IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA :MOHAMMAD AIDIL SYUKHRIE BIN MOHD
NORDIN
ANGKA GILIRAN :2021292310129
NO. TELEFON :0197941233
OPSYEN :BM5
AMBILAN :JUN 2021
KOD KURSUS :BMMB 1074
NAMA KURSUS :PPISMP
NAMA PENSYARAH :EN AHMAD AZMI BIN JEONMANI
JABATAN/UNIT :JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN :8/11/2021
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Catatan (jika ada): Tarikh: __8/11/2021___
Tandatangan pelajar: _______Aidil___________________
Bil Senarai Kandungan Muka Surat
1 1.0 Pengenalan
2
3 2.0 Isu Dan Cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat
4 Malaysia.
5 2.1 Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Pendidikan
6
7 2.1.1 Peratus Keperluan Guru Bahasa Melayu
8
9 2.2 Kegunaan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi
10
11 2.2.1 Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Majalah
12
13 3.0 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat
Antarabangsa
3.1 Bahasa Melayu Dalam Media Sosial
3.1.1 Perbualan Bahasa Melayu Dalam Media Sosial
3.2 Hubungan Diplomatik
3.2.1 Gambar Keadaan Menteri Alam Sekitar dan Air,
Datuk Seri Tuan Ibrahim Berucap Dalam Bahasa Melayu
Pada Persidangan Antarabangsa Di Scotland.
4.0 Rumusan
5.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
Menurut akhbar Utusan Malaysia pada 30 Oktober 2021, bahasa Melayu semakin
hilang di bumi Malaysia. Perkara ini berlaku kerana bahasa Melayu menghadapi cabaran yang
sangat sengit. Lebih-lebih lagi dalam abad ke-21 yang maju dengan teknologi dan
sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu semakin dipinggirkan kosa kata serta aspek
kebahasaannya. Menurut Shamsul Aizuwani Nawi, et.al (2020), bahasa Melayu merupakan
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia yang telah termaktub dalam
perlembagaan negara iaitu Perkara 152. Namun, perlembagaan tersebut terlalu terbuka
sehingga kedudukannya ditafsir secara berbeza (Haris, 1990). Akibatnya, kualiti bahasa
Melayu semakin terpinggir dan berkemungkinan bahasa Melayu boleh menjadi bahasa kelas
terbawah.
Bahasa melayu dahulunya merupakan bahasa lingua franca yang dituturkan secara
meluas oleh pedagang-pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Pada masa itu, bahasa
Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pertuturan dan perdagangan antarabangsa, malah
turut diangkat menjadi bahasa ilmu. Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu melaka,
ramai orang dari negara lain datang ke Tanah Melayu untuk menuntut bahasa Melayu.
Malangnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara antarabangsa sudah tidak
sepenting dahulu. Hanya segelintir negara luar seperti Brunei, Indonesia, Singapura, Selatan
Thailand dan beberapa kawasan di rantau asia sahaja yang menggunakan bahasa Melayu.
Malahan, rakyat di tanah air kita sendiri juga lebih mengagungkan bahasa Inggeris dan
memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Disebabkan keadaan-keadaan ini, isu dan
cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan antarabangsa telah wujud.
2.0 Isu Dan Cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat Malaysia.
2.1 Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Pendidikan
Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha
mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Menurut
Mohd Isha Awang (2008), masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan bahasa
Inggeris telah menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu semakin tercabar. Hal ini kerana
masyarakat di bandar hendak kelihatan bijak dan tidak seperti orang kampung. Isu tersebut
memberi cabaran kepada guru-guru bahasa Melayu kerana mereka perlu menambah lebih
tugasan dalam mendidik dan memartabatkan bahasa Melayu dalam diri pelajar. Contohnya,
guru-guru bahasa Melayu perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencipta pendekatan yang
boleh menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu memikul beban
dalam menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar. Bebanan dalam menambah
keyakinan pelajar terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan ramai bakal guru tidak
mengambil opsyen bahasa Melayu.
Menurut Berita Harian Online (2019), Malaysia mengalami masalah kekurangan guru.
Masalah ini menjadi lebih parah apabila antara opsyen guru yang terkurang ialah guru bahasa
Melayu. Kekurangan guru-guru bahasa Melayu akan berlaku antara tahun 2019 hingga tahun
2023 (Doktor Mohd Aziz Mohd Din, 2019). Melalui permasalahan ini, guru besar dan pengetua
di setiap sekolah akan menghadapi masalah mencari guru bahasa melayu. Jadi, mereka
terpaksa meminta guru yang bukan opsyen bahasa Melayu untuk memenuhi kekosongan
tersebut. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu tersebut tidaklah mahir dalam opsyen
yang diberi kerana bahasa Melayu bukan opsyen major mereka. Oleh itu, semakin
berkuranglah guru-guru yang mahir dalam bahasa Melayu.
Terdapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu
dengan baik, malah penguasaan bahasa Melayu mereka juga lemah. Apabila guru yang
bukan opsyen majornya bahasa Melayu, berkemungkinan penguasaan bahasa Melayunya
lemah. Permintaan dalam memenuhi kekosongan bahasa Melayu akan melahirkan ramai
guru yang tidak mahir dalam bahasa Melayu. Guru yang kurang berkemahiran dalam bahasa
Melayu ini akan menjadi cabaran dalam melahirkan pelajar-pelajar yang minat akan bahasa
Melayu. Pelajar-pelajar akan keliru dengan pengajaran bahasa Melayu oleh guru-guru
tersebut dan akhirnya minat kebahasaan mereka beralih kepada bahasa Inggeris. Berlakunya
permasalahan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Tuntasnya,
isu kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan akan mendatangkan banyak cabaran
kepada guru-guru untuk menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu dan kerajaan juga
harus menarik ramai bakal guru di Institusi Pendidikan Guru untuk menjadi guru bahasa
Melayu.
2.1.1 Peratus Keperluan Guru Bahasa Melayu
2.2 Kegunaan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi
Anggota komuniti akan memilih satu bahasa yang dapat dan perlu digunakan sebagai
bahasa perhubungan antara mereka dalam menjalani kehidupan sehari-hari (Fishman, 1972
dan Holmes, 2001). Bahasa pertuturan mestilah bahasa yang selesa untuk dituturkan dengan
orang sekeliling kerana bahasa tersebut akan digunakan setiap hari. Isunya di sini ialah
walaupun rakyat Malaysia dikehendaki bertutur dengan bahasa Melayu, tetapi ramai yang
menggunakan bahasa Melayu yang dicampurkan dengan bahasa yang lain. Bahasa yang
sering digunakan oleh rakyat Malaysia ialah bahasa ‘Manglish’, iaitu bahasa Melayu yang
dicampurkan dengan bahasa Inggeris. Bahasa ini juga dikatakan bahasa rojak. Bahasa rojak
ini akan merosakkan tatabahasa bahasa Melayu sehingga semakin lama penggunaan bahasa
Melayu yang betul dipinggirkan. Bahasa rojak sering digunakan di bandar-bandar. Hal ini
kerana penduduk di kawasan bandar ingin menunjukkan yang mereka bijak dan berkelas.
Sebagai contoh penggunaan bahasa rojak seperti di majalah ‘Ujang’. Majalah tersebut
menggunakan bahasa rojak untuk menarik minat pembaca, lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Kanak-kanak akan suka membaca dengan bahasa yang digunakan di dalam majalah tersebut
kerana bahasa tersebut boleh dijadikan contoh dalam komunikasi seharian mereka.
Cabaran daripada isu penggunaan bahasa rojak akan memberi kesan kepada banyak
pihak. Guru-guru akan menghadapi cabaran untuk menerapkan penggunaan bahasa Melayu
yang betul kepada pelajar-pelajar mereka. Keadaan tersebut berlaku kerana pelajar-pelajar
dikatakan lebih selesa dengan penggunaan bahasa rojak dan bahasa tersebut telah
digunakan pada setiap hari dalam komunikasi mereka. Pengguna bahasa rojak itu sendiri juga
akan menghadapi cabaran dalam berkomunikasi secara secara rasmi dalam situasi tertentu.
Dalam majlis rasmi, pelajar dikehendaki untuk menggunakan bahasa Melayu secara rasmi
tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa yang lain, lebih-lebih lagi apabila
berucap di atas pentas. Jika bahasa rojak telah serap ke dalam diri setiap penggunanya, maka
ramai orang yang semakin tidak yakin untuk berucap. Hal ini sering berlaku ketika pelajar-
pelajar hendak berucap dan mereka secara tidak sengaja telah menggunakan perkataan ‘so’
sebagai penggantian perkataan maka. Jadi, ini akan menyukarkan dan memburukkan
sesuatu urusan atau majlis rasmi. Jelaslah, cabaran dan isu bahasa Melayu dalam komunikasi
ialah penggunaan bahasa rojak yang meluas.
2.2.1 Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Majalah
3.0 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa
3.1 Bahasa Melayu Dalam Media Sosial
Menurut Noriah Mohamed (2014), ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal,
mental dan sosial. Ini bermakna media sosial boleh mempengaruhi segala aspek dalam diri
seseorang. Pengguna media sosial sering menggunakan perkataan yang terkenal atau
mudah digunakan. Contohnya, rakyat Malaysia malah bekas Perdana Menteri Malaysia yang
ke-6, Dato Sri Haji Naib Razak, juga menggunakan perkataan ‘bishe’ sebagai menggantikan
perkataan biasa. Penggunaan kata seperti ini harus dielakkan kerana apabila sesuatu kosa
kata yang salah mendapat tempat di media sosial, ramai yang akan menggunakannya
(Supyan Hussin, 2018). Penggunaan kosa kata seperti itu sama sahaja seperti
memperkosakan bahasa Melayu di Malaysia. Perkara-perkara ini berlaku kerana media sosial
tiada sempadan dan tiada penguat kuasa yang boleh mengawal penggunaan sesuatu bahasa
(Zaidi Ismail, 2012).
Isu peminggiran bahasa Melayu agak kurang dalam media sosial kerana masih ramai
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium utamanya. Namun, walaupun ramai
yang menggunakan bahasa Melayu, mereka menggunakan bahasa Melayu dengan ejaan
yang ringkas dan salah. Ramai pengguna media sosial yang meringkaskan bahasa Melayu
dengan cara yang tersendiri sehingga membawa makna yang lain dan sukar difahami. Kualiti
bahasa Melayu akan semakin terpinggir dan banyak cabaran yang dihadapi di peringkat
antarabangsa. Negara lain memandang rendah dengan penggunaan bahasa Melayu di media
sosial kerana ringkasan yang digunakan tidak wujud di dalam Kamus Dewan. Rakyat Malaysia
menganggap ejaan tersebut unik dan kreatif sedangkan masyarakat di negara lain yang ingin
mempelajari bahasa Melayu tidak dapat memahami bahasa tersebut dan semakin
meminggirkan bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu akan menjadi kedudukan kelas
terbawah di peringkat antarabangsa.
3.1.1 Perbualan Bahasa Melayu Dalam Media Sosial
3.2 Hubungan Diplomatik
Hubungan diplomatik bermaksud hubungan yang terjalin antara dua atau lebih
kerajaan. Metlamat hubungan ini untuk memantapkan pemerintahan dan pentadbiran serta
pembangunan sebuah kerajaan ( Salmah Jan, 2018). Bagi negara di Asia Tenggara atau
ASEAN, alat perhubungannya merupakan bahasa Melayu, iaitu satu-satunya lingua franca di
rantau kepulauan Melayu. Pernyataan ini terbukti apabila bahasa Melayu termasuk dalam
kelompok lima bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang banyak ( Zakaria Kasa, 2014).
Menurut Asmah Haji Omar (2014), Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan oleh masyarakat
di negara ASEAN, malahan kawasan pergunungan Taiwan, turun ke selatan hingga New
Zealand dan dari Madagaskar di luar pantai timur Afrika hingga Pulau Easter di Lautan Pasifik
juga menuturkan bahasa Melayu.
Menurut Sinar Harian (20 November 2021), Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri
Tuan Ibrahim telah berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa di
Scotland. Tindakan beliau supaya bahasa Melayu kekal diangkat sebagai lingua franca di
ASEAN. Setelah sekian lama setiap persidangan antarabangsa Malaysia menggunakan
bahasa Inggeris, akhirnya bahasa Melayu dikenali kembali. Perkara tersebut akan
menyebabkan semakin ramai negara lain yang mengenali bahasa Melayu. Usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu akan menjadi lebih lancar melalui tindakan tersebut. Semakin
ramai pengguna bahasa Melayu yang bersatu padu serta bangga dengan diri dan maruahnya
sebagai pengguna bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa bukan hanya berfungsi sebagai alat
komunikasi, tetapi juga berperanan penting dalam pembentukan semangat kekitaan,
perpaduan dan maruah masyarakat penuturnya (Shazilaina Uyob dan Che Ibrahim Salleh,
2017).
3.2.1 Gambar Keadaan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Berucap
Dalam Bahasa Melayu Pada Persidangan Antarabangsa Di Scotland.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bukan sahaja dituturkan di
Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu juga merupakan lingua franca di
ASEAN yang sememangnya digunakan secara meluas. Oleh itu, banyak isu dan cabaran
yang dihadapi penuturnya untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kemajuan dunia telah
memberi banyak perubahan kedudukan bahasa Melayu tetapi penutur bahasa Melayu yang
bermaruah akan kekal memartabatkan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang
betul akan memberi contoh kepada generasi baharu untuk menuturkan bahasa Melayu
dengan kosa kata yang tepat dan menjaga tatabahasanya. Maka, cabaran dan isu bahasa
Melayu di peringkat Malaysia dan antarabangsa dapat dikurangkan dan diselesaikan.
5.0 Rujukan
Ahmad Ali A. Karim (2021). Bahasa Melayu Semakin Hilang di Bumi Malaysia. Utusan
Malaysia. 30 Oktober: 16
Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Awang, M. I. (2005). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan Guru. Berita harian.
http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp11julai8.pdf
Barnes-Holmes, S. C. H. D., & Roche, B. (2001). Relational frame theory: A post-Skinnerian
account of human language and cognition.
https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=n4RmapzrihAC&oi=fnd&pg=PA1&
dq=Holmes,+2001&ots=an8CrMr11N&sig=YkMorqc2cVWFV5Z4KYyrOK48euw#v=o
nepage&q=Holmes%2C%202001&f=false
Fishman (1972) The History of Educational Language Policies in Uganda: Lessons from the
Past. American Journal of Educational Research. 8(9):643-652
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa Inggeris
Mis, M. A. (2012). Bahasa Rojak Dalam Kalangan Penduduk Di Sarawak. Jurnal
Bahasa, 12(2), 220-270. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-
content/uploads/2014/08/4-Bahasa-Rojak.pdf
Muhammad Yusainy Mohamad Yunus (2021, November 11). Tahniah Tuan Ibrahim Prjuang
Bahasa Melayu di Scotland: Rais. Sinar Harian Online.
https://www.sinarharian.com.my/article/171690/BERITA/Nasional/Tahniah-Tuan-
Ibrahim-perjuang-bahasa-Melayu-di-Scotland-Rais
Muthusamy, P. (2017). Komunikasi percampuran kod dalam masyarakat multilingual di
Malaysia. Journal of Business and Social Development, 5(1), 36-48.
https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/5-KOMUNIKASI-w-.pdf
Noriah Mohamed. (2003). Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Salmah Jan Noor Muhammad. (2018). Implikasi Hubungan Diplomatik terhadap Kerajaan
Melaka dan Kedah Berdasarkan Naskhah Melayu Tradisional. International Journal of
The Malay World and Civilisation 6(2) 99-108.
Shalizaini Uyob & Che Ibrahim Salleh. (2017). Jati Diri Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Asean. Mahawangsa. 4(1) 33-48.
Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff (2020). Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Supyan Hussin. Bahasa Melayu di Media Sosial Mencabar Akal Budi Melayu.
http://www.kosmo.com.my/jurnal/bahasa-melayu-di-media-sosial--mencabar-akal-
budi-melayu-1.643449
Zaidi Ismail. (2012). Bahasa Melayu dalam Media Baharu : Sejauhmanakah Diutamakan?
Dewan Bahasa. Jun 2012. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Kasa. (2014). Jaringan Kebahasaan Mengupayakan UPSI Sebagai Hab Pendidikan
Bahasa Melayu ASEAN. Prosiding Seminar Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN-
ii. Universiti Fatoni (Thailand) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Malaysia). 25-26
Oktober 2014.
Zanariah Abd Mutalib (2019, November 1). Kekurangan Guru Dalam Masa Lima Tahun. Berita
Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/623714/kekurangan-guru-
dalam-masa-lima-tahun
http://1.bp.blogspot.com/_fDZVanUMn0s/TGAUQYnJYtI/AAAAAAAAABg/tnp5ON0CIAA/s16
00/bahasa_rojak-300x180.jpg
https://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=AwrxzxSmVZlhTQUAaAPjP
wx.;_ylu=Y29sbwNzZzMEcG9zAzEEdnRpZAMEc2VjA3BpdnM-
?p=gambarMenteri+Alam+Sekitar+dan+Air%2C+Datuk+Seri+Tuan+Ibrahim+Tuan+Man+ber
ucap+di+persidangan+antarabangsa&fr2=piv-web&type=E211MY826G0&fr=mcafee-
malaysia#id=3&iurl=https%3A%2F%2Fwww.utusan.com.my%2Fwp-
content%2Fuploads%2F15ea.jpg&action=click
https://image2.slideserve.com/4323626/data-opsyen-bahasa-melayu-l.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-
oOe4C_hnJO8/Ww3jsQtA2HI/AAAAAAAAAIc/JvCQghjegG4SDTKTSRL4ApWQ-
1NXBlPqQCEwYBhgL/s1600/682de3bb-ced2-49b7-a2c9-42642541a2d2.jpg