1 Permainan tradisional merujuk permainan 3 Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum,
2 budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu permainan tradisional merupakan salah satu cara
masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang.
seperti dalam kes masyarakat kita permainan Tanpa melihat warna kulit mahupun agama,
gasing, congkak dan wau menjadi permainan permainan tradisional dilihat sebagai permainan
tradisional. rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma
kehidupan murni.
Permainan tradisional
memainkan peranan
penting sebagai lambang
keagungan bangsa dan
negara tercinta ini.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
• Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan dimainkan oleh golongan bangsawan.
• Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak
takraw.
• Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
• Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu
dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
• Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah
sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia pada waktu
lapang.
• Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung
manakala di pantai barat Semenanjung permainan ini dikenali sebagai
Seremban.
• Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau
secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
• Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji
getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat
yang lazimnya digunakan sebanyak lima biji.
• Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga atau pasir
turut digunakan.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
• Yo-yo cina atau juga dikenali sebagai diabolo ialah permainan dari
China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz dihubungkan oleh
gandar yang panjang.
• Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua
batang kayu kecil.
• Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi
yo-yo daripada jatuh.
• Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar
tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi.
• Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah
patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetengah yo-yo cina
dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan
laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
• Mahjong atau mahjung merupakan permainan
untuk empat orang yang berasal dari China.
• Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.
• Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib
boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan.
• Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
dan sebagai permainan komputer.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
• Kho-Kho merupakan satu permainan tradisional yang
popular di kalangan kaum India.
• Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda.
• Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu
permainan 'Lari dan Kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.
• Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal
pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak
peserta-peserta lain.
• Asal-usul catur moden semula dikenal dengan
nama Chaturanga, yang berkembang di India
pada abad ke-6.
• Sejak awal, permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang akan bermain.
• Perbezaan buah catur dengan kekuatan yang
berbeza, dan kemenangan bergantung pada buah
terakhir semasa permainan atau dalam catur
moden adalah dengan menumbangkan sang raja.
• Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100
kotak atau lebih.
ANTARA PERMAINAN TRADISIONAL YANG LAIN:
TARIK UPIH BALING TIN
KETINTING BALING SELIPAR
Permainan tradisional merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai.
Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada
generasi kepada generasi, seperti peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”
Walaupun zaman beredar, tetapi segala warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh
supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa
terhanyut oleh arus globalisasi.