The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ustazahsiti79, 2024-02-17 06:20:34

TEMPLATE FAIL RPH 2024

USTAZAH SITI

SITI NOR MAZIDAH BINTI AWANG SK SIMPANG RENGAM


SITI NOR MAZIDAH BINTI AWANG SK SIMPANG RENGAM


MAKLUMAT PERIBADI NO. K/P JANTINA AGAMA TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR JAWATAN OPSYEN 1 2 KELULUSAN AKADEMIK 1 2 NOMBOR RUJUKAN NO. RUJUKAN SPP NO. RUJUKAN JPN NO. GAJI NO. CUKAI PENDAPATAN LANTIKAN PERTAMA SAH JAWATAN NAIK PANGKAT/GD KHIDMAT DI SEKOLAH SITI NOR MAZIDAH BINTI AWANG HUBUNGI [email protected] 019-7812056 SK SIMPANG RENGAM JALAN RENGGAM 86200 SIMPANG RENGGAM JOHOR


Pendidikan berkualiti Insan terdidik Negara sejahtera


Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara Ustazah Siti Nor Mazidah


Menanamkan sikap positif dan menghapuskansikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkankualiti kerja. Meningkatkandisiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepadapelanggan dan organisasi. Memberikan sumbanganpositif yang berterusan kepadanegara Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Ustazah Siti Nor Mazidah


Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu; Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera; Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluandan kemajuannegara dan; Memberipeluang-peluangpendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Ustazah Siti Nor Mazidah


“Pendidikan di Malaysia adalahsuatuusahaberterusan ke arah memperkembangkanlagipotensi individusecara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkaninsan yang seimbangdan harmonisdari segi intelek, rohani, emosidan jasmaniberdasarkankepercayaandan kepatuhankepadatuhan. Usaha iniadalahbagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbanganterhadapkeharmoniandan kemakmuran masyarakatdan negara.”


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. KELUHURAN PERLEMBAGAAN. KEDAULATAN UNDANGUNDANG. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.


TA’ARUF, TAFAHUM DAN TAKAFUL KEBERSAMAAN, KESEFAHAMAN DAN KEBANGGAAN DISIPLIN DAN TOLERANSI JUJUR DAN IKHLAS KREATIF DAN INOVATIF BERPANDANGAN JAUH CEKAL & CEKAP


SEKOLAH YANG BERKESAN PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN GURU YANG PROFESIONAL KURIKULUM YANG RELEVAN SISTEM PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN PEMBINAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN PEMBINAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF PEMBINAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT


Niat yang betul. Perlakuan yang baik. PenGgerak ke arah kebaikan. Memperkotakanapa yang dikata. Berdisiplin dan beradab. Menghargaidan bertanggungjawab Terhadap hasilusaha organisasi.


Berazam meninggikan mutu perkhidmatan Bekerjadenganpenuhtanggungjawab berusaha mengikissikap mementingkan diri Berkhidmatdenganpenuh muhibbahdankemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyatdan pembangunan negara Bekerjasamadalam membanteraskelemahandan musuh-musuhnegara Berpegangteguhkepadaajaranagama


Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah Bekerja dengan ikhlas dan amanah Bekerja dengan tekun dan cekap Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat


Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukungterus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaankami Kami akanberbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 atau secara ringkasnya PPPM merupakan dokumen lengkap yang mengandungi strategi 13 tahun untuk menaik taraf sistem Pendidikan supaya selaras dengan sistem Pendidikan terbaik di negara maju. Pelan ini mengenal pasti 100 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa atau ‘gelombang’ dalam tempoh 13 tahun yang akan datang. Kerajaan telah menetapkan 25 inisiatif utama untuk dicapai pada tahun ini 2013 -2015 2016 - 2020 2021 - 2025 Pelaksanaan pelan, memberi sokongan padu kepada guru serta tumpuan terhadap Kemahiran asas Memacu peningkatandan penambahbaikan Kuasa autonomi menguruskan Pentadbiran sekolah diberikan


11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


STANDARD S1 : Amalan nilai Profesional keguruan. S2 : Pebgetahuan dan kefahaman S3 : Kemahiran p&p ASAS PENENTUAN STANDARD & KEPERLUAN KEPERLUAN • Misi Nasional • FPK • FPG • Tatasusila Profesion Keguruan • Etika Kerja KPM K1 : Kelayakan masuk Program Latihan perguruan K2 : Latihan, Pentaksiran dan Penilaian K3 : Kolaborasi K4 : Infrastruktur & Infostruktur K5 : Jaminan Kualiti MODAL INSAN UNGGUL GURU KOMPETEN


PRASEKOLAH Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+)kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti Pendidikan Prasekolah dengan menjadi Prasekolah swasta dan agensi lain sebahagian daripada sistem Pendidikan Kebangsaan. LITERASI & NUMERASI Setiap kanak-kanak menguasai Kemahiran asas Literasi dan Numerasi selepas mengikut 3 tahun Pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) Mewujudkan sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Warganegara Malaysia Yang Baik • Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; • Berilmu pengetahuan; • Berakhlak mulia; • Bertanggungjawab kepada diri, masayrakat, agama dan negara; • Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Unsur Intelek Unsur intelek ini mengambil kira aspekaspek berikut: • Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kebenaran; • Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; • Daya pemikiran yang lojik dan analitis; • Ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani Dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut: • Keyakinan terhadap Tuhan; • Kepercayaan beragama; • Kemantapan jiwa; • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; • Berbudi pekerti mulia; • Berbakti dan berkorban. Unsur Jasmani Ciri-ciri jasmani ialah: • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri; • Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. • Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN INSAN SEIMBANG DAN HARMONIS ILMU PENGETAHUAN AKHLAK MULIA TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT PENDIDIKAN


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunnegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. I TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaranmatapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik. IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. (Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah Institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.)


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996. Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: 1. NAMA DAN MULA BERKUAT KUASA. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998. 2. TAFSIRAN. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki maknanya yang lain - "bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid; "guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah; "jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu; "kegiatan kokurikulum" etinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan mu rid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah; "mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan; "mata pelajaran elektif" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan, mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka. "mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar mengikut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; "mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua mu rid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta; "mata pelajaran wajib" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan; "sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu; "sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.


3. KURIKULUM KEBANGSAAN. (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. (2) Kurikulum bagi seko1ah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut: (a) Matapelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5; (b) Matapelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7; (c) Matapelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8, (d) Matapelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9; (e) Matapelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan (f) Matapelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10. (3) Kegiatan Kokurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: (a) Penyertaan dalam sukan dan permainan; (b) Penyertaan dalam persatuan dan kelab; (c) Penyertaan dalam unit beruniform; dan (d) Lain kegiatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15. 4. BAHAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 5. PERUBAHAN JADUAL, SUKATAN PELAJARAN, DAN JADUAL WAKTU. Tertakhluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda sesuatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu


6. JADUAL, SUKATAN PELAJARAN, DAN JADUAL WAKTU DIADAKAN UNTUKPEMERIKSAAN. (1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran. (2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pas atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa. (3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, I melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan I atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu. 7. GURU PERLU MENGADAKAN SALINAN SUKATAN PELAJARAN YANG DILULUSKAN DAN SENARAI MURID-MURID UNTUK PEMERIKSAAN. Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta melakukan pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungannya. 8. BUKU REKOD GURU. Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pas atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar. 9. JADUAL, SUKATAN PELAJARAN DAN SEBAGAINYA. Dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana sesalinannya yang diperlukan di bawah Peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam tempoh 30 hari daripada yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar. 10. JADUAL WAKTU PERLU DIPAMERKAN. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tern pat yang mudah dilihat di sekolah itu.


11. PENALTI. (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar mu rid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar mu rid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi tiga bu Ian atau keduaduanya. (2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. 12. PEMANSUHAN. Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan KaedahKaedah Sekolah Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan. Diterbitkan sebagai PU(A)531/97.


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR _________________________________________________________________________________________ KP(BS) 8591/Jilid XV/(3) 9 Mac, 1999 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: ”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 julai 1963. 2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan. 3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir. (i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. (ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


Ruj. Fail. KP.8591/(80) 14hb. September, 1981 Pengarah Pelajaran, Semua Negeri. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______ Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods) seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya: 2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free periods) itu adalah masa bekerja. 2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk: 2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah. 2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar dan sebagainya. 2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid. 2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran yang diajar. 2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum. 2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar. Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya. 3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“ Saya yang menurut Perintah, (DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN) b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Click to View FlipBook Version