The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-32175845, 2022-04-08 12:10:20

PBL RBT TING 3 PEMBANGUNAN PRODUK

PBL RBT TING 3 PEMBANGUNAN PRODUK

PROJECT BASED LEARNING(PBL)
RBT TINGKATAN 3

BAB 2.0 PEMBANGUNAN PRODUK

DISEDIAKAN OLEH:
PN. CHIAN CHAI HLING

AEA 5078- SMK ABDUL RAHMAN TALIB,
TELUK INTAN PERAK





B. KANDUNGAN KURIKULUM

Mata pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi

Tema : Pembangunan Produk

Tajuk : Penghasilan Produk.

Masalah / Isu :

Beg yang ada dipasaran hanya boleh menyimpan barang keperluan

tetapi pengguna menghadapi kesukaran mencari barang keperluan di dalam

beg sewaktu gelap. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membantu

menyelesaikan masalah penggunaan beg? Cuba anda hasilkan satu

penghasilan produk yang menggabungkan dua aplikasi teknologi.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

2.1 Penghasilan Produk 2.1.7 Menghasilkan produk berfungsi

atau berfungsi sebahagian

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Instrumen yang digunakan : Penulisan Laporan Dokumentasi
Penghasilan Produk, Gambar ,Bahan projek, Peralatan untuk
menghasilkan produk, Video Pembentangan Penghasilan
Produk

TAHAP PENGUASAAN YANG BOLEH DICAPAI OLEH MURID

STANDARD PRESTASI

TAHAP PERNYATAAN
PENGUASAAN
Menghasilkan produk yang mencapai objektif dan membuat
6 dokumentasi secara sistematik.

KEMAHIRAN :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Kemahiran menulis.
2. Kemahiran melakar 3D reka bentuk penghasilan produk .
3. Kemahiran menghasilkan satu produk berfungsi sepenuhnya atau berfungsi

sebahagian.
4. Kemahiran menyediakan satu pendokumentasian penghasilan produk.

OBJEKTIF PROJEK :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Murid dapat menghasilkan sekurang-kurang tiga lakaran idea dan satu

lakaran terbaik penghasilan produk dengan menggunakan kaedah yang betul.
2. Murid dapat menghasilkan satu penghasilan produk dengan menggunakan

sekurang-kurangnya dua aplikasi teknologi dan pendokumentasian
penghasilan produk mengikut format pendokumentasian dengan lengkap dan
betul.

C. BAHAN YANG DIPERLUKAN (dalam persekitaran murid ) :

1. Kertas A4.
2. Contoh lakaran dan lakaran terbaik projek.
3. Rujukan Video Youtube Pembangunan Produk:

https://www.youtube.com/watch?v=Xxg7eGqEH50
4. Rujukan Video Youtube Proses Melakar Pembangunan Produk:

https://www.youtube.com/watch?v=NOEeOHgtCuo
5. Rujukan Video Youtube Contoh Penghasilan Produk Beg: https://youtu.be/LSyPb3O2t_Y
6. Rujukan Format Pendokumentasian Penghasilan Produk dan Contoh Pendokumentasian:

https://anyflip.com/dyhvt/genu/ dan https://anyflip.com/dyhvt/zaxn/
7. Rujukan Format Persembahan Penghasilan Produk : https://youtu.be/YGmKWxy3ACU
8. Rujukan dari gambar-gambar yang berkaitan dan buku teks
9. Komputer riba
10. Bahan kitar semula (kain atau baju terpakai, tali)
11. Gam / Hot glue
12. Alatan tangan seperti mesin jahit, jarum dan hot glue gun

D. Cara pelaksanaan :
Aktiviti : Membina produk penghasilan produk.

Arahan :

• Murid diminta menonton rujukan video Pembangunan Produk dan video Proses
Melakar Pembangunan Produk serta merujuk contoh lakaran 3D.

• Murid diminta melakar reka bentuk produk berfungsi sepenuhnya atau berfungsi
sebahagian dalam bentuk lakaran 3D bermaklumat

• Murid diminta menonton contoh rujukan video penghasilan produk beg . Murid diminta
menghasilkan satu produk berfungsi sepenuhnya atau berfungsi sebahagian dan
membentangkan kepada guru

• Murid diminta merujuk Format Pendokumentasian Penghasilan Produk dan Contoh
Pendokumentasian. Murid diminta menulis laporan pendokumentasian.

• Murid diberikan tempoh masa 22 minggu untuk menjalankan tugasan

• Murid diminta menyediakan pendokumentasi lengkap bergambar pelaksanaan
program

D. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

FASA PENERANGAN
Pengetahuan sedia
ada murid • Murid mempunyai pengetahuan asas iaitu sembilan aplikasi teknologi yang dipelajari dari Tingkatan Satu
Penerangan projek
hingga Tingkatan Tiga dan mengaplikasikan sekurang-kurangnya dua teknologi dalam proses penghasilan
Pelaksanaan projek
(22 minggu) produk .

Bimbingan Guru • Projek dijalankan secara individu atau berkumpulan.
• Pengenalan tentang sembilan asas aplikasi teknologi dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.
• Pengenalan teknik melukis lakaran penghasilan produk dan kriteria yang perlu ada seperti elemen dan prinsip

dalam mereka bentuk projek penghasilan produk.

• Mencari maklumat tentang sembilan aplikasi teknologi dan memilih dua aplikasi teknologi yang akan digunakan

dalam penghasilan produk.

• Melakarkan tiga lakaran idea dan satu lakaran terbaik penghasilan produk .
• Membina satu produk berfungsi penuh atau berfungsi separuh.
• Mencatatkan dan menulis pelaksanaan projek mengikut format pendokumentasian projek dengan lengkap.
• Membuat laporan pembentangan penghasilan produk.
• Guru membimbing murid dari semasa ke semasa bermula daripada bimbingan melakar penghasilan produk,

bimbingan untuk pelaksanaan dan penambahbaikan penghasilan produk serta bimbingan untuk murid membuat

laporan dan pembentangan.

Pelaporan dan • Menghasilkan satu projek penghasilan produk dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua aplikasi teknologi.
pembentangan • Menghasilkan laporan pendokumentasian penghasilan produk yang telah dihasilkan.
• Membuat pembentangan penghasilan produk yang dibuat menggunakan video.
Pentaksiran dan
Penilaian • Guru akan memberi maklum balas kepada murid mengenai lakaran dan rakaman video hasil dan

pendokumentasian yang dihasilkan oleh murid.

Carta Gantt Pelaksanaan Projek Penghasilan Produk

Bil. Aktiviti Minggu

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

1. Pengenalan 9 aplikasi teknologi. Perbincangan
pemilihan 2 aplikasi teknologi dalam
pembangunan produk

2. Perbincangan cara menghasilkan
pembangunan produk

3. Mencari maklumat lengkap berkaitan aplikasi
teknologi, komponen dan contoh penghasilan
produk

4. Membuat lakaran penghasilan produk
(Bimbingan lakaran idea dan lakaran terbaik
oleh guru)

5. Mendapatkan bahan untuk penghasilan produk

6. Menanda, mengukur , memotong bahan

7. Memasang dan membina penghasilan produk
(Bimbingan membina projek pembangunan
produk oleh guru)

8. Menguji dan membuat penambahbaikan
(Bimbingan penambahbaikan projek
pembangunan produk oleh guru)

9. Kemasan

10. Kerja siap dan penghasilan pendokumentasian
laporan penghasilan produk (Bimbingan
penghasilan pendokumentasian oleh guru)

11. Pembentangan / perbincangan hasil
pendokumentasian.

Hasil Lakaran Idea Penghasilan Produk Pelajar

Hasil Lakaran Terpilih Penghasilan Produk Pelajar

Hasil Akhir Penghasilan Produk Pelajar

Hasil Pendokumentasian Penghasilan Produk Pelajar



Hasilan Video Projek PBL dalam STEM ONLINE
CHALLENGE

Keputusan Pertandingan Eco ToteBag, Hasilan Video
Projek PBL dalam STEM ONLINE CHALLENGE

Refleksi Murid

 Murid Pertama : Nurul Syaqqila Aisyah Binti Abdullah , 3 Dedikasi
“ Saya boleh mengenal pasti dua aplikasi teknologi dan memahami fungsi aplikasi dalam menghasilkan

produk berfungsi dalam satu gajet dengan lebih baik”

 Murid Kedua : Qaseh Umaira Binti Shamsul Amir , 3 Dedikasi
“ Saya berasa seronok kerana dapat menghasilkan pembangunan produk ‘EcoTOTE BEG’ dan memahami

bagaimana penghasilan produk itu dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah pengguna tote beg”

 Murid Ketiga : Muhammad Syukri Bin Imam Basori , 3 Bestari
“ Saya mempelajari ilmu baru semasa pembinaan produk berfungsi dan mengenal pasti fungsi komponen

mekanikal dan kekuatan serta kelemahan komponen tersebut”

 Murid Keempat : Wan Nur Kaseh Binti Wan Azran, 3 Bestari
“ Saya suka melihat hasil lakaran kawan-kawan saya dengan reka bentuk pelbagai bentuk beg yang menarik dan
memahami komponen penghasilan produk yang digunakannya dan mengetahui bagaimana komponen itu
berfungsi”

 Murid Kelima: Nurain Dania Binti Abdul Razak, 3 Dedikasi
“Banyak pekara yand saya dapat belajar dari pembinaan penghasilan produk berfungsi iaitu nama komponen,
fungsi komponen, teknologi yang digunakan dan cara penambahbaikan projek saya dengan lebih baik lagi”

Kesimpulan Guru

 Terima kasih dan bersyukur kerana dapat menjalankan projek PBL
iaitu ‘Pembangunan Produk dalam Penghasilan Produk’ dengan lancar
dan berjaya. Dengan adanya projek ini dapat menarik minat pelajar
untuk memahami terhadap satu topik pembelajaran tajuk Tingkatan
3 dengan lebih mendalam. Pelajar bukan saja kreatif menjana idea
dalam pembinaan penghasilan produk berdasarkan situasi semasa
malah dapat memahami aplikasi teknologi yang digunakan untuk
menghasilkan produk berfungsi. Pelajar dapat membina keyakinan
diri dan berkomunikasi dengan guru dan rakan sekelas semasa
pembentangan dijalankan dengan baik .

 Projek PBL iaitu ‘Pembangunan Produk dalam Penghasilan Produk’
juga telah diaplikasikan dalam Pertandingan Tote Beg dalam STEM
ONLINE CHALLENGE yang diadakan pada tahun Jun 2021 dan SMK
ABDUL RAHMAN TALIB telah berjaya mendapat tempat ke-5. Terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung.


Click to View FlipBook Version