Skandal rasuah siemens
Ahli Kumpulan 1.NG SHEY RU (300210) 2.KOK XIAO WEI (299935) 3.YEONG MING EN (302439) 4.SEET ZHEN ERN (299727) 5.TAN CAI YUN (297991) 6.NISHKALLA A/P SELVA ILANGOWAN (299980) 7.TAMMIE TAN QIAN HAN (299660) 8.SOW LI WANG (297961) 9.NURUL AMIRA BINTI HAMIZAN (298623) 10.TAN HUI MIN(299638) Group Integrity League
ISI KANDUNGAN Latar Belakang Kes Skandal Siemens 1 Isu Utama Kes Skandal Siemens 2 Pengaruh Masyarakat 3 Akibat Rasuah Kepada Negara 4 Langkah-Langkah Mengatasi Kes Skandal Rasuah Siemens 5 Langkah-Langkah Mencegah Kes Skandal Rasuah Pada masa depan 6 Kesimpulan 7 Rujukan 8
Skandal rasuah Siemens Siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Jerman dan Amerika Syarikat mendapati Siemens bersalah. Pada tahun 2008, Siemens bersetuju untuk membayar denda sebanyak $1.6 bilion kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Jerman sebagai penyelesaian. Skandal rasuah Siemens merujuk kepada kesalahan rasuah besar-besaran yang melibatkan syarikat teknologi dan kejuruteraan Jerman, Siemens AG. Pada awal tahun 2000-an, Siemens dituduh menggunakan sogokan untuk mendapatkan kontrak di seluruh dunia. SIASATAN DAN HUKUMAN PERMULAAN SKANDAL MODUS OPERANDI LATAR BELAKANG APAKAH ITU SKANDAL RASUAH SIEMENS? Skandal ini mula terbongkar pada tahun 2006 ketika pihak berkuasa Jerman mula menyiasat dakwaan bahawa Siemens terlibat dalam kegiatan rasuah secara besar-besaran. Siemens didapati telah menggunakan akaun rahsia dan pembayaran haram untuk merasuah pegawai kerajaan dan pihak berkuasa di pelbagai negara bagi mendapatkan kontrak besar dalam industri tenaga, telekomunikasi, dan lainlain. KESAN JANGKA PANJANG Skandal memberi kesan reputasi Siemens dan menjadi peringatan tentang pentingnya ketelusan dan integriti dalam perniagaan global.
ISU UTAMA Siemens AG juga menggunakan pihak ketiga untuk memudahkan proses menyampaikan wang rasuah dan menghapuskan sebarang rekod transaksi dan pengangkutan wang tersebut. Siemens AG telah membayar 1185 kali bayaran asing kepada pihak ketiga yang berjumlah $391 juta untuk tujuan seperti penyelewengan. Siemens AG merupakan syarikat yang sangat terkenal atas keseriusan isu rasuah yang berlaku sama ada dalam syarikat ataupun pihak luar yang terlibat dengan Siemens AG. Siemens AG telah menjana keuntungan yang sangat besar melalui kes-kes rasuah ini. Siemens AG menggunakan syarikat khayalan, invois palsu, dan konsultan palsu untuk membayar rasuah melebihi $1.3 bilion iaitu 4283 kali bayaran kepada pelbagai kerajaan di seluruh dunia untuk membolehkan Siemens AG terus menjalankan perniagaan mereka di peringkat global. Walaupun tindakan ini memperoleh kontrak yang menguntungkan, tetapi telah melanggar undang-undang anti-rasuah dan standard etika. ISU RASUAH Antaranya, Siemens AG memberi rasuah untuk memperoleh perniagaan bagi mengambangkan rangkaian talian telefon di negara Bangladesh. Siemens AG juga memberi rasuah kepada kerjaan negara Iraq untuk membeli sten menjana kuasa mereka. Siasatan dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika melaporkan bahawa perbuatan rasuah dalam syarikat Siemens AG merupakan perbuatan yang sering berlaku dan telah dianggap sebagai salah satu budaya mereka. Setiap pekerja termasuklah jawatan tinggi turut terlibat dalam aktiviti rasuah. Perbuatan rasuah ini adalah digalakkan oleh pihak peringkat tertinggi Siemens AG iaitu di antara pengurus dan pengarah syarikat.
Masyarakat Pengaruh Reputasi Perusahaan dan Kepercayaan Masyarakat: merosakkan reputasi Siemens sebagai syarikat teknologi dan kejuruteraan yang dipercayai. menyebabkan kepercayaan masyarakat terhadap syarikat tersebut merosot. Impak Sosial dan Moral: memberikan kesan terhadap nilainilai sosial dan moral dalam masyarakat. Ia menyoroti isu-isu seperti integriti, keadilan, dan kejujuran dalam perniagaan dan kehidupan seharian. masyarakat akan menilai semula sikap mereka terhadap rasuah dan berusaha untuk membina budaya yang lebih etika dan bertanggungjawab. Kepercayaan Terhadap Institusi Awam: apabila skandal melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam dan pihak berkuasa, ia boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi-institusi awam. masyarakat akan kecewa dan hilang keyakinan terhadap kemampuan pemerintah untuk menegakkan keadilan dan melindungi kepentingan umum. Tekanan untuk Ketelusan: masyarakat semakin mengutamakan transparensi dalam pemerintahan dan perniagaan. hal ini mendorong kepada perniagaan yang lebih baik, audit yang lebih ketat, dan pelaporan yang lebih telus.
AKIBAT RASUAH KEPADA NEGARA Penurunan Kualiti Perkhidmatan Awam Menjejas imej negara Kemajuan media massa dalam mendapatkan maklumat mengenai segala isu yang berlaku dalam sesebuah negara mampu menjadi punca kejatuhan imej negara tersebut. Maka, kita hendaklah sentiasa memastikan tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi bahan berita kepada media internasional dalam melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia. Sekiranya kita terpalit dengan isu rasuah, negara akan kehilangan minat daripada pelabur-pelabur asing kerana mereka tidak percaya akan sistem pentadbiran kita. Dana yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur sering diseleweng, menyebabkan kualiti pembinaan yang rendah dan tidak memenuhi standard yang ditetapkan. Sebagai contoh, jalan raya yang dibina dengan bahanbahan berkualiti rendah cenderung cepat rosak dan memerlukan pembaikan yang kerap, membebankan ekonomi negara. Kesemua ini mengakibatkan penurunan kualiti hidup rakyat, memperburuk ketaksamaan sosial dan merencatkan pembangunan negara secara keseluruhan. Kemerosotan Ekonomi Ketidakstabilan Politik Ketidakpuasan rakyat terhadap rasuah boleh mencetuskan protes dan demonstrasi besar-besaran, mengganggu pentadbiran dan pembangunan negara. Dalam kes yang lebih ekstrem, ketidakpuasan ini boleh membawa kepada kudeta atau revolusi yang menggulingkan kerajaan. Ketidakstabilan politik bukan sahaja merosakkan reputasi negara di mata dunia, tetapi juga menyebabkan penderitaan kepada rakyat yang terpaksa hidup dalam keadaan ketidakpastian. Oleh itu, usaha membanteras rasuah adalah penting untuk memastikan kestabilan politik dan pembangunan negara yang berterusan. Rasuah sering meningkatkan kos menjalankan perniagaan kerana syarikat-syarikat terpaksa membayar rasuah untuk mendapatkan lesen, permit, atau kontrak, yang seterusnya membebankan perniagaan dengan kos tambahan yang tidak sepatutnya. Selain itu, pelabur asing dan tempatan mungkin enggan melabur di negara yang terkenal dengan rasuah kerana risiko kewangan yang tinggi dan ketidakpastian persekitaran perniagaan. Ini mengakibatkan penurunan pelaburan yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara. Tegasnya, menimbulkan ketidakseimbangan ekonomi yang merugikan masyarakat keseluruhan dan merencatkan usaha pembangunan negara.
Langkah ini me melakukan penyelidikan internal yang menyeluruh dan tanpa tekanan, untuk mengungkapkan semua fakta dan praktik rasuah yang terjadi di dalam perusahaan. Hal ini harus dilakukan dengan transparansi dan independensi, melibatkan pihak eksternal jika diperlukan untuk memastikan objektivitas. Penyelidikan Internal yang Mendalam Implementasi Sistem AntiKorupsi yang Ketat LANGKAH MENGATASI KES SKANDAL RASUAH SIEMENS Setelah mengidentifikasi masalah, langkah selanjutnya adalah melakukan perbaikan struktural dengan menerapkan sistem antikorupsi yang ketat. Ini termasuk menyusun kebijakan yang jelas dan jelas terkait dengan etika bisnis dan anti-korupsi, meningkatkan pengawasan dan pelaporan, serta menyediakan pelatihan kepada karyawan untuk memastikan kepatuhan yang lebih baik terhadap standar etika yang tinggi.
Kerjasama dengan pihak berkuasa seperti badan penguatkuasa undang-undang, agensi antirasuah, dan pengawal peraturan adalah penting. Mereka boleh memberi bantuan dalam mengumpul bukti, menyiasat kes, dan memastikan penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya. Penting untuk mempromosikan budaya korporat yang menekankan nilai-nilai etika dan integriti. Ini boleh dilakukan melalui latihan, sesi penyedaran, dan pengukuhan kepada pekerja mengenai pentingnya amalan perniagaan yang jujur dan bertanggungjawab. Penyampaian Mesej Etika dan Integriti Kerjasama dengan Pihak Berkuasa LANGKAH MENGATASI KES SKANDAL RASUAH SIEMENS
04. Give a Reward to Yourself 05. Set a Supportive Learning Environment LANGKAHLANGKAH MENCEGAH KES SKANDAL RASUAH PADA MASA DEPAN Pendidikan dan kesedaran awam Mengadakan kempen kesedaran untuk mendidik masyarakat mengenai kesan rasuah dan cara melaporkan. Menyediakan program pendidikan di sekolah dan institusi pengajian tinggi mengenai etika dan integriti. Penguatkuasaan Undang-undang yang Tegas Memastikan undang-undang antirasuah yang ketat dan menguatkuasakan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah. Menubuhkan badan penguatkuasa yang bebas dan berwibawa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PENGUKUHAN PROGRAM PEMATUHAN DALAMAN(INTERNAL COMPLIANCE PROGRAM) LANGKAH-LANGKAHMENCEGAHKES SKANDAL RASUAHSIEMENS PADAMASADEPAN Latihan Anti-Rasuah: Melaksanakan latihan anti-rasuah secara berkala untuk semua pekerja. Kod Etika: Menegakkan kod etika pekerja dengan ketat. Audit Dalaman: Meningkatkan audit dalaman untuk memastikan pematuhan kepada peraturan. Sistem Laporan Anonim: Menubuhkan sistem laporan pelanggaran yang anonim untuk melindungi pemberi maklumat. MENGUATKUASAKAN SISTEM PENGAWASAN DAN PENGENDALIAN INTERNAL Menyediakan mekanisme pengawasan yang kuat dan independen untuk memantau aktivitas bisnis dan memastikan kepatuhan terhadap kebijakan dan prosedur internal. Membentuk Komite Pengawasan: -Mengawasi dan meninjau aktivitas bisnis utama. -Memastikan keputusan sesuai kebijakan dan peraturan. Audit Internal: -Pastikan semua pihak patuh berdasarkan kebijakan. -memeriksa dokumen dan proses kerja. Audit Eksternal: -dilakukan oleh auditor luar. -memeriksa laporan keuntungan dan kebajikan untuk transparansi. Rujukan dari Laporan Tahunan Transparency International 2010: 1.Dorong G20 Bertindak Melawan Korupsi Keuangan: -integrasikan mekanisme anti-korupsi dalam regulasi keuangan global. 2. Anti-Korupsi di Kaukasus Selatan: -Perlu kebijakan anti-korupsi dan pengawasan lebih kuat. 3. Pengadaan Publik: -Promosikan Integrity Pacts, dipantau badan eksternal.
Kes skandal rasuah Siemens adalah satu contoh yang jelas bagaimana amalan tidak beretika dalam perniagaan boleh menyebabkan kesan yang besar. Walaupun Siemens adalah sebuah syarikat multinasional yang besar dengan reputasi yang kukuh, amalan rasuah yang melibatkan pemberian rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak telah mendedahkan kelemahan dalam tadbir urus korporat mereka. Kes ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya nilai integriti dan etika dalam perniagaan, serta akibat yang boleh timbul apabila nilai-nilai tersebut diabaikan. KESIMPULAN Integriti adalah asas kepada kepercayaan dan kredibiliti dalam mana-mana organisasi. Tanpa integriti, kepercayaan dari pelanggan, pelabur, dan masyarakat umum boleh terjejas, yang boleh membawa kepada kesan negatif yang besar. Langkah-langkah pencegahan seperti program pematuhan yang ketat, latihan berterusan untuk pekerja, dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas adalah penting dalam usaha menentang rasuah. Syarikat-syarikat perlu mengamalkan budaya kerja yang transparan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua aktiviti perniagaan dijalankan dengan etika yang tinggi. Rasuah bukan sahaja merugikan ekonomi, tetapi juga menghakis nilai-nilai moral masyarakat. Oleh itu, semua pihak termasuk individu, syarikat, dan kerajaan perlu bekerjasama untuk membanteras rasuah dan mengamalkan integriti. Kesedaran dan pendidikan mengenai akibat rasuah perlu diperluaskan untuk memastikan generasi yang akan datang akan berfikir dan bertindak secara rasional serta akan lebih bersedia apabila menghadapi masalah ini.
"REFLEKSI KUMPULAN" Apakah pendapat ahli kumpulan mengenai kes Siemens? 1. Kes Siemens menunjukkan bahawa walaupun Siemens merupakan sebuah syarikat yang besar dan berjaya, ia masih terdedah kepada amalan yang tidak beretika seperti rasuah. Kes ini menekankan betapa pentingnya untuk mempunyai sistem tadbir urus yang kuat dan budaya integriti yang kukuh dalam sesebuah organisasi. Ia juga menunjukkan bahawa kesalahan yang dilakukan di peringkat tinggi boleh memberi impak besar bukan sahaja kepada syarikat tetapi juga kepada kepercayaan masyarakat dan reputasi negara. 2. Apakah nilai etika dan moral yang ahli kumpulan telah pelajari dari kes tersebut? Integriti: Kejujuran dan ketelusan adalah asas kepada kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi. Tanpa integriti, kepercayaan dari pihak berkepentingan akan hilang. Tanggungjawab: Setiap individu dalam organisasi mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara beretika dan menghindari perbuatan yang boleh membawa nama buruk kepada organisasi tersebut. Ketelusan: Proses dan keputusan dalam organisasi perlu dibuat secara terbuka dan telus untuk mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan. 3. Apakah harapan ahli kumpulan bagi masa depan untuk rakan sebaya dan negara . Harapan untuk rakan sebaya ialah supaya mereka sentiasa mengamalkan nilai integriti dalam setiap aspek kehidupan, khususnya dalam persekitaran kerja. Mereka harus berani untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan melaporkan sebarang tingkah laku yang tidak beretika. Harapan untuk negara pula, kami berharap Malaysia akan terus memperkukuhkan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap rasuah. Usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya integriti perlu diteruskan agar budaya rasuah dapat dihapuskan dari akar umbi. Tuntasnya, semua pihak patut memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran yang bebas rasuah dan beretika, yang mana ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat dan juga negara.
1.Hairom, N. (2021, January 22). Rasuah: Tiga impak ketara ekonomi negara. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/120469/berita/nasion al/rasuah-tiga-impak-ketara-ekonomi-negara 2. Haber, R. (2018, November 30). Krisis Siemens dan Alstom dalam perolehan set YHT. RayHaber | RaillyNews. https://ms.rayhaber.com/2014/10/krisis-siemens-dan-alstom/ 3. Quddus, Q. (2023, September 12). Rasuah jejaskan kepercayaan rakyat. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/278497/khas/rasuahbusters/rasuah-jejaskan-kepercayaan-rakyat 4.Siemens AG. (2009). Annual Report 2009. Siemens AG. Diambil dari chromeextension://mhnlakgilnojmhinhkckjpncpbhabphi/pages/pdf/we b/viewer.html? File=https%3A%2F%2Fassets.new.siemens.com%2Fsiemens%2Fa ssets%2Fapi%2Fuuid%3A8dd2be68-01fa-47fa-adfd815a2a492545%2Fsiemens-annual-report-2009.pdf 5.Transparency International. (2010). Annual Report 2010. Transparency International.Diambil dari chromeextension://mhnlakgilnojmhinhkckjpncpbhabphi/pages/pdf/we b/viewer.html? file=https%3A%2F%2Fimages.transparencycdn.org%2Fimages%2 F2010_AnnualReport_EN.pdf Rujukan