Kepentingan Budaya Terdapat beberapa ciri kepentingan budaya. a) Mengukuhkan identiti sesuatu bangsa b) Menghormati generasi orang tua c) Membangunkan sektor pelancongan d) Mengukuhkan hubungan antara bangsa.
Mengukuhkan identiti sesuatu bangsa Dengan mengukuhkan identiti, kita dapat memelihara dan memartabatkan demi kepentingan rakyat serta generasi yang akan datang. Kita juga dapat mempelajari nilai-nilai yang dipraktikkan oleh nenek moyang kita apabila mempelajari sejarah dan tradisi lama melalui budaya.
Menghormati generasi orang tua Ia adalah cara paling mudah untuk menunjukkan bahawa generasi muda menghormati generasi tua. Antara salah satu kaedah adalah dengan memakai pakaian tradisional oleh kalangan remaja. Walaupun terdapat pelbagai jenis baju tradisional yang telah diubah suai mengikut zaman kini, remaja pada era ini tetap akan memilih pakaian tradisional bagi mengekalkan budaya. Kesinambungan memakai pakaian tradisional adalah tanda hormat mereka terhadap generasi tua.
Membangunkan sektor pelancongan Budaya di Malaysia dapat menarik pelancong dari luar negara untuk melawat dan mendapat pengalaman yang berbeza. Terdapat pelancong yang menetap di kawasan perkampungan untuk merasai kehidupan kita. Selain daripada itu, mereka juga dapat melihat persembahan teater tradisional seperti makyung dan bangsawan serta tarian tradisional seperti kuda kepang dan gawai. Ini adalah salah satu factor bahawa budaya dapat mengembangkan sektor pelancongan.
Mengukuhkan hubungan antara bangsa. Setiap kaum mempunyai budaya tersendiri. Apabila kita mengeratkan hubungan sesama kaum yang berbeza, kita dapat memahami dan menghargai perbezaan budaya antara masyarakat. Bukan sahaja kita dapat mengeratkan silaturahim, malah kita dapat mengembangkan perpaduan dan keharmonian antara masyarakat.
Thank You www.reallygreatsite.com Presented by reallygreatsite Page 10/10