Peranan MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PENSYARAH: PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN
A H L I K U M P U L A N Syasya Syazwani Binti Hazizul | 17DUP23F1027 Misnawati Binti Sanam | 17DUP23F1001 Nur Hidayah Binti Abd Hashim | 17DUP23F1024 Nursyasya Farzana Binti Ahmad Fairus | 17DUP23F1004
Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim, kami sekumpulan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Pensyarah yang dihormati kami iaitu PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN kerana memberikan kami sokongan dan nasihat sepanjang menyelesaikan E-folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan penjuangan yang sama sama menyelesaikan tugasan ini, tanpa bantuan mereka mungkin tiada E-folio ini iaitu dengan memberikan idea dan saya amat hargai nya. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam tugasan ini POHON SIRIH POHON SELASIH, TUMBUH MERIMBUN DI HUJUNG LAMAN, KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH, MENJADI KENANGAN SEPANJANG ZAMAN PENGHARGAAN Dari Kami
ISI KANDUNGAN 01 RINGKASAN TOPIK 02PENDAHULUAN 03DEFINISI NGO 04SEJARAH NGO 05OBJEKTIF & MATLAMAT NGO 06PERANAN NGO DALAM MEMPERKASAKAN INTEGRASI NASIONAL 07 PLATFORM INTEGRASI 08PELAN & STRATEGI INTEGRASI 07 KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN 09PERANAN NGO DARI ASPEK SOSIAL
ISI KANDUNGAN 10PERANAN NGO DARI ASPEK KESELAMATAN & HAK ASASI 11PERANAN NGO DARI ASPEK PENDIDIKAN & KEAGAMAAN 12KESIMPULAN 13RUJUKAN
Di dalam E-Folio ini atau EMajalah ini membincangkan antaranya ialah peranan NGO dalam memperkasakan integrasi nasional RINGKASAN TOPIK PERANAN NGO ia sebuah pertubuhan badan atau organisasi yang bukan kerajaan atau badan bebas yang menjadi wakil suar bagi masyarakat sejagat serta memperjuangkan hak-hak masyarakat tersebut. Sejak tahun 1970 an NGO ini telah bertambah dari sebelumnya.
PENDAHULUAN 3 NGO adalah organisasi atau jabatan yang bukan kerajaan dan tidak berkait atau ada apa apa hubungan dengan kerajaan. Boleh dikatakan NGO ini ialah organisasi swasta yang ahli dan pertubuhan sukarela datang dengan tujuan yang sama iaitu mereka mempunyai entiti atau pertubuhan yang pelbagai dan banyak iaitu antaranya ialah organisasi sepenuhnya dari organisasi tempatan dan organisasi akar umbi yang ditubuhkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa NGO adalah berdaftar secara rasmi. NGO diuruskan secara sendiri. NGO sangat berbeza daripada perniagaan. NGO juga bukan berunsur dakwah. NGO ialah organisasi yang berasingan dengan kerajaan. NGO merupakan bersifat sukarelawaan. Di NGO ini terdapat empat ciri utama iaitu bukan kepartian, bersifat sukarelawan, tidak menjalankan aatau melakukan aktiviti jenayah dan matlamat nya tidak lah untuk mendapatkan keuntungan. Mengikut (Goldie, 1997), beliau telah menyenaraikan 7 ciri bagi NGO iaitu
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MERCY MALAYSIA NGO dari aspek sosial Peranan
PERSATUAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA) MYKASIH NGO dari aspek sosial Peranan
Majlis Belia Malaysia atau MBM ialah badan utama dalam menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia apabila Perlembagaan MBM diterima sekaligus Sdr F.C Arulanandum telah menjadi Presiden MBM yang pertama dan MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Iainya ditubuhkan pada 9 September 1950 di Kuala Lumpur, Victoria Institution (VI) yang diberi nama Majlis Belia Malaya Pada 23 Julai 1948, pertemuan untuk 75 orang wakilwakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka kepada penubuhan Majlis Belia Malaya. Dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei. Jadi bermula dari situlah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu. Persidangan perwakilan belia pada Julai 1948 telah berbincang dan berusaha ingin menubuhkan Majlis Belia Negeri dan Petempatan. Dengan ini Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Province Wellesly telah ditubuhkan pada 17 November 1948 dan merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama di Tanah Melayu. Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang setelah perlembangaan nya sudah diterima pakai. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan dengan kehadiran badan-badan gabungan iaitu Majlis Belia Negeri. Pada tahun 1951, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini. Majlis Belia Malaysia Bekerja rapat bersama badan atau organisasi yang bertanggungjawab dengan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia. Menggalakkan serta mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara. Mewujudkan hubungan, kerjasama, persefahaman dan persahabatan antara pertubuhan belia dengan belia yang lain seperti pertubuhan belia antarabangsa. Menganjurkan untuk menggalakkan minat tentang kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan di kalangan belia dan badan badan yang mempunyai minat dalam perkara tersebut. Menggalakkan kemajuan di pertubuhan belia yang seimbang dalam aspek pelbagai bidang. Memupuk sikap dan sifat bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawan di kalangan pertubuhan belia. Tugas dan objektif utama MBM ini ialah:
MERCY Malaysia atau Medical Relief Society Malaysia adalah organisasi yang memberikan tumpuan untuk bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan dan aktiviti untuk mengurangkan risiko kepada komuniti dalam situasi yang krisis atau tidak krisis. MERCY Malaysia hanya bergantung kepada dana dan sumbangan dari individu atau organisasi untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam memberikan bantuan. Organisasi ini berdaftar mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan pejabatnya terletak di ibu kota Kuala Lumpur. VISI - Menjadi cemerlang dalam menyampaikan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada semua masyarakat. MISIMERCY Malaysia adalah organisasi atau pertubuhan antarabangsa yang memberikan tumpukan kepada bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan dan aktiviti dalam mengurangkan risiko kepada masyarakat, baik dalam situasi krisis mahupun bukan krisis. MERCY Malaysia
Persatuan Cina Muslim Malaysia MACMA telah ditubuhkan dengan rasminya pada 8 September 1994 bagi memenuhi kehendak rakyat Cina Muslim untuk mengembangkan dakwah mereka dengan lebih luas dengan berfokuskan kepada bangsa Cina dan rakyat berbilang kaum yang lain. Penubuhan MACMA telah membuktikan komitmen masyarakat Cina Muslim khususnya kepada masyarakat Cina,lslam dan bukan lslam. Daripada permulaan yang serba kekurangan, kini persatuan ini semakin hari semakin memperlihatkan keupayaannya menangani cabaran dan masalah dalam rangka memenuhi objektif penubuhannya. MACMA telah pun melebarkan sayap dengan menubuhkan di seluruh Malaysia. Untuk merapatkan hubungan masyarakat Cina Muslim di Malaysia. Untuk mengukuhkan persaudaraan di kalangan masyarakat lslam dalam keseluruhannya. Untuk menyebar luas pengetahuan dan ajaran lslam. Untuk mengendalikan pengajian, penyelidikan, seminar-seminar dan latihan untuk kemajuan pengetahuan lslam kepada ahli yang lain. Untuk membina dan mentadbir pusat-pusat lslam atau masjid –masjid untuk Cina Muslim. Untuk melaksanakan serta menyelaras lagi aktiviti dakwah Untuk merancang, menyelaras dan mengerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi lslam melalui tabung amanah kebajikan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial. Antara Objektif MACMA:
MyKASIH MyKasih ditubuhkan pada bulan April 2009 dan merupakan sebuah organisasi amal yang digendalikan serta ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat serta isterinya iaitu, Puan Sri Jean Ngau untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah dengan bantuan makanan dan pendidikan kepada semua bangsa di Malaysia MyKasih telah menerima Anugerah Malaysia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018 untuk ‘Leaving No One Behind’ pada 24 Oktober 2018 bersempena dengan Ulang Tahun ke-73 Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Anugerah itu adalah untuk kaedah pengagihan kebajikan berasaskan teknologi yang berkesan yang telah menyampaikan bantuan kepada sejumlah besar rakyat Malaysia yang miskin. Program - program di Mykasih telah mendorong kepada pengagihan kesejahteraan dengan menggunakan perbezaan teknologi. Antaranya ialah Program bantuan makanan MyKasih ‘Love My Neighborhood’ dan Program bursa pelajar MyKasih ‘Love My School’ yang dijalankan berdasarkan sistem pembayaran tanpa tunai yang didirikan oleh DIV Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat DIALOG Group Berhad. Sstem ini menggunakan teknologi iaitu penggunaan MyKad yang masih belum dilantik kepada penerima yang diberikan bantuan.
KESIMPULAN Antara perkara yang dibincangkan di dalam E-Folio ini kami dapat simpulkan dan mempunyai kata akhir dari peranan serta objektif yang telah kita dapati didalam topik dan tajuk iaitu peranan NGO itu sendiri memainkan peranan dan memberikan impak yang sangat besar bagi membantu kerajaan. Seperti yang kita tahu NGO itu sendiri bukan kerajaan tetapi mereka lah yang juga sering bertanggungjawab serta bertolak ansur dalam mengendalikan kerja ataupun menjadi wakil wakil kepada suara rakyat dalam menyuarakan hak - hak kebajikan rakyat kepada kerajaan. Jadi, keberkesanan dan keberlanjutan usaha-usaha NGO dapat memainkan peranan kunci dalam membentuk masyarakat yang lebih seimbang dan terintegrasi.
Rodzi, Tuty Haryanti Ahmad. “Swasta, NGO Perlu Terus Bantu Pendidikan Negara.” Berita Harian, 17 Sept. 2019, www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/607759/sw asta-ngo-perlu-terus-bantu-pendidikan-negara. Unknown. “INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) BERTERASKAN ISLAM.” INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM, 3 May 2014, sbu342institusiislamdimalaysia.blogspot.com/2014/05/per satuan-persatuan-islam.html?m=1. Accessed 15 Nov. 2023. “Jabatan Kebajikan Masyarakat.” Www.jkm.gov.my, www.jkm.gov.my/jkm/index.php? r=portal/left&id=WUZDTk1TUkszaGJiUUpKQVVZeUlXZz09 .Yaacob, Siti Nur Zuraikha. “Senarai NGO Dan Tabung Bantuan Bagi Membantu Mereka Terjejas PKP.” My.theasianparent.com, 30 June 2021, my.theasianparent.com/senarai-ngo-di- malaysia. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak. (2010). Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak. Macmaswk.Blogspot. https://macmaswk.blogspot.com/p/about- us.html#:~:text=MACMA%20adalah%20akronim%20kepad a%20Malaysian,beberapa%20buah%20negeri%20di%20Ma laysia. MyKasih Foundation. (2021). MyKasih & The UN Sustainable Development Goals. MyKasih. https://www.mykasih.com.my/mykasih- foundation/mykasih-and-the-un-sustainable- development-goals/ Majlis Belia Malaysia. (n.d.). In Sejarah. Retrieved September 12, 2022, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Belia_Malaysia Kepentingan Perpaduan dalam Membentuk Sebuah Negara Maju. By Nurul Shaheza binti Zamri Year: 2023 Container: Dewan Masyarakat URL: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/03/121 71/ Perlembagaan Sebagai Tiang Seri Dan Tapak Integrasi By Anon Year: 2021 Container: Perlembagaan Persekutuan Sebagai Tapak Integrasi Dan Wahana Etika Dan Peradaban URL: https://integrasiperlembagaan.blogspot.com/ Yusof, Y. (2023, March 11). Wacana 152: Peranan NGO dalam Pemartabatan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2023/03/11/7489/ OUR CONTRIBUTORS RUJUKAN 2