The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Variasi individu yang wujud dapat mempengaruhi pembelajaran mereka

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mus, 2022-01-12 12:32:58

Perbezaan Individu dan Keperluan Pembelajaran

Variasi individu yang wujud dapat mempengaruhi pembelajaran mereka

Keywords: variasi individu

SEMESTER 1 (2021/2022)

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PGA 101: PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN

VARIASI INDIVIDU

DISEDIAKAN UNTUK:

PM DR. SHAHABUDDIN HASHIM

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK
MUSLIHA BINTI MOHD RASED 157768
SITI NORHASLINDA BINTI SURAJI 156313

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU 4-5
2.0 ASPEK – ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU 5-14
3.0 FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU
14-15
4.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 15-21

5.0 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN 21-26
INDIVIDU

6.0 RUMUSAN 26
7.0 RUJUKAN 27-30

2

3

1.0 KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU

Perkara normal dalam kelas jika terdapat murid yang tinggi, rendah, berbadan kurus, gempal,
berbeza paras rupa dan warna kulit. Hal ini dikatakan perbezaan individu. Perbezaan individu
sememangnya wujud kerana ia dapat dilihat oleh mata kasar seseorang kepada seseorang yang
lain. Perbezaan individu yang dapat dilihat oleh mata kasar ialah ketinggian, saiz badan, rupa
serta warna kulit manakala perbezaan yang tidak boleh dilihat ialah saiz jantung, otot, jumlah
neuron dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa tidak ada individu yang sama wujud di dalam dunia
ini, walaupun individu tersebut mempunyai hubungan adik beradik ataupun kembar, mereka juga
mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek. Tidak semua orang mempunyai kesamaan yang
begitu tepat.

Perbezaan individu menurut pandangan ahli psikologi Slavin (1997) ialah kepelbagaian
pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial,
bahasa, jantina, bakat. Beliau mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan
pembelajaran. Kewujudan variasi dalam diri individu boleh mendatangkan perbezaan dalam segi
pembelajaran dan pendidikan individu. Dalam mudah kata, perbezaan individu adalah
ketidaksamarataan yang wujud dalam diri seseorang dan ianya berbeza antara individu dengan
individu yang lain. Perbezaan individu juga bermaksud kewujudan variasi dalam diri individu dari
segi fizikal, mental, emosi, rohani, dan sosial. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah
mengenalpasti perbezaan individu yang wujud dalam diri setiap murid untuk merancang kaedah
pembelajaran yang efektif.

Perbezaan individu juga wujud dalam pelbagai situasi sama ada situasi tersebut berada
dalam lingkungan sosial atau fizikal. Setiap individu mempunyai tindakbalas yang berbeza jika
menghadapi situasi tertentu. Dalam sukan pula, perbezaan individu menjadi prinsip kepada
pertimbangan latihan sukan. Prinsip perbezaan individu dalam sukan bermaksud setiap individu
berbeza serta memiliki keunikan tersendiri. Disebabkan perbezaan masing-masing, program
sukan untuk setiap orang mungkin berbeza. Program Latihan yang direka perlu berdasarkan
perbezaan individu. Perbezaan inii mungkin berkait dengan saiz badan, bentuk badan, genetik,
pengalaman, kecederaan yang mungkin ada, jantina, umur dan sebagainya. Oleh itu, untuk
merangka program sukan yang berkesan perlulah berdasarkan perbezaan individu. Sebagai
contoh, perempuan memerlukan masa pemulihan yang lebih berbanding lelaki.

Menurut Hensen & Eller (1999) perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat
manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau

4

membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah. Berdasarkan
definisi tersebut, dapat dikatakan bahawa murid yang bersikap optimistik atau berani mencuba
dapat meningkatkan potensinya untuk cemerlang dalam pelajaran dan sebaliknya jika murid
tersebut mempunyai sikap yang takut, malu untuk bertanya dan mencuba sesuatu yang baharu
maka ia telah menghalang dirinya sendiri untuk belajar. Perbezaan individu dapat dilihat daripada
aspek-aspek tertentu. Terdapat juga aspek yang boleh mempengaruhi kemajuan dan menjadi
penghalang kepada seseorang tersebut untuk menimba ilmu.

2.0 ASPEK – ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan individu dapat dilihat daripada beberapa aspek. Aspek-aspek perbezaan
individu boleh terdapat pada diri sendiri dan persekitaran.

2.1 ASPEK JANTINA

Maccoby dan Jacklin (1974) dalam bukunya The Psychology of Sex Differences bahawa
lelaki lebih memahami melalui cara melihat dan perempuan melalui pendengaran. Perempuan
lebih berminat dengan semua jenis rangsangan sosial, manakala lelaki lebih berminat dalam
sesuatu. Kedua-dua kecenderungan itu kadangkala perlu menguatkan satu sama lain dan
kadangkala membatalkan satu sama lain. Perbezaan jantina dapat mempengaruhi jumlah
maklumat yang diterima oleh mereka. Hal ini demikian kerana terdapat perbezaan antara otak
lelaki dan perempuan dalam memproses maklumat adalah berbeza.

Kewujudan corpus colosum yang luas di dalam otak perempuan membantu memindahkan
maklumat dan data antara hemisfera kanan dan kiri dengan lebih cepat. Dan disebabkan itu,
hemisfera otak kanan dan kiri perempuan mempunyai komunikasi yang lebih baik dengan
neuron-neuron. Kawasan bahasa pada otak perempuan yang dikenali sebagai Broca dan
Wernicke lebih besar dan ia menjelaskan sikap perempuan yang menjadi lebih ekspresif selari
dengan peningkatan linguistik mereka.

Dalam masyarakat asia, lelaki dianggap sebagai ketua keluarga. Mereka berpendapat
bahawa lelaki merupakan waris dan penerus kepada sebuah keluarga. Lelaki juga berperanan
sebagai ketua keluarga apabila mereka meningkat dewasa dan berkahwin. Oleh itu, adalah
penting bagi lelaki untuk mendapatkan pendidikan yang baik untuk kegunaan pada masa
hadapan.

Di sekolah pula, banyak pandangan mengatakan murid lelaki lebih nakal berbanding
murid perempuan manakala murid perempuan berdisiplin, rajin dan sentiasa menyiapkan kerja

5

sekolah tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Murid perempuan lebih cemerlang dalam
pelajaran jika dibandingkan oleh murid lelaki. Bukannya hendak mengatakan murid lelaki tidak
pandai tetapi mungkin disebabkan faktor mereka lebih gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukan
berbanding pelajar perempuan.
2.2 PERBEZAAN FIZIKAL

Setiap manusia dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal yang berbeza. Keunikan pada diri setiap
individu membuatkan individu tersebut berbeza dengan individu yang lain. Terdapat juga individu
yang dilahirkan dengan kecacatan. Kecacatan biasanya disebabkan oleh faktor gangguan
kromosom atau gen daripada ibu bapa, ia juga boleh disebabkan faktor luaran seperti
pengambilan dadah atau alkohol oleh si ibu. Tidak kiralah bagaimana fizikal seseorang itu, kita
mestilah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam melakukan sesuatu. Ciri-ciri fizikal dapat
dilihat dari saiz badan, ketinggian, rambut, warna kulit dan ru pa paras.

Berdasarkan Sheldon (1942) terdapat tiga klasifikasi bentuk badan antaranya ialah
mesomorph, endomorph, dan ectomorph.

i. Mesomorph
Individu yang mempunyai bentuk badan ini mempunyai komposisi bentuk badan

yang berotot dan dipengaruhi oleh pengamalan gaya hidup yang sihat. Pengambilan
6

makanan yang berkhasiat serta diikuti oleh jadual senaman yang padat membolehkan
seseorang itu memiliki bentuk badan mesomorph. Bentuk badan ini juga dikatakan
bentuk badan yang ideal. Individu yang mempunyai bentuk badan mesomorph
berbahu lebar, berat yang seimbang dan berotot. Golongan yang mempunyai bentuk
badan ini biasanya terdiri daripada atlet contohnya atlet bola sepak. Bentuk badan
wanita mesomorph diibaratkan seperti bentuk jam pasir (hourglass) manakala lelaki
pula lebih kepada bentuk segi empat. Walaubagaimanapun, mereka perlu mengikuti
diet yang ketat dan program senaman yang teratur untuk mengekalkan bentuk badan
yang menarik.

Ciri-ciri seseorang itu berbadan mesomorph ialah memiliki postur tubuh yang baik,
tegap dan sasa, mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, mempunyai peratusan
lemak yang rendah, penampilan mereka lebih menarik dan menonjol, kelihatan sihat
dan mempunyai ukur lilit pinggang yang kecil.

ii. Endomorph

Endomorph ialah individu yang mempunyai badan yang besar dan agak montel.
Gaya hidup sedentari dan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan berlemak
menjadi faktor yang menyebabkan tubuh badan seseorang berada dalam kategori
endomorph. Golongan ini mempunyai berat badan yang berlebihan serta memiliki
body mass index (bmi) yang overweight. Sistem pengumpulan lemak lebih tertumpu
di bahagian abdomen, paha dan pinggul. Individu yang berbadan endomorph juga
lebih berisiko untuk menghidapi penyakit obesiti. Terdapat juga perbezaan dalam
pengagihan lemak badan. Bagi golongan wanita endomorph, lemak dikumpul di
lengan, paha, pinggul dan abdomen. Lelaki endomorph pula, lemak dikumpulkan di
dalam abdomen mereka. Menurut kajian, lemak yang disimpan di kawasan abdomen
berbahaya berbanding lemak di punggung dan kawasan kaki. Hal ini kerana ia juga
dapat mendatangkan risiko penyakit lain yang berkaitan dengan jantung, kencing
manis dan juga kanser

Ciri-ciri individu berbadan endomorph ialah mempunyai penampilan badan yang
agak montel dan berisi, mempunyai metabolisme yang rendah menyukarkan mereka
membakar kalori yang berlebihan, mempunyai selera makan yang tinggi, luas bahu

7

selalunya sama dengan ukuran pinggang mereka, golongan ini tidak aktif dalam
aktiviti harian.

iii. Ectomorph

Individu mempunyai bentuk badan yang kurus. Golongan ini dikatakan kurang
gemar dalam melakukan aktiviti sukan yang lasak. Bentuk badan mereka dianggap
tidak sesuai untuk melakukan aktiviti yang lasak kerana komposisi otot yang terlalu
sedikit. Mereka juga lebih cenderung ke arah aktiviti yang bersifat lemah lembut
seperti melukis dan memasak. Individu yang berbadan ectomorph ini dilahirkan
dengan metabolism yang sangat tinggi. Metabolism yang tinggi membakar lemak
kalori mereka dengan cepat. Oleh sebab itu, berat mereka sukar untuk bertambah dan
jumlah otot juga kurang dibina. Mereka mempunyai selera makan yang agak tinggi,
hal ini kerana pembakaran kalori yang terlalu cepat membuatkan mereka selalu
berasa lapar.

Individu yang berbentuk ectomorph dapat menambah berat badan mereka dengan
pengamalan diet yang terancang. Mereka perlu mengambil makanan yang berkalori
tinggi dan makan dalam lingkungan dua hingga tiga jam. Mereka juga perlu mengambil
makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi. Terdapat juga
beberapa jenis senaman yang disyorkan oleh Adam Feit, ketua jurulatih kekuatan dan
psikologi sukan untuk Precision Nutrition in Springfield, Massachusetts. Antara aktiviti-
aktiviti kekuatan permulaan ialah dead lifts, squats, split squats, tricep presses, bicep
curls, dan shoulder shrugs. Aktiviti-aktiviti tersebut sedikit sebanyak dapat memberi
manfaat kepada ectomorph dalam kecergasan badan.

Individu yang berbadan ectomorph mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai
penampilan yang kurang menarik, kurus, mempunyai kadar metabolism yang sangat
tinggi, peratus lemak badan yang rendah, mempunyai pinggang, pinggul dan bahu
yang sempit, otot yang sedikit, dan berat badan yang rendah.

Perbezaan fizikal juga dapat dilihat dari ketinggian seseorang. Terdapat murid yang lebih
tinggi berbanding murid yang lain dan tedapat pula murid yang rendah diantara rakan-rakannya
yang lain. Perbezaan ketinggian ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik, pengambilan ubat-
ubatan dan akil baligh. Pandangan umum, di sekolah rendah kebanyakan murid perempuan lebih

8

tinggi daripada murid lelaki manakala di sekolah menengah pula, kelihatan murid lelaki lebih tinggi
berbanding murid perempuan. Hal ini berkemungkinan juga dipengaruhi oleh akil baligh.
Pembesaran berlaku dua tahu lebih awal bagi kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak
lelaki. pembesaran berlaku pada umur sembilan tahun bagi perempuan dan 11 tahuun bagi lelaki.

Sebelum peringkat remaja, kanak-kanak perempuan dan lelaki mengalami ketinggian
yang berbeza dan mungkin kekal dengan ketinggian yang mereka alami semasa akil baligh.
Tinggi dan berat badan remaja perempuan adalah lebih berbanding ketinggian dan berat badan
lelaki. tetapi remaja lelaki mengatasi masalah ini pada umur 14 tahun apabila mereka mencapai
akil baligh. Sehubungan dengan itu, remaja perempuan mengalami pembesaran pada bahagian
pinggul manakala bahu bagi lelaki.

Perbezaan fizikal yang wujud dalam diri setiap individu membolehkan mereka melakukan
pelbagai aktiviti harian. Kategori tubuh badan seperti mesomorph, endomorph dan ectomorph
memberikan panduan untuk mengenali perbezaan tubuh sendiri dan seterusnya dapat
memberikan manfaat kepada kita untuk membuat perancangan diet dan senaman berpandukan
bentuk tubuh masing-masing. Tidak semua bentuk sesuai dengan diet dan program senaman.
Jadi kita perlulah bijak menentukan pilihan bagi perbezaan yang dimiliki tubuh masing-masing.
Guru perlulah dapat mengenali perbezaan dan mengenalpasti kebolehan setiap murid-muridnya.
Kaedah pendekatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan perbezaan fizikal murid
tersebut.

2.3 KOGNITIF

Kognitif bermaksud berkaitan dengan kognisi, iaitu proses mental untuk menafsir,
mempelajari dan memahami sesuatu. Kata kognitif berasal dari kognoser Latin, yang
bermaksud untuk mengetahui. Tindakan mental atau proses memperoleh maklumat,
pengetahuan dan pemahaman melalui pemikiran dan pengetahuan dapat ditakrifkan sebagai
kognisi. Goldstein (2011) kognitif merujuk kepada dua fungsi. Minda memainkan peranan penting
dalam fungsi pertama yang melibatkan persepsi, focus dan memori. Fungsi kedua pula,
keupayaan minda memproses rangsangan-rangsangan mental yang diterima oleh individu.
Kognitif adalah penting dalam kehidupan seharian untuk mengawal pemikiran dan tindakan kita.
Kognitif juga membantu individu tersebut memahami dan berinteraksi dengan dunia luar.
Kebolehan kognitif yang baik dapat mempengaruh tindakan yang akan diambil oleh individu untuk
berdepan dengan cabaran dan halangan dalam kehidupan.Terdapat beberapa teori kognitif yang
diketengahkan oleh tokoh-tokoh ahli psikologi Penambahan pengetahuan ke dalam ingatan

9

jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan mendukung maksud
teori kognitif. Perbezaan kognitif wujud antara murid-murid kerana cara penerimaan
maklumat dan cara mereka memproses maklumat adalah berbeza untuk menghasilkan
tindak balas yang berlainan.

Berdasarkan teori kognitif Piaget yang diketengahkan oleh Jean Piaget (1896-1980).
Beliau mengatakan perkembangan kanak-kanak bermula sejak lahir sehingga dewasa.
Kanak-kanak melalui proses pembelajaran melalui eksperimen kecil yang dilakukan sendiri
dan pemerhatian di sekeliling mereka. Teori beliau menunjukkan kanak-kanak berkembang
melalui empat tahap. Perkembangan kanak-kanak berbeza daripada kecil. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan yang penting dengan sentiasa sedar akan perkembangan, minat, serta
bakat mereka.

I. Tahap deria motor
II. Tahap praoperasi
III. Tahap operasi konkrit
IV. Tahap operasi formal

2.4 EMOSI

Emosi difahami sebagai kumpulan reaksi organik yang dialami seseorang ketika mereka
bertindak balas terhadap rangsangan luaran tertentu yang memungkinkannya menyesuaikan diri
dengan situasi mengenai seseorang, objek, tempat, antara lain. Kata emosi berasal
dari emotio Latin, yang bermaksud "pergerakan", "dorongan". Seseorang itu mengalami emosi
jika terdapat rangsangan yang diterima. Emosi boleh terdiri daripada perasaan gembira, sedih,
ceria, girang, dan kecewa, takut, gelisah dan lain-lain. Emosi juga ialah satu reaksi yang
ditunjukkan oleh seseorang apabila dipengaruhi oleh sesuatu ataupun pengalaman yang
dihadapi. Pembawaan emosi mempengaruhi seseorang itu untuk bertindak secara terkawal dan
di luar kawalan. Individu yang mempunyai emosi yang ekstrem berisiko untuk bertindak secara
luar kawal dan dapat membahayakan diri serta orang sekeliling. Selain tindakan, emosi juga
dapat dilihat daripada ekspresi muka individu yang mengalaminya. Individu yang mengalami
emosi yang gembira menunjukkan ekspresi muka yang ceria serta dihiasi dengan senyuman
manakala individu yang mengalami emosi yang sedih pula berwajah muram.

Setiap individu mengalami emosi yang berbeza. Perbezaan emosi wujud disebabkan
pelbagai faktor antaranya ialah daripada hubungan intrapersonal, taraf ekonomi, kurang

10

sokongan, penyakit yang berkaitan emosi seperti bipolar. Perbezaan emosi juga disebabkan oleh
pemikiran individu itu terhadap situasi yang dihadapi. Pemikiran yang berbeza menyebabkan
wujudnya reaksi yang berbeza malah tindakan yang diambil turut berbeza. Sebagai contoh
situasinya ialah dua orang pelajar terserempak dengan anjing di taman, pelajar A mungkin berfikir
bahawa anjing tersebut mungkin akan menyerangnya jadi pelajar tersebut akan berasa gelisah
dan takut manakala pelajar B pula beranggapan bahawa anjing tersebut comel dan akan jinak
jika dibelai jadi pelajar tersebut berasa gembira.

2.5 KEMAHIRAN SOSIAL

Berdasarkan kamus dewan edisi ke-4 sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat dan kemasyarakatan. Dalam konteks perbezaan individu, aspek sosial boleh
dirumuskan sebagai kemahiran atau kebolehan sosial individu bergaul dengan orang
disekelilingnya. Kemahiran sosial ialah kemahiran yang digunakan untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan orang lain secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi secara lisan merujuk
kepada suara serta intonasi yang digunakan dan komunikasi bukan lisan pula merujuk kepada
riak muka, bahasa badan, gerak isyarat dan penampilan diri. Individu yang mempunyai kemahiran
sosial yang baik boleh mencapai komunikasi yang berkesan antara satu sama lain dan secara
tidak langsung akan membina hubungan sosial yang baik. Oleh itu, individu yang terlibat akan
mempunyai lebih ramai rakan. Kemahiran sosial seseorang berkait rapat dengan personaliti
setiap individu. Hal ini dikatakan demikian kerana sifat-sifat individu boleh menjadi punca dan
halangan kepada sesorang untuk mempunyai hubungan sosial.

Terdapat tiga jenis personaliti seseorang yang mempengaruhi kemahiran sosial seseorang.
Antaranya ialah personaliti ekstrovert. Ekstrovert adalah personaliti yang berdasar jiwa terhadap
dunianya, yang merupakan satu dari dimensi keperibadian introversi-ekstroversi. Individu yang
ekstrovert dipengaruhi oleh duna yang objektif dan orientasinya terutama terarah ke luar.
Persekitaran yang terlibat disekeliling individu tersebut mempengaruhi fikiran, perasaan dan
tindankannya. Ekstrovert mempunyai sifat mudah bergaul, suka akan hiburan, mempunyai ramai
rakan, memerlukan rakan untuk berbual, tidak suka bersendirian dan gemar melakukan perkara
tanpa berfikir terlebih dahulu. Individu ekstrovert dikatakan mempunyai semangat yang kuat untuk
menjalinkan hubungan dengan masyarakat, golongan ini akan mudah berasa bosan jika
bersendirian. Oleh itu, berdasarkan sifat-sifat tersebut dapat dirumuskan bahawa oleh individu
ekstrovert mempunyai kemahiran sosial yang baik, mereka dapat menjalinkan hubungan sosial
yang baharu walaupun berdepan dengan pelbagai situasi.

11

Selain itu, personaliti introvert amat bertentangan dengan ekstrovert. Introvert ialah personaliti
subjektif dan tidak jelas, orientasinya menuju ke dalam tubuh dan fikirannya sendiri. Individu
introvert lebih mementingkan dunianya sendiri dan bukan dengan dunia luar. Introvert adalah satu
dari dimensi keperibadian introversi-ekstroversi dengan ciri-ciri watak yang tenang, pendiam,
suka termenung, dan suka menyendiri. Disebabkan oleh watak mereka yang suka menyendiri
mereka amat berwaspada dengan rakan-rakan yang baharu dikenalinya. Mereka juga
mempunyai kelompok rakan yang sedikit antara seorang hingga dua orang. Individu yang
introvert mempunyai sikap yang suka menghindari dirinya daripada kawasan yang ramai. Mereka
merasakan ketidakselesaan dan perkara itu hanya membuang masa mereka sahaja. Golongan
ini sangat produktif dalam pekerjaan yang dilakukan secara individu.

Terdapat personaliti yang terhasil daripada gabungan ekstrovert dan introvert dan dikenali
sebagai ambivert. Individu yang tidak dapat mengenali personalitinya sama ada ekstrovert atau
introvert berkemungkinan mempunyai personaliti ambivert. Apa itu personaliti ambivert? Ambivert
ialah seseorang yang mempamerkan ciri kedua-dua ekstrovert dan introvert, dan boleh bertukar-
tukar sifat mengikut perasaan, konteks dan matlamat mereka. Personaliti ambivert adalah
perkara normal yang boleh berlaku kepada diri individu. Pemerolehan pengalaman dari semasa
ke semasa menyebabkan seseorang itu bertukar-tukar personaliti. Perubahan personaliti
ambivert juga dipengaruhi oleh situasi yang dihadapi seseorang ia turut dikenali sebagai introversi
situasi (situational introversion). Terdapat beberapa tempat atau situasi yang golongan ini
merasakan dirinya tidak perlu aktif dan sebaliknya. Sebagai contoh dalam persekitaran
pembelajaran, golongan ini amat aktif dalam perbincangan dan bijak berkomunikasi dengan guru.
Personaliti ini bersifat neutral, tidak juga lebih kepada ekstrovert dan tidak juga lebih kepada
introvert. Golongan ini adalah individu yang amat menarik kerana mereka boleh menjadi ahli
perbualan yang cemerlang serta pendengar yang baik. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh
golongan ini ialah tidak lari daripada perhatian tetapi bergantung kepada konteks, seronok berada
di khalayak yang ramai, lebih suka kepada percakapan yang bermakna, teruja terhadap aktiviti
sosial, mengambil masa bersendirian dalam tempoh yang singkat dan biasanya berfikir sebelum
bercakap.

2.6 PERBEZAAN SIKAP

Dalam psikologi sikap merujuk kepada satu set emosi, kepercayaan dan tingkah laku
terhadap objek, orang, benda, atau peristiwa tertentu. Sikap selalunya hasil daripada pengalaman

12

dan didikan yang mempunyai pengaruh kuat terhadap tingkah laku. Walaupun sikap dikatakan
kekal tetapi sikap boleh berubah jika terdapat faktor dorongan yang kuat. Sikap adalah sudut
pandangan sesorang terhadap orang yang lain. Sikap seseorang terhadap orang lain dibentuk
melalui emosi dan tanggapan peribadi individu tersebut. Namun begitu terdapat beberapa faktor
yang boleh membentuk sikap seseorang. Perbezaan sikap setiap individu disebabkan faktor-
faktor yang dihadapi adalah berbeza dan turut memberikan tindak balas yang berbeza.

Sikap boleh dibentuk melalui pengalaman yang dialami oleh individu tersebut dari semasa ke
semasa sama ada daripada pengalaman peribadi secara langsung atau terhasil daripada
pemerhatian individu tersebut. Seseorang yang mempunyai pengalaman yang buruk ataupun
ekstrem berkecenderungan bersikap waspada dan ragu-ragu terhadap persekitarannya.

Sikap boleh dipengaruhi oleh peranan sosial dan norma sosial. Peranan sosial merujuk
kepada cara mereka sepatutnya berkelakuan dalam peranan atau knteks tertentu. Contohnya
jika individu tersebut bekerja sebagai pengurus syarikat, beliau haruslah berperanan tegas dan
karisma dalam melakukan tugasnya. Norma sosial ialah peraturan yang telah ditetapkan oleh
masyarakat untuk tingkah laku yang boleh diterima.

Sikap juga boleh diturunkan oleh orang sekeliling. Apabila seseorang yang amat rapat dengan
kita mempunyai pandangan mengenai sesuatu, kita akan mudah terikut dengan pandangan
mereka. Kanak-kanak contohnya banyak menghabiskan masa dengan memerhati sikap yang
ditunjukkan ibu bapa mereka dan akhirnya akan menunjukkan sikap yang sama dengan ibu bapa
mereka. Remaja pula lebih mudah terpengaruh sikap dengan rakan sebaya. Rakan sebaya yang
membawa pengaruh yang negatif secara tidak langsung akan membentuk sikap negatif dalam
diri rakannya yang lain. Perkara sama juga berlaku individu tersebut mempunyai rakan yang
bersikap positif maka dia turut akan bersikap positif. Dapat dirumuskan bahawa ibu bapa haruslah
menjadi contoh kepada anak-anak mereka, ibu bapa perlulah menunjukkan sikap-sikap yang baik
di depan anak-anak mereka bak kata pepatah lenturlah buluh biar daripada rebungnya. Sebagai
remaja pula, kita perlulah bijak membezakan perkara yang baik dan yang buruk serta memilih
rakan yang dapat memberikan pengaruh yang positif dalam kehidupan harian.

13

2.7 PERBEZAAN KEROHANIAN

Kerohanian ialah kepercayaan terhadap sesuatu di luar diri. Kepercayaan ini mungkin
melibatkan kepercayaan dalam agama masing-masing dan juga boleh melibatkan kepercayaan
holistik individu dengan orang lain. Kerohanian juga dikatakan hubungan antara minda dan jiwa.
Terdapat pelbagai jenis kerohanian daripada tradisi keagamaan dan kepada pendekatan yang
lebih secular. Beberapa bentuk kerohanian ialah agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu,
Humanism, Yahudi, Sikhisme, dan lain-lain lagi. Setiap murid mempunyai nilai-nilai kerohanian
yang berbeza kerana mereka dibesarkan mengikut agama yang berbeza oleh ibu bapa mereka.
Nilai-nilai murni diajar berlandaskan kesesuaian agama mereka masing-masing. Di sekolah, guru
hanyalah memainkan peranan dengan menggunakan nilai-nilai yang sudah diterapkan dalam diri
murid-murid untuk membentuk persekitaran yang harmoni dan seimbang antara hubungan guru
dan murid. Oleh itu, guru perlulah berwaspada dan mengelakkan diri daripada menyent uh
sensitiviti yang berkaitan dengan keagamaan dalam pembelajaran. Penting juga diingatkan
kepada masyarakat lain untuk memelihara dan menjaga isu sensitiviti perbezaan kerohanian
yang melibatkan keagamaan agar dapat hidup dengan aman damai.

3.0 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

 KETURUNAN

Perbezaan individu boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka. Contohnya
perbezaan individu seperti ketinggian, warna anak mata, warna kulit, ketebalan serta warna
rambut, bentuk muka, rupa dan saiz kaki dapat diturunkan secara genetik kepada anak-anak.
Selain itu, perbezaan intelektual anak-anak juga sebahagian besarnya dikatakan dipengaruhi
oleh faktor keturunan.

 PERSEKITARAN

Persekitaran dapat mempengaruhi tindakan, tingkah laku, sikap serta perwatakan seseorang.
Persekitaran merujuk kepada kumpulan masyarakat, jenis individu yang terlibat, budaya dan cara
bersosial. Persekitaran yang negatif mempengaruhi individu ke jalan yang negatif manakala
persekitaran yang positif pula mempengaruhi individu secara positif.

14

 PENDIDIKAN

Tidak dinafikan lagi bahawa faktor pendidikan juga boeh mewujudkan perbezaan antara
individu. Hal ini dapat dilihat daripada segi percakapan dan tindak balas daripada golongan yang
berpendidikan dan tidak berpendidikan. Sifat-sifat manusia seperti sosial,emosi dan intelektual
…. Pendidikan jelas memberikan perubahan dari segi pemikiran, kematangan bersuara,
personaliti dan tingkah laku. Individu yang tidak mempunyai pendidikan melakukan keputusan
dengan hanya bergantung kepada emosi dan kata hati manakala. Pada era pembangunan ini,
tidak seharusnya ada lagi keciciran dalam pendidikan, semua rakyat Malaysia perlu mendapatkan
pendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat sekolah menengah.

 KAUM

Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Kaum
terbesar di Malayia ialah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai tradisi dan adat yang
berbeza-beza. Hal ini yang menjadikan individu tersebut berbeza dengan individu yang lain.
Contohnya ialah kaum Melayu, kaum melayu adalah etnik yang terbesar di Malaysia yang mana
majoritinya beragama Islam dan berbahasa melayu. Kaum melayu mempunyai pakai
tradisionalnya sendiri iaitu baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki. Kaum
melayu terkenal dengan sifat peramah. Kaum cina pula ialah kumpulan etnik kedua terbesar.
Kaum ini terbahagi kepada tiga kumpulan kecil yang menggunakan dialek pertuturan yang
berbeza iaitu Hokkien yang menetap di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala
Lumpur dan Mandarin bagi yang tinggal di Kawasan selatan Johor. Pakaian tradisional kaum
Cina ialah cheongsam bagi perempuan dan samfu bagi lelaki. Mereka terkenal dengan sifat yang
rajin bekerja. Bagi kaum India pula kebanyakan mereka beragama hindu dan berbahasa tamil,
mereka bersikap suka akan kedamaian.

4.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif.
 Guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan
wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan
oleh guru.
 Guru sememangnya perlu menempuhi pelbagai variasi, perwatakan dan tingkah laku
yang ditampilkan oleh murid disebabkan oleh perbezaan individu ini.

15

 Guru turut perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
para murid mengikut keadaan semasa.

4.1 KESAN TERHADAP KESEDIAAN BELAJAR MURID
Menurut Bruner (1966), kesediaan belajar adalah merujuk kepada apa jua perkara yang

dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat
perkembangan. Hal ini adalah kerana, kesediaan belajar dapat diwujudkan melalui
perkembangan individu dari segi emosi, intelek, psikomotor dan kematangan murid. Contoh,
kanak-kanak berfikir secara konkrit pada peringkat perkembangan mereka dan pemikiran konkrit
ini digunakan sebagai persediaan untuk mempelajari cara pembelajaran abstrak. Oleh yang
demikian, persediaan ini dapat membantu pelajar untuk memahami pelajaran yang baru
berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada.Setiap murid mempunyai
perbezaan dalam tahap kesediaan belajar semasa berada di dalam kelas. Tahap kesediaan ini
dapat dilihat daripada pelbagai sudut pandangan termasuk aspek kesediaan dalam konteks
emosi (afektif), kognitif dan psikomotor. Tahap kesediaan ini sangat penting dalam diri murid bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui oleh mereka. Oleh sebab
setiap murid itu berbeza-beza, maka guru perlu membuat pemerhatian awal secara rambang
untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari tersebut. Sebagai contoh, guru boleh
membuat aktiviti kecergasan untuk menguji tahap kestabilan emosi, kognitif dan psikomotor murid
sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Dengan cara ini, guru dapat mengenal
pasti tahap kesediaan belajar murid dan guru boleh mengambil tindakan selanjutnya untuk
memastikan tahap kesediaan murid pada tahap yang baik dan optimum. Guru dapat melihat
implikasi kewujudan perbezaan individu terhadap kesediaan belajar murid menerusi analogi
berikut. Bagi murid yang telah pun mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki
kelas tadika dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru mengajar, manakala
bagi murid yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan pendidikan asas akan
kelihatan tidak bersedia semasa di dalam kelas. Impaknya, murid
yang mempunyai pengetahuan asas belajar ini akan lebih fokus
dan faham semasa diajar oleh guru sebaliknya, murid yang tidak
mempunyai pengetahuan asas belajar akan mengalami kesukaran
untuk memahami apa yang diajar oleh guru mereka.

16

4.2 WUJUDNYA PERBEZAAN EMOSI DALAM DIRI MURID
Emosi adalah rasa hati atau perasaan yang sering dikaitkan dengan keadaan yang

bersifat dalaman seperti perasaan marah, takut, bimbang, kecewa dan sebagainya. Emosi ini
berkait rapat dengan segala tindakan dan kegiatan individu. Emosi ini lahir daripada jiwa individu
itu sendiri dan emosi ini banyak mempengaruhi tindakan dan perasaan individu. Emosi agak
sukar untuk dikawal kecuali individu yang benar-benar mempunyai kekentalan mengawalnya.
Mari kita lihat contoh melalui situasi murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia
serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Murid-murid
seperti ini sudah tentu dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru
di dalam kelas. Penumpuan seperti ini tetap akan membantu mereka membentuk konsep-konsep

yang jelas dalam pelbagai mata pelajaran seterusnya
membolehkan pelajar berkenaan memperoleh
pencapaian akedamik yang baik di dalam bilik darjah.
Murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau
ibu bapa yang terlalu sibuk sentiasa mengalami
masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan
perhatian. Emosi yang kurang stabil tetap akan
menjejaskan penumpuan mereka terhadap mata
pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas seterusnya akan menjejaskan pencapaian
akedemik mereka. Oleh sebab itu, perbezaan individu telah mewujudkan emosi murid yang
berbeza-beza mengikut latar belakang kehidupan masing-masing. Oleh sebab itu, guru perlu
mencari cara untuk mendalami emosi murid supaya emosi mereka tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang ceria, gembira dan positif
supaya emosi murid-murid ini sentiasa seimbang dan bersemangat untuk menimba ilmu
pengetahuan.

4.3 GANGGUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENERUSI TINGKAH LAKU
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah

laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkah laku murid yang bermasalah boleh dibahagikan
kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Perlakuan ingin tahu, cepat belajar,
pintar, cerdas dan proaktif dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah positif. Tingkah laku
bermasalah negatif pula dikaitkan dengan tingkah laku anti-sosial, mengganggu dan tingkah laku

17

bergantung yang berlebihan. Gangguan pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan
kesediaan belajar. Guru perlu sentiasa bersedia dengan gangguan daripada pihak murid kesan
daripada variasi tingkah laku daripada perwatakan murid yang berbeza-beza. Murid-murid yang
bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka akan
bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang
berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran.
Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru.
Kesannya, tingkah laku sebegini menyebabkan murid lain tidak fokus semasa belajar Guru harus
berhati-hati menangani murid-murid yang memiliki salah laku iaitu yang berkecenderungan
merosakkan harta benda sekolah sehingga boleh mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain
supaya dapat menjamin kesejahteraan bersama. Walau bagaimanapun, menurut Suppiah
Nachiappan et.al (2008),murid yang cerdik mengganggu pembelajaran seperti terlalu proaktif,
menyudahkan kerja terlalu cepat dan berani melawan. Manakala murid yang bertingkah laku
seperti suka tumbuk-menumbuk, bergaduh, vandalism dan lain-lain dikategorikan sebagai

tingkah laku murid bermasalah negatif. Oleh
sebab itu, guru hendaklah mengetahui strategi
dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian untuk mengatasi masalah tingkah
laku murid di dalam kelas.

4.4 BERLAKU PERBEZAAN PERSONALITI
DI DALAM KELAS

Allport (1971) dalam bukunya Personaliti mendefinisikan personaliti seperti berikut:
"Personaliti adalah suatu sistem psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal ynag dinamik akan
memberi garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan cirri-ciri tingkah laku yang
bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Personaliti yang dinamik ini memberi
ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung rapat dengan keadaan fizikal
seseorangPersonaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti
melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang. Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu
kemampuan dan personaliti. Aspek kemampuan meliputi pencapaian dalam pembelajaran,
kecerdasan dan bakat; manakala aspek personaliti meliputi watak, sifat, penyesuaian diri, minat,

18

emosi, sikap dan motivasi. Gaya percakapan, cara
bertindak, tingkah laku yang ditunjukkan dan cara
seseorang itu berinteraksi dengan persekitaran dapat
membantu mengenali personaliti seseorang.
Personaliti boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori,
iaitu introvert, ekstrovert dan ambivert. Individu murid
yang dikatakan introvert ialah murid yang pasif di
dalam kelas iaitu sentiasa menyimpan perasaan dan
emosinya dalam situasi nyata. Dalam bilik darjah,
murid ini tidak banyak bercakap dan banyak masanya
ditumpukan dengan mendengar apa yang disampaikan oleh guru sahaja. Umumnya, murid
introvert ini mempunyai sikap serius, pendiam dan pemalu serta jarang bertanyakan soalan.
Sebaliknya, murid yang dikatakan ekstrovert lebih aktif dan lebih melibatkan diri semasa di dalam
kelas. Murid ekstrovert ini mempunyai semangat yang aktif dan luar biasa, suka bertanya,
sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di dalam kelas. Sungguhpun begitu, tiada murid
atau manusia yang benar-benar dikategorikan sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya.
Setiap individu mempunyai ciri-ciri introvert dan ekstrovert mengikut keadaan semasa.
Kadangkala, seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi tetapi
dengan ciri-ciri ekstrovert dalam situasi yang lain pula. Misalnya, seseorang individu
menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah, tetapi menjadi pendiam dan pemalu apabila
berada di sekolah. Individu atau murid yang mempunyai kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert
ini dikatakan individu atau murid yang mempunyai personaliti ambivert.

Personaliti setiap pelajar di dalam kelas berlainan dari pelbagai aspek. Guru seharusnya
memahami personaliti setiap muridnya. Dengan ini, terdapat pelbagai kepentingan bagi guru
supaya memahami personaliti muridnya. Antara kepentingannya ialah guru dapat mengenal pasti
kelemahan dan kelebihan anak muridnya. Apabila kelemahan dan kelebihan mereka dapat
dikenal pasti, guru dapat mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang
menarik dan lebih berkesan serta bersesuaian. Sebagai contoh, guru boleh mengajar murid yang
gemar aktiviti luar dengan menggunakan kaedah lawatan dan soal jawab kerana mereka lebih
suka mendapatkan ilmu dan pengalaman di luar bilik darjah. Bagi pelajar yang kurang gemar
aktiviti luar yang personalitinya agak pasif, guru haruslah mendorong mereka untuk mendekati
murid yang gemar aktiviti luar dengan menggabungkan mereka dalam satu kumpulan. Selain itu,
guru juga mampu meramal gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu
situasi. Dengan ini, guru dapat membuat persediaan bagi menghadapi situasi yang tak dijangka.

19

Misalannya, kadang-kadang guru tidak menjangka murid yang agak pasif akan rendah diri
meruntuhkan keyakinannya apabila soalan yang ditanya tidak dapat dijawab dengan baik
seterusnya ditertawakan oleh semua rakan-rakannya. Dalam hal ini,guru perlu bersiap sedia
dengan soalan yang agak mudah untuk disoalkan kepada murid itu semula agar keyakinannya
dapat diraih semula dalam diri mereka lebih-lebih lagi di hadapan pelajar-pelajar lain. Guru juga
boleh mendorong murid menonjolkan kebolehan mereka di dalam kelas. Sebagai contoh,
seandainya seorang pelajar yang dikenalpasti mempunyai kebolehan melukis, guru boleh
menyuruhnya melukis gambar di hadapan kelas. Kesannya, pelajar tersebut akan berasa dihargai
dan diberi penghormatan oleh guru dan rakan-rakannya yang lain. Ini secara tidak langsung dapat
membantu memperbaiki personaliti pelajar, daripada seorang yang sering merendah diri menjadi
seorang lebih yakin untuk tampil ke hadapan manakala daripada seorang yang agak yakin
menjadi lebih yakin untuk menonjolkan kebolehannnya.

4.5 KEWUJUDAN PERBEZAAN GAYA KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR

Menurut Garity (1985), gaya kognitif adalah cara-cara manusia memproses maklumat

dan pengalaman. Gaya kognitif dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu analisis, idealis, realis,

pragmatik dan sintesis. Setiap murid mempunyai gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza.

Setiap individu berbeza dari segi kebolehan kognisi iaitu menaakul, berfikir logik, berbahasa,

mengira dan berimaginasi. Gaya kognitif dimaksudkan sifat-

sifat memproses maklumat yang mencerminkan cara biasa

murid-murid melakukan persepsi, pemikiran, pengingatan dan

penyelesaian masalah. Ia juga menerangkan bagaimana

seseorang individu memperolehi pengetahuan dan

bagaimana mereka memproses pengetahuan

tersebut. Sekiranya gaya kognitif muri-murid adalah selaras

dengan gaya kognitif guru, maka pengajaran dan

pembelajaran adalah berkesan kerana gaya kognitif yang

sama akan mempertingkatkan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain. Contohnya,

murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja manakala murid-murid yang tidak

berminat belajar akan menghantar lewat tugasannya kepada guru. Setiap murid mempunyai gaya

belajar tersendiri dan berbeza-beza mengikut situasi. Terdapat 3 gaya belajar yang popular iaitu

20

kaedah pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik) yang menggunakan 3 jenis deria iaitu
penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Pelajar visual lebih mudah untuk menyerap dan
menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta
dan gambarajah. Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui
pendengaran. Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja
berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam
pembelajarannya. Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal.
Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan
sentuhan ataupun alatan. Tidak ada mana-mana jenis pelajar yang lebih baik daripada pelajar
yang lain. Setiap gaya pembelajaran mempunyai keunikan tersendiri.

5.0 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU

5.1 MENGADAKAN PROGRAM PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran
asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program
pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.Program

pemulihan dan ialah satu usaha yang dilakukan oleh
guru untuk meningkatkan penguasaan murid-murid
yang lemah dalam kemahiran 3M mahupun murid
tercicir. Pemulihan merupakan tindakan yang
dijalankan untuk membantu murid-murid yang
mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis, dan mengira. Program
pemulihan menyasarkan murid-murid yang tercicir
disebabkan oleh faktor seperti masalah kesihatan, kesukaran dalam memahami dan menguasai
sesuatu kemahiran, kadar lupaan yang tinggi dan lain-lain. Program pemulihan bertujuan untuk
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar seterusnya memberi keyakinan
diri serta dapat memberikan semangat untuk belajar. Contohnya, program pemulihan dan kelas
pengkhususan yang boleh digunakan oleh guru iaitu berada di samping murid sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk memberi tunjuk ajar.

21

Menurut Mok Soon Sang (1990), aktiviti pengayaan
disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di
peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan
cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti
pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan
pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam
sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program
pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh
kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan
mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat
kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan,
dan masyarakat.Program pengayaan ialah satu usaha pembelajaran yang dirancang bertujuan
untuk memberi peluang kepada murid-murid bagi menimba pengalaman berdasarkan program
atau aktiviti pengajaran. Program ini merujuk kepada prestasi, kemampuan, kemahiran dan tahap
intelek murid itu sendiri. Program pengayaan bertujuan untuk mengembangkan sifat ingin tahu,
mencungkil bakat dan potensi diri, meningkatkan keyakinan murid, memupuk semangat dan
personaliti pemimpin, berani menyahut cabaran serta menyemai sikap berdikari dalam
pembelajaran. Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk
semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh mendapat pengalaman
dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai untuk mereka aktiviti
aktiiti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-
murid. Misalnya, pengayaan mendatar seperti kerja kursus dan lembaran kerja manakala
pengayaan menegak seperti kerja projek.

5.2 MEMPELBAGAIKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Abdul Ghaffar (2003), kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
bertujuan untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
sehingga tamat. Dalam pada itu, guru perlu menggalakkan penglibatan murid-murid serta
meningkatkan motivasi murid. Contohnya, aktiviti yang boleh disarankan oleh guru semasa di
dalam kelas termasuklah aktiviti kuiz, perbincangan, teka silang kata, lakonan, projek, lawatan
dan lain-lain. Selain itu, guru juga boleh membuat kaedah penyoalan dalam bentuk pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, penilaian supaya murid lebih berfikir. Di samping itu, guru boleh
memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya

22

untuk menarik minat murid belajar sehingga ke akhirnya. Kepelbagaian aktiviti di dalam bilik
darjah dapat mewujudkan penglibatan semua murid yang berbeza-beza perwatakannya supaya
guru dapat menilai kebolehan dan tahap prestasi pembelajaran anak-anak muridnya. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai juga dapat mewujudkan rasa seronok dalam
diri murid untuk belajar serta merangsang minat murid untuk kekal belajar dan tidak mudah cepat
berasa bosan. Menerusi kepelbagaian aktiviti dalam kelas, guru boleh mengukur prestasi dan
penglibatan murid di dalam kelas supaya mudah untuk guru mengambil tindakan yang sesuai.
Sebagai contoh, guru dapat mengenal pasti murid yang introvert dan ekstrovert apabila
menggunakan aktiviti secara berkumpulan seperti aktiviti perbincangan. Aktiviti perbincangan
boleh menjadikan murid yang pendiam dan pemalu menjadi aktif apabila mereka didorong untuk
bercakap dan berinteraksi bersama ahli kumpulan yang lain. Kepelbagaian aktiviti dalam bilik
darjah dapat mengatasi masalah perbezaan individu.

5.3 PELBAGAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu
kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di bilik darjah (Brown J.W, 1983). Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang
tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat
berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar

kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat
mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Bahan
bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks,
papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua
pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para
pelajar. Bahan bantuan mengajar ini sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Atan Long (1982) pula, alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai
bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam bentuk
buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bukan itu sahaja, beliau turut membahagikan
alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat pandangan dan alat
pendengaran. Oleh itu, alat bantuan mengajar ini bukan sahaja tertumpu kepada penglihatan
namun kepada semua yang dinyatakan oleh Atan Long (1982). Alat bantu mengajar boleh

23

dibahagikan kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik (Noraziah Abdul
Hamid, 1981). Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur- slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain Bahan-
bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar carta model, surat
khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti
lakonan, pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar. Sungguhpun
begitu, alat bantu mengajar (ABM) hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan Alat
bantu mengajar (ABM) haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya
mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

5.4 MEWUJUDKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai
satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar
berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu
hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.Pembelajaran koperatif juga
dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja
bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama
mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama
dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi
serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.
Menurut Slavin 1982, pembelajaran koperatif melibatkan
pembelajaran dalam kumpulan heterogenius yang
biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Sebagai
contoh, pembelajaran koperatif dapat mengatasi
perbezaan individu apabila murid cerdas akan membantu
murid lemah dengan bersungguh-sungguh kerana markah
yang diperoleh setiap individu dalam kumpulan akan
menjadi marjah kumpulan. Kebaikan pembelajaran koperatif adalah dapat memupuk semangat
kerjasama serta ada dalam kalangan murid yang merasai pengajaran dengan rakan sebaya lebih
berkesan dan lebih mudah faham. Terdapat lima elemen dalam pembelajaran koperatif iaitu
saling bergantungan secara positif, penanggungjawaban kendiri, interaksi secara bersemuka,
pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit dan pemprosesan kumpulan.

24

5.5 MEMBERIKAN PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli
yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa
positif dan negatif. Peneguhan positif dan negatif ini merupakan salah satu teknik modifikasi
tingkah laku. Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik
berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang
positif.Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia
sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah
laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah
laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus

atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam
pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif.
Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan
dipanggil sebagai ganjaran. Cara peneguhan yang
diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku
yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin
membantu salah seorang muridnya yang pemalu.
Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang
telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang
pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan
pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid
tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang.
Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya. Peneguhan negatif berfungsi
mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat
dikuatkan lagi. Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan
kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak
dikehendaki. Contohnya, guru akan menegur pelajar yang tidak menyiapkan tugasan tepat pada
waktunya menghasilkan tingkah laku masa hadapan murid iaitu pelajar tersebut akan
menyiapkan tugasan seterusnya tepat pada waktunya. Tegasnya, peneguhan positif dan negatif

25

sangat penting bagi guru untuk menghadapi situsi perbezaan individu di dalam kelas serta untuk
mempengaruhi tingkah laku murid-murid.

6.0 RUMUSAN
Sesungguhnya, perbezaan individu telah menunjukkan bahawa setiap manusia dan

setiap murid berbeza-beza dalam pelbagai aspek. Perkara ini disebabkan oleh manusia
dilahirkan dengan kecenderungan masing-masing. Namun begitu, guru perlu mempercayai
bahawa setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan tersendiri serta tiada
diskriminasi dalam menimba ilmu. Sebagai pendidik, peranan guru sangat penting untuk
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran denagn berkesan dan berfaedah untuk setiap
murid yang berbeza. Dalam pada itu, guru hendaklah
sentiasa mencuba membina kebijaksanaan dan kebolehan
murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Perbezaan
individu ini bukanlah penghalang untuk setiap murid yang
berbeza-beza tidak berjaya dalam kehidupan kerana tidak
ada yang mustahil untuk seseorang itu beroleh kejayaan.
Perbezaan individu perlu dipandang sebagai satu motivasi dan dorongan untuk mengembangkan
bakat dan potensi masing-masing menggunakan saluran yang berbeza-beza.

26

7.0 RUJUKAN
7.1 Sumber Primer
a) Buku
Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad dan Aris Fazil bin Haji Ujang. (2010). Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Idris Mohamad, Shamsudin Mohd Sharid dan Jamaludin Ahmad. (2001). Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Muhammad Aisy Safiy Mohd Firdaus dan Fakhrusy Irfan Saidi. (2020). Modular Sains Sukan
STPM Semester 3. Selangor: Local Publications.

Maccoby, E. E., & Jacklin, C. N. (1974). The Psychology of Sex Differences. California: Standford
University Press

Shahizan, Tsai Chen Chien dan Saw Hooi Chin. (2006). Intrapersonal & Interpersonal untuk
Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan,
Siri Pendidikan Guru : Oxford Fajar.

27

7.2 Sumber sekunder
b) Internet

Aira Amira Samsuri. (2017). Definisi Bahan Bantu Mengajar. Dicapai pada 30 Disember 2021

Daripada https://airamirasamsuri.blogspot.com/2017/05/definisi-bahan-bantu-
mengajar.html

Amin. (2017). Kesediaan Belajar, Persepsi dan Penanggapan. Dicapai pada 29 Disember 2021

daripada http://edup3033.aminteach.com/2017/03/08/kesediaan-belajar-persepsi-dan-
penanggapan/

Baiti Jannati. (2012). Pemulihan dan Pengayaan. Dicapai pada 2 Januari 2022 daripada
http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/pengayaan-dan-pemulihan_2736.html

Azizi Yahaya dan Shahrin Hashim. (2008). Mengenal Personaliti Remaja. Dicapai pada 29

Disember 2021 daripada

https://www.researchgate.net/publication/264972511_Mengenal_Personaliti_Remaja_1_
1_MENGENAL_PERSONALITI_REMAJA

Dr. Rod Clarken. (2012). Individual Differences Factors. Dicapai pada 28 Disember 2021 daripada
https://rodclarken.wordpress.com/2012/08/14/individual-differences-factors/

Halimah Abdullah. (2012). Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Dicapai pada 29 Disember 2021 daripada
http://cikgumuzikpsiko.blogspot.com/2012/08/implikasi-perezaan-individu-terhadap-p-
p.html

Izardi. (2018). Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Koperatif. Dicapai pada 2 Januari 2022

daripada http://kpd3016sesi1819.blogspot.com/2018/12/kaedah-pengajaran-

pembelajaran-koperatif.html

Krishna jumar. (2013). Pembelajaran motor. Dicapai pada 28 Disember 2021 daripada

28

http://pembelajaranmotor.blogspot.com/2013/02/kavithrra-wasudaven-perbezaan-
individu.html

Tika zukhi. (2012). Perbezaan Individu. Dicapai pada 1 Januari 2022 daripada
http://insaniah-gurudpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaan-individu.html

Krishna jumar. (2013). Pembelajaran motor. Dicapai pada 28 Disember 2021 daripada
http://pembelajaranmotor.blogspot.com/2013/02/kavithrra-wasudaven-perbezaan-
individu.html

Kendra Cherry. (2021). Attitudes and Behaviour in Psychology. Dicapai pada 2 Januari 2022
daripada https://www.verywellmind.com/attitudes-how-they-form-change-shape-behavior-
2795897

Lim Lee Yiu. (2012). Modifikasi Tingkah Laku : Peneguhan Positif dan Negatif, Denda dan
Peneguhan, Reserve Psikologi. Dicapai pada 7 Januari 2022 daripada
http://limleeyiu3996.blogspot.com/2012/09/pengenalan-pengertian-tingkah-laku.html

Maria Jose Roldan. (2018). Kemahiran Sosial: untuk apa dan apa itu?. Dicapai pada 2 Januari
2022 daripada https://www.recursosdeautoayuda.com/ms/kemahiran-
sosial/?utm_source=destacado-inside

Mages Panjaman. (2013). Kepelbagaian Budaya Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2022
daripada https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia

Norihan Mahmood. (2017). Perbezaan antara otak lelaki dan perempuan. Dicapai pada 28
Disember 2021 daripada https://ms.weblogographic.com/difference-between-male-and-
female-brains-729

29

Nur Amalina Johari. (2019). Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran. Dicapai pada 29 Disember 2021 daripada
https://www.slideshare.net/amalinajohari94/implikasi-perbezaan-individu-terhadap-
pengajaran-dan-pembelajaran-140657256

Rosly Kayar. (2010). Personaliti dan Konsep Kendiri. Dicapai pada 30 Disember 2021 daripada
http://oslypunya.blogspot.com/2010/10/personaliti-dan-konsep-kendiri.html

Ryan Smith, Anna Alkozei dan William. D. S. Killgore. (2017). How do emotions work ? . Dicapai
pada 29 Disember 2021 daripada
https://kids.frontiersin.org/articles/10.3389/frym.2017.00069

30


Click to View FlipBook Version