The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN BERASASKAN MASALAH (PEMBUANGAN BAYI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hessha Murugan, 2024-05-05 07:24:50

TUGASAN BERASASKAN MASALAH (PEMBUANGAN BAYI)

TUGASAN BERASASKAN MASALAH (PEMBUANGAN BAYI)

NILAI PERPADUAN : KASIH SAYANG MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA SESI II : 2023/2024 KELAS : DPW2B TOPIK 4 : KONSEP NILAI DAN PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA


PENGARANG SIDANG REDAKSI EDITOR: HESSAH A/P MURUGAN (03DPW23F1035) YAASHINI A/P RAKU (03DPW23F1052) PENSYARAH PENILAI : USTAZ BORHANUDDIN BIN YA


PEMBUANGAN BAYI ARTIKEL PENGENALAN FAKTOR UTAMA PEMBUANGAN BAYI KESAN PEMBUANGAN BAYI ISU SEMASA PUNCA PEMBUANGAN BAYI KANDUNGAN ISI 01 02 03 05 06 04 CARA-CARA MENANGANI MASALAH PEMBUANGAN BAYI 07 KESIMPULAN 08 RUJUKAN 09 LAMPIRAN


PENGENALAN Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada darisegi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.Kesini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawabyang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka. PEMBUANGAN BAYI


Kekerasan dalam Rumah Tangga. APAKAH FAKTOR UTAMA TERJADINYA KES PEMBUANGAN BAYI Kekerasan dalam rumah tangga dapat membuat ibu merasa tidak aman untuk membesarkan bayi sehingga memilih untuk membuang bayi tersebut. Ibu bapa kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan keluarga. Ibu bapa mengabaikan perancangan untuk bilangan anak dan kewangan. Hal ini jelas bahawa ibu bapa melahirkan anak mengikut kemampuan mereka. Apabila kemampuan ibu bapa dari segi kewangan tidak dapat menampung bilangan anak yang banyak. Kehamilan yang Tidak Diinginkan. Kehamilan yang tidak direncanakan atau diinginkan dapat menyebabkan stres emosional dan finansial yang tinggi bagi ibu bapa yang mungkin mengarah pada tindakan yang ekstrim seperti pembuangan bayi..


Stigma Sosial: Stigma yang terkait dengan kehamilan di luar nikah atau di usia muda dapat membuat seorang wanita merasa terisolasi atau malu, yang mungkin mendorongnya untuk menyembunyikan kehamilan atau membuang bayinya secara rahsia. Keadaan Ekonomi: Wanita yang menghadapi tekanan ekonomi yang besar mungkin merasa tidak mampu untuk merawat anak, sehingga memilih untuk membuang bayi sebagai solusi yang dianggap "mudah". Ketidakpastian Identiti Ayah Jika identiti ayah tidak diketahui atau jika ada konsekuensi hukum atau sosial yang besar terkait dengan ayah yang diketahui, seorang wanita mungkin lebih cenderung untuk membuang bayinya. APAKAH FAKTOR UTAMA TERJADINYA KES PEMBUANGAN BAYI


Artikel Pembuangan Bayi FAKTOR Pembuangan Bayi Didikan agama sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Oleh itu, ia juga mempengaruhi setiap perbuatan anak-anak sepanjang hari. Kurang didikan agama menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja dan tidak berlandaskan agama. Ia adalah salah satu punca pembuangan bayi berleluasa dari dahulu lagi. Statistik menunjukkan punca pembuangan bayi yang terbesar adalah datang dari remaja yang tidak bersekolah terutamanya yang menetap di kawasan pedalaman. Kurang pendidikan akademik adalah punca pembuangan bayi, tetapi ia boleh dielakkan sekiranya remaja berkenaan mendapat pendidikan agama yang sempurna. 1.Kurang Didikan Agama Kasih sayang keluarga sangat penting dalam membentuk anakanak yang pandai menjaga maruah diri dan keluarga. Tanpa kasih sayang keluarga, kemungkinan anak akan terabai dan membuat hal masing-masing. Hal-hal yang negatif akan menyebabkan mereka terpesong melakukan zina sehingga terjadinya punca pembuangan bayi. Jangan terkejut, kes pembuangan bayi juga berlaku di sekolah. Sudah semestinya kes ini melibatkan pelajar sekolah. Punca pembuangan bayi ini salah satunya adalah dengan siapa kita berkawan dan bergaul. Kalau tersalah pilih kawan, buruk padahnya. Awas, jika tidak menjaga batas pergaulan dan mengamalkan pergaulan bebas, gejala sosial boleh berlaku dalam kalangan anak anda. Punca pembuangan bayi akibat pergaulan bebas dapat diatasi sekiranya ibu bapa memantau pergaulan dan perkenalan anakanak dengan kawan-kawan mereka. Sekiranya anak dibimbing dan mendapat perhatian penuh daripada keluarga, pastinya mereka tidak berasa sunyi dan tidak terjebak dengan segala masalah gejala sosial. Selalunya, mereka yang mendambakan perhatian, mencari cinta dan terlanjur adalah disebabkan kurang perhatian daripada keluarga. Ia juga merupakan punca pembuangan bayi yang amat berleluasa kini. 2.Kurang Kasih Sayang Keluarga 4.Kurang Perhatian Keluarga 3.Kurang Pendidikan Akademik 5.Pengaruh Rakan Sebaya 6.Pergaulan Bebas


7.Tiada Pendirian Diri Dan Tidak Berfikir Kesan Para remaja yang tidak ada pendirian diri tidak memikirkan kesan sekiranya mereka melakukan sesuatu perkara. Seks bebas juga adalah perkara yang menjadi punca pembuangan bayitetapi semuanya bermula dari para remaja sendiri. Pendirian yang kuat dan sering memikirkan kesannya akan menjadi penghalang mereka melakukan perkara yang tidakdiingini. Teknologi seperti telefon bimbit dan internet adalah pengaruh besar kepada para remaja serta menjadi punca pembuangan bayi yang berleluasa. Remaja sering melayari internet dan melihat perkara berfaedah menyebabkan mereka terikut-ikut apa yang dilihat. Remaja juga tidak teragak-agak lagi untuk mencari rakan berlainan jantina di luar sana. Punca pembuangan bayi yang berleluasa ramai orang tak tahu adalah sumbang mahram yang berleluasa. Jangan terkejut, kes sumbang mahram masih berlaku di Malaysia dan masih ada sehingga tahun 2019. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan baik dan tidak membiarkan anak-anak anda menjadi mangsa oleh keluarga atau saudaramara. 8.Pengaruh Gejala Sosial Dan Teknologi ARTIKEL PEMBUANGANBAYI 9.Sumbang Mahram Yang Berleluasa


JUMLAH KES NEGERI YANG PALING TINGGI KES BUANGAN BAYI 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 256 kes buang bayi sejak 2020 hingga 2022 Johor paling tinggi kes buang bayi daripada 65 kes yang direkodkan, 13 kes berlaku di Johor. bermula 2010 hingga 2018, statistik menunjukkan sebanyak 697 kes pembuangan bayi berlaku di seluruh negara, daripada 697 kes, 64 peratus atau 446 bayi ditemui dalam keadaan tidak bernyawa Tempat pembuangan bayi paling banyak adalah di kawasan kediaman diikuti tandas awam dan tempat pembuangan sampah


KESAN KES PEMBUANGAN BAYI Kesan kepada Ibu Bayi Sewaktuibu(luarnikah)melahirkananak tanpapersediaanyangrapi,pesalahini pastinyamengalami jangkitankumanyang serius, kecederaansemasamelahirkananak, danjugakehilangandarahyangbanyak. Pesalahjugasudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilangkeyakinandiridanjuga masalahemosi. Kesan kepada Bayi BayimerupakananugerahAllahyangpaling berhargakepadapasangansuami isterinamun, bayi jugamenjadibebanankepadapasanganpasangankekasih bayi-bayi inimasihkecillagidantidakmengerti apayangsedangberlaku kepadamereka.Apayanglebih teruk lagi, merekadibuangtempat-tempatyangterpencil danjauhdaripadapandanganmasyarakat sehinggamenyebabkanbayi-bayiyangtidak berdosaini meninggaldunia. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya. Kesan kepada Masyarakat Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku.Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Pembuangan bayi dapat memiliki kesan yang sangatserius dan merusak, baik bagi individu yang melakukan tindakan tersebut mahupun bagi masyarakat secara keseluruhan. Beberapa kesannya antara lain


KESAN KES PEMBUANGAN BAYI Kesan Hukum Pembuanganbayi secaraharam merupakanpelanggaranhukumyang seriusdanpelakudapatdihadapkan padaakibathukumyangberat, termasuk pendakwaanjenayah. Kesan Kesihatan Alam Sekitar Pembuanganbayiyangtidak terkawaldapatmenciptakan masalahkesihatanalamsekitar, terutamajikabayidibuangdi tempat-tempatyangtidakbersih ataudapatmenyebabkan penyebaranpenyakit. Penting untuk diingat bahwa pembuangan bayi bukanlah masalah yang terpencil, tetapisering kali merupakan hasil dari berbagai faktor yang kompleks dan saling terkait. Kesan pada Citra Negara atau Daerah Pembuanganbayiyangsering terjadidi suatunegaraataudaerah dapatmerusakcitranegaraatau daerahtersebutdimatadunia,dan dapatmempengaruhipelancong ataupelaburanekonomi.


CARA-CARA MenanganiMasalahPembuanganBayi Menguatkuasakan undangundang. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adeganadegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi. Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa, badan-badan NGO dan masyarakat. ARTIKEL PEMBUANGAN BAYI Mengadakan kempen-kempen kesedaran. Pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempenkempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..


Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. ARTIKEL PEMBUANGAN BAYI Ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anakanak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka.


Dalam meniti arus kemodenan ini, pembuangan bayi adalah tindakan yang sangat tragis dan tidak bisa diterima dalam kalangan masyarakat. Ini adalah bentuk kekerasan terhadap anak dan melanggar hak asasi manusia yang paling mendasar, iaitu hak atas kehidupan. Oleh itu, tindakan ini juga menunjukkan kegagalan sistem dukungan sosial dan perlindungan anak. Antaranya,ada banyak alasan yang boleh menjadikan faktor utama mendorong seseorang untuk melakukan pembuangan bayi. Seperti yang kita sedia maklum,Tekanan dalam rumah tangga, sosial,ekonomi,kurang pengetahuan tentang kontrasepsi dan stigmatisasi terhadap kehamilan di luar nikah. Dengan berbuat demikian individu tersebut telah menghadapkan beberapa cabaran dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan, perlakuan pembuangan bayi telah menerima pelbagai jenis kesan kepada individu.Misalnya,kepada bayi,ibu bapa , keluarga,masyarakat dan boleh dapat hukuman juga.Akibatnya Maruah keluarga dan diri sendiri akan terjejas.Tidak peduli apa pun alasannya, pembuangan bayi tidak dapat dibenarkan. ULASAN PEMBUANGAN BAYI


Tambahan pula, punca bagi pembuangan bayi ialah kurang didikan agama. Seterusnya, kurang kasih sayang keluarga. Selain itu, kurang pendidikan agama. Bukan itu sahaja, kurang perhatian keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas juga merupakan punca bagi pembuangan bayi. Lebih-lebih lagi, tiada pendirian diri dan tidak berfikir kesan. Sementara itu, pengaruh gejala sosial dan teknologi. Akhir sekali, sumbang mahram yang berleluasa. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa cara untuk menangani masalah pembuangan bayi. Cara pertama ialah pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa, badan-badan NGO dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk menangani masalah pembuangan bayi. Seterusnya, menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran kepada semua masyarakat. Sementara itu, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Selanjutnya, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Akhir sekali, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa. Kesimpulannya, saya bersetuju tentang pembuangan bayi adalah satu isu yang perlu mengambil berat di negara kita. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah menyayangi semua kehidupan di negara kita supaya mereka hidup dengan aman dan damai.


CONTOH - CONTOH KERATAN AKHBAR KES PEMBUANGAN BAYI


Series 1 0 20 40 60 80 100 120 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 STATISTIK KES PEMBUANGAN BAYI TAHUN 2005-2015


KES PEMBUANGAN BAYI Kes pembuangan bayi di kawasan rumah adalah 266 kes, diikuti dalam tandas sebanyak 108 kes. Manakala, antara lokasi lain yang dikenalpasti ialah di lokasi pembuangan sampah (89 kes), loji/longkang/ kumbahan (63 kes), masjid/surau (62 kes), sungai/laut/tasik/tali air (57 kes), tepi kedai/bangunan/ pejabat (54 kes), tepi jalan (50 kes), hospital/klinik (32 kes), hentian bas/komuter/stesen minyak dan asrama/sekolah/kolej masing-masing 22 kes, parkir (15 kes), dan tanah perkuburan (12 kes).


KUCHING: Polis menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di Kampung Siol Kandis, Kuching pada Khamis. Pasangan yang berusia 16 tahun itu ditahan polis sekitar pukul 9 pagi di rumah masingmasing di Kampung Siol Kandis, Kuching. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit mengaku telah meninggalkan bayi berkenaan selepas dilahirkan sekitar pukul 2 pagi. Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang 2021/2022 ISU SEMASA Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelakidijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarangutusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran SungaiMelaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yanglebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia15 dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketikadilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala Pasangan kekasih berusia 16 tahun ditahan disyaki buang bayi dalam bakul motosikal Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi. di tepi jalan


KESIMPULAN Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang paling zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihi dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak dan nyawa anak-anak. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. Undang-undang perlu dikuatkuasakan dengan lebih serius bagi membendung permasalahan ini. Islam dan hak asasi kemanusiaan tidak dapat dipisahkan. Hak kemanusiaan kadangkala dianggap sebagai tanggapan moral yang didukung oleh masyarakat dan sebahagian besarnya dilaksanakan dengan undang-undang. Justeru, hak-hak yang digariskan oleh setiap perlembagaan sesebuah negara dan agama pelu diakui dan perlu ditegakkan secara adil, berhemah dan bijaksana. Dalam konteks pembuangan dan pengabaian bayi, Islam melarang sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk tersebut. Perbuatan tersebut juga dikecam dalam prinsip hak asasi kemanusiaan dan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di beberapa buah negara. Di Malaysia, kesalahan ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai ‘kes bunuh atau percubaan membunuh’ bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Bagaimanapun, masih belum terdapat hukuman berat yang dijatuhkan bagi kesalahan pembuangan bayi di bawah Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia. Maka, selaras perkembangan zaman dan situasi masyarakat Islam, sudah tiba masanya transformasi perundangan Syariah di Malaysia dilakukan dengan mengkaji semula dan mempertingkatkan kadar hukuman bagi pesalah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Dengan hukuman lebih tinggi, dapat menggerunkan masyarakat daripada melakukan perbuatan yang akhirnya menjerumuskan diri mereka kepada perbuatan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. PEMBUANGAN BAYI ARTIKEL


01 02 03 04 05 https://nasihatdarihati.wordpress.com/pembuanganbayi/#:~:text=Kesimpulannya%2C%20kes%20pembuangan%2 0bayi%20adalah,menerusi%20media%20cetak%20dan%20el ektronik. http://www.myhealth.gov.my/pembuangan-bayi/ https://karangan.net/masalah-pembuangan-bayi/ https://www.scribd.com/doc/39328770/Faktor-FaktorPembuangan-Bayi-Dan-Kesannya-Akibat-Tindakan-Tersebut https://www.studocu.com/my/document/institut-pendidikanguru-kampus-tuanku-bainun/pendidikan-awal-kanak-kanak/isupembuangan-bayi-semoga-bermanfaat/34214539 RUJUKAN PEMBUANGAN BAYI ARTIKEL INTERNET:


LAMPIRAN GAMBAR - GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG


LAMPIRAN GAMBAR - GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG


LAMPIRAN BERITA - BERITA BAYI YANG TELAH DIBUANG


SEKIAN TERIMA KASIH PEMBUANGAN BAYI ARTIKEL save a life


Click to View FlipBook Version