The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REKA BENTUK AKUAPONIK (SISTEM RAFT) contoh folio SMART

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-32175845, 2021-07-12 22:55:35

REKA BENTUK AKUAPONIK (SISTEM RAFT) contoh folio SMART

REKA BENTUK AKUAPONIK (SISTEM RAFT) contoh folio SMART

LAMPIRAN DOKUMEN LAPORAN REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK LAMPIRAN 4

MODUL PDPR RBT TING. 2 2021

Tarikh : 12/7/2021(Isnin) hingga 30/7/2021(Jumaat)

Arahan : Lengkapkan folio ANYFLIP LINK : https://anyflip.com/dyhvt/ndnu/

di bawah ini berpandukan sumber rujukan BAHAN RUJUKAN FOLIO dari buku kerja m/s 64 – 72

Tarikh Akhir Tugasan : 30/7/2021 (Jumaat)

LAPORAN REKA BENTUK
SISTEM AKUAPONIK

MODEL SISTEM AKUAPONIK
SISTEM RAFT (RAKIT)
TAHUN 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL
RAHMAN TALIB , 36000 TELUK INTAN, PERAK

KELAS : 2 BESTARI / 2 CERDAS / 2 DEDIKASI

Kumpulan : Tarikh :
Ahli kumpulan : No. Kad Pengenalan :

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru saya, Encik /
Puan Pn. Chian Chai Hling / Pn. Vanitha A/P Muniandy /
Pn. Yong Zuraidah Binti Jamaluddin atas segala tunjuk ajar
dan bantuan dalam pelaksanakan Projek Reka Bentuk
Akuaponik ini.Tidak lupa kepada kedua-dua ibu bapa saya,
rakan-rakan serta semua pihak yang sudi membantu saya
secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama dan
sokongan sepanjang menjalankan projek ini.

TP 1 – Menyatakan maksud reka bentuk sistem akuaponik

ABSTRAK

Model Sistem Akuponik Sistem Raft (rakit), ini direka untuk
membantu pengguna yang ingin menanam tanaman dan
menternak ikan dalam satu masa. Akuaponik merupakan
teknologi pertanian yang menggabungkan akuakultur
(aktiviti ternakan ikan) dengan aktiviti hidroponik (menanam
tanaman tanpa media tanah) dalam satu pusingan air
(Circulation). Model Sistem Raft (rakit) ini dilaksanakan
dengan menggunakan akuaponik secara takungan , iaitu di
mana menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama
untuk ikan dan tanaman. Ikan dipelihara di dalam bekas
dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar
yang terendam. Dalam laporan ini saya akan melaporkan
maklumat berkaitan tentang sistem akuaponik iaitu
lakaran, model akuaponik yang dibuat, pengiraan kos
projek, pengujian dan penilaian serta penambahbaikan.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN L-1

2.0 PERNYATAAN MASALAH L-1

3.0 OBJEKTIF L-1

4.0 LAPORAN INDUK

4.1 JADUAL KERJA L-2

4.2 LAKARAN REKA BENTUK (LAKARAN

MODEL AKUAPONIK) L-2

4.3 BORANG ANALISIS ELEMEN DAN PRINSIP

REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK L-3

4.4 MODEL REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK L-4

4.5 KOS PENGELUARAN PROJEK L-5

4.6 SENARAI SEMAK PENILAIAN MODEL REKA

BENTUK SISTEM AKUAPONIK L-6

4.7 KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL L-6

5.0 PENUTUP

5.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN L-6

6.0 BIBLIOGRAFI L-7

7.0 LAMPIRAN L-7

TP 2 – Menerangkan kelebihan sistem akuaponik

1.0 PENGENALAN

Model reka bentuk sistem akuaponik yang dibina
adalah Sistem Raft (rakit) . Model reka bentuk ini dipilih
adalah kerana ia merupakan sistem yang mudah dibuat di
mana sistem tanaman yang diletakkan terus ke atas
permukaan air sehingga akar tanaman terendam di dalam
air. Model ini tidak menggunakan media penanaman dan
tanaman diletakkan terus di atas permukaan air dengan
menggunakan stereofoam, span atau bahan yang sesuai
dengannya. Kelebihan sistem ini ialah akar tumbuhan
boleh menyerap nutrien organik di dalam air secara
langsung. Ini menjadikan tumbuhan tumbuh lebih cepat
berbanding dengan sistem lain

1.1 PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF

(Gunakan ruangan kosong di bawah 3.0 Objektif )

Prinsip Inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan
masalah inventif yang dihadapi pelanggan apabila
pelanggan hendak memilih tangki ikan yang direka bentuk
untuk memelihara ikan dan juga ingin menanam tanaman
tanpa menggunakan media penanaman pada waktu yang
sama. Berdasarkan model fungsi, masalah penternakan
ikan dan penanaman tanaman secara hidroponik telah
dikenalpasti iaitu perlu ada penggunaan ruang yang luas
dan tidak boleh dilakukan secara serentak pada tempat
atau ruang yg sama.

memegang memegang

TANGKI IKAN IKAN memegang

MUKA MEJA

RUANG

LANTAI memegang

SET BEKAS TANAMAN
TANAMAN
HIDROPONIK

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kaedah penanaman yang digunakan adalah kaedah
penanaman secara kaedah hidroponik di mana tidak
menggunakan media penanaman manakala kaedah
penternakan ikan pula menternak ikan di dalam akuarium.
Kedua-dua kaedah ini memerlukan ruang tersendiri supaya
pengguna boleh melakukan aktiviti penternakan dan
penanaman namun masalah yg dihadapi oleh pengguna
ialah penanaman adalah kurang subur dan agar sukar
dilaksanakan di ruang yang sempit. Cara penternakan ikan
dan penanaman tanaman secara hidroponik melibatkan
penggunaan ruang yang banyak.

3.0 OBJEKTIF

a) Untuk mengubahsuai dari sistem reka bentuk
penanaman secara hidroponik dan penternakkan ikan
secara berasingan kepada sistem tanaman ‘Sistem
Raft’ bagi mengurangkan masalah penggunaan ruang
yang banyak.

b) Untuk menanam minat terhadap aktiviti dan menternak
di rumah selain memperoleh keuntungan sampingan.

4.0 Laporan Induk
4.1 Jadual Kerja

Aktiviti Minggu
Mendapatkan maklumat
1 2 3 4 56


Melakar reka bentuk 

Menganalisis lakaran 

Menghasilkan produk 

Menilai model 

Membuat cadangan penambahbaikan reka bentuk 

Mendokumentasikan semua bahan dan 

melengkapkan laporan

(sama anda boleh tandakan ‘√’ , lorekan atau warnakan petak di bahagian minggu )

4.2 Lakaran Reka Bentuk Sistem Akuaponik
(Lakaran model akuaponik)

TP 3 – Melakar dan membina model reka bentuk sistem akuaponik

(PELAJAR LUKIS LAKARAN MODEL AKUAPONIK , BERLABEL BAHAN , NAMA SISTEM SERTA
BINA MODEL DAN ADA GAMBAR MODEL TANPA MAKLUMAT ELEMEN DAN PRINSIP - TP3)

TP 5- Memberi justifikasi model reka bentuk akuaponik berdasarkan
elemen dan prinsip reka bentuk

(PELAJAR LUKIS LAKARAN MODEL AKUAPONIK , BERLABEL BAHAN , NAMA SISTEM, ADA
PENERANGAN MAKLUMAT ELEMEN DAN PRINSIP PADA LAKARAN , 4.3 BORANG ANALISIS
ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK ADA DILENGKAPKAN SERTA
MEMBINA MODEL DAN ADA GAMBAR MODEL SEBAGAI BUKTI - TP5)

4.3 Borang Analisis Elemen Dan Prinsip Reka

Bentuk Sistem Akuaponik

Arahan: Tandakan (√) dan buat analisis pada elemen reka bentuk yang
digunakan dalam lakaran yang dihasilkan.

Bil. Elemen Reka Tanda () Huraian

Bentuk Digunakan Tidak

1. Garisan  Lakaran rajah mempunyai sambungan siri

titik yang berbentuk garisan halus , tebal

dan melengkung yang mencantumkan

antara bahagian bekas tanaman dan

bekas memelihara ikan.

2. Rupa  Lakaran bentuk akuarium adalah rupa

geometri dan lakaran pada tanaman atau

3. Bentuk  ikan adalah rupa organik.
Lakaran berbentuk abstrak / ilusi dan

bersifat tiga dimensi. Hasil model gajet

4. Tekstur  adalah berbentuk konkrit.
Lakaran yang menggunakan garisan tebal

dan hitam menggambarkan gambaran

keras dan kasar. Tekstur licin pada

permukaan cawan plastik dan bekas

5. Saiz  meletakkan ikan yang lutsinar.
Lakaran saiz tangki ikan dan keseluruhan

gajet adalah diterangkan pada lakaran

iaitu 260 mm x 150 mm x 170 mm.( sila

berpandukan ukuran ikut pada 4.2

6. Warna  lakaran )
Lakaran menggunakan teknik rendering

7. Ruang  dan berwarna-warni.
Kedudukan tanaman mempunyai jarak di

antara tanaman supaya tidak terlalu

sempit. Ada ruang untuk penternakan

8. Nilai  ikan pada akuarium yang sederhana luas.
Lakaran mempunyai tona warna yang

pelbagai dan menarik.

Arahan: Tandakan (√) dan buat analisis pada prinsip reka bentuk yang
digunakan dalam lakaran yang dihasilkan.

Bil. Prinsip Reka Tanda () Huraian
Bentuk Digunakan Tidak
Keseluruhan bentuk model secara
1. Keseimbangan  keseluruhan iaitu seimbang, tapak
produk dapat berdiri dengan seimbang
2. Pengulangan  tanpa jatuh.
3. Kontras  Lakaran tumbuhan dalam bekas
tanaman yang dilukis berulang-ulang.
4. Kepelbagaian  Warna lakaran pada tangki ikan yang
5. Kesatuan  jernih tidak sama dengan warna bekas
tanaman dapat menunjukkan perbezaan
6. Keringkasan  .
Tiada kepelbagaian yang diaplikasikan.
7. Harmoni  Gabungan pelbagai jenis bahan
8. Pergerakan  terbuang, cara susunan dan fungsi dalam
9. Penekanan  reka bentuk model / Kesatuan antara
10. Pembahagian penutup bekas dan bekas untuk meletak
 tanaman dan kapas.
Idea yang dilukis dalam 3D, ringkas dan
mudah difahami. Model yang ringkas
serta mudah dibina kerana produk tidak
ditambah apa-apa penambahbaikan.
Rekaan yang ringkas dan tidak terlalu
rumit dapat memberikan keamanan dan
kedamaian.
Pergerakan diaplikasikan pada lakaran
dengan adanya pergerakkan aliran air
dan ikan yang mengalir dan beralun .
Penggunaan kepada bahan terbuang
dalam lakaran dan pembinaan model.
Tiada pembahagian yang diaplikasikan

4.4 Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik

4.5 Kos Pengeluaran Projek

(a) Kos bahan ( komponen / bahan)

Bil. Komponen/Bahan Ukuran Kuantiti Harga Harga (RM)
seunit 690.00
1. Bekas plastik 120 mm x 120 mm x 100 unit (RM)
(ikan) 70 mm
100 unit 6.90
2. Cawan plastik 60 mm x 60 mm x 50
(tanaman) mm 100 unit 2.00 200.00
100 unit
3. Span 30 mm 100 unit 0.50 50.00
4. Pam air 5 paket 30.00 300.00
5. Batu udara - JUMLAH
6. Batu hiasan - 6.00 60.00
- 6.00 30.00
(b) Kos upah RM 1330.00

Bilangan pekerja : 2 orang

Kadar upah : RM 5.00 per jam

Tempoh masa : 3 jam 10 3hari

Pengiraan kos upah: = Bilangan pekerja x kadar upah x tempoh masa x bilangan hari

: = 2 orang x RM5.00 x 3 jam x 10 hari = RM 300.00

(c) Kos Overhead

Elektrik = RM 6.00
Air = RM 4.00
Jumlah = RM 10.00

(d) Kos pengeluaran projek

= kos bahan + kos upah + kos overhed
= RM 1330.00 + RM 300.00 + RM 10.00 = RM 1640.00

(e) Kos seunit (tambahan )

= RM 1640
100 unit = RM 16.40 seunit

4.6 Senarai Semak Penilaian Model Reka Bentuk

Sistem Akuaponik

Arahan : Tandakan (  ) pada kriteria-kriteria

yang memenuhi spesifikasi penilaian yang dibuat.

Bil. KRITERIA 1 2345

1. Kecenderungan inovasi,kreativiti 
dan keaslian reka bentuk. 

2. Kandungan unsur simbolik, emosi, 
estetika dan penampilan. 

3. Kecenderungan fungsi dan
praktikal.

4. Kekuatan kualiti dan
kebolehpasaran.

5. Ergonomik

1- Sangat lemah
2- Lemah
3- Sederhana
4- Baik
5- Sangat baik

TP 4- Menganalisis model reka bentuk Sistem Akuaponik selepas
pengujian dibuat (selepas buat model akuaponik dan buat ujian
kekuatan dan kefungsian)

4.7 Kekuatan dan kelemahan Model

1. Kekuatan : a) Bahan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula ,
selamat dan mudah didapati.

b) Tangki ikan yang lebih tahan lasak kerana diperbuat
daripada plastik yang tebal.

c) Model ini ringkas, kos pembuatan yang murah dan mudah
dibina.

d) Tanaman dapat tumbuh dengan subur kerana akar
tanaman dapat menyerap nutrien organik di dalam air
secara terus.

2. Kelemahan: a) Perlu ada kecenderungan inovasi iaitu hanya
menggunakan bekas silinder yang tidak menunjukkan apa-
apa kreativiti.

b) Saiz ruang tempat bekas memelihara ikan dan bekas
tanaman yang kurang luas

c) Terdedah kepada serangan bakteria pada akar tanaman
kerana akar sentiasa terendam di dalam air menyebabkan
akar mudah mereput dan air berbau busuk.

(**Kelemahan perlu dinyatakan pada cadangan penambahbaikan)

5.0 PENUTUP

Penghasilan model Sistem Akuaponik dapat menggabungkan dua aktiviti dalam
masa yang sama iaitu, menanam dan menternak ikan yang saling berkait.Reka
bentuk ini menggunakan elemen dan prinsip reka bentuk agar produk dihasilkan
memenuhi keperluan sistem akuaponik.

5.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan Penambahbaikan Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik

Kelemahan Cadangan Penambahbaikan

1. Tiada penggunaan warna pada Hiasan seperti batu warna-warni.

produk.

2. Hanya menggunakan bekas silinder Menggunakan bekas berbentuk yang

yang tidak menunjukkan apa-apa menarik.

kreativiti. Tiada kepelbagaian pada
produk.

3. Saiz bekas tanaman yang kurang Menambah lebih banyak bekas
luas untuk tanaman. supaya dapat menanam lebih bayak
tumbuhan.
4. Saiz ruang tempat bekas Menggunakan bekas meletakkan ikan
memelihara ikan kecil. yang lebih luas supaya ikan dapat
berenang dengan aman.
5. Akar tanaman kerana mudah Menukar cara sistem ‘Raft’ kepada
mereput dan air berbau busuk. kaedah bentuk lain seperti Sistem
‘Ebb & Flow’ yang mengurangkan
masalah akar berbau atau reput
kerana Sistem ‘Ebb & Flow’
mempunyai sistem penapis

6.0 BIBLIOGRAFI

1. Mohd Zukhairi bin Abdul Rahman,Mohd Ismail bin Abdul Rahim,Noorazzima binti Mohamad
Nor,Sarifah binti Ab Rahman. (2017). Buku Teks Reka Bentuk Dan Teknologi Tingkatan 2.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

2. (2014, November 19). Retrieved from Wordpress.com: https://belajaraquaponik.wordpress.com/galeri-2/

7.0 LAMPIRAN

SENARAI BAHAN (UNTUK SEUNIT)

Bil. Komponen/Bahan Kuantiti

1. Bekas plastik 1 unit

(ikan) (120 mm x 120 mm x 70 mm)

2. Cawan plastik (tanaman) 1 unit

(60 mm x 60 mm x 50 mm)

3. Span (30 mm) 1 unit

4. Pam air 1 unit

5. Batu udara 1 unit

6. Batu hiasan 1/3 paket

Tp6- Membina model reka bentuk baharu sIstem model akuaponik (Pelajar
perlu buat akuaponik menggunakan bahan sebenar bahan kitar semula
dan kena bawa ke sekolah / videokan. Penggunaan ikan itu boleh ikan
mainan tetapi diingatkan ikan dibuat daripada jenis kertas x sesuai)


Click to View FlipBook Version