Visi
26
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Jalan Radin,
57000 Kuala Lumpur
Telefon
03-90573732
Faks
03-90588472
Emel
wea0218@moe.edu.my
Laman Rasmi Sekolah
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
untuk membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara
MOTO
Ilmu Asas Kemajuan
LAGU SEKOLAH
Smkbbsp kami
Sekolah yang dibanggakan
Kemercu kecemerlangan
Ilmu asas kemajuan
Smkbbsp kami
Pupuk budaya penyayang
Akhlak mulia diamalkan
Jadi insan sempurna
Pelajar tunggak wawasan negara
Mari kita jayakan bersama
Terapkan nilai-nilai murni
Bersatu sekolah gemilang
3
ISI KANDUNGAN
TINTA BICARA 5
SIDANG REDAKSI
WARGA SMKBBSP 11
AKTIVITI SEKOLAH
TINGKATAN 5 2021 14
21
66
TINTA
BICARA
5
MUHAMMAD ASRI V
i
BIN HUSIN s
Pengetua SMKBBSP i
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 2
Syukur alhamdulillah kerana majalah sekolah telah dapat 6
diterbitkan lagi bagi tahun 2021 ini walaupun pada peringkat
sekolah telah menghadapi banyak cabaran dalam mendepani 6
Covid-19. Sejak tahun 2020, negara dan dunia telah dilanda
Covid-19 yang menyebabkan seluruh dunia berkurung demi
memutuskan rantaian jangkitan. Hal ini telah memaksa pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia menutup sekolah di seluruh
negara bermula 18 Mac 2020. Keadaan ini juga berlarutan
semula pada April tahun 2021 yang menyebabkan semua sekolah
ditutup secara fizikal sehingga September 2021. Pada jangka
masa itu, kaedah pembelajaran di rumah (PDPR) telah
dilaksanakan. Rentetan daripada keadaan ini, banyak aktiviti
kokurikulum juga dilaksanakan secara atas talian. Oleh sebab itu,
pelaporan dan gambar-gambar aktiviti pada tahun ini kelihatan
sangat berbeza. Namun, pihak sekolah tetap mengabadikan
detik-detik sejarah yang sangat tinggi nilainya ini sebagai
momen yang sangat bermakna bagi murid-murid sekolah ini.
Tahniah dan syabas kepada semua AJK Sidang Redaksi majalah
yang bertungkus-lumus menghasilkan majalah pada tahun ini
kerana tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu
majalah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang.
D alam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan
dalam bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut guru-guru
sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta
pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Selari
dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan
negara pada zaman ini terhadap institusi sekolah, memerlukan
guru-guru lebih banyak berkorban dalam pelbagai aspek. Guru
masing-masing dengan tanggungjawab dalam melaksanakan
tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan bekerjasama
dalam menentukan halatuju bagi kecemerlangan SMK Bandar
Baru Seri Petaling. Kejujuran dan keikhlasan telah menjadi tunjang
kepada guru-guru bagi memastikan pelaksanaan PdPc dan PdPr
dalam suasana ceria dan gembira agar dapat menimbulkan
keseronokan kepada murid sepanjang menimba ilmu. Saya
percaya, guru-guru di sekolah ini telah menjalankan peranan
masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar
cemerlang yang seimbang terutama sahsiah serta tingkah laku
insan bertakwa.
Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni dapat
direalisasikan dengan adanya sifat-sifat bertanggungjawab,
jujur, ikhlas, amanah dan sabar yang telah tertanam dalam
sanubari setiap warga pendidik SMK BBSP. Saya juga berharap
semua warga SMK BBSP akan terus maju dan cemerlang dalam
semua bidang. Kecemerlangan akan dicapai dengan adanya
kerjasama dan komitmen semua pihak iaitu murid, guru dan ibu
bapa kerana MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.
Sekian, terima kasih.
DANNY @ DENNY V
BAINDIS i
s
Yang Dipertua PIBG i
Selamat sejahtera, 2
6
Sebelum meneruskan bicara, ingin saya ucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini.
Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk
saya melakarkan kata alu-aluan. Tahniah diucapkan
kepada AJK Sidang Redaksi SMK BBSP 2021.
Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang
berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang
besar kerana menerusi majalah sekolah yang diterbitkan ini
membolehkan kita dapat merakamkan peristiwa suka duka
dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya
pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek
akademik mahupun sahsiah.
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah
berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan
dengan sebaik mungkin. Pemuafakatan antara ibu bapa
dan guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan
kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur
dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh
untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka
melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini
akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam
pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam
kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen
semua pihak mampu menjayakan wawasan negara.
Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha
memperbaiki pencapaian diri dan berpegang teguh pada
aku janji yang dilafazkan. Kegigihan serta ketabahan
pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai
minda kelas pertama.
Saya mendoakan SMK Bandar Baru Seri Petaling akan
sentiasa beroleh kejayaan. Semoga terus berjaya dalam
segala bidang.
Sekian, terima kasih.
7
NOL SHAFFIRA V
i
BINTI MD SHARIFF s
i
Penyelaras Sidang Redaksi
2
Bismillahirrahmanirahim......... 6
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan
salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW,
keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-
Nya i-Majalah 2021 dapat diterbitkan.. Dengan kerjasama
semua pihak yang terbabit; guru-guru, pengurusan sekolah,
para pelajar dan terutama sekali sidang redaksi i-majalah
ini yang bertungkus lumus untuk menyiapkan i-majalah ini.
Sesungguhnya, kerjasama anda semua amatlah dialu-
alukan dan banyak membantu pihak kami dalam
menyiapkan i-Majalah ini.
Besar harapan saya semoga majalah ini dapat memberi
manfaat kepada pembaca sekalian. Penciptaan i-Majalah
ini adalah sama sekali berlainan dengan kebanyakan
penerbitan kerana aktiviti-aktiviti sekolah telah dikumpulkan
dalam bentuk softcopy, bukan dalam bentuk buku seperti
selalu. Sesungguhnya i-Majalah ini adalah buah tangan
untuk semua terutamanya buat pelajar tingkatan 5 sesi
2021/2022. Kenangan yang terpahat sepanjang menimba
ilmu di SMK Bandar Baru Seri Petaling akan merupakan
sebahagian daripada pengalaman pahit manis kehidupan
pelajar. Seterusnya akan menjadi panduan dan tauladan
dalam mengharungi rencah kehidupan yang seterusnya.
Stay Safe. We plan Allah decide.
Segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan
daripada kami. Oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan
harap mohon maaf. Teguran membina amatlah dialu-
alukan untuk membetulkan kesilapan pada terbitan yang
akan datang.
Sekian.
8
NUR ARINA SAFIYAH V
i
BINTI MOHAMMAD RIDZA s
i
Ketua Sidang Redaksi
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 6
sejahtera.
Saya Nur Arina Safiyah bt Mohd Ridza sebagai Ketua Kelab
Sidang Redaksi bagi tahun 2021 ingin berterima kasih
kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan
kepada saya dan pasukan sidang redaksi tahun 2021 untuk
bersama-sama menerbitkan majalah sekolah VISI 2021.
Tanpa disangka saya telah menganggotai Kelab Sidang
Redaksi sekolah pada tahun 2019 sehingga tahun 2021.
Tujuan utama saya menyertai Kelab Sidang Redaksi ini
adalah kerana hobi saya yang suka mengambil gambar
yang cantik-cantik malah menjadi perangsang kepada
saya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang jurugambar
yang profesional.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Nol Shaffira dan Cik Liew Lai Foong
selaku guru penasihat Kelab Sidang redaksi atas segala
tunjuk ajar yang diberikan kepada saya selama ini. Tidak
lupa juga atas bimbingan yang diberikan sepanjang saya
menjadi Ketua Kelab Sidang Redaksi pada tahun 2021 ini.
Saya memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan
dan salah silap yang saya lakukan sepanjang menjadi
Ketua Kelab Sidang Redaksi. Selain itu , saya juga ingin
berterima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Amira dan
Gunn Jin Wei yang banyak memberi tunjuk ajar dan
berkongsi tentang teknik-teknik mengambil gambar dengan
cara yang betul dan juga kepada Nurul Anis dan Damia
Dayana yang telah banyak mengajar saya tentang selok-
belok penerbitan majalah sekolah.
Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada guru-guru
yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk
menjadi ketua editor bagi tahun 2021. Saya amat
menghargai jasa guru-guru dan rakan-rakan yang telah
banyak membantu saya selama ini untuk menerbitkan
majalah sekolah bagi tahun 2021. Saya akhiri ucapan saya
dengan memetik kata-kata semangat iaitu ‘Jangan sesekali
pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita
tidak akan pernah merasakan keberhasilan’.
9
ASHER WONG V
CHEN MIN i
s
Ketua Pengawas i
Salam sejahtera dan salam sayangi Malaysia. 2
Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi 6
peluang kepada saya untuk menyampaikansepatah dua kata
dalam majalah ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang 10
Redaksi sekolah kerana telah menerbitkan majalah sekolah pada
tahun ini.
Persekolahan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun
sebelum ini kerana akibat pelaksanaan PKP yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun 2021, kebanyakan sesi persekolahan
telah dilangsungkan secara atas talian. Tidak dapat dinafikan
bahawa pandemik Covid-19 telah membawa banyak kesan kepada
sekolah. Saya mengakui bahawa tugas dan sumbangan saya
sebagai Ketua Pengawas di sekolah ini tidak dapat dijalankan
sepenuhnya berbanding dengan bekas ketua-ketua pengawas
yang lalu. Namun, saya percaya bahawa saya telah berusaha
sepenuhnya untuk memainkan peranan saya sebagai seorang Ketua
Pengawas di sekolah ini.
Rakan-rakan sekalian,
Janganlah kita membazirkan masa melakukan kegiatan tidak
berfaedah, terutamanya setelah kita terganggu akibat pandemik
Covid-19. Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha sepenuhnya
terhadap matlamat yang ingin dicapai. Saya juga amat gembira
kerana kes disiplin dalam beberapa tahun ini telah menurun dan ini
menunjukkan pelajar telah berusaha untuk memperbaiki kekurangan
diri.
Kepada pengawas-pengawas yang akan datang,
Kunci utama untuk membentuk pengawas yang berintegriti ialah
disiplin. Sebagai pengawas, kita perlu sentiasa memastikan disiplin
diutamakan. Walaubagaimanapun, disiplin dan penampilan diri
juga harus dijaga. Janganlah mengata dulang paku serpih,
mengata orang dia yang lebih. Pengawas juga haruslah sanggup
berkorban demi sekolah. Sememangnya bukan mudah untuk
menyeimbangkan masa dalam pembelajaran dan tugas pengawas,
tetapi kita harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan semua
tugas dalam masa yang ditetapkan.
Akhir sekali, janganlah melupakan jasa guru-guru yang telah
mendorong kita ke arah kejayaan. Kita perlu sentiasa menghormati
guru dan menghayati pengajaran mereka. Kita tidak boleh bersikap
sombong terhadap guru dan perlu ikhlas serta jujur sebagai
seorang pelajar.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan
peluang melaksanakan tugas Ketua Pengawas bagi tahun 2021.
Semoga majalah ini dapat memanfaatkan para pembaca.
Sekian, terima kasih
SIDANG
REDAKSI
11
SIDANG REDAKSI
SMK Bandar Baru Seri Petaling
GURU PENYELARAS
Nol Shaffira binti Md Shariff
Noor Azizah binti Mohd Raib Nur Asiah Binti Abdullah
Vun Yee Ling Mohd Redzuan bin Khalid
LIM BENG FUI Norhayati binti Ahmad
12
SIDANG REDAKSI
SMK Bandar Baru Seri Petaling
NUR ARINA SAFIYAH
BINTI MOHAMMAD RIDZA
NURUL ANIS BINTI MOHD FAISAL FIONA FIERERA ANAK UNDI
WONG WEI EN LEASYA SAI A/P V PARAMASIVAM
MUHAMMAD AMIRUL HAIKAL ANDREA WONG XIAO TSUI
BIN MAHADI
13
WARGA
SMKBBSP
14
BARISAN PENTADBIR
SMK Bandar Baru Seri Petaling
Pengetua
Muhammad asri bin husin
Bacelor Pendidikan (Hons), UPM
Sijil PengPuernugaanjiAasnaBs a(PheansgaaMjiaalnaMyseialayu), IPSI
Penolong Kanan Pentadbiran
DR ROS BINTI ZAKARIA
DoktorFalsafahPersuratanMelayu,UKM
ISMSasteraPendidikan(ProgramA),USM
Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum
RAMLAH AINI BINTI IDRIS RAHIMAH BINTI ENDUT
ISM Sains Pendidikan (Kepujian), USM ISM Pendidikan (Kepujian), UM
Kimia Pendidikan Islam
Penolong Kanan Petang
NOR AZMAH BINTI AHMAD HUSSIN @ AHMAD
Bac Edu Guidance and Counselling (Hons), UPM
15
BARISAN PENTADBIR
SMK Bandar Baru Seri Petaling
GURU KANAN BIDANG
bidang bahasa bidang bidang sains dan bidang teknik dan
kemanusiaan
matematik vokasional
KAUNSELOR
16
BARISAN PENDIDIK
SMK Bandar Baru Seri Petaling
BIDANG BAHASA
17
BARISAN PENDIDIK
SMK Bandar Baru Seri Petaling
BIDANG
SAINS DAN MATEMATIK
18
BARISAN PENDIDIK
SMK Bandar Baru Seri Petaling
BIDANG KEMANUSIAAN
19
BARISAN PENDIDIK
SMK Bandar Baru Seri Petaling
BIDANG
TEKNIK DAN VOKASIONAL
20
AKTIVITI
SEKOLAH
21
2021
20.01.2021
ProTgirnagmkaOtrainen4tasi
22
2021
20.01.2021
Hari pesretkaomlaahpe2m02b1ukaan
Lawatan oleh
timbalan pengarah jpwpkl
pengarah pejabat pendidikan daerah
pegawai perhubungan sekolah
23
2021
23.01.2021
PERKHLAIDTMIHAATNANDAbLilA2M/2021
Excellence in teacher education
through change and mindset shift
24
2021
04.02.2021
PenPgruorgursaamn Diri
25
2021
04.02.2021
PMEARJPLIISSBAPEHERARPNSINAGDRUAARHAUNYDAANNG
26
2021
10.02.2021
PrdoagnrgaemroZibaorkahreczaekknia
27
2021
04.03.2021
sPtreomgrtianmgkpeantagnen2a2l0a2n1
28
2021
10.03.2021
ProRgarkaamnPSeembbaimyabing
29
2021
10.03.2021
Kursus Kepimpinan Ketua
dan Penolong Ketua
Tingkatan
30
2021
10 & 13.03.2021
Kursus Kepimpinan
kokurikulum 2021
31
2021
03.04.2021
(ProKgPorelanamabnoKdraaamsAi irPdraaishnatin)
32
2021
22.04.2021
Jom Ba1c0aMBineirtsama
33
2021
09.05.2021
MaNjulzisulKhQautraamn &
34
2021
07.07.2021
Program gerobok rezeki
Sumbangan
barang keperluan dapur
dari lion club kuala lumpur
35
2021
17.07.2021
PeNPKgeuanrwgsaausswaPK&usespSaiemtkpSoinulmaanbher
36
2021
17&24.07.2021
Program gerobok rezeki
Sumbangan
barang keperluan dapur
Dari bekas ketua pengawas
smkbbsp
37
2021
21.07.2021
Program gerobok rezeki
FOOD BASKET DARI NGO MISI
KEMANUSIAAN NAURAH CARE
38
2021
28.07.2021
Hari koperasi sekolah
PROGRAM ANJURAN
KOPERASI SMK BANDAR BARU SERI PETALING
39
2021
12.08.2021
Sambutan Awal Muharram
40
2021
13.08.2021
PROGRAPEMRSAUNMTBI ANGAN
SUMBANGAN DARIPADA
MRS CHRISTINE DAN MR RICHARD
41
2021
13.08.2021
PROGRAPEMRSAUNMTBI ANGAN
SUMBANGAN DARIPADA LIONS CLUB
42
2021
22.09.2021
Meksoypuearraastia2g02u1ng
43
2021
22.09.2021
Meksoypuearraastia2g02u1ng
44
2021
17.10.2021
Program gerobok rezeki
Sumbangan barangan dapur
daripada
concentrix cvg(M) sdn bhd
45
2021
21.10.2021
Sambutan Maulidur Rasul
46
2021
21.10.2021
Program gerobok rezeki
Penyerahan barang keperluan
kepada warga emas
47
2021
28.10.2021
MAsJoLkISoPnEgRaPnISsAmHkAbNbsstpaf
48
2021
OKTOBER
VIRTUAL RIDE, RUN, WALK
49
2021
OKTOBER
VIRTUAL RIDE, RUN, WALK
50