A+
#1 Nota Rujukan Ringkas Pelajar
KESAN-KESAN
PERBEZAAN
INDIVIDU
DALAM
PENDIDIIKAN
kepelbagaian variasi di dalam diri pelajar dapat
mewujudkan kesan di dalam pendidikan mereka
Ditulis oleh Musliha binti Mohd Rased
1.o KESAN-KESAN PERBEZAAN INDIVIDU DALAM
PENDIDIKAN
Terhadap kesediaan Tingkah laku mempengaruhi
pelajar proses pengajaran dan
pembelajaran
kesan perbezaan Personaliti pelajar
individu yang berbeza-beza
Perbezaan emosi Perbezaan kognitif dan
dalam diri pelajar gaya belajar
1.1 KESAN TERHADAP KESEDIAAN PELAJAR
Perbezaan dalam kesdiaan emosi, kognitif dan
psikomotif menyebabkan wujudnya perbezaan dalam
kesediaan pelajar dalam pembelajaran. Kesediaan pelajar
juga dipengaruhi oleh motivasi dan tekanan emosi.
Kesan ini mendatangkan implikasi positif dan implkasi
negatif. kesediaan pelajar adalah lebih tinggi jika individu
tersebut sudah mendapat pendidikan asas di rumah dan
telah mendapat pendidikan awal seperti prasekolah.
mereka akan mempunyai semangat lebih bersedia semasa
guru mengajar.
Implikasi negatif pula ialah individu yang belum
diperkenalkan dengan pendidikan asas semasa di rumah.
Kemudahan yang disediakan dirumah mungkin tidak
dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak mereka.
Kesannya, anak itu akan kurang bersedia apabila berada di
kelas.
1.2 PERBEZAAN EMOSI DALAM
PELAJAR
Emosi adalah rasa hati atau perasaan yang
seringdikaitkan dengan keadaan yang bersifat dalaman
seperti sifat marah, takut, bimbang, kecewa dan lain-lain.
Sebagai contoh, pelajar yang berasal daripada keluarga
yang bahagia dan diasuh oleh ibubapa akan mempunyai
emosi yang lebih stabil tambahan pula, pelajar yang
mendapat sokongan penuh oleh keluarga mereka akan lebih
fokus di dalam kelas.
Sebaliknya, pelajar akan terkesan secara negatif jika
mereka mempunyai hubungan kekeluarrgaan yang retak,
ibu bapa yang bercerai dan sebagainya. Kesannya, prestasi
pelajar tersebut lemah dan akademik mereka merosot.
1.3 PERBEZAAN KOGNITIF DAN GAYA BELAJAR
Setiap individu berbeza dari segi kebolehan kognisi
seperti kemahiran menaakul, berfikir logik, berbahasa,
mengira dan berimaginasi. Setiap pelajar juga selesa
menggunakan gaya belajar masing-masing seperti
menggunakan gaya audio, visual, kinestetik atau lain-lain.
1.4 PERSONALITI PELAJAR YANG BERBEZA-BEZA
Aspek sosial menyebabkan berlakunya personaliti yang
berbeza-beza dan kadang berubah mengikut keadaan.
Contoh personaliti pelajar yang positif ialah rajin, aktif, pintar,
banyak bertanya, ramai kawan dan tidak mudah putus asa
manakala personaliti yang negatif ialah malas, kurang
semangat,tidak cergas, dan mudah putus asa.
1.5 TINGKAH LAKU MEMPENGARUHI PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Perbezaan tingkah laku boleh mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran. hal ini kerana tingkah laku
yang berbeza wujud disebabkan variasi individu tersebut.
Jadi guru perlulah bersedia dari pelbagai aspek untuk
menangani dan menghadapi tingkah laku atau karenah
pelajar. Tingkah laku pelajar yang sentiasa berdisiplin dan
bersedia di dalam kelas akan memudahkan proses
pembelajaran manakala tingkah laku pelajar yang sebaliknya
pula seperti sentiasa berkelakuan nakal dan tidak serius
akan menganggu fokus pelajar yang lain dan hal ini turut
menjejaskan proses pengajaran.
TERIMA
KASIH
Nota ini adalah catatan
ringkas mengenai
subtopik kecil
perbezaan individu.
kesan-kesan
perbezaan individu di
dalam pendidikan.
Terdapat pelbagai
kesan perbezaan
individu yang wujud
dalam diri pelajar.
Oleh sebab itu, guru
haruslah memainkan
peranan yang penting
untuk memberikan
pendidikan yyang
berkualiti tanpa
mengetepikan
perbezaan yang wujud
dalam diri pelajar.