Buku Cerita Kanak-Kanak Karya Masnini Yani Shukri
Putih merupakan seekor kucing berbulu warna putih susu yang tinggal di sebuah rumah. Setiap hari Putih selalu bermain di halaman rumah bersama tuannya. Ikan menjadi lauk kegemaran si Putih. 1
Suatu hari, tuan Putih keluar ke kota untuk bekerja. Dia tinggal keseorangan tanpa teman. Tiba-tiba, Putih terdengar suara aneh yang berada di dalam rumah. 2
krak! “Dari mana bunyi ini datang? Tuan aku sudah balik?” soal Putih kehairanan. Putih meninjau dari tilam tidurnya dan ternampak seorang perompak. Dia menjadi ketakutan kerana ketiadaan tuannya. 3
Bunyi tapak kaki si perompak menghampiri Si Putih. Selang tidak lama kemudian, dia disergah oleh perompak tersebut. Putih melompat keluar dari tempat tidurnya dan berlari. krak! krak! 4
Dia berlari tanpa arah tujuan kerana takut akan perompak itu tadi. Setelah jauh berlari meninggalkan rumah, akhirnya Putih tersesat di sebuah pinggiran hutan. 5
“Ah, aku sudah sesat. Aku tidak tahu jalan balik.” Keluh si Putih. Akhirnya timbul idea menyebabkan si Putih membuat satu keputusan. “Macam seronok kalau aku mengembara, boleh dapat kawan baharu.” Kata si Putih. 6
Dia mula masuk ke dalam hutan tersebut dan tidak menghiraukan keadaan. Semakin ke dalam dia semakin gelisah, keadaan sudah semakin gelap. Putih tidak tahu jalan untuk berpatah balik. Dia meneruskan pengembaraannya walaupun diselubungi rasa takut. 7
Tiba-tiba, seekor haiwan jatuh dari atas pokok terkena kepala si Putih. “Aduh! Apa ini?!” ujar si Putih. Rupanya seekor tupai yang terjatuh dari atas pokok menghempap kepala Putih. “Maafkan aku, aku tergelicir dari atas pokok kerana gelap.” “Oh tupai rupanya.”Jawab Putih 8
“Kau buat apa di sini?” soal si tupai. “Aku tersesat, aku hendak mengembara tetapi keadaan semakin gelap.” “Kalau kau sudi, ikutlah aku. Tapi aku tiada makanan, jangan pula kau makan aku.” ujar si tupai 9
Tupai membawa Putih ke tempat tinggalnya. “Bagaimana kau boleh berada di sini?” “Aku hendak mengembara kerana ingin berjumpa dengan kawan baharu. Tapi aku tersesat.” ”Kau bukan penghuni hutan ini, begitu bukan?” “Ya, aku kucing yang tinggal bersama tuanku. Tapi disebabkan satu kejadian aku tersesat di sini.” Jawab si Putih 10
“Kau ingin mengembara?” “Aku tak tahu arahnya. ” “Aku boleh bantu, aku juga ingin berjalan-jalan di dalam hutan ini. ” “Wah, aku pasti beberapa hari ini akan menyeronokkan. ” 11
Keesokan harinya, mereka berdua pun memulakan perjalanan pengembaraan mereka. Si Tupai dan Si Putih masuk ke dalam satu jalan kecil yang penuh semak. Banyak haiwan-haiwan yang mereka temui. “Kau tak makan tikus, di sini ada banyak tikus.” “Tidak, aku hanya makan makanan khas.” 12
Tiba-tiba mereka ditegur oleh seekor ular. “Wah, ada makanan!” Dia cuba mematuk Putih namun tidak berjaya. “Kita kena lari cepat, Putih!” Ular itu mengejar mereka sehingga ke pertengahan hutan. “Ular itu sudah tiada, aku penat. Aku kelaparan.” 13
bang! bang! bang! Di tengah hutan, mereka terdengar bunyi tembakan. “Bunyi apa itu, Tupai?” “Itu senapang, ada pemburu di hutan ini.” “Pemburu? Bolehkah kita teruskan perjalanan?” “Boleh tapi kita kena berhati-hati”. 14
Di saat mereka berdua hendak menyeberang sebatang sungai, suara senapang semakin dekat. Kelihatan pemburu hendak menyasarkan Si Putih namun dia terkejut. “Kau buat apa di sini Putih?” soal pemburu tersebut. Ternyata pemburu itu merupakan tuan Si Putih. Dia terjumpa rantai leher kucingnya itu semasa masuk ke dalam hutan. 15
Tuannya menggaru kepala SI Putih untuk menenangkannya dan ingin membawa Putih dan Tupai pulang bersama-sama. 16
Dia membawa keluar Si Putih bersama tupai dari hutan tersebut dan mendapat tahu bahawa rumahnya dicerobohi perompak. Kini, Si Putih tinggal bersama-sama Si Tupai dan bermain bersama-sama di rumahnya. 17
TAMAT 18
Masa kanak-kanak membesar adalah masa atau umur emas (golden age). Proses perkembangan kanak-kanak sepatutnya dilengkapi dengan banyak pengalaman dan pengetahuan yang baharu tentang kehidupan seharian. Justeru, penghasilan cerpen kanak-kanak ini dapat membantu perkembangan minda kanakkanak terutama dari segi pemikiran dan imaginasi mereka. Buku ini mengandungi unsur dan nilai positif yang boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak. Buku Cerita Kanak-Kanak