The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-6898008, 2022-05-15 07:11:40

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA

TOKOH PEMIMPIN MALAYSIA

TOKOH
PEMIMPIN
JOHOR

DATUK JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAND
(1838-3 JULAI 1919)

MENTERI BESAR JOHOR PERTAMA
PADA TAHUN 1882

SMK TUNKU PUTRA
12 , JALAN BESAR , TONGKANG PECHAH ,

83010 BATU PAHAT , JOHOR .

NAMA : TEO JIA YI
KELAS : 5 AMANAH
ALAMAT E-MAIL : [email protected]

KANDUNGAN ISI

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 TAJUK
2 HALAMAN (I) 1
3 PENDAHULUAN 2
4 BIDATO TOKOH PEMIMPIN 4
5 PENDIDIKAN TOKOH 5
6 KERJAYA TOKOH 6
7 SUMBANGAN TOKHO 7-8
8 NILAI PEMMIMPIN 8
9 KESIMPULAN 9
10 SUMBER RUJUKAN 9
10

PENDAHULUAN

Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad dilahirkan dalam tahun 1838 di Teluk Belanga,
Singapura. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara
Kerajaan Melaka. Datuknya, Dato’ Abdul Jabar, mempunyai isteri seramal 20 orang.
Hanya keturunan cucu Dato’Abdul Jabar iaitu, Dato’ Haji Mohamad bin Tahir yang
dapat bertahan di Riau-Lingga. Dua orang anaknya iaitu Abdullah dan Haji
Muhammad, telah mengikut Temenggung Abdul Rahman, penguasa Johor dan
Singapura, berhijrah ke Singapura pada awal kurun ke-19. Pengasasan kerajaaan Jahar
moden daripada keturunan Temenggung Abdul Rahman itu kemudian telah secara
langsung mementingkan keturunan Dato’ Haji Mohamad Tahir sebagai Menteri Besar
Johar, bermula dengan Abdullah sebagai Menteri Temenggung Ibrahim dan kemudian
diikuti pula dengan anak Haji Muhammad, iaitu Dato’ Jaafar sebagai Menteri Besar
semasa di bawah pemerintahan Sultan Aba Bakar. Di sebelah datuk perempuannya
pula, Dato’ Jaafar berketurunan daripada Orang Kaya Semantan, iaitu seorang
pembesar daerah Pahang yang penting. Pahang yang merupakan sebahagian daripada
negeri taklukan Melaka, merupakan salah sebuah daerah pelarian pembesar pembesar
Melayu selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis. Dengan itu, hubungan politik dan
persaudaraan itu dikekalkan melalui perkahwinan anak-anak pembesarnya. Che’
Buruk, anak Orang Kaya Semantan telah mendapat seorang cucu iaitu Che’ Ana.
Kemudian, Che’ Ana telah dikahwinkan dengan Haji Muhammad. Mereka mendapat
beberapa orang cahaya mata dan salah seorang daripadanya ialah Dato’ Jaafar,
Menteri Besar Johor.
Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Telok Belanga. Kehidupan
keluarganya agak susah; ayahnya Haji Muhammad, seorang penenun kain. Untuk
menampung kehidupannya, Dato’ Ja’afar menjaja kuih, sebelum diterima bekerja
sebagai kerani di pejabat Temenggung Ibrahim di Telok Belanga, Singapura pada
tahun 1854. Atas kesungguhannya bekerja, Dato’ Ja’afar dilantik menggantikan bapa
saudaranya, Abdullah sebagai Penasihat dan Setiausaha Negeri Johor di bawah
pentadbiran Sultan Abu Bakar, pada tahun 1860-an.

BIDATO TOKOH PEMIMPIN

KELUARGA

Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad berkahwin sebanyak lima kali. Beliau dikurniakan
13 orang cahaya mata bersama-sama isteri-isterinya :

a) Aishah Ibrahim mendapat cahaya mata, Dato’ Mustapha, Aminah, Fatimah.
b) Maimunah mendapat cahaya mata, Khadijah.
c) Emon Abu Talib mendapat cahaya mata, Dato’ Abdullah, Che Dara.
d) Rugayah Hanum Abdullah mendapat cahaya mata, Aishah, Kamariah, Dato’
Onn, Malik, Azizah, Muhammad, Ahmad, Yahya.
e) Selamah Ambak mendapat cahaya mata, Rugayah.

MENINGGAL DUNIA

Beliau meninggal dunia pada tahun 3 Julai 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh
istiadat di Makam Mahmoodiah ,Johor Bahru, Johor.

PENDIDIKAN TOKOH

Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad mementingkan pelajaran terutama pendidikan
Barat, agama Islam dan kebudayaan Melayu. Beliau menetap di istana Bukit Senyum
yang terletak berhadapan dengan Selat Johor/Selat Tebrau. Anak-anaknya dimestikan
membaca Hikayat dan Syair, sastera dan puisi Inggeris disamping mengaji al Quran,
makanan dan pakaian Melayu. Sejak 1891, rumah itu mempunyai tutor iaitu seorang
perempuan Inggeris dari Singapura bernama Nanny. Guru tersebut dijemput dengan
kuda dari Woodlands dan menyeberang Selat Johor dengan feri dan menaiki beca ke
Bukit Senyum.Seorang mualim/guru buta bernama Sheikh Salimi mengajar agama
Islam. Kemudian Cikgu Sharifah Enson dari Johor Bahru mengajar tulisan Jawi dan
membaca al Quran.

Anak-anaknya diajar alat muzik seperti violin, gambus dan tabla serta maruas iaitu
sejenis gendang kecil. Mereka membentuk kumpulan Ghazal dan membuat
persembahan di sekitat Johor Bahru.Seorang tukang masak dari Turki
memperkenalkan masakan Timur Tengah seperti 'harisa'. Tukang masak India, Thambi
Shah memperkenalkan nasih beriyani kepadBritish yang berkhidmat di Johor
diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor. Bendera Union Jack, iaitu bendera
kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor. Di
samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu.

Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku Raja dan meraikan
Putera Arthur (of Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland
mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

KERJAYA TOKOH

Datuk Jaafar Bin Haji Muhammad mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor
ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada
Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di
Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri
sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh
(Maharaja) Sultan Abu Bakar.

Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah
merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya
seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor Moden.

Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah
pada tahun 1876. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah
memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda
keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku
Raja.

Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran
negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan
tugasnya.

PENTADBIRAN

Pegawai British di Negeri Selat berpejabat di Singapura menganggap Dato' Jaafar
sebagai seorang yang tegas straight forward man. Dato' Jaafar bersama Dato' Sri Amar
DiRaja Abdul Rahman Andak menentang cita-cita British menakluk negeri Johor
sehingga terjadi sedikit keretakan hubungan dengan Sultan. Sebenarnya Sultan Johor
mahu menerima seorang penasihat atau General adviser pada 1910 kerana kalau
Setiausaha Negeri jatuh sakit, tiada siapa lagi akan menasihati baginda.

abenor Negeri-Negeri Selat beberapa kali cuba membawa Johor di bawah kawalan
British sebagaimana Singapura. Mereka tidak menemui sebarang bukti pemerintahan
buruk, tidak terdapat konflik atau persengketaan untuk mewajarkan campur tangan.
Pada 1885, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Cecil Clementi Smith telah memantau
penjara, kerja-kerja awam, dan jabatan-jabatan kaji selidik di Johor. Beliau
melaporkan kepada Pejabat Tanah Jajahan bahawa terdapat "organisasi baik",
"memuaskan kemajuan", dan kerja-kerja" mengagumkan dilakukan" oleh
pegawai-pegawai dan kerani Melayu. Dalam erti kata lain, tidak ada bukti salah atur
untuk mewajarkan perlantikan Residen British.

Faktor utama ialah pentadbir Johor tidak buta huruf. Mereka mendapat pendidikan
Melayu atau pendidikan Barat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor, baginda Sultan
telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kepada beliau.

SUMBANGAN TOKOH

Semasa beliau menjadi Menteri Besar dari tahun 1882 hingga 1919, semua pegawai
British yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.
Bendera Union Jack, iaitu bendera kerajaan British, haruslah dikibarkan lebih rendah
daripada bendera negeri Johor. Di samping itu, semua surat-menyurat mestilah ditulis
dalam Bahasa Melayu.

Pada 1904, Jaafar diarahkan oleh Sultan Johor menjadi Pemangku raja dan meraikan
Putera Arthur (of Connaught) ke Tanah Melayu. Pada 1889, Duke Sutherland
mengadap Sultan Johor dan perbualan itu dirakamkan oleh Florence Caddy.

NILAI TOKOH

 Seorang yang setia
 Seorang yang cekap
 Seorang yang berani
 Seorang yang berterus terang
 Seorang yang bersemangatt waja dalam menjalankan tugasnya
 Seorang yang bijak
 Seorang yang amanah

KESIMPULAN
NAMA : DATO' JAAFAR BIN HAJI MUHAMMAD
TEMPAT LAHIR : TELUK BELANGA, SINGAPURA
TAHUN LAHIR : 1838
KETURUNAN : BENDAHARA PADUKA RAJA JOHOR DAN BENDAHARA
KERAJAAN MELAKA
ANAK : 5 ANAKNYA MENJADI MENTERI BESAR JOHOR
 Anugerah
Datuk Jaafar Muhammad juga berjaya menyelesaikan pengaduhan di Pahang dan
klang dan atas jasanya itu.Beliau juga dikurniakan Darjah Ketiga Bintang ST.Michael
dan ST.Michael dan ST.George oleh Queen Victoria Englang.
Bagi mengenang jasa dan bakti beliau kepada kemajuan negeri Johor.Baginda Sultan
telah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkata Johor (SPMJ) kepada beliau.

SUMBER RUJUKAN

 http://datojaafar.blogspot.com/2017/08/dato-jaafar-bin-haji-muhammad.html
 http://iskandarzulkarnain04.blogspot.com/2017/09/dato-jaafar-bin-haji-muhamma

d.html
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad#Mementingkan_pelaj

aran
 https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fdatojaafar.blogspot.com

%2F2017%2F08%2Fdato-jaafar-bin-haji-muhammad.html&psig=AOvVaw1Ao3
ZrZ0ExKX7jq2iRZRS1&ust=1652347349142000&source=images&cd=vfe&ved
=0CAkQjRxqFwoTCKjHza6Q1_cCFQAAAAAdAAAAABAD
 https://bookcafe.com.my/dato-onn-jaafar-kisah-seorang-patriotik/


Click to View FlipBook Version