VAPE SEBAGAI
ALTERNATIF BAIK
DAN SIHAT
Nama Ahli Kumpulan
Ahli 1.Adam benhadria bin habib
Kumpulan benhadria(03DMK21F1002)
2.Muhammad Faris Iqbal bin Abdul Fikri
(03DMK21F1025)
3.Muhammad Shafiq Danial Bin Azmi Ahmad
(03DMK21F1037)
4.Che Muhammad nur firdaus bin che
zainudin(03DMK21F1011)
Lampiran Muka Surat
Muka hadapan……………………………………………………………………………………………….. 1
Lampiran…………………………………………………………………………………………………………. 3
Pengenalan……………………………………………………………………………………………………… 4
Tujuan…………………………………………………………………………………………………………….. 5
Dalil………………………………………………………………………………………………………………… 6 -12
Kesan/Impak …………………………………………………………………………………………………………. 13-18
Peranan ………………………………………………………………………………………………….. 19-21
Kesimpulan…………………………………………………………………………………………………….. 22-23
Penutup…………………………………………………………………………………………………………. 24
Rujukan………………………………………………………………………………………………………….. 25
Pengenalan
Pernahkah anda terfikir untuk berhenti merokok? Jika pernah, anda tidak keseorangan sebaliknya kajian
yang dijalankan mendapati tujuh dari 10 perokok menyatakan keinginan sama iaitu untuk meninggalkan
tabiat buruk tersebut. Antara kaedah alternatif merokok adalah dengan menggunakan rokok elektronik atau
lebih dikenali sebagai vape.
Segelintir pihak percaya bahawa rokok elektronik /vape mampu menghilangkan ketagihan merokok kerana
hanya mengandungi wap air dan pelbagai pilihan perisa seperti buah-buahan.
Kenyataan ini sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi orang ramai apabila semakin ramai mula beralih
arah kepada rokok elektronik sebagai pengganti, selain dikatakan lebih menjimatkan berbanding rokok
biasa.
Namun begitu apakah yang diwawarkan kepada orang ramai mengenai rokok elektronik dan vape ini
benar? Bagainakah pula pandangan mengenai isu ini dari sudut syarak? Oleh itu, isu berkaitan dengan
rokok elektronik dan vape dari sudut syarak akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi
melalui penghasilan E-folio ini. Kami juga berharap penghasilan E-folio ini dapat memberi kesedaran kepada
orang ramai terutamanya komuniti masyarakat yang beragama islam kerana hal yang berkaitan dengan
syarak ini tidak boleh dipandang enteng sahaja. Ini merupakan tanggungjawab diri kita bersama sebagai
umat islam untuk saling membantu dalam mewujudkan komuniti islam yang unggul.
Tujuan
1. Membincangkan peranan dan cara mengatasi masalah
berkaitan dengan isu rokok elektronik dan vape dari
Pandangan syarak.
2. Membincangkan tentang kesan-kesan penggunaan
rokok elektronik dan vape.
3. Membuat kesimpulan berdasarkan isu rokok
elektronik dan vape dipenghujung kajian
Dalil
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa
Negeri Johor yang bersidang pada 25 Safar 1437 bersamaan 7 Disember 2015 telah
membuat keputusan seperti berikut:
“Menghisap vape adalah haram kerana ianya satu amalan yang bertentangan dengan
hukum syara’. Selain daripada menghisap vape, larangan ini juga meliputi apa-apa jua
kegiatan yang melibatkan peranti vape dan barang-barang yang berkaitan dengannya”.
Dalil
Keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:
Pertama: Dalil umum daripada al-Quran dan hadis Nabi
Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ialah kerana
perbuatan tersebut memudaratkan tubuh badan. Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang melarang
perbuatan memudaratkan diri. Terdapat beberapa nas al-Quran dan hadis Nabi ﷺyang melarang manusia
memudaratkan diri sendiri. Keumuman dalil-dalil tersebut terpakai kepada kes penggunaan rokok
elektronik dan vape. Antara dalil syara’ yang melarang tindakan-tindakan memudaratkan diri sendiri ialah:
i. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195
Ertinya: “... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...”
Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbelanjaan (infaq) fi sabilillah, tetapi keumuman ayat
ini merangkumi segala perbuatan yang membawa kepada kebinasaan sebagaimana berdasarkan kepada
kaedah:
“ ”أن الاعتبار بعموم اللفظ لا بخصوص السبب
Ertinya: Bahawa sesungguhnya pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab
penurunan ayat secara khusus.
Dalil
ii. Hadis Nabi
لا ضرر ولا ضرار
Ertinya: Tiada kemudaratan (dalam syariat Islam) dan tidak boleh memudaratkan (tanpa
hak).
Hadis ini juga menunjukkan pengharaman melakukan kemudaratan secara umum
sehingga nas hadis ini dijadikan salah satu kaedah feqah.
Dalil
Kedua: Dalil qiyas
Penggunaan rokok elektronik dan vape merupakan antara isu yang tidak ditetapkan hukumnya oleh
mana-mana nas syara’. Justeru, penetapan hukumnya boleh dilakukan dengan menggunakan dalil
qiyas sekiranya segala rukun dan syarat qiyas dapat dipenuhi. Penetapan hukum dengan menggunakan
dalil qiyas adalah muktabar dan disepakati dalam keempat-empat mazhab feqah.
Penghujahan menggunakan qiyas dalam permasalahan rokok elektronik dan vape adalah melalui
kaedah qiyas ke atas perbuatan meminum bahan-bahan beracun yang digambarkan seperti berikut:
Asal: meminum bahan-bahan beracun
Furu’: menggunakan rokok elektronik dan vape
‘Illah: memudaratkan atau membinasakan tubuh badan
Hukum: haram
Oleh itu, proses proses qiyas dalam isu ini dapat diamalkan kerana kempat-empat rukun qiyas telah
dipenuhi. Justeru, secara kesimpulan boleh dikatakan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik
dan vape adalah haram berasaskan kepada qiyas terhadap meminum racun.
Dalil
Ketiga: Dalil maslahah
Penetapan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape juga boleh dilihat melalui dalil maslahah. Ini
kerana, syariat Islam tidak dapat dipisahkan daripada maslahah sama ada mendatangkan kebaikan atau
manfaat ataupun menghilangkan kemudaratan atau keburukan.
Maslahah ialah memelihara objektif syariah yang lima iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta. Justeru, setiap perkara yang mengandungi elemen pemeliharaan terhadap lima asas ini,
maka ia adalah maslahah. Setiap perkara yang meluputkan asas-asas ini, maka ia adalah mafsadah, dan
menggugurkan mafsadah merupakan satu maslahah.
Dalil
Oleh itu, maka dapat disabitkan bahawa pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape adalah
satu bentuk maslahah. Ini kerana penggunaan rokok elektronik dan vape membawa pelbagai implikasi
dan kesan negatif seperti terdedah kepada penyakit berbahaya, menyakitkan orang sekeliling,
membawa pembaziran, terdedah kepada penyalahgunaan dan sebagainya. Berdasarkan kepada dalil-
dalil umum dan qaedah-qaedah dalam syara’ didapati bahawa implikasi-implikasi yang dinyatakan di
atas adalah bersesuaian dengan hokum pengharaman.
Begitu juga, tanggungjawab pemerintah(ulul amri) yang mengambil keputusan pengharaman vape
adalah kerana terdapat maslahah amah berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:
تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
Ertinya: Tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah bergantung kepada maslahah.
Dalil
Keempat: Dalil Sadd dzarai’
Penghujahan berdasarkan kepada kaedah sadd dzaria’h adalah sebagai penyokong kepada hujah-hujah
sebelum ini iaitu dalil umum, qiyas dan maslahah. Ini kerana penjualan peralatan vape di pasaran akan
mendedahkan kepada penyalahgunaan seperti menghisap vape berperisa ganja, dadah, kanabis,
ketum, syabu, nikotin dan sebagainya. Penyalahgunaan ini boleh membawa kepada kegiatan
pengedaran ganja dan dadah berbahaya.
Selain itu, penggunaan vape ini akan mewujudkan masyarakat yang runtuh akhlak dan kepribadian
khususnya di kalangan generasi muda, serta tidak ketinggalan juga wanita yang berleluasa menghisap
vape tanpa ada perasaan malu dan segan.
Justeru, adalah wajar perkara-perkara yang sangat terdedah kepada kemudaratan yang besar ditutup
melalui penetapan hukum haram berasaskan kepada kaedah sadd dzaria’h.
والله اعلم بالصواب
Kesan/Impak
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape kepada kesihatan:
Nikotin
Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik.
Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi certa dorongan yang kuat untuk
menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan
sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya
kerana zaman remaja adalah peringkat kritikål perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan
kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan
darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan
mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).
Melalui beberapa análisis sampel cecair rökok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat
Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg
dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml cecair rökok elektronik akan
mengandungi sehingga 100mg nikotin.
Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih
tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin
pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh menyebabkan kematian.
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape
kepada kesihatan
Nikotin
Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik.
Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi certa dorongan yang kuat untuk
menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan
sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya
kerana zaman remaja adalah peringkat kritikål perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan
kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain itu, nikotin boleh menggalakkan pembekuan
darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan
mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009).
Melalui beberapa análisis sampel cecair rökok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat
Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg
dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml cecair rökok elektronik akan
mengandungi sehingga 100mg nikotin.
Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih
tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin
pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh menyebabkan kematian.
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape
kepada kesihatan
Propylene Glycol (PG)
PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka aanjaag. Menurut kajian
yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran
pernafasan (Wielander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang
boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajan ini menyokong bahawa
menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang.
PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid
(formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahanyang boleh menyebabkan kanser. Kajian
menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan
yang digunakan ketika mengewap PG (Jensen et al, 2015)
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape
kepada kesihatan
Glycerin
Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim
muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan
boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang
digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS,
Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit
dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh
mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape
kepada kesihatan
Bahan Perisa
Berjenis-jenis bahan perish digunakan di pasaran. Kebanyakan
pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak
memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh
Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini
mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan
lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu
membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai
sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik
yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah
menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.
Kesan kandungan utama Rokok Elektronik dan Vape
kepada kesihatan
Partikel Ultra Halus
Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik
adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara
20-300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras
nikotin di dalan cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel
daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru
dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).
Peranan
Tidak dinafikan bahawa vape mungkin memberikan sedikit kesan kepada kesihatan pengguna
terutama kepada pengguna baru yang tidak pernah merokok.
Namun, manfaatnya kepada perokok tegar jauh lebih berkesan berbanding terapi penggantian
nikotin konvensional.
Pengarah Master of Health Research Ethics (MOHRE) Itali, Prof. Fabio Beatrice berkata, terdapat
bukti saintifik tentang keberkesanan dalam penggunaan vape yang mengandungi nikotin
berbanding nikotin farmakologi dalam bentuk tablet atau kaedah tampalan.
“Vape boleh digunakan sebagai alternatif atau pilihan kedua sekiranya kaedah berhenti
merokok konvensional tidak berjaya.
“Vape adalah jalan yang terbaik untuk mengurangkan kemudaratan atau pun kesan negatif
kepada kesihatan yang disebabkan oleh pembakaran rokok tembakau,” katanya.
Beliau berpendapat, garis panduan program berhenti merokok sering menemui kegagalan.
Maka, fakta ini harus diambil kira bagi mencuba kaedah yang baru untuk membantu kes-kes
gagal dalam membolehkan perokok berhenti merokok.
Katanya, satu polisi baru harus dibangunkan bagi membantu mereka yang gagal dalam
program berhenti merokok secara konvensional.
Peranan
Dalam kes seperti ini, vape adalah pilihan yang paling sesuai bagi perokok tegar yang tidak
mahu berhenti rokok atau gagal dalam program yang disediakan,” katanya.
Oleh yang demikian, Prof. Fabio berkata, vape tidak boleh dianggap sama seperti rokok
tembakau kerana vape berupaya membantu perokok berhenti merokok serta mengurangkan
kemudaratan dari pembakaran tembakau dan asap yang disedut ke dalam paru-paru.
Katanya, vape terbukti mampu mengurangkan kesan kemudaratan rokok sebanyak 95 peratus
dan ini menjadi satu tanggungjawab untuk setiap negara dalam meningkatkan kualiti
kesihatan awam dengan mengurangkan toksik yang diambil perokok tegar saban hari.
Perokok tegar tidak boleh mengabaikan peluang ini. Strategi klinikal pengurangan risiko atau
tawaran alternatif kepada rawatan kesihatan adalah sebahagian daripada latar belakang budaya
bidang perubatan.
Peranan
Polisi yang melibatkan penentuan harga dan juga larangan atau pengharaman ke atas rokok
tidak mencukupi untuk mengurangkan kadar kematian yang diakibatkan oleh tabiat merokok.
Kita perlu lihat bantuan lain yang boleh kita berikan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga bersetuju bahawa negara yang mempunyai kadar merokok yang
tinggi seperti di Malaysia harus mempertimbangkan vape sebagai salah satu kaedah dan
bantuan kepada perokok tegar untuk berhenti merokok.
“Kita tidak dapat menyelesaikan penggunaan nikotin melalui vape tetapi kita dapat
mengurangkan kes penyakit berkaitan rokok tembakau akibat sedutan asap rokok yang
bertoksik dari pembakaran tembakau.
“Oleh yang demikian, vape merupakan pilihan yang paling tepat untuk perokok tegar yang
gagal berhenti merokok dengan cara konvensional,” rumus beliau.
Kesimpulan
ISU e-rokok dan vape menjadi agak 'panas' dalam seminggu dua ini apabila kerajaan
mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok ala generasi baharu ini.
Bagi penghisap rokok dan pengamal vape juga dikenali sebagai vapers, seolah-olah keputusan
ini satu 'kemenangan' awal bagi mereka pula.
Sebagai seorang pengamal perubatan dan aktif bersama Ikatan Pengamal Perubatan dan
Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) iaitu badan bukan kerajaan (NGO), ingin mengajak pihak
berwajib dan kerajaan, ibu bapa serta remaja dan juga mereka yang berkepentingan untuk
memahami isu e-rokok dan vape dengan lebih mendalam.
Pendirian tegas dalam isu ini dan pengharaman gejala e-rokok dan vape ini adalah wajar kerana
memahami kemudaratan yang disebabkan oleh wap vapor yang dihasilkan melalui kaedah alat
elektronik. Saranan ini berdasarkan beberapa kajian saintifik, kajian awal pendedahan wap e-
rokok dan juga meneliti pandangan hukum syarak.
Secara ringkasnya e-rokok atau rokok bentuk elektronik termasuk vape dikategorikan sebagai
berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan mental dan fizikal. Pendirian dan saranan
ini disokong bukan sahaja daripada kajian ilmiah dan saintifik, malah beberapa rujukan ayat al-
Quran, hadis, pendapat ulama muktabar, fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 (isu rokok), dan Irsyad
Fatwa Ke-63 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kesimpulan
Sebahagian alasan ilmiah dari sudut hukum syarak diperbincangkan di sini seperti kupasan di bawah:
• Imam al-Syafi'e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: "Jika mereka
mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh
memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) mengandungi racun yang
menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah SWT
mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri".
• Beberapa alasan menyatakan bahawa merokok menggunakan e-rokok atau rokok secara bentuk
elektronik termasuk vape jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta
dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas berikut
• Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".
• Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; "Dan ia menghalalkan bagi
mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang
buruk".
• Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak boleh memberi mudarat dan membalas
dengan kemudaratan". (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni).
Penutup
• Saya sebagai rakyat yang prihatin dan mematuhi etika pengamal perubatan,
menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan e-rokok kerana ia berbahaya
kepada kesihatan. E-rokok, vapor atau nikotin elektronik menggunakan alat dan cecair
pelbagai perisa yang menggunakan kuasa bateri dan mengeluarkan wap ini sama
seperti merokok walaupun tanpa penggunaan tembakau.
• Sekalipun kemudaratan ini dinafikan oleh penghisap e-rokok tegar, tiada kajian
memastikan aktiviti e-rokok ini benar-benar selamat. Umum mengetahui kesan buruk
melalui rokok dan ketagihan merokok yang masih perlu ditangani oleh pelbagai pihak.
Oleh itu, isu e-rokok dan vapor ini sangat wajar diberi perhatian khusus sebelum gejala
buruk ini merosakkan kesihatan mental dan fizikal masyarakat.
Rujukan
• Masyarakat mesti peka kemudaratan e-rokok, vape (bharian.com.my)
https://anyflip.com/sxoll/udpa/basichttp://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15951
• https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/pakar-manfaat-vape-kepada-perokok-
tegar-lebih-berkesan-berbanding-pengganti-nikotidn/
• http://sihatmalaysia.my/vape-bukan-alternatif-berhenti-merokok/