebagai anak apa dayaku. Usai sahaja peperiksaan SPM, aku gagahkan jua
memenuhi permintaan abah. Pertemuan yang aku rasa menjadikan hidup aku lebih tiada makna.
“Kenapa perempuan tuu?” hati aku meronta saat aku nampak kelibat Cikgu Kalsom yang
semakin menghampiriku.

Mata kami saling menatap, fikiranku kosong dek kerana pujukan abah aku diamkan sahaja rasaku
kerana abah begitu yakin dengan pilihannya dan aku hanya mampu turutkan. Kenangan di
sekolah terus terbayang bagaikan wayang gambar yang sangat jelas penceritaannya. “Adakah
aku kuat?” hatiku berbisik. “ibu...isya rindu ibu, moga abah bahagia dengan pilihannya, hati isya
biarlah isya yang pujuk sendiri.” Rintihku sendiri


Click to View FlipBook Version