The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazahsiti79, 2022-02-08 03:38:10

DIVIDER FAIL RPH USTAZAH SITI

DIVIDER FAIL RPH

Ustzah Siti Nor Mazidah

KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN.

KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA.

KELUHURAN
PERLEMBAGAAN.

KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG.

KESOPANAN DAN
KESUSILAAN.

zidah



SEKOLAH YANG BERKESAN

PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN.

GURU YANG PROFESIONAL

KURIKULUM YANG RELEVAN

PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SISTEM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN

PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF

PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT

PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN
PEMANTAUAN YANG BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN





Menanamkan sikap positif dan
menghapuskan sikap negatif
dalam melaksanakan tugas-tugas

yang diamalkan bagi
mempertingkatkan kualiti kerja.

Meningkatkan disiplin diri bagi
menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan dan

organisasi.

Memberikan sumbangan positif
yang berterusan kepada negara

Melahirkan bangsa Malaysia
yang taat setia dan bersatu padu;

Melahirkan insan yang beriman,
berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga
manusia untuk keperluan dan

kemajuan negara dan;

Memberi peluang-peluang
pendidikan kepada semua warga

negara Malaysia.

Niat yang betul.
Perlakuan yang baik.
Pengerak ke arah kebaikan.
Memperkotakan apa yang dikata.
Berdisiplin dan beradab.
Menghargai dan bertanggungjawab
Terhadap hasil usaha organisasi.

❖ Berazam meninggikan mutu
perkhidmatan

❖ Bekerja dengan penuh
tanggungjawab berusaha
mengikis sikap mementingkan diri

❖ Berkhidmat dengan penuh
muhibbah dan kemesraan

❖ Bekerja ke arah memajukan
pemikiran rakyat dan
pembangunan negara

❖ Bekerjasama dalam membanteras
kelemahan dan musuh-musuh
negara

❖ Berpegang teguh kepada ajaran
agama



Ustazah Siti Nor Mazidah

Ustazah Siti Nor Mazidah

Ustazah Siti Nor Mazidah

INSAN
SEIMBANG DAN

HARMONIS

KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Warganegara Malaysia Yang Baik Unsur Rohani Dan Emosi

• Kepercayaan dan kepatuhan kepada Unsur-unsur rohani dan emosi
Tuhan; merangkumi aspek-aspek berikut:
• Keyakinan terhadap Tuhan;
• Berilmu pengetahuan; • Kepercayaan beragama;
• Berakhlak mulia; • Kemantapan jiwa;
• Bertanggungjawab kepada diri, • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat;
masayrakat, agama dan negara; • Berbudi pekerti mulia;
• Berbakti dan memberi sumbangan • Berbakti dan berkorban.

kepada masyarakat dan negara; dan Unsur Jasmani
• Memiliki sahsiah yang seimbang dan
Ciri-ciri jasmani ialah:
sepadu. • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
• Dapat menggunakan anggota dan
Unsur Intelek
tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan
Unsur intelek ini mengambil kira aspek- hidup bermasyarakat.
aspek berikut:
• Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa
kebenaran;
• Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
• Daya pemikiran yang lojik dan analitis;
• Ilmu yang bermanfaat.

• Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan

ilmu pengetahuan.

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya
demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunnegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi
cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan
kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
keturunan atau agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-
matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada para pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu
yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang
lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan
di sesebuah Institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang
bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.)

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996. Menteri membuat
peraturan-peraturan yang berikut:

1. NAMA DAN MULA BERKUAT KUASA.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan
hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. TAFSIRAN.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki maknanya yang lain -

"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh
Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang diajar kepada murid pada tiap hari
persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya
mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

"kegiatan kokurikulum" etinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan mu rid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;

"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

"mata pelajaran elektif" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di
sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan, mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka.

"mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar mengikut
Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh
semua mu rid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;

"mata pelajaran wajib" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata
pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang
tahun persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;

"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.

3. KURIKULUM KEBANGSAAN.
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

(2) Kurikulum bagi seko1ah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran

yang berikut: (a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;
(b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;
(c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8,
{d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
(e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
(f) mata oelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam
Jadual 10.

(3) Kegiatan Kokurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi

yang berikut: (a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam unit beruniform; dan
(d) lain kegiatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.

4. BAHAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.
Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan
kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

5. PERUBAHAN JADUAL, SUKATAN PELAJARAN, DAN JADUAL WAKTU.
Tertakhluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda sesuatu jadual mengenai
semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan
pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu.

6. JADUAL, SUKATAN PELAJARAN, DAN JADUAL WAKTU DIADAKAN UNTUK-PEMERIKSAAN.
(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah serta-merta mengadakan untuk
pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua
mata pelajaran.

(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pas atau pusat pendidikan jarak jauh,
hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal
persekolahan semasa.

(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, I melalui suatu notis secara bertulis, untuk
mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan I
atau jadual waktu, dalam tempoh
14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.

7. GURU PERLU MENGADAKAN SALINAN SUKATAN PELAJARAN YANG DILULUSKAN DAN SENARAI
MURID-MURID UNTUK PEMERIKSAAN.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta melakukan pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai
murid di bawah tanggungannya.

8. BUKU REKOD GURU.
Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pas atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah
menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada
akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan
pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan
buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

9. JADUAL, SUKATAN PELAJARAN DAN SEBAGAINYA.
Dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Jika mana-mana
jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana sesalinannya
yang diperlukan di bawah Peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh
Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru
besar atau pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan
pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan /
dalam tempoh 30 hari daripada yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

10. JADUAL WAKTU PERLU DIPAMERKAN.
Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi
penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tern pat yang mudah dilihat di sekolah itu.

11. PENALTI.
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual
waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar mu rid atau mana-mana orang yang membenarkan
seseorang guru mengajar mu rid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual
waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi tiga bu Ian atau kedua-duanya.

(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

12. PEMANSUHAN.
Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-
Kursus Pengajian)
1962 adalah dimansuhkan.

Diterbitkan sebagai PU(A)531/97.



























SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR

_________________________________________________________________________________________

KP(BS) 8591/Jilid XV/(3)
9 Mac, 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian
Pendidikan 256: ”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan
di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah
dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku
Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan
Pelajaran Tahunan dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya
hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan
yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

Ustazah Siti Nor Mazidah

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat
dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain
yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga
perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak
yang diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar
dan guru di negeri.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

sk. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam

Ustazah Siti Nor Mazidah

Ustazah Siti Nor Mazidah

Ruj. Fail. KP.8591/(80)
14hb.

September,
1981

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK
MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods)
seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.

2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free
periods) itu adalah masa bekerja.

2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.
2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku
tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan
sebagainya.
2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid.
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai
pelajaran yang diajar.
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum.
2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada
murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan
Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut Perintah,

(DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN)
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ustazah Siti Nor Mazidah

SURAT AKU JANJI

Saya, AAAAAAAAAAAAAAAAAAA, No. Kad Pengenalan 000000-00-0000
beralamat di AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAdengan sesungguhnya
berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat
pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan
oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan
kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Peraturan 4. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 bahawa saya:

i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan;
ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-

sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi
saya;
iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya;
v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak

yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi
saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan
saya sebagai pegawai awam;
vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi
faedah diri saya sendiri;
vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan
mencemarkan nama perkhidmatan awam;
viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain
berhubung dengan perkhidmatan awam dan;
ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh
ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar
Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993.

………………………… …………………………
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)

Di hadapan:

………………………………….
(Tandatangan Ketua Jabatan)

……………………………………………………..
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

………………………………….. ………………………………….
(Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)



MATA PELAJARAN KELAS MINIT SEMINGGU BIL MURID

2.1 : 2.4 :
2.2 : 2.5 :
2.3 : 2.6 :

3.1 : 3.4 :
3.2 : 3.5 :
3.3 : 3.6 :

4.1 : 4.4 :
4.2 : 4.5 :
4.3 : 4.6 :

5.1 : SUKAN :
5.2 : PERTUBUHAN :
5.3 : SUMBANGAN KREATIF :



PENGGAL CUTI DAN HARI MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

Hari Persekolahan 21.03.2022 31.03.2022 9 11
1 01.04.2022 30.04.2022 20 1
01.05.2022 31.05.2022 17
Jumlah Hari Belajar 01.06.2022 02.06.2022 2 12
48 1
Cuti Penggal 1 03.06.2022 11.06.2022 9 13
12.06.2022 30.06.2022 15
Hari Persekolahan 01.07.2022 31.07.2022 19 3
01.08.2022 31.08.2022 22
2 01.09.2022 01.09.2022 1 7
3
Jumlah Hari Belajar 02.09.2022 10.09.2022 57
Cuti Penggal 2 9
11.09.2022 30.09.2022
Hari Persekolahan 01.10.2022 31.10.2022 15
01.11.2022 30.11.2022 18
Jumlah Hari Belajar 01.12.2022 08.12.2022 22
6
3 09.12.2022 31.12.2022
01.01.2023 31.01.2023 61
Cuti Penggal 3 01.02.2023 16.02.2023
Hari Persekolahan 23
Jumlah Hari Belajar 17.02.2023 11.03.2023 20
Cuti Akhir Persekolahan 12

32
23

KUMPULAN A

PENGGAL CUTI DAN HARI MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

Hari Persekolahan 21.03.2022 31.03.2022 9 11
1 01.04.2022 30.04.2022 21 1
01.05.2022 31.05.2022 16
Jumlah Hari Belajar 01.06.2022 03.06.2022 3 12
49 1
Cuti Penggal 1 04.06.2022 12.06.2022 9 13
13.06.2022 30.06.2022 14
Hari Persekolahan 01.07.2022 31.07.2022 20 3
01.08.2022 31.08.2022 22
2 01.09.2022 02.09.2022 2 7
3
Jumlah Hari Belajar 03.09.2022 11.09.2022 58
Cuti Penggal 2 9
12.09.2022 30.09.2022
Hari Persekolahan 01.10.2022 31.10.2022 14
01.11.2022 30.11.2022 17
Jumlah Hari Belajar 01.12.2022 09.12.2022 22
7
3 10.12.2022 31.12.2022
03.01.2023 31.01.2023 60
Cuti Penggal 3 01.02.2023 17.02.2023
Hari Persekolahan 22
Jumlah Hari Belajar 18.02.2023 12.03.2023 18
Cuti Akhir Persekolahan 13

31
23

KUMPULAN B

TARIKH HARI CUTI NEGERI

Ustazah Siti Nor Mazidah

TARIKH HARI CUTI NEGERI

Ustazah Siti Nor Mazidah

TARIKH HARI CUTI NEGERI

Ustazah Siti Nor Mazidah


Click to View FlipBook Version